24 December 2010

Kisah Sadis Uda Dan Dara


-->

Assalammualaikum kepada semua pengunjung Blog saya.. apa khabar yer?? Hari ni dah Jumaat..mesti semangatkan..esokkan cuti..ehehe... Ape pown kisah ini saya dapat daripada sahabat saya Elyani. dia ni sahabat saya sejak kat UiTM puncak Perdana..dulu...

Ishh..banyak plak celoteh..ok lah ..

Selamat Membaca... Pastu tinggal lah Komen yer..hehe


*****
Biasa dengar cerita percintaan Uda dan darah Dara, Romeo dan Juliet dan sebagainya yang sanggup buat apa saja demi cinta mereka yang kononnya cinta sejati. OK.....

Ini dara, awek yang sedang mekar

Ini pula Uda, pakwe kepada dara

Mereka sedang kemaruk bercinta

Biasalah tengah kemaruk bercinta. Mereka tak endahkan pesanan Sohaimi Mior Hassan . .jangan pegang-pegang, duduk renggang-renggang.   Pergi clubbing setiap malam
Mamat ini pula ialah Sumardi iaitu kawan kepada Uda yang jeles melihat kawannya bergembira.

Sumardi sudah report kepada ayah si dara. Ayah si dara hangin satu badan tidak merestui percintaan mereka..

Kerana ayahnya sudah ada calonnya sendiri iaitu si Ajoi anak orang kaya tetapi merupakan samseng Kg Dusun.
Ayahnya terus mengahwinkan Dara dengan Ajoi
Uda frust giler dan mengikut kata syaitan dan membuat keputusan bodoh, membunuh diri
Si Dara yang tak berapa nak dara tadi pun rasa bersalah dengan kematian si Uda.
Dia pun membuat keputusan nekad juga…
:
:
:
:
Terjun ke kuali yang penuh minyak panas…
Berakhirlah riwayat mereka . Inilah kisah sadis Uda dan Dara..macam cerita drama-drama Melayu, sinetron, hindustan dan sebagainya samada nak jadikan happy ending atau sad ending dan orang-orang kita pun berair-air mata menghayati cerita ini dan mengikuti cerita ni setiap hari dari episod 1 hingga ke episod 49.

Pesanan Buat Semua
    
  **  2 Hati Mencintai Ilahi..Bergabunglah Jiwa Bersatulah Hati, 2 Jiwa 1 Cinta, 2 Jasad 1 Matlamat, Bila Cinta Kerana Allah...Berpisahnya Tidak Gelisah, Ukhwah Itu Indah Bila Terjalinnya Kerana Allah"**  

       *****YA ALLAH aku pinta kepadaMU agr kau kekalkanlah perasaan kasih sayang, peRsaudraan dan pERsahabtan aku dgn sahabat aku ini jgnlah kau uji kAmi dgn pergaduhan,peRsgketaan,hasad dan dEndam.jka kau uji kmi dgn perpsahan jasad yg berpanjanGan,jgnlah kau uji kmi dgn perpisahan hAti dan doa.sesungguhnye kami bertemu dan berpisah hnya krana cinta dan kasih sygMU..sesungguhnya aku menyayangi shbat ku ini hnya krnMU Yarabalallamin


23 December 2010

Result PMR 2010

 Assalammualaikum..

Wah..ape khabar semua..ade tak yang para blogger kite yang sedang menunggu result PMR?? or adek2 atau sepupu.. teringat dulu berdebar-debar rase nak pergi amik result kat sekolah.



23 December 2010
 Result PMR 2010 akan diumumkan hari ini 23 December 2010 ..berkemungkinan pelajar akan menerimanya pada jam 10 pagi ini.. Cik Pinky ade sorg adek yang tingkatan 3.. hopefully semuanya Ok... hehe..

GooD Luck to all PMR student yang dapat result arini..

Bagi pelajar itu sendiri, sebelum pergi ke sekolah mengambil keputusan tu.... banyak-banyakkan berdoa dan bertawakal kepada Allah (bagi yang Islam). Mudah-mudahan, mendapat keputusan yang cemerlang.

