23 January 2011

Bisu atau volume rosak

PoCoYo
Comey tak? comey tak? childish sikit entry kali ini.. tapi peduli ape..kan. Saya nak jugak tulis tentang dia..
Nama budak comey ni POCOYO.... orang lain panggil dia sebagai "kartun Bisu"- hehe.. sebabnya.. cerite dia tak de dialog. Jom kita kenali tentang PocoYo:

Nama Pocoyo's disediakan oleh David Cantolla. dengan kata lain.." anak kecil saya".
  • Untuk pengetahuan semua, Pocoyo adalah watak utama. 
  • Anak muda yang penuh rasa ingin tahu yang suka bermain game dan menemukan hal-hal baru. 
  • Dia sangat akrobatik dan bergerak pada kelajuan yang pantas.  
  • Dia selalu dipaparkan mengenakan baju biru dan topi.  
  • Teman-temannya terbaik Pato, Elly dan loula.  
  • Ia memiliki kenderaan yang disebut Vamoosh yang boleh digunakan untuk melakukan perjalanan di bawah air, di udara atau melalui ruangan.  
  • Walaupun ia sangat ramah dan manis dan hampir selalu dalam suasana hati yang baik, Pocoyo juga sangat egois, terganggu oleh hal-hal yang sederhana, mudah frustrasi, sering cemburu pada teman-temannya, dan tidak taat, tetapi berusaha sekuat tenaga untuk melawan kekurangan dan belajar moral. Dia disuarakan oleh Montana Smedley sebahagian besar masa, tapi kadang-kadang, oleh Alex Marty. 

Bawah ini adalah gambar sahabat- sahabat pocoyo:





21 January 2011


Ketam Melayu & Ketam Cina 
Salam Jumaat semua..
Adakah anda semua tau..ape itu ketam?
Ketam adalah sejenis binatang yang mempunyai 2sepit.. hehe
sedap..kan kalau makan ketam masak lemak cili padi..
uwaahhh.. sehingga menjilat jari ..gitu..

Hari ini... sedang saya membaca suratkhabar Utusam Malaysia..
ade satu isu..yang membuatkan kami berdiskusi tentang pandangan masing-masing
Tetiba, Bos saya bercerita mengenai kisah ketam melayu dan ketam cina..

Mulanya saya sedikit konpiuz..
almaklum tak pernah plak saya dengar wujudnye ketam melayu dan ketam cina..
hehe..
yang saya tau..ketam batu, ketam masak segala bagai..tu

Cik Pinky : Encik, ape tu ketam melayu dengan ketam cina?? ade beza ke?

Boss : erm.. ada..bezanya.. attitude dia..

Cik Pinky : [muka blur]- tak paham lah..

Boss : macam ni, beza antara ketam melayu dan ketam cin aadalah.. apabila kita letakkan ketam cina dalam satu bakul..dan ketam melayu dalam satu bakul..

Ketam cina apabila seekor daripadanya inginmemanjat keluar, yang lain akan tolak ketam A tadi sehingga dia berjaya keluar. setelah berjaya, ketam A ini tidak akan keluar sekor..dia akan menarik pulak ketam yang berada di dalam bakul tadi sehingga semua berjaya keluar.

MANAKALA

Ketam melayu.. jika seekor ketam itu berusaha sehingga berjaya keluar daripada bakul, yang lain tidak akan tolong ketam tersebut..malah ketam yang lain akan menarik ketam yang hampir berjaya tadi masuk ke dalam bakul itu semula.

Di situ, kita nampak bagaimana sikap Ketam Cina yang membantu antara satu sama lain, dan setelah berjaya dia akan berusaha membantu yang belum berjaya. Jauh sekali dengan attitude Ketam Melayu di mana, mereka tidak mahu menolong malah menjatuhkan lagi adalah..

-itulah sikap kaum kita sekarang ini - 

Cik Pinky : Owh..erm..logik jugak...

