18 August 2019

Colmar Tropical, Bukit Tinggi

Assalammualaikum dan Bismillahirahmannirahim..

Sepertimana yang diumumkan oleh kerajaan yang mana pada 30 Julai 2019 adalah CUTI UMUM sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16.


Aku, mengambil keputusan untuk mengambil cuti tahunan, iaitu bermula 27 - 29 Julai 2019. Kali ini, Yana mengusulkan supaya bercuti di Buki Tinggi, Pahang. Untuk pengetahuan semua, cuti ini adalah cuti "last minutes". Oleh itu, ramailah ahli keluarga yang tak dapat join.. Sorry semua.. πŸ˜‰


Tapi, nak beritahu, bercuti dengan family adalah satu Anugerah yang paling indah dalam hidup aku. Lagi ada Si Jantung hati.. (Jangan fikir lain ya, My Si Jantung Hati adalah My beloved IBU)- Ya, of course semua setuju πŸ˜„

Perjalanan bermula pada Hari Sabtu (27 Julai 2019), 4 ahli semuanya (Ibu, aku, Yana dan Unasz). Pilihan kenderaan, kami pilih SAGA, sebab dia auto..nak jalan jauh pakai manual letih kaki sikit..


27 Julai 2019 (Sabtu) - Hari Pertama

Hari pertama, kami bertolak ke Mersing sebab nak bawak budak kecik outing. Adik bongsu rindu katanya.. haha.

Petang tu, kami ambil dia kat sekolah. Dia request nak makan KFC, maka ke KFC lerr kita. Lepastu jalan jalan belilah sikit barang yang dia perlukan. Lebih kurang dalam 5 lebih dah kena hantar semula.. OK lah dik, jap je boleh spent time. Love U😘😘

Haritu kami check in kat Mersing Merlin Inn. Bilik 2 katil single. Tapi kami request satu lagi..sebab cam tak muat nak shareπŸ˜…πŸ˜…

Hasil carian imej untuk Mersing merlin Inn



Hasil carian imej untuk Mersing merlin Inn
Parking kereta kat kawasan ni.

Kat sana takde aktiviti sangat. Just, malam tu kami gi makan dekat tepi pantai. 

28-29 Julai 2019 (Ahad) Hari kedua

Ok, ahad Johor is a working day. Jadinya harini ramailah yang bekerja. #kamicuti πŸ˜„πŸ˜„ 

pagi tu kami sarapan di bawah Hotel OYO. Not bad lah rasa makanan dia.. saya bagi 4 bintang. ♥πŸ’•πŸ’•

Lepas sarapan je, kami gerak ke destinasi seterusnya iaitu Bukit Tinggi. Jom kita review sikit:

Bukit Tinggi atau Berjaya Hills Resort ialah tempat peranginan di PahangMalaysia berdekatan Genting Highlands. Ia terkenal dengan kampung tema PerancisColmar Tropicale.

Colmar Tropicale


Kredit pic: Official Portal of Tourism Pahang- Bukit Tinggi

Alamat: Kilometer 48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Bentong, Pahang

Perkampungan yang bertemaan Perancis
Colmar Tropical Berjaya Hills ialah resort penginapan bersejarah di Bukit Tinggi, PahangMalaysia. Ia adalah resort yang unik kerana dibina bertemakan perkampungan asli Colmar dari kurun ke-12 terletak di AlsacePerancis. Suasana di Colmar Tropicale Berjaya Hills membuatkan pelancong seolah-olah berada di luar negara. Tidak hairanlah tempat menarik di Bukit Tinggi ini menjadi destinasi yang paling mendapat tumpuan pelancong.

Kami menginap di sini. Semasa nak check in, kami diberi free entrance ke 3 tempat untuk 2 orang. Kenapa 2 je? Haa..sebab we all book bilik untuk 2 adults, maka kami bayar untuk 2 orang je. Breakfast pun sama. 

Haa..bab makan. Tempat dia bukan simple2.. tersangatlah menarik. Memang ala-ala franch lah. Setiap restoran mempunyai menu yang berbeza. 


Antaranya adalah

  1. La Cigogne - Menyediakan hidangan tradisional Perancis.
  2. Le Blason - Menyajikan makan Malaysia dan antarabangsa.
  3. La Flamme - Menyediakan makanan Itali seperti pasta, pizza dan lain-lain.
  4. Le Poulet Roti - Menu utama adalah ayam panggang dengan beberapa menu sampingan.
  5. La Boulangerie - Restoran Perancis yang menyajikan berbagai menu roti dan minuman panas.
  6. L'Orient - Restoran yang menyajikan makanan asia. Berbagai lokasi menarik untuk bergambar ada di sini.

Kellass gitu..kan.. πŸ˜‚πŸ˜‚ Oh sebelum terlupa, kat sini pengunjung bukan hanya terdiri daripada penginap hotel, tetapi yang just datang nak jalan jalan pun ada. 


OK jom..sambung cerita.. tadi aku ada gtau dapat free 3 entrance kan? πŸ€”πŸ€” - jom sambung baca..