Tak lupe jugak Ibu Bapa hari ini pasti merasa bahangnya. hehe. bagi ibu bapa, jangan gemuruh sangat dan memberi expectation yang terlalu tinggi kat anak, cz akan membebankan anak nanti. Doakan yang terbaik untuk anak-anak encik-encik dan puan-puan semua. Jika mereka berjaya, bergembiralah. Jika mereka kurang berjaya, pujuklah mereka dengan senyuman. Bukan dengan muka yang masam macam baru lepas makan mangga masam. Ini adat. Ada masanya mereka kalah, ada masanya mereka menang. Itu percaturan hidup yang mereka perlu tempuhi. Selepas PMR, ada SPM. Selepas itu? Peringkat kolej, matrikulasi dan universiti dan akhirnya ke alam pekerjaaan. INi semua tangga-tangga yang kebiasaannya pelajar-pelajar di Malaysia akan hadapi. Tak perlu pening kepala, hadapi dan enjoykan hari anda dengan segembira mungkin. [http://ohcikgu.com/2010/12/16/tarikh-keputusan-pmr-yang-rasmi-23-disember-2010/]

Tak Lupa juga

Cikgu-cikgu, pasti sedang sibuk menguruskan event arini.. mereka juga berdebar2 menanti keputusan pelajarnya.. adakah akan mempengaruhi nama baik sekolah. Ape pown banyakkan bersabar dan bertawakal agak semuanya berjalan dengan lancar. 


erm..lepas ni ke mana pulak hala tujunya??

- teruskan persekolahan di Sekolah Harian
- masuk MRSM
- Politeknik
- Sekolah berasrama penuh
- etc.

aper pown keputusannya... belajarlah selagi ade peluang..hehe

15 December 2010

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah

Salam..
Setelah entry emo semalam..hari ni
saya nak berkongsi satu cerita..ni
saya dapat dari emel sahabat saya..
mungkin benda ni sudah dibaca oleh mana2 blogger..
tapi sebagai perkongsian ilmu
saya paparkan di sini

Sumbangan : Iskandar Hassan

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu
disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu
agak laju dengan sebuah kereta Waja  yang berprestasi
tinggi yang baru sahaja dibelinya.

Sambil ia memandu  perlahan-lahan ia sedang memerhatikan
seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi
jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat
sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi
kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi
seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah
kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive muda tersebut
menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana
Anak kecil tadi berdiri.

Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus
meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil
dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan
dan terus memarahi Anak kecil tadi. Kita selalu kasar... siapa kita ?

"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak
berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak
baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?
jerit Executive tersebut..

Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ;
"Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut
saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak
ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut
yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh
dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada
orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak
Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat
untuk saya.

Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan
anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan
meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih, pakcik.
Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive
muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut
menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju
ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan
kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah
kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja
tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak
perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan
seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan
perhatian . 

 http://uk.groups.yahoo.com/group/Idaman_Group/join
Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.



'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismilla hirrahmannirrahi m'

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana
dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam
tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama
cacing kepanasan.  Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,
kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.
Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan
ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.
Berilah salam kepada anggota rumah dan  sekiranya tiada orang di rumah
berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat
kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan
membantu kita menjawab persoalan kubur.

Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar
menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan
daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab
salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w:
'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya
ia telah menebus dirinya dari  Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak
Allah di langit dan di bumi.

Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah
sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah
pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad
satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita
sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian
siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul
Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara
Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang
dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan
bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat..

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya
itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab
dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama
dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r..a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000
sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu
padang  sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap     padang sahara itu terdapat
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di
sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan
ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali
selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke
jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak
mengalami apa-apa kesusahan. 





 ni sahabat saya:

14 December 2010

Think positive more harder

Salam, hari ini saya nak guna nama sebenar dalam Blog.. Hafizah..yes..that's my name

Harini, entry sedikit emotional. Sedih barangkali.

MUNGKINLAH..

