18 August 2019

Colmar Tropical, Bukit Tinggi

Assalammualaikum dan Bismillahirahmannirahim..

Sepertimana yang diumumkan oleh kerajaan yang mana pada 30 Julai 2019 adalah CUTI UMUM sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16.


Aku, mengambil keputusan untuk mengambil cuti tahunan, iaitu bermula 27 - 29 Julai 2019. Kali ini, Yana mengusulkan supaya bercuti di Buki Tinggi, Pahang. Untuk pengetahuan semua, cuti ini adalah cuti "last minutes". Oleh itu, ramailah ahli keluarga yang tak dapat join.. Sorry semua.. ๐Ÿ˜‰


Tapi, nak beritahu, bercuti dengan family adalah satu Anugerah yang paling indah dalam hidup aku. Lagi ada Si Jantung hati.. (Jangan fikir lain ya, My Si Jantung Hati adalah My beloved IBU)- Ya, of course semua setuju ๐Ÿ˜„

Perjalanan bermula pada Hari Sabtu (27 Julai 2019), 4 ahli semuanya (Ibu, aku, Yana dan Unasz). Pilihan kenderaan, kami pilih SAGA, sebab dia auto..nak jalan jauh pakai manual letih kaki sikit..


27 Julai 2019 (Sabtu) - Hari Pertama

Hari pertama, kami bertolak ke Mersing sebab nak bawak budak kecik outing. Adik bongsu rindu katanya.. haha.

Petang tu, kami ambil dia kat sekolah. Dia request nak makan KFC, maka ke KFC lerr kita. Lepastu jalan jalan belilah sikit barang yang dia perlukan. Lebih kurang dalam 5 lebih dah kena hantar semula.. OK lah dik, jap je boleh spent time. Love U๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Haritu kami check in kat Mersing Merlin Inn. Bilik 2 katil single. Tapi kami request satu lagi..sebab cam tak muat nak share๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Hasil carian imej untuk Mersing merlin Inn



Hasil carian imej untuk Mersing merlin Inn
Parking kereta kat kawasan ni.

Kat sana takde aktiviti sangat. Just, malam tu kami gi makan dekat tepi pantai. 

28-29 Julai 2019 (Ahad) Hari kedua

Ok, ahad Johor is a working day. Jadinya harini ramailah yang bekerja. #kamicuti ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„ 

pagi tu kami sarapan di bawah Hotel OYO. Not bad lah rasa makanan dia.. saya bagi 4 bintang. ♥๐Ÿ’•๐Ÿ’•

Lepas sarapan je, kami gerak ke destinasi seterusnya iaitu Bukit Tinggi. Jom kita review sikit:

Bukit Tinggi atau Berjaya Hills Resort ialah tempat peranginan di PahangMalaysia berdekatan Genting Highlands. Ia terkenal dengan kampung tema PerancisColmar Tropicale.

Colmar Tropicale


Kredit pic: Official Portal of Tourism Pahang- Bukit Tinggi

Alamat: Kilometer 48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Bentong, Pahang

Perkampungan yang bertemaan Perancis
Colmar Tropical Berjaya Hills ialah resort penginapan bersejarah di Bukit Tinggi, PahangMalaysia. Ia adalah resort yang unik kerana dibina bertemakan perkampungan asli Colmar dari kurun ke-12 terletak di AlsacePerancis. Suasana di Colmar Tropicale Berjaya Hills membuatkan pelancong seolah-olah berada di luar negara. Tidak hairanlah tempat menarik di Bukit Tinggi ini menjadi destinasi yang paling mendapat tumpuan pelancong.

Kami menginap di sini. Semasa nak check in, kami diberi free entrance ke 3 tempat untuk 2 orang. Kenapa 2 je? Haa..sebab we all book bilik untuk 2 adults, maka kami bayar untuk 2 orang je. Breakfast pun sama. 

Haa..bab makan. Tempat dia bukan simple2.. tersangatlah menarik. Memang ala-ala franch lah. Setiap restoran mempunyai menu yang berbeza. 