1. Botanical Garden

Botanical garden ni sebelah kanan. Cantiklah..penuh kehijauan. Ada kolam..ada tumbuhan. Of course, lah kan..dah nama botanical. Tapi kami tak jumpa orang nak guide..agaknya memang xde kot.. maka kami jalan jalan je. 

Tangga nak ke Botanical  dan Japanese. Mencungap rasa

Gigih..kan. dah lah tak pakai sport shoes. Kasihan my ibuπŸ˜…πŸ˜…

Tasik di Botanical. Tak pasti ada hidupan tak kat dalam tu. Mungkin ada ikan

Salah satu tanaman botanical


2. Japanese Village

Japanese village pula masa entrance tu sebelah kiri. Dia setempat dengan Botanical Garden. Kami mendaki lagi, udara atas tu sejuk. Nyaman je.. ada tasik, rumah Jepun. Haa..kat sini boleh sewa baju kimono untuk tujuan bergambar. Harga dia dalam RM20. Kami tak sewa..pun..tapi bergambar semestinya.. hehe.

* nak kedua2 tempat ni, kami naik train yang disediakan. Ada jadual dia, tapi idokla nak menggambil gambar. Kami juga diberitahu boleh drive kenderaan sendiri. 

3. Rabbit Park

Rabbit park ni kami pergi pada hari ke 3, iaitu sebelum nak balik semula ke Johor. Memandangkan dah check out bilik, maka kami drive je. 

Ok kat rabbit park ni ada kandang rabbit. Kami boleh masuk dan bergambar. Selain itu, ada juga ayam jantan, hamster .. hamster tau bukan monster ( saja je..kot korang dah lost focus sebab panjang sangat entri kali ni 😁)

Takut sebenarnyaπŸ˜‚

Banyak lagi sebenarnya tempat korang boleh gi kat sini. Yang suka adventure pun ada tempatnya. Ada juga tempat memanah dan Dinosour park ( yang ni tak masuk sebab kalau bawak budak kecik seronoklah mereka)

Lepas daripada Rabbit park tu kami pun terus bertolak ke Johor. Kami guna jalan KL, singgah Restoran Jejantas untuk solat dan lunch. Tiba di rumah lebih kurang jam 7:30 malam. Alhamdulillah. 

Bolehlah kalau nak bercuti ala2 oversea, view pun cantik..taklah sejuk macam cameronπŸ˜„ sangat recommended. 

Sekian cuti singkat kamiπŸ˜‰πŸ–’πŸ’•πŸš—


Rujukan:
1. Wikipedia [Internet]. 2019 [cited 2019 Aug 18]. Available from: https://ms.wikipedia.org/wiki/Colmar_Tropicale

2.Portal official Pahang Tourism [Internet]. 2019[cited 2019 Aug 18]. Available from: https://www.pahangtourism.org.my/index.php/bukit-tinggi



15 August 2019

Hari Raya Aidiladha

Assalammualaikum..

Dah dekat seminggu kurang sihat. Orang kata, sakit itu penghapus dosa.. (mudah-mudahan lah kan #banyakSangatDosa)

OK buat masa ini, aku makan panadol dan ubat batuk jenama Tussidex Forte. Aku rasa, inilah ubat batuk yang paling tak sedap (kalau sedap, bukan ubat namanya)- hahaha

Oklah, berbalik kepada tajuk asal. Raya baru ni, alhamdulillah lah.. SEBAB pada hari Ahad, DANN Sabtu tu cuti, maka dapatlah duk rumah lama-lama..

Sehari sebelum tu, aku bawak ibu pergi Econsave.. shopping barang nak masak...menu macam biasa:

1. Nasi Impit (beli je yang mini dan yang saiz biasa)
2. Lodeh (ha..yang ni ramai minat kuah dia je)
3. Rendang (hmm, kali ni tak buat rendang daging pun- buat simple2 je, kata ibu)
4. Sambal Goreng (ini menu wajib, semuaaa suka makan- tapi tak pandai2 masak nya..ish..ish..ish..)
5. Kek Limau

DAGING? - Raya kali ni, daging dibuat sup je.. 😁

Petang raya tu kami pergi JASON BAY, jalan-jalan pantai.. saja bawak si bujang kecik tu..boring katanya..cuti sekolah tak ke mana.. hihi. Jason Bay ni, terletak di Kota Tinggi, Johor. Kalau lebih spesifik, keberadaan dia adalah di Tanjung Sedili. Kat sini ada resort tau.. boleh lah korang nak stay lelama. Kalau nak ke pantai je, ia adalah FREE OF CHARGE.

Masa pergi tu, laut sangatlah bergelora. Namun, ramai je pengunjung yang bermandi manda, ada jugak yang main layang-layang. Kalau korang nak jalan-jalan hirup udara segar, boleh lah ke sini. Pada aku, pantai ni masih cantik..kalau review tu 3bintang je lah.



Kalau korang bertolak awal sikit, ada satu kedai ni, apa nama dia, kak long ke mak long..gitu..lah. Nasi dagang, sata.. besttt.. Kalau lajak lagi ke tajung dekat jeti ada roti canai. Kalau nak ke seberang, biasa aku guna jalan dalam.. daripada warong nasi dagang tu..korang susur kiri naik jambatan Haji Mohd Lazim.. ada satu simpang tu ke kawasan perkampungan.