"jangan lah sebab kita tak de jodoh, awak nak buang persahabatan kita"
erm..it's ok..lah..fiza accept semua nie (saya cuba)

Sorry, saya explore fb awak (sebab someone telah menimbulkan rasa syak wasangka saya terhadap awak)

Okey.. pencarian telah berjumpa dengan jawapan yang sahih. Happy for you.. 

***

One day, awak SMS saya..mintak tolong saya emailkan resume pada seorang ni.. kalau ikut ligik, awak boleh je buat..kan.. hihi. Sebab memang 3:30 sampai 7 malam tu awak ada je lepak library elab.

Ok.. saya tolong buatkan resume awak..
Saya submitkan pada email tu dengan doa agar awak dapat kerja tu..

yang saya rasa sedih..
sape dia?? pada siapa awak suruh saya send emel??
sampai dia tanya saya-
 
 14 December 2010 - 15:20
"tq.i just curious knp awk nge ..(nama dirahsiakan) tuh x couple? i mean break?just want to know badly..that all..im sory disturbing u but i just want to know mayby i can take advantage from that information u will tell me.. "
 
Terfikir juga kenapa dia tanya saya camtu??
Siapa dia sebenarnya?

lepas itu, barulah fizah cari tau siapa dia..
last2 fiza tau, dia your GF..kan..
bukan cemburu..cuma nak tahu.

OK..doesn't matter
Tahniah lah..
tak kesah pown dia couple ngan siapa..
yang penting..
cintalah si ... sesungguhnya
 
sesungguhnya, kenapa fiza tak couple ngan dia
adalah ketentuan Ilahi..
mungkin Jodoh kami tak panjang,..
percaya pada Qada' dan qadar..
Wassalam...


 

Suka Ria D' Kota Tinggi

Assalammualaikum w.b.t.t

2-3 hari tak update blog..busy sikit ngan update system catalog ngan wat labeling
Sabtu lepas, Cik Pinky balikk kampng..
wah..happy sangat..sebab..dapat jumpe Ibu, n adek2.

hari sabtu tu, ade wedding kawan..tema Pink..i loike it..
pastu p wedding anak kawan ibu, jumpe ramai kawan..
Cik Pinky happy sangat bile tengok ibu happy...
petang tu, ibu ajak p TODAY mall, Johor
kami jalan2, minum petang..cik pinky And adik ngan ibu p try kerusi urut..
huhu-- geli ase dia urut..hehe

malam tu, cik pinky ade birthday celebration ngan kawan saya.. hafizah n dilla
makan prosperity n tukar2 adiah..

esoknye.. ade wedding adik akak ipar kat Kempas..
kami g naik kembara, tapi..cik pinky kene nek larkin..
sebab mjlis start jam 2.30pm.. huhu
sedih sangat ase kene balik KL..
uwawa!!

sebelum bali, slam2..adikku yang kechik..tetibe cakap
"afiq sayang angah"...adess..sayu gak..

Hari ni selasa..bile nak balik kampung lagi nie..hehe

10 December 2010

Today is My Day

Salam 1 Malaysia...
Hari ini 10 december 2010
adalah hari yang paling happy

Today is my day..I should enjoy it...
Happy birthday to me..
Thanks untuk semua kawan2 yang telah wish..hope setiap doa yang korang ucapkan akan termakbul..
[doa yang baik2 je lah]..hehe

Hope pertambahan 1 lagi angka di umurkU..
akan menjadikan diriku ini lebih matang..
dan tabah dalam menghadapi dugaan yang mendatang...

Semoga Ceria , Success slalu dan sentiasa berada di bawah keredhaan Allah swt.
Aminn...