Antaranya adalah

  1. La Cigogne - Menyediakan hidangan tradisional Perancis.
  2. Le Blason - Menyajikan makan Malaysia dan antarabangsa.
  3. La Flamme - Menyediakan makanan Itali seperti pasta, pizza dan lain-lain.
  4. Le Poulet Roti - Menu utama adalah ayam panggang dengan beberapa menu sampingan.
  5. La Boulangerie - Restoran Perancis yang menyajikan berbagai menu roti dan minuman panas.
  6. L'Orient - Restoran yang menyajikan makanan asia. Berbagai lokasi menarik untuk bergambar ada di sini.

Kellass gitu..kan.. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Oh sebelum terlupa, kat sini pengunjung bukan hanya terdiri daripada penginap hotel, tetapi yang just datang nak jalan jalan pun ada. 


OK jom..sambung cerita.. tadi aku ada gtau dapat free 3 entrance kan? ๐Ÿค”๐Ÿค” - jom sambung baca..

1. Botanical Garden

Botanical garden ni sebelah kanan. Cantiklah..penuh kehijauan. Ada kolam..ada tumbuhan. Of course, lah kan..dah nama botanical. Tapi kami tak jumpa orang nak guide..agaknya memang xde kot.. maka kami jalan jalan je. 

Tangga nak ke Botanical  dan Japanese. Mencungap rasa

Gigih..kan. dah lah tak pakai sport shoes. Kasihan my ibu๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Tasik di Botanical. Tak pasti ada hidupan tak kat dalam tu. Mungkin ada ikan

Salah satu tanaman botanical


2. Japanese Village

Japanese village pula masa entrance tu sebelah kiri. Dia setempat dengan Botanical Garden. Kami mendaki lagi, udara atas tu sejuk. Nyaman je.. ada tasik, rumah Jepun. Haa..kat sini boleh sewa baju kimono untuk tujuan bergambar. Harga dia dalam RM20. Kami tak sewa..pun..tapi bergambar semestinya.. hehe.

* nak kedua2 tempat ni, kami naik train yang disediakan. Ada jadual dia, tapi idokla nak menggambil gambar. Kami juga diberitahu boleh drive kenderaan sendiri. 

3. Rabbit Park

Rabbit park ni kami pergi pada hari ke 3, iaitu sebelum nak balik semula ke Johor. Memandangkan dah check out bilik, maka kami drive je. 

Ok kat rabbit park ni ada kandang rabbit. Kami boleh masuk dan bergambar. Selain itu, ada juga ayam jantan, hamster .. hamster tau bukan monster ( saja je..kot korang dah lost focus sebab panjang sangat entri kali ni ๐Ÿ˜)

Takut sebenarnya๐Ÿ˜‚

Banyak lagi sebenarnya tempat korang boleh gi kat sini. Yang suka adventure pun ada tempatnya. Ada juga tempat memanah dan Dinosour park ( yang ni tak masuk sebab kalau bawak budak kecik seronoklah mereka)

Lepas daripada Rabbit park tu kami pun terus bertolak ke Johor. Kami guna jalan KL, singgah Restoran Jejantas untuk solat dan lunch. Tiba di rumah lebih kurang jam 7:30 malam. Alhamdulillah. 

Bolehlah kalau nak bercuti ala2 oversea, view pun cantik..taklah sejuk macam cameron๐Ÿ˜„ sangat recommended. 

Sekian cuti singkat kami๐Ÿ˜‰๐Ÿ–’๐Ÿ’•๐Ÿš—


Rujukan:
1. Wikipedia [Internet]. 2019 [cited 2019 Aug 18]. Available from: https://ms.wikipedia.org/wiki/Colmar_Tropicale

2.Portal official Pahang Tourism [Internet]. 2019[cited 2019 Aug 18]. Available from: https://www.pahangtourism.org.my/index.php/bukit-tinggi



15 August 2019

Hari Raya Aidiladha

Assalammualaikum..

Dah dekat seminggu kurang sihat. Orang kata, sakit itu penghapus dosa.. (mudah-mudahan lah kan #banyakSangatDosa)

OK buat masa ini, aku makan panadol dan ubat batuk jenama Tussidex Forte. Aku rasa, inilah ubat batuk yang paling tak sedap (kalau sedap, bukan ubat namanya)- hahaha

Oklah, berbalik kepada tajuk asal. Raya baru ni, alhamdulillah lah.. SEBAB pada hari Ahad, DANN Sabtu tu cuti, maka dapatlah duk rumah lama-lama..