Kalau tak silap ada Sutera resort, lepas tu kalau ke jeti dia..boleh makan-makan, ikan celup tepung, mee rebus sedili..ish..pendek kata, panjang langkah sedap..lah..

Ok, dah banyak merapu ni.. Salam AidilAdha semua

03 August 2019

Drama Library

Situasi 1: 

Sedang shelf reading nampakla ada student ni duk tercari cari buku..berapa kali pusing shelfπŸ˜…

Aku: Hi, do you need any help?
Student: yes miss.. where is ebook?
Aku: ebook? (Garu kepala jap)- bukan sebab tak tahu..just nak relate kan hang cari buku di shelf. Lagi semalam dah diterangkan ia berada di atas talian yang mana, user boleh access melalui portal library kolej.

Aku tak marah, just ok gak budak ni..tau ebook mungkin kurang fokus.. masa kelas😊

Student: yes miss, as told in your class yesterday
Aku: ohh..come i show you

Aku bawakla student ni pergi ke computer dan assist dia macammana nak access dan cari ebook daripada ebook database yang kolej kami subscribed


Situasi 2


Dalam library, ramai pelajar.. sedang aku entertain seorang pelajar di kaunter.. tetiba ada sesuatu melayang melepasi pandanganku..

Aku: Apa tu?
Student depan ku: Dia kak buat. (Sambil jari runcing tu menunjuk ke rakan dia)
Student : sorry kak, saya nak pukul lalat tu.
Aku: Kenapa buat macam tu? Ambil balik. Jangan la buat buku macamtu.


Situasi 3


Waktu rehat adalah waktu memang penuh library.

Aku dan librarian di kaunter..dan tetiba...

Student china: miss..miss.. help me.. i need to photocopy this.

Librarian: come.. sambil ke mesin photocopy

Masa ni aku bz sebab ramai students nak kunci loker. Nak register library akaun.

Settle part aku, semua students tadi da masuk ke library.. aku g tolong kawan tadi.. tengok kat mesin photocopy punyala ramai bebudak ni..

Yang student china tadi..boleh pulak dia gi susun nota dia depan pintu dengan duduk macam kat rumahπŸ˜… skirt hang da la pendek.. 😣

Budak lelaki biasala nakal.. diorang reramai.. "kak..kak..free show". Aduyai.. aku ni.. dah2 gi buat kerja kamu.. sempit la duk reramai depan pintu ni. Hihi.. macam2 kerenah

Itu kisah budak dari China.

Student dari India

Budak ni master in business.. biasa sabtu memang students master je dengan budak engineering

Good morning miss
Hai, good morning

Dia bagi ID dan mintak kunci loker.. dan terus masuk library. Lebih kurang jam 1pm dia pun keluar nak balik..

Masa pulang kunci..
Miss, may i have your phone number
Aku pun bagi la phone number library..
No..no..miss.. your mobile number

Sorry, (tak ingat nama sebenar dia).. tapi aku panggil dia Parameswara..
Sorry Parameswara.. i can't give u my mobile number..anything you can call library

Miss, if you not give your mobile number, i will inform my grandma..

Confius aku.. asal pulak dia nak gitau nenek dia..aduhai..

Situasi 4

Aku kerja pagi masuk jam 8.30am. Lebih kurang jam 11.30am tetiba dapat mesej.. partner MC.. uish.. terkebil kebil rasa.. Sebab Isnin memang ramai.

Kelam kabut sikit sebab harini ramai budak yang tak boleh ditegur.. penat pun yer.. keje sampai malam dengan tak keluar rehat.. solat.. aku kunci je bebudak ni kat library..tapi aku tanya dulu dorang nak keluar tak dalam masa 20 minit. Bila mereka kata tak..kak..
Aku tutup pintu depan, tampal staff gi solat.

Padahal aku ada je kat dalam.. solat dalam bilik bos..

Bila petang, masa ni students da tak ramai
Jam 7pm.. ramai da gerak balik.. tinggal budak master je..yang PJJ. Maka, aku pun gi toilet..

Tetiba, ada yang ketuk pintu toilet

Student: akak..oo akak..
Aku: Jap..jap.. ( korang ni)
Student: akak kitorang belikan akak McD.. nanti akak makan tau.. cian akak dari siang tak makan..

Terharu jap.. masa nk bayar.. student kata..takpe kak kami belanja.. Alhamdulillah.. terima kasih

Lepas tu, student tu pun balik..sebab dorang duk hostel..bas dah nk gerak.

Dalam jam 8pm.. budak Tanzania

Hi, Miss.. i bought you A&W. Hope you can take it. My friend said you not take your lunch today.

Rezeki..kan..

Sini ramai budak oversea.. tapi english dorang pun tunggang langgang.. as long as faham each other.

Apapun, rindu gelagat korang 😘



[COPY POST] Kecantikan adalah subjektif.

  Kecantikan pada setiap insan itu adalah subjektif. Bergantung kepada siapa yang menilainya. 😊😊😊😊😊 "Posting di bawah adalah nukil...