03 August 2019

Drama Library

Situasi 1: 

Sedang shelf reading nampakla ada student ni duk tercari cari buku..berapa kali pusing shelf😅

Aku: Hi, do you need any help?
Student: yes miss.. where is ebook?
Aku: ebook? (Garu kepala jap)- bukan sebab tak tahu..just nak relate kan hang cari buku di shelf. Lagi semalam dah diterangkan ia berada di atas talian yang mana, user boleh access melalui portal library kolej.

Aku tak marah, just ok gak budak ni..tau ebook mungkin kurang fokus.. masa kelas😊

Student: yes miss, as told in your class yesterday
Aku: ohh..come i show you

Aku bawakla student ni pergi ke computer dan assist dia macammana nak access dan cari ebook daripada ebook database yang kolej kami subscribed


Situasi 2


Dalam library, ramai pelajar.. sedang aku entertain seorang pelajar di kaunter.. tetiba ada sesuatu melayang melepasi pandanganku..

Aku: Apa tu?
Student depan ku: Dia kak buat. (Sambil jari runcing tu menunjuk ke rakan dia)
Student : sorry kak, saya nak pukul lalat tu.
Aku: Kenapa buat macam tu? Ambil balik. Jangan la buat buku macamtu.


Situasi 3


Waktu rehat adalah waktu memang penuh library.

Aku dan librarian di kaunter..dan tetiba...

Student china: miss..miss.. help me.. i need to photocopy this.

Librarian: come.. sambil ke mesin photocopy

Masa ni aku bz sebab ramai students nak kunci loker. Nak register library akaun.

Settle part aku, semua students tadi da masuk ke library.. aku g tolong kawan tadi.. tengok kat mesin photocopy punyala ramai bebudak ni..

Yang student china tadi..boleh pulak dia gi susun nota dia depan pintu dengan duduk macam kat rumah😅 skirt hang da la pendek.. 😣

Budak lelaki biasala nakal.. diorang reramai.. "kak..kak..free show". Aduyai.. aku ni.. dah2 gi buat kerja kamu.. sempit la duk reramai depan pintu ni. Hihi.. macam2 kerenah

Itu kisah budak dari China.

Student dari India

Budak ni master in business.. biasa sabtu memang students master je dengan budak engineering

Good morning miss
Hai, good morning

Dia bagi ID dan mintak kunci loker.. dan terus masuk library. Lebih kurang jam 1pm dia pun keluar nak balik..

Masa pulang kunci..
Miss, may i have your phone number
Aku pun bagi la phone number library..
No..no..miss.. your mobile number

Sorry, (tak ingat nama sebenar dia).. tapi aku panggil dia Parameswara..
Sorry Parameswara.. i can't give u my mobile number..anything you can call library

Miss, if you not give your mobile number, i will inform my grandma..

Confius aku.. asal pulak dia nak gitau nenek dia..aduhai..

Situasi 4

Aku kerja pagi masuk jam 8.30am. Lebih kurang jam 11.30am tetiba dapat mesej.. partner MC.. uish.. terkebil kebil rasa.. Sebab Isnin memang ramai.

Kelam kabut sikit sebab harini ramai budak yang tak boleh ditegur.. penat pun yer.. keje sampai malam dengan tak keluar rehat.. solat.. aku kunci je bebudak ni kat library..tapi aku tanya dulu dorang nak keluar tak dalam masa 20 minit. Bila mereka kata tak..kak..
Aku tutup pintu depan, tampal staff gi solat.

Padahal aku ada je kat dalam.. solat dalam bilik bos..

Bila petang, masa ni students da tak ramai
Jam 7pm.. ramai da gerak balik.. tinggal budak master je..yang PJJ. Maka, aku pun gi toilet..

Tetiba, ada yang ketuk pintu toilet

Student: akak..oo akak..
Aku: Jap..jap.. ( korang ni)
Student: akak kitorang belikan akak McD.. nanti akak makan tau.. cian akak dari siang tak makan..

Terharu jap.. masa nk bayar.. student kata..takpe kak kami belanja.. Alhamdulillah.. terima kasih

Lepas tu, student tu pun balik..sebab dorang duk hostel..bas dah nk gerak.

Dalam jam 8pm.. budak Tanzania

Hi, Miss.. i bought you A&W. Hope you can take it. My friend said you not take your lunch today.

Rezeki..kan..

Sini ramai budak oversea.. tapi english dorang pun tunggang langgang.. as long as faham each other.

Apapun, rindu gelagat korang 😘



2 comments:

  1. As-salam awak..

    Macam-macam kisah di library ya.. Seronok baca. Salam kenal ya. terima kasih sudi singgah di blog saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..

      Betul tu, gelagat dorang ni lah kadang buat kita rapat.. Thanks sudi visit blog saya kembali.

      Delete

Year End Gathering

Hari ini, aku cuti. Jadi, ada banyak masa untuk buat macam-macam, termasuk plan makan-makan. Plan simple je sebenarnya. Disebabkan aku ada m...