09 December 2010

Nak Kiss @ bite?? ^_^

Salam..setelah bercuti selasa..kini sibuk kerja menguruskan mana yang tak terurus...
hari ni, Cik Pinky nak berkongsi kisah pendek... ala-ala cam short story...
satu daripada pengalaman saya sendiri kat rumah sewa...

kalau korang baca title,ape yang terlintas kat fikiran??
Dalam bahasa omputeh Kiss means ciuman
Bite pulak adalah gigitan...
erm..agaknya ape yang terjadi??
ahaha.. meh baca dulu

Kisah ni berlaku time cuti weekend..
tengok kengkawan dok sembang kat luar, cik pinky pown nak gak join...
ahaha~~
tetiba sorang kawan ni nama dia Ina [bukan nama sebenar]

Ina : fiza..fiza..nak Kiss ke nak bites??
Aku: nak bytes..[ngan muka ase tak bersalah]

- mana taknya...tengok atas meja ade..


kisses chocolate

bytes cadbury choclate

of course aku pilih bytes..yum..yum..sedapp!!. berbalik pada cerita tadi..kengkawan ku sume dok pakat gelak... rupenya dierg pikir over age...hehe
tak kesah lah yang penting aku dapat makan bytes.. kawanku bagi..hehe


Korang nak ape?? kisses ke nak Bytes?

04 December 2010

Apa ada di Bulan Disember ??

Hari ni 4 December 2010..
Bulan terakhir bagi tahun ni... korang dah capai ke semua azam tahun baru yang lepas??
erm..mungkin ada yang dah.. mungkin juga ade yang masih belom tercapai..

Ok..ape yang ade di Bulan Disember..bulan penghujung Tahun..
  1.  Bulan Muharram - kalender Islam -tahun Baru
  2. Cuti sekolah- wah best2.. boley g jenjalan ~ holiday
  3. Ramai yang dah cukup syarat bertunang, berkahwin..
  4. G practical- yang final sem.
  5. Sediakan azam Baru - 2011
  6. etc..
Tapi hari ini, Cik pinky nak berkongsi serba sedikit info tentang Bulan Muharram/ Maal Hijrah..
Info ni saya dapat dari (fully) - http://www.al-azim.com/masjid/muharram/amalan.htm


Buat semua umat Islam

APA ITU BULAN MUHARRAM?

MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali


Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata


Maksudnya :
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Akhir TAhun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.



Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Sumber : Darulnuman


"Selamat Beramal"

03 December 2010

KAWAII GADGET'S CONTEST

Salam 1 Malaysia.. 

Hari ni Izamir Ridzwan  telah tagged saya dalam satu contest... Sape Izamir Ridzwan?? tak kenal ke?? ish3..  Dia ni seorang blogger gak. saya suke G blog dia..sebab menarik cerita dia, keceriaan blog tu..ahaha.. sudah! tak boley puji lebih-lebih..

Hari ni kite nak cerita pasal contest boleh tahan lah menarik... Kalau contest pasti ada hadiahnya..betul tak??
 OK..firstly, ni lah penganjur dia....


Kawaii Gadget's
Kawaii Gadget's - click banner tu
D' tagged oleh : Izamir Ridzwan

 Sepanjang hidup Cik Pinky lah..banyak lagu yang feveret2 ni... antaranya lagu Mr Maher Zain- InsyaAllah, lagu SOKO- take my heart. ahaha~~ tapi dalam contest kali ni Cik Pinky suke sangat lagu yang di bawa oleh Aizat - perGi


ni lah penyanyinya
Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..
kau pergi.. pergi..
kau pergi.. pergi..



Dalam banyak-banyak lagu, Cik Pinky sangat suke lagu ni sebab ade kisah di sebaliknya. Kalau dengar lagu ni mesti teringat boyfriend, gurlfriend..yang ex.. kan.. hehe. Tapi kalau kita hayati lirik dia..mengisahkan pemergian seorang yang betul -betul kita sayang.Orang yang kita sayang banyak kan kategorinya... biarlah rahsia.. 

erm..takkan Cik Pinky je buat nie, nak jugaklah berkongsi ngan kawan-kawan blogger. Sebab hadiah yang ditawarkan adalah sangat menarik..mana tau rezeki. ahaha~~ tuah ayam nampak di kaki, tuah Cik Pinky and kawan2 siapa yang tahu..ahaha..bermadah pulak.. Sesape yang cik pinky tagged ni selamat mencuba naseb ye.. tak de paksaan pun..hehe.. Try our luck je..