Sehari sebelum tu, aku bawak ibu pergi Econsave.. shopping barang nak masak...menu macam biasa:

1. Nasi Impit (beli je yang mini dan yang saiz biasa)
2. Lodeh (ha..yang ni ramai minat kuah dia je)
3. Rendang (hmm, kali ni tak buat rendang daging pun- buat simple2 je, kata ibu)
4. Sambal Goreng (ini menu wajib, semuaaa suka makan- tapi tak pandai2 masak nya..ish..ish..ish..)
5. Kek Limau

DAGING? - Raya kali ni, daging dibuat sup je.. ๐Ÿ˜

Petang raya tu kami pergi JASON BAY, jalan-jalan pantai.. saja bawak si bujang kecik tu..boring katanya..cuti sekolah tak ke mana.. hihi. Jason Bay ni, terletak di Kota Tinggi, Johor. Kalau lebih spesifik, keberadaan dia adalah di Tanjung Sedili. Kat sini ada resort tau.. boleh lah korang nak stay lelama. Kalau nak ke pantai je, ia adalah FREE OF CHARGE.

Masa pergi tu, laut sangatlah bergelora. Namun, ramai je pengunjung yang bermandi manda, ada jugak yang main layang-layang. Kalau korang nak jalan-jalan hirup udara segar, boleh lah ke sini. Pada aku, pantai ni masih cantik..kalau review tu 3bintang je lah.



Kalau korang bertolak awal sikit, ada satu kedai ni, apa nama dia, kak long ke mak long..gitu..lah. Nasi dagang, sata.. besttt.. Kalau lajak lagi ke tajung dekat jeti ada roti canai. Kalau nak ke seberang, biasa aku guna jalan dalam.. daripada warong nasi dagang tu..korang susur kiri naik jambatan Haji Mohd Lazim.. ada satu simpang tu ke kawasan perkampungan.

Kalau tak silap ada Sutera resort, lepas tu kalau ke jeti dia..boleh makan-makan, ikan celup tepung, mee rebus sedili..ish..pendek kata, panjang langkah sedap..lah..

Ok, dah banyak merapu ni.. Salam AidilAdha semua

03 August 2019

Drama Library

Situasi 1: 

Sedang shelf reading nampakla ada student ni duk tercari cari buku..berapa kali pusing shelf๐Ÿ˜…

Aku: Hi, do you need any help?
Student: yes miss.. where is ebook?
Aku: ebook? (Garu kepala jap)- bukan sebab tak tahu..just nak relate kan hang cari buku di shelf. Lagi semalam dah diterangkan ia berada di atas talian yang mana, user boleh access melalui portal library kolej.

Aku tak marah, just ok gak budak ni..tau ebook mungkin kurang fokus.. masa kelas๐Ÿ˜Š

Student: yes miss, as told in your class yesterday
Aku: ohh..come i show you

Aku bawakla student ni pergi ke computer dan assist dia macammana nak access dan cari ebook daripada ebook database yang kolej kami subscribed


Situasi 2


Dalam library, ramai pelajar.. sedang aku entertain seorang pelajar di kaunter.. tetiba ada sesuatu melayang melepasi pandanganku..

Aku: Apa tu?
Student depan ku: Dia kak buat. (Sambil jari runcing tu menunjuk ke rakan dia)
Student : sorry kak, saya nak pukul lalat tu.
Aku: Kenapa buat macam tu? Ambil balik. Jangan la buat buku macamtu.


Situasi 3


Waktu rehat adalah waktu memang penuh library.

Aku dan librarian di kaunter..dan tetiba...

Student china: miss..miss.. help me.. i need to photocopy this.

Librarian: come.. sambil ke mesin photocopy

Masa ni aku bz sebab ramai students nak kunci loker. Nak register library akaun.

Settle part aku, semua students tadi da masuk ke library.. aku g tolong kawan tadi.. tengok kat mesin photocopy punyala ramai bebudak ni..

Yang student china tadi..boleh pulak dia gi susun nota dia depan pintu dengan duduk macam kat rumah๐Ÿ˜… skirt hang da la pendek.. ๐Ÿ˜ฃ

Budak lelaki biasala nakal.. diorang reramai.. "kak..kak..free show". Aduyai.. aku ni.. dah2 gi buat kerja kamu.. sempit la duk reramai depan pintu ni. Hihi.. macam2 kerenah

Itu kisah budak dari China.