Setelah itu, kami kembali membuat kerja.. dalam pada itu, sempat lagi saya explore title ini dan jumpe satu cerita daripada Hanspunye Blog.. saya copy and paste..menarik juga cerita dia..katanya pensyarah dia yang bagitahu tentang si ketam ini:

cerita saya ke??
Kisah ini mengenai sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Pada suatu malam, si isteri mengidam sangat nak makan ketam yang segar. Jadi, si suami pun tidur awal untuk bersiap sedia ke pasar selepas subuh menjelma.
Pagi esoknya si suami pun cepat - cepat ke pasar dan menuju ke tempat makanan laut. Dia terlihat seorang tauke cina sedang menjual ketam lalu dia pun menuju ke arah tauke tersebut.
Perbualan pun terjadi antara mereka :-

Tauke : Ya boss! Lu mau beli apa?
Suami : Saya mahu beli ketam 1 kilo.
Tauke : Lu mau ketam yang mana?
Suami : Bukan semua ketam sama ja ka?
Tauke : Ada dua jenis ketam maaa. Dalam itu bakul olang panggil ketam cina. Ini atas meja ketam melayu.
Si suami berasa pelik. Baru pertama kali dia tahu ada ketam bernama ketam cina dan ketam melayu. Lalu dia bertanya kembali kepada tauke cina tadi.

Suami : Tauke! Apa beza itu ketam cina sama ketam melayu?
Tauke : Itu ketam cina dalam bakul. Wa kasi tutup sama dia. Ini ketam melayu pula wa biar atas ini meja.


Si suami mula menggaru kepala tanda tidak faham. Apa bezanya sampai ketam cina di letak di dalam bakul dan ketam melayu di biar atas meja.

Suami : Kenapa ketam cina lu letak dalam bakul tapi ketam melayu lu letak atas meja? Saya tak faham.
Tauke : Ini ketam cina...wa letak dalam bakul sebab nanti dia lari owh. Ini ketam bila dia lari...dia tak lari sorang - sorang. Dia tolong ketam - ketam lain lari sama maaa....
Suami : Habis tu kenapa ketam melayu biar jer atas meja?
Tauke : Ini ketam melayu wa tatak lisau maa. Kalau kawan dia mau lari ini ketam mesti tarik itu kawan dia jatuh bawah balik maa.
Suami : Owh!
Tauke : Lu mau ketam mana boss?
Suami : Kasilah mana - mana pun. 1 kilo tau taukeh!
Tauke : Terima kasih boss!
Suami : Sama - sama!
 ******

Tamatlah kisah Ketam..Inilah 1st Time saya mendengar cerita ketam Cina dan Melayu
ketam kalok sebenar


ketam nipah

19 January 2011

Puisi Untuk Ibu



Salam..hehe hari ini Rabu..
esok cuti dah..erm.. sehari je..
ade sape2 keje ker esok..
selamat bekerja ya~~
ehehe..nice kan tazmania nie


hari ni, saya baca suratkhabar..
wah!! Rezeki terpijak katanya..
banyak tu...duit syiling..bertaburan n di pungut oleh pengguna Jalan Raya
sanggup dierang membahayakan diri??
ish3... Duit..ma~~ $$$$..
lepas tu..camne nak kira balik duit tu..syiling plak tu..bukan sikit..banyakkk..

wah..memg mata duitan

Semalam di facebook..
saya di tag oleh sepupu saya..topex..nama samaran dia
ingin juga saya berkongsi puisi ini dengan kalian..selamat terhibur...



- Puisi Untuk Ibu -

Ya Allah,,,,,,
Rendahkanlah suaraku baginya
Perindahlah ucapanku didepannya
Lunakkanlah watakku terhadapnya

Dan Lembutkanlah hatiku untuknya
Sampaikan ma'af kami kepadanya
Sampaikan cinta kami kepadanya


Ya Allah,,,,,,
Berilah ia balasan yg sebaik-baiknya atas didikannya padaku
Dan pahala yg besar atas kasih sayang yg ia limpahkan padaku
Peliharalah ia sebagaimana ia memeliharaku


Ya Allah,,,,,,
Apa saja gangguan yg telah ia rasakan
Atau kesusahan yg ia derita karena aku
Atau hilangnya sesuatu haknya karena perbuatanku
Maka jadikanlah itu semua Penyebab susutnya dosa-dosanya
Dan bertambahnya pahala kebaikannya
Dengan perkenanMU Ya Allah,,,,
Hanya Engkaulah yg berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda


Ya Allah,,,,,,
Bila maghfirahMU telah mencapainya sebelumku
Izinkanlah ia memberi syafa'at untukku
Tetapi jika sebaliknya
Maka izinkanlah aku membeti syafa'at untuknya

Sehingga kami semua berkumpul bersama dg santunanMU
Ditempat kediaman yg dinaungi kemuliaanMU, AmpunanMU serta RahmatMU
Sesungguhnya Engkaulah yg memiliki kurnia Maha Agung
Serta Anugerah yg tak berakhir
Dan Engkaulah yg Maha Pengasih.

