07 September 2019

Kem Motivasi


Assalammualaikum wbt,

Hari ini, sedang scroll facebook, jumpa lah ada tuan punya profile tulis " rugi kalau korang tak pernah rasa part nangis masa kem motivasi"- terus aku teringat masa sekolah dulu.




Masa sekolah rendah, menengah mesti ramailah yang akan menghadiri kem-kem motivasi ni. Sama ada terpilih atau  terpaksa.. haha. Cik Pinky dulu ada lah join kem motivasi ni. Part

"adik-adik pejamkan mata..bayangkan masa kita kecil...bla..bla..bla.."

Memang tersentuh di hati lah. Semua mesti nangis. Nangis bersungguh, ada yang macam kena pukul pun yer.. hingus sok..sek..sok..sek.. Tapi serius sedih. Cik Pinky rasa semua akan menjiwai masa tu.. Rasa macam nak balik je, nak salam peluk cium mak ayah kita.

Tapi lain cerita masa sekolah menengah - ini memang tak boleh pakai

Masa tu Cik Pinky dah form 6, kata orang tu..dah dewasa dah. Mana taknya, pagar sekolah pun boleh dipersalahkan oleh pelajar form 6 bila kantoi keluar masa waktu sekolah.. hehe..

Ok, camni ceritanya..

Kem ni diadakan di tiram, Johor. Siang tu kami ada macam-macam aktiviti. lari sana sini.. ada latihan dalam kumpulan..eh, macam-macam lah. Malam tu, kami berkumpul dalam dewan.. Cik Pinky masa tu memang ngantuk giler-giler, rasa tak sabar nak balik bilik..

Seperti biasa part suruh pejam mata, bayang kan.. Cik Pinky pejam mata..tapi pejam terus terlelap.. nasiblah lelap sekejap, kalau pakej dengkur lagi haru.. hehe.

Orang suruh bayangkan, dia pi pakej tidur mimpi bagai.. hehe

Sekian, pengalaman. sekarang kerja dah takde dah macam tu..

Korang ada tak pengalaman di kem motivasi? Meh la shareπŸ˜„



[COPY POST] Kecantikan adalah subjektif.

  Kecantikan pada setiap insan itu adalah subjektif. Bergantung kepada siapa yang menilainya. 😊😊😊😊😊 "Posting di bawah adalah nukil...