Sekarang saya nak tagged antara 3 follower saya... antara yang terpilih adalah.. jeng..jeng..jeng..:

P/s: Untuk nak tau lebih lanjut klik sini ... 

Bakal Teman Hidupku



*******************

-->

-->
Untuk bakal teman hidupku, bacalah...


Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.


Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.


Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.


Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.

 Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku.

01 December 2010

Dah Besar kamu nak jadi ape??

Dah besar, kamu nak jadi ape?
“Doktor”… “cikgu”..”nurse… pramugari.. peguam..hakim..model… saintis..angkasawan…
Ha..itu lah antara pilihan job yang sering kite dengar time sekolah2 dulu..

antara yang famous
|
|
v
v
ye adek2..nak jadik doktor..

Tetapi pernah tak korang terfikir nak jadi perpustakawan
Perpustakawan?? what's that??
Erm..saya pown tak pernah terfikir wujudnye jawatan ni..hehe



LibRarian a.k.a. perpustakawan

kalo keje kat perpustakaan buat ape?? fall in luv with book

buku...

ceritanya bermula begini



Masa lepas SPM.. saya amik STPM..niat di hati tak mo jauh ngan family..huhu…
Lepas STPM… saya sambung belajar kat Selayang iaitu Akademi Jahitan Khamsiah[AJK]..
Korang pernah dengar AJK nie??erm..saya pown tak pernah dengar..hihi..tapi the reality inilah tempat saya selepas abis STPM tahun 2004.

Masa tu, umur 20 tahun…
Lagu nokia tune berbunyi…
“Hello, boley saya bercakap dengan cik Nur Hafizah Hussain” – Pemanggil [P]
“Hello.. ye saya” – Saya [S]
“”Cik, saya daripada AJK selayang, akademi di bawah anjuran FELDA” – [P]
… saya nie pown dokk dengar lah sampai habis ape yang dia nak gtau..
“Tahniah, kerana permohonan cik telah Berjaya, surat telah pun dihantar ke rumah, dan dalam masa 3 hari akan sampai”- [P]
“OK”-[S]
“saya nak bagitau yang cik mesti daftar pada minggu hadapan”-[P]
“erm..saya kene bawak ape je?”-[S]
Si [P] ni dok lah terangkan..macam nak masuk asrama sgala bagai..
Berita ni saya sampaikan kat ayah dan ibu..
Betapa gembiranya mereka bile dapat tau..

..adeh..hatiku plak runsing cz takut tak de member, al maklum tak pernah jauh ngan family..
.. seb baek, ade kawan ku jugak dapat masuk ke akademik yang sama..

Masa ni plak, umur aku masih 20tahn.. Dec. 2005
Masa ni abang yang call gtau yang saya dapat surat tawaran ke UiTM
Bidang : Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) sains Pengurusan Maklumat (Perpusatakaan dan sistem) – IS220

Haha.. pernah x korang terfikir wujudnye bidang library/ perpustakaan??
Pernah? Bagus lah..
Saya, time tu dok piker, wat pe lah dok blajar bidang perpustakaan.. keje ape je buat.. ish.. kene gak blajar kat university ke??
Ha!! Itulah persepsi saya time tu…

Tapi bile dah masuk UiTM Puncak Perdana (Kolej + fakulti).. baru lah tau macam2 kami belajar.. pening gakk kepala..huhu. tak payah lah ye nak listkan nama matapelajaran..

Dan sekarang saya kerja kat library a.k.a. perpustakaan. TAPI untuk pegang jawatan LIBRARIAN.. tak boley ag, cz kene ade experience.. try hard ..ok..

Dalam sebuah perpustakaan tu ade plak pecahan-pecahannya:

1. Bahagian admin – proses surat internal n external
2. Bahagian Kaunter / reference desk
3. Bahagian Cataloging - key in data buku mengikut coding, berdasarkan field. [AACR2, MalMarc, DDC, LCC, LCSH]
4. Bahagian acquisition- pembelian buku, deal ngan supplier, cari quotation
5. Bahagian jilid- tempat nie menggunakan mesin yang besar2.. so lelaki adalah sesuai.. hehe..tempat ni ade tmpat pmotong, mjahit, gam, kerajang emas..etc..