15 January 2011

My Top Lecturer

Assalammualaikum w.b.t.
ha.. ni entry aku yang ke berapa ye..untuk tahun 
2011

ahaha~~ LOL
tak kisahla.
hari ini aku tengok citer "nangkung"
owh..nangkung.. sooo old..
kami dah tengok da..u baru tengok??

eiii...hellooo...
biarlah... nak tengok biler2 pown..
huhu..jeles kan
cz kami tengok reramaii..
u ade?? tak de kan..
hehe

OK..stop
cam yang korang baca..the title "My Top Lecturer"
lecturer tu a.k.a. pensyarah.. pendidik kite lah
mesti anda-anda semua ade the best lecturer kan..
yang baikkkk sangat lah

hari ini, Ms Pinky @aku... nak cerita sket
saya ni [saya lah pulaks].. belajar di uitm, shah alam
tapi yg branch kat Puncak Perdana..
tau?? ala.. kalo anda semua ingat kisah altantuya..
erm..tau lah tempat tu

studies..dalam..
Library Science...
baca betul-betul yer..
keje library ni..bukan keje cop2 buku..
tolongs sket..

berbalik pada pensyarah tadi..
sepanjang aku belajar di sana..
sorang pensyarah yang sangat baik..
tak kedekut dalam pemarkahan..
friendly... yang penting best
sampai thumb up lah..dapat lecturer cam dia
berbaloi-baloi....
inilah pensyarah tersayang...
Nama dia encik Azmi Ab. Rahman
kalao budak-budak puncak mesti kenal
untuk batch saya dan yang sebelum
tapi sekarang dia dah mengajar di UiTM machang..


- ANDA ADA BEST PENSYARAH TAK?? -
- MEH STORY KAT KOMEN BOX SAYA -


14 January 2011

Kisah Si Lilin...




Ada 4 lilin yang menyala, sedikit demi sedikit habis meleleh. Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka.

Lilin yang pertama berkata : “Aku adalah Damai, namun manusia tak mampu menjagaku, maka lebih baik aku mematikan diriku saja!” demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.

Lilin yang kedua berkata : “AKu adalah Iman, sayang aku tak berguna lagi. Manusia tak mau mengenalku, untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala” begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.

dengan sedih Lilin ketiga bicara : “Aku adalah Cinta, tak mampu lagi aku untuk tetap menyala. Manusia tidak lagi memandang dan menganggapku berguna. mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya” tanpa menunggu waktu lama, maka matilah lilin ketiga.

Tanpa terduga…. seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar dan melihat ketiga lilin telah padam.Karena takut akan kegelapan itu, ia berkata : 

“Apa yang terjadi?! kalian harus tetap menyala, aku takut akan kegelapan!” lalu ia menangis tersedu-sedu.

Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata : “Jangan takut, jangan menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga lilin lainnya, Aku Adalah HARAPAN” dengan mata bersinar, sang anak mengambil lilin harapan, lalu menyalakan kembali ketiga lilin lainnya.





:~Intinyaa…..
Apa yang tidak pernah mati hanyalah HARAPAN yang ada dalam hati kita… dan masing-masing kita semoga dapat menjadi alat, seperti sang anak tersebut, yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali Iman, Damai, Cinta dengan HARAPAN nya!!!

09 January 2011

3K dalam Kehidupan

Salam 1 Malaysia...
Hari ini Cik Pinky takde cerita lah...tapi nak berkongsi sedikit info / maklumat yang dia ambil dari iluvislam punye website:



Hidup kita pasti berputar antara huruf "K". Dari kanak-kanak hinggalah ke dewasa. Sekadar amik 3K sahaja.Mungkin ramai penah mendengar 3K. Sebutan yg sama tetapi berlainan tafsiran.3K yang biasa didengar berkaitan pertandingan "Kebersihan ,Keceriaan & Keselamatan" di peringkat sekolah.