Student dari India

Budak ni master in business.. biasa sabtu memang students master je dengan budak engineering

Good morning miss
Hai, good morning

Dia bagi ID dan mintak kunci loker.. dan terus masuk library. Lebih kurang jam 1pm dia pun keluar nak balik..

Masa pulang kunci..
Miss, may i have your phone number
Aku pun bagi la phone number library..
No..no..miss.. your mobile number

Sorry, (tak ingat nama sebenar dia).. tapi aku panggil dia Parameswara..
Sorry Parameswara.. i can't give u my mobile number..anything you can call library

Miss, if you not give your mobile number, i will inform my grandma..

Confius aku.. asal pulak dia nak gitau nenek dia..aduhai..

Situasi 4

Aku kerja pagi masuk jam 8.30am. Lebih kurang jam 11.30am tetiba dapat mesej.. partner MC.. uish.. terkebil kebil rasa.. Sebab Isnin memang ramai.

Kelam kabut sikit sebab harini ramai budak yang tak boleh ditegur.. penat pun yer.. keje sampai malam dengan tak keluar rehat.. solat.. aku kunci je bebudak ni kat library..tapi aku tanya dulu dorang nak keluar tak dalam masa 20 minit. Bila mereka kata tak..kak..
Aku tutup pintu depan, tampal staff gi solat.

Padahal aku ada je kat dalam.. solat dalam bilik bos..

Bila petang, masa ni students da tak ramai
Jam 7pm.. ramai da gerak balik.. tinggal budak master je..yang PJJ. Maka, aku pun gi toilet..

Tetiba, ada yang ketuk pintu toilet

Student: akak..oo akak..
Aku: Jap..jap.. ( korang ni)
Student: akak kitorang belikan akak McD.. nanti akak makan tau.. cian akak dari siang tak makan..

Terharu jap.. masa nk bayar.. student kata..takpe kak kami belanja.. Alhamdulillah.. terima kasih

Lepas tu, student tu pun balik..sebab dorang duk hostel..bas dah nk gerak.

Dalam jam 8pm.. budak Tanzania

Hi, Miss.. i bought you A&W. Hope you can take it. My friend said you not take your lunch today.

Rezeki..kan..

Sini ramai budak oversea.. tapi english dorang pun tunggang langgang.. as long as faham each other.

Apapun, rindu gelagat korang ๐Ÿ˜˜



24 July 2019

NESCAFร‰ in a cup

Hi guys

Assalammualaikum..

Post yang lepas dugaan si saga.. tapi Alhamdulillah dapat dah "kasut baru". Entry kali ni, Cik Pinky nak share sedikit satu produk Nescafe.

Hmm, tak pastilah jika produk ni sebenarnya dah lama ada just Cik Pinky yang pertama kali nak review ๐Ÿ˜ Hope pihak Nes tak marah la yerr..


Ok, produk ni setakat ni jumpanya di dalam peti sejuk kedai 7 eleven tempat Cik Pinky. Ahaha, of course lah kan..takkan pula peti tempat korang.

Nescafe ni ada 3 flavour, isitu:

NESCAFร‰® Smooth Cappuccino 300ml
NESCAFร‰® Caramel Macchiato 300ml
NESCAFร‰® Caffe Mocha 300ml
(Copy kat website dia)

Menerusi webpage dia, produk ini adalah NESCAFร‰®Ready-to-Drink in a Barista-styled. Haa, kelas gitu.. Barista tau.. ๐Ÿ˜„

OK, dalam ketiga3 flavour tu, Nur suka semua..lah.. ๐Ÿ˜‚ dan yang paling suka Cappuccino.

Untuk review, Cik Pinky dan sahabat saya, of courselah Kak Aida ๐Ÿ˜๐Ÿ˜ #jgnjeles telah pun mencuba kesemuanya.. not bad, korang boleh cuba. Harga agak..hmm..tapi berbaloi๐Ÿ˜‰๐Ÿ–’



Selamat Mencuba




07 July 2019

Ceritera Pagi Jumaat

Tett..tett (bunyi alarm handphone menandakan jam 2:30 pagi)

Terpisat-pisat mata..
"Err betul ke, ada ada training harini? ๐Ÿค”- ngada-ngada kan ko๐Ÿ˜‰

Bangun, mandi..siap-siap..
Solat jap..