Rasa-rasanya keje bahagian nie tertekan tak?? Ahaha.. rasanya semua keje stress..Cuma berbeza stress tu datang..tul tak.. tapi tu lah.. bidang pekerjaan yang tak pernah terlintas kat pemikran saya.. hehe.. 


Apa pun pekerjaan anda..buatlah sehabis baik....
Selamt Bekerja

29 November 2010

PORTULACA GRANDIFLORA, [ROS JEPUN]


PORTULACA GRANDIFLORA, [ROS JEPUN]

animated


Mari mengenal spesis Rose.. rasanya semua perempuan sangat sukee kepada bunga rose.. tapi..kaum hadam adam.. jangan sangka semua perempuan suka pada bunga..sebenarnya ia bergantung kepada individu. Minat setiap orang adalah berbeza… cuba bayangkan jika perempuan mempunyai minat yang sama..erm.. susah..
just for u my dear..
 
Tak kisah lah apepun, tetapi hari ini saya nak berkongsi satu info tentang satu spesis Rose. Nampak tak gambar rose animated tu, ..yang 1st paragraph tu…ha~~ ceritenye camni.. saya tersangatlah suke akan picture tu, sebab ia nampak lawa dan menarik. So satu hari ni, sorang kawan saya tanya, itu bunga ape?
Saya cakaplah..bunga rose orange..mayyybee..hehe  (tak tau sebenarnya)..
Kenalan saya ni, kenaL mase form 3. Dia ni, rajin kot..dia bagi saya emel tentang bunga tu..and gambar sebenar.. wah!! Bersungguhnya sahabat saya nie… Happy lah rase, cz..rupenye bunge tu memang wujud..bukan hanya khayalan or cartoon.. Thanks a lots.. So sekarang saya nak gak berkongsi maklumat tu kat semua..

Jom Baca!!


Rose Oren

 Nama sebenar Bunga tu adalah : Ros Oren Portulaca Grandiflora atau Moss rose (atau Sun Plant) dalam bahasa Melayunya Ros Jepun.
Bunga nip own ade gak nama glamour, bukan korang je ade yer..erm, Nama lain cik ros ini ialah bunga kembang petang, bunga pukul sepuluh, rose moss, sun plant, japanese rose dan bunga gelang.
Ciri-ciri dia Ia sejenis pokok jenis lembut yang beranting. Ia mempunyai daun berwarna hijau yang kecil.
Ia boleh mencapai 6 in (15 cm) tinggi dan menjalar hingga sekaki (30.5 cm). Bunga yang berkembang seperti ros ini agak kecil dari bunga ros selebar seinci. Ia mempunyai warna yang cerah seperti pink, merah, kuning, putih, ungu dan oren. Yang istimewanya, ia berkembang pada waktu dhuha pagi dan menguncup sebelum asar. Paling cantiknya ialah pada pukul 10 pagi, dan oleh sebab itu ada yang mengelarnya bunga pukul sepuluh.. :-)
Asal : berasal dari Brazil Selatan yang beriklim panas, Uruguay dan Argentina Utara, ros jepun telah ditanam di merata dunia sebagai bunya yang disukai ramai.
Keperluan: Ros jepun boleh hidup subur di kawasan yang berpasir atau tanah yang lembap. Ia tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Ia boleh dibiakkan melalui keratan batang.
Cahaya: Memerlukan cahaya matahari yang terang untuk menguntum.

Kelembapan: Memerlukan air yang banyak tetapi boleh juga hidup di kawasan yang agak kering.

Yang tergolong dalam spesis yang sama

[COPY POST] Kecantikan adalah subjektif.

  Kecantikan pada setiap insan itu adalah subjektif. Bergantung kepada siapa yang menilainya. 😊😊😊😊😊 "Posting di bawah adalah nukil...