Untuk pengetahuan semua, Fasa hidup juga pasti akan melalui 3K.

Zaman kanak-kanak

KERIANGAN  -  kanak-kanak kesemuanya akan bersuka-ria dalam kehidupan mereka tanpa ada rasa sedikit kerisauan.

KESUKAAN
  -  Mereka bebas melakukan apa saja yang disukai.

KASIH SAYANG  -  umur sebegini amat memerlukan kasih sayang. Mereka akan melakukan sesuatu supaya penumpuan ibubapa kepada mereka. Jika ibubapa tidak memberi tumpuan, mereka merasakan diri mereka tidak lagi disayangi. Umpamanya, tatkala mereka baru mendapat adik. Pastinya ibubapa lebihkan adiknya berbanding diri mereka.Waktu sebeginilah mereka merasakan disisihkan.

Zaman Remaja

KAWAN- Usia remaja merupakan usia mencabar. Segala-galanya adalah kawan. Usia sebegini adalah usia untuk memperbanyakkan kawan segenap usia bagi membolehkan dirinya dianggap sudah dewasa. Kata-kata dari kawan lebih dituruti daripada kata-kata orang tua atau daripada ibubapa. Usia remajalah, ramai yang terjebak dalam kancah dadah, lepak, pil khayal, hedonisme dan lain-lain. Jika tersalah memilih kawan. Itulah padahnya. Jika bijak memilih kawan, pasti, ia akan membantu ke arah kejayaan.

KETAHANAN  -  Usia remaja, ramai remaja menunjuk ketahanan mereka di jalan yg salah. Mereka menunjukan ketahanan mereka di jalanraya dengan merempit. Parut-parut luka itulah tanda mereka mempunyai daya ketahanan dan lasak. Ketahanan yang sebenar adalah kemampuan menangkis ajakan jahat yg boleh membawa kepada kebinasaan. Ketahanan yang tidak kenal penat demi mencapai kejayaan .

KERJASAMA  -  Kerjasama didalam sesuatu hal boleh dilihat seusia begini. Kerana daya juang yang tinggi. Tak mengenal erti kalah. Seiring dengan darah muda. Amat bermakna jika kerjasama ini di dalam menongkah arau pengajian sehingga menara gading. Akhirnya sama-sama mengecap kejayaan yang diimpikan.

Zaman Dewasa

Selepas mengecap kejayaan di alam pengajian. Kita akan teruskan perjalanan hidup ini dengan "K" yang seterusnya.

KERJA  -  semua orang akan mencari kerja selepas letih berada di alam persekolahan atau selepas berjaya mendapat skrol. Cuma berbeza, sama ada bekerja di dalam kerajaan, swasta atau sendiri. Pastinya permulaan bekerja,kita akan menggunakan segenap penjuru bantuan dari keluarga.sama ada dari segi kewangan atau material. Selepas berjaya mengatasinya.

Kita akan berhajat untuk membeli KENDERAAN sendiri bagi memudahkan urusan seharian samada ia motosikal atau kereta.

Apabila kehidupan stabil, pasti kita berhajat untuk mempunyai KEDIAMAN sendiri.

Tatkala 3K tersebut tercapai.Kita akan berselesa untuk meneruskan langkah seterusnya di dalam menyempurnakan alam kehidupan ini dan mengharapkan kembalinya kita kelak sebagai Hamba yang diredhai.

"Hai jiwa yang tenang tenteram (muthmainah)! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhai! Masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku."

(Al-Fajr: 27-30)


[B]- [/B][LINK=http://iluvislam.com/]Artikel iluvislam.com[/LINK][B][/B]

06 January 2011

Lucu :Speaking

Ceritara ini berlaku di dalam  perpustakaanKu petang kelmarin..
sedang aku dan staff lain sibuk wat cataloging, labeling etc..
masuklah sekumpulan pelajar management/ pengurusan, anak bangsa kita
beberapa minit kemudian masuk pulak pelajar master (foreigner)..




Pelajar kita namanya ahmad (bukan nama sebenar) manakala foreigner nama dia mostapha

M: hai..how are u?
A: oo.. alhamdulillah..sambil tersengih..