Let's go.. semangat-semangat
Ya.. dengan lafaz bismillahirahmannirohim .. enjin saga di panaskan..dan aaajomm ๐Ÿš—๐Ÿš—

Jam menunjukkan pukul 5:45am, depan sikit da RnR restoran jejantas..berhenti jap untuk solat subuh.. Tiba di sana tak banyak kereta, manusia pun ada aunty PLUS.. ok, aku ambil keputusan tunggu dalam kereta.

Dalam 6:10 am da mula ada ada kereta parking dan mereka pergi solat.. barula berani nak keluar.. hehe. Setelah selesai, aku meneruskan perjalanan..chopp...isi minyak dulu๐Ÿ˜

Biasa di highway, akan ada banyak kenderaan yang emergency di tepi jalan๐Ÿ˜ฐ nauzubillaminzalik..mohon dijauhkanlah.. lagi travel sorang sorang.


km305 - Exit 209-UPM

Tengah drive, ada brother rider ni hon..tin..tin..tin..aku pun tolehla..
Dia bagi isyarat suruh berhenti tepi..(banyak kali lah) hingga aku bagi signal nak berhenti tepi.. nasiblah duk line yg slow.. senang nak berhenti

Lagi alhamdulillah, depan sikit ada EXIT UPM, maka ada ruang untuk aku berhenti..
Ambil masa juga sebab waktu pagi.. banyak kenderaan..

OK, then..aku tak tahu nak buat apa..๐Ÿ˜ค

Da beberapa minit, aku turun dan lihat sebelah kiri kereta seperti yg ditunjuk oleh rider tadi(Allahu, tayar aku pecah) terima kasih sangat2 tak jadi apa..

Termenung lagi, "aish come on..hafizah"
Last2 aku try call adik aku(ali), 1st try tak dapat..ok
Try call abg- ok dlm pada call tu, adik aku call balik..alhamdulillah..  aku pun story situasi, lokasi masa tu..

Then dia bagi number tolplus..1800880000. "Jangan lupa hidupkan lampu kecemasan"- pesan orang di talian.

Dalam 15 minit kot, datangla kereta peronda. Alhamdulillah.. selesai.. TQ abam polis peronda tolplus..๐Ÿ˜๐Ÿš—

Maka dengan berbekal tayar spare, aku teruskan perjalanan ke Bukit Jalil.. ada kelas. Alhamdulillah, 8:25am kami tiba. Haa, aku dan Efi tiba saing..maka adalah kawan..hihi. OK, kelas harini tajuk dia MARC & RDA.





Allah permudahkan, kelas habis awal.. sementara yang lain solat Jumaat, kami review KPI.. dan  aku dinasihatkan utk pergi tukar tayar dulu sebelum balik kluang๐Ÿ˜… ikut aku yakinnya kamu nak terus balik..hihi

Mazni dan Sobri tumpangkan aku dan Efi ke stadium, aku follow sobri & mazni balik seremban untuk cari kedai tayar.
Kasihan mereka, huhu. Dah la lps tu nak masuk office.

Setelah jumpa, tq sangat2 kat dorang.. mereka pun balik..ke office. TQ gak kat Mazni sbb bagi pinjam duit..topup nak beli tayar๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…




Sementara tunggu, tq to EFi sebab berbual kat wasap..tanya camna..kalau x, bosan gak.
Tak lama, dalam jam 4:45pm dah siap.. aku pun teruskan perjalanan..

Tiba di Kluang dalam 7:50pm. Alhamdulillah..sempat Solat maghrib tapi da hujung waktu๐Ÿ˜ฐ.


Sekian, wassalam.. lepak bagaikan juara.. haha.. Alhamdulillah Allah bagi ujian, tetapi Allah datangkan pertolongan sesuai waktu. Syukur. Terima kasih pada yang bertanya, yang tidak disebutkan di atas๐Ÿ˜…

Done kelas MARC and RDA - 5 Julai 2019
Maaf, entry panjang kali ini.




22 June 2019

Jom Beraya


Assalammualaikum..

Malam 15 Syawal

Malam ni kami ada jemputan hari raya di rumah Kak Aida..best..kan gi beraya ramai-ramai..hihi. Sebenarnya rumah dia buat Marhaban. Tapi, kami tak sempat pun..jadi kami datanglah  meraban...beraya je.

Malam tu, aku pergi berjemaah dengan Kak Ina dan Pakcik Rashid. Hari tu aku kerja, maka Kak Ina dan Pakcik Rashid kenalah tunggu sehingga aku habis kerja iaitu jam 9 malam. Maap semua.. Dalam 9: 05 gitu, kami gerak dari Kampus, aku ngan Kak Ina naik kereta, manakala pakcik follow naik motor.. senang katanya nak balik nanti.

Kami tiba dalam jam 9:30 malam, orang Marhaban pun tengah makan..dan ada yang dah gerak ke rumah lain..Malu-malu gak nak masuk sebab ramai lelaki.

***

Malam tu, alhamdulillah rezeki.. semoga murah rezeki tuan rumah.

Menu dia best..ada kuih, mee rebus, murtabak, jemput2 dan cicah sal tumis, air oren, air bandung.. huh..terkezut perut malam tu, makan tak ingat kann..hihi.. Lepas tu mengah rasa berjalan masa nak balik.. haha.. Perangai sangat, ko kann.. Diam tak diam dah jam 11: 20 Malam..

eh, ajomm lah gerak.. lewat dah.. duk rumah orang..hehe.

Terima kasih kepada tuan rumah, AKA Kak Aida ku cayunk๐Ÿ’•..sekeluarga... lain kali jemput lagi.

Dari Kiri: Kak Aida (Tuan Rumah), Pakcik Rashid, Kak Ina dan aku


Sekian.. #rayakluang2019



Salam Aidilfitri 2019


Assalammualaikum bagi yang membaca.. salam aidilfitri di ucapkan.. Kita dah pun berada di minggu terakhir Syawal.. Dah habis kunjung rumah sahabat handai & saudara mara belum?.. Haa, tak pe- tak pe..dah habis syawal pun boleh kunjung lagi.. Just feel dia berbeza lah..

Juadah pagi raya family ku, seperti biasa.. semestinya:
  1.  Nasi Impit
  2.  Kuah Lodeh
  3.  Sambal Kacang
  4.  Rendang Daging
  5. Serunding
  6. Sambal Goreng (WAJIB)

OK, tahun ini aku cuti awal sehari.. soo dapatlah pergi pasar beli barang basah, kering, sempat lagi cari langsir.. hehe.. kemas rumah dann berbuka bersama family. 

Soalan cepumas?

Haha..mestilah ada bagi orang-orang macam aku.. tetapi it’s OK..benda biasa.. tak marah pun.. anggaplah acik tu saje nak bertanya progress.

Menziarah kubur juga adalah salah satu kebiasaan bagi orang-orang kita. Bukan hari biasa tak gi, ada yang gi, just hari raya ni ramai sebab semua balik serentak (agaknya lah). Kami pun plan pergi ke kubur petang tu, duk bersih-bersih kawasan, tanam pokok melur (ye kott..nama dia) dan AL-FATIHAH untuk arwah Ayah, Tok Bak, dan Nek Mak.

Balik tu, kami dah start rebus nasi impit, kupas rencah untuk masak raya dan berbuka petang tu. Air Fanta Bandung.. hihi. sedap la air tu (Tapi ibulah yang buat – kalau aku yang buat..ke laut rasanya). Raya pertama, kami pergi rumak Mak Gayah (ni jiran kami), pergi rumah dan malam kami ke rumah Mak lOng kat Perani.



 

Banyak lagi gambar, tapi line tak kuat nak upload semua.. 

Raya ke dua, kami terima kunjungan daripada sedara mara sebelah arwah ayah.. lepas tu kami ke rumah sudara mara sebelah ibu. tu pun tak habis lagi..dan seterusnya sampailah aku habis cuti. sekejap je… AHAD dah oii.. kerja..kerja.. 

Pendek je kan..cerita..padahal cuti 5 hari kott..OK..OK dah kita tengok gambar plak..

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN



Year End Gathering

Hari ini, aku cuti. Jadi, ada banyak masa untuk buat macam-macam, termasuk plan makan-makan. Plan simple je sebenarnya. Disebabkan aku ada m...