M: do u finished ur class? when ur next class?

dengan penuh yakin si A menjawab - " yes..we all finished our classed already. erm.. my next class is "petengs" (try cakap petang tapi sleng orang putih)



kami yang mendengar..sume dok pandang dia..cz terasa pelik je bunyinye..last2 student tu..dengan muka tersengih2..keluar dari prpustakaan..

-->> yang penting nak gak dia mencuba...hehe

lagi satu..perkataan yang melayu di sleng kan ke inggeris buah salak..
nak bagi tahu nama buah tu adalah buah salak...
last-last buah salak menjadi "selaks fruits"
dalam bahasa penjajah ape ek buah salak??
saper tau??

buah salak
 

macam orang macam ragam....

"Jom Sertai Bloglist Blog Bdk Botak"

 Selamat Pagi semua...


hari ini sedang saya jenjalan masuk blog orang nie..masuk blog orang tu...
saya terjumpa ini blog... BLOG BUDAK BOTAK
teringin sangat nak join..


hope budak botak dapat lah bagi blog saya tersenarai dalam bloglist dia..hehehe.
Ape pown saya kene penuhi syarat yang telah pun ditetapkan...
Jom..Jom kita tengok apa syarat2nye...
|
|
|
V
V



 Syarat - syaratnya adalah:
 
 
 
1) Buat 1 entry dan letak tajuk "Jom Sertai Bloglist Blog Bdk Botak"
                  - ok..saya dah buat

2) Letak gambar atas tu di awal2 entry. Buat 1 link ke entry nie ye...
                 -ok..siap

3) Nyatakan korang lelaki @ perempuan (senang nk kelaskan)
                  - saya ni blogger perempuan..

4) Tag 3 orang kawan2 korang yg berminat


DoNe!!
 
 

05 January 2011

Sedikit Coretan Akhir 2010

Assalammualaikum semua....

ahaha... tajuk coretan akhir 2010.. maksudnye... dah nak tutup buku 2010..nak open 2011 pulak..
dah 05  hari kita semua di tahun baru.. ape pembaharuan daripada anda semua??
hehe..smalam aku ditanya..oleh mokcik cleaner nie..
"dek ape azam tahun baru?'
aku jawab..uhmm..rahsia..ahaha..malas nak jawab..ke tak pk azam ape..huhu
lalala
hanya diriku yang tahu...

31 December 2010
1st time kot, kami penghuni 7-9-5... keluar bersama...pada malam tu..
apa yg menyebabkan kiterang outing??
actually pagi tu..roomateKu Pae' mengemas2..then terjumpa baucar "RASAMAs" hehe
ape ag..malam tu kami plan nak kuar makan nak perhabis kupon...

tapi, pagi tu..aku kuar dah ngan adik p GM Plaza..kat area Chow Kit
bestlah gak..banyak barang2 murah...kalau beli borong..
pastu..g makan tengah hari... solat
kami p pulak round2 kat Jalan TAR..g Mydin

Balik umah jam 6.30pm...
Sampai umah... rehat jap..
malam tu lepas maghrib kami
jom tengok destinasi kami...


LRT Universitu

4 dara 7-9-5

2nd: RasaMAs Kl central



menunggu oder..lapo lah tu~~

capture picture ag..huhu


peace..sabor-sabor

All together

lepas makan..kami pown balik rumah..hehehe...

Selamat Tinggal 2010... Selamat Datang 2011
Semoga tahun ini memberi banyak kenangan manis..
Amin...

03 January 2011

Salam Tahun Baru Sahabat Blogger

Assalammualaikum... kepada semua pelawat yang sudi berkunjung ke blog saya...

firstly nak wish  
SELAMAT TAHUN BARU - 2011.
Alhamdulillah di ucapkan..
diam tak dia dah tahun baru ..walau dah lewat dah kot wish..hihi..
ramai dah updated dengan pelbagai ceritera di tahun 2011

semoga semua berada dalam tahun yang menggembirakan...

[COPY POST] Kecantikan adalah subjektif.

  Kecantikan pada setiap insan itu adalah subjektif. Bergantung kepada siapa yang menilainya. 😊😊😊😊😊 "Posting di bawah adalah nukil...