26 November 2011

Rumah Melayu Tradisional

Sumber  : Yahoo Group : Roslan Mohd : keriswarisan :

rumah1
Pengenalan

Rumah merupakan salah satu peralatan budaya yang penting dalam kehidupan sesuatu masyarakat. Rumah Melayu dan pembinaannya menggambarkan satu bentuk budaya bagi orang Melayu yang mendiaminya.
Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni bina orang Melayu yang sangat bernilai dan telah direka bentuk serta dibina sehingga menampakkan betapa mahir dan kreatifnya bangsa Melayu dalam bidang seni bina.

Reka bentuk tersebut memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan keluasan ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan. Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu sendiri.

Secara amnya, rumah ini diperbuat daripada kayu dan bertiang. Dinding diperbuat daripada kayu atau anyaman buluh dan beratapkan rumbia/ nipah atau kayu. Tingkap-tingkap mendominasi tampak dari segenap sudut pandangan rumah dan memberikan pengaliran udara yang secukupnya kepada rumah.

Ruang dalaman mempunyai ruang terbuka yang luas dan mempunyai dinding pemisah yang tersangat minima. Seni bina Melayu adalah kesan daripada pertembungan budaya kaum yang pernah mendominasi rantau ini seperti Bugis, Riau, Jawa, Acheh, Minangkabau, Siam, Cina dan Barat.

Pada peringkat awal, rumah Melayu tradisional berbentuk rumah asas yang dikenali rumah pisang sesikat. Bentuk ini kemudiannya berubah mengikut arus perubahan zaman.

Ciri-ciri Rumah Melayu

rumah2
1. Bumbung

Rumah tradisional Melayu terdiri dari bumbung tetap, tetapi berubah kepada bentuk limas atau dipanggil’  Bumbung Belanda’ selepas kedatangan penjajah. Bumbung sentiasa condong untuk kesesuaian cuaca panas tropika. Di sepanjang tepian hujung bumbung, dipasang cucur atap atau papan cantik berukir melambangkan kehalusan seni masyarakat Melayu.

2. Anjung

Anjung merupakan tempat berehat dan berbincang bagi kaum lelaki. Wanita kebiasaannya di dalam dan lelaki di luar sesuai dengan sifat lelaki sebagai pelindung rumah.

Ini menunjukkan masyarakat Melayu amat mementingkan adat dan tatatertib masyarakat, sehinggakan mereka dipandang tinggi kerana kaya dengan kehalusan budi pekerti. Tambahan, ini bertujuan mengelakkan fitnah, di mana tetamu lelaki hanya dipelawa naik hingga ke anjung sahaja.

3. Ruang Utama/Rumah Ibu

Ruang utama ini dipanggil rumah ibu sempena menghormati peranan ibu sebagai pengelola rumah dan penyeri keluarga. Sesuai dengan nama ini, fungsinya adalah sebagai tempat berkumpul ahli keluarga untuk beristirehat dan bersantai bersama-sama.

4. Bilik

Bilik merupakan ruang rahsia tuan rumah dan ahli keluarga. Kebiasaannya anak lelaki dan perempuan akan diasingkan. Ini melambangkan masyarakat Melayu mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan mereka.

5. Dapur

Dibatasi dinding antara ruang utama dengan dapur. Dapur sebagai tempat memasak dan tempat khas untuk tetamu perempuan, menandakan peranan perempuan di belakang lelaki.

6. Ukiran

Seni ukir banyak didapati di tangga, dinding beranda dan papan cucur atap. Ini membuktikan masyarakat Melayu kaya dengan seni tersendiri. Ukiran yang dibuat bukan sahaja sebagai seni perhiasaan, malah menggalakkan pengaliran udara dan cahaya masuk untuk menceriakan rumah.


rumah3

Pembinaan rumah Melayu dipengaruhi oleh faktor-faktor di bawah;

1. Cuaca
Faktor cuaca memainkan peranan dalam reka bentuk asas bangunan. Kekerapan hujan mengakibatkan reka bentuk atap yang lebih cerun dan bertiang untuk mengelakkan banjir.

Kepanasan cuaca juga menyumbang kepada reka bentuk yang lebih terbuka seperti kehadiran tingkap yang banyak, berandah dan tiang itu sendiri memberi laluan angin di bahagian bawah rumah.

Tidak cukup dengan itu, lubang angin di bahagian atas tingkap dan bumbung juga telah direka untuk keselesaan secara maksima.

2. Sumber Alam
Bahan binaan ialah kayu, rotan, akar, buluh, dan dedaun dari sumber hutan terdekat. Kayu menjadi tunjang kepada struktur bangunan, manakala rotan dan akar menjadi pengikat, kayu atau batang pinang menjadi lantai, buluh dan daun rumbia atau nipah menjadi dinding dan atap.

3. Budaya dan adat resam
Budaya dan adat resam juga memainkan peranan yang besar dalam membentuk seni bina rumah Melayu. Misalnya kehadiran Islam telah mempengaruhi orientasi bangunan mengarah ke kiblat. Definisi ruang juga diatur dan diubah aras mengikut kegunaan adat resam bertandang, kenduri dan aktiviti keluarga.

4. Pengaruh asing
Kehadiran penjajah Barat telah memberi alternatif baru kepada teknik seni bina Melayu. Sebagai contoh, zink dan atap genting telah mengambil alih atap rumbia dan kayu, bata dan simen telah mengambil tempat kayu sebagai tiang, tangga dan dinding, paku menggantikan pasak kayu dan akar sebagai penghubung atau pengikat.

Pengaruh ini boleh dilihat secara positif dan negatif oleh umum, iaitu pertembungan dua unsur iaitu praktikal dan seni.

Kesimpulan
Kreativiti minda bangsa Melayu yang diwarisi oleh tukang-tukang yang mahir telah menghasilkan reka bentuk seni bina yang bukan sahaja indah malahan halus dan kaya dengan falsafah yang tersirat tetapi mudah difahami. Tetapi sayang, tradisi ini tidak lagi dapat bertahan dalam arus pemodenan bangsa Melayu kerana amat sukar mendapati tukang yang mahir dewasa ini.

Sumber: malaysiana, scribd.com, keriswarisan.com dan arkib negara Malaysia.

24 November 2011

Warna warni kehidupan di pejabat.

Warna warni kehidupan di pejabat  

-Ada
  lelaki    & ada wanita  
- Ada yg pura2 rajin  & ada yg   bersantai  
- Ada yg pengampu    & ada yg pak turut


- Ada yg main games  & yg tidur

- Ada yg suka marah²
 & yg stress

- Ada yg suka gosip
 & yg suka jln²

- Ada yg suka
merosakkan harta pejabat    & ada yg suka
ulang alik ambil minum



- Ada pujian
 & makian
-Ada yg ceria
  & yg boring  
-Tp katanya "We're a team"


-So be fun
, enjoy your time   , your work  & achieve the best



APA PUN JUA PERBUATAN, INGAT!!!!! KERJA ITU SATU IBADAH, ASAL JGN MEROSAKKAN PERIUK NASI ORG LAIN DEMI KEPENTINGAN DIRI SENDIRI.........

23 November 2011

Bukan nak mengata tapi luahan semata-mata

Salam sejahtera salam semua... bagaimana rasanya bila sudah bulan berganti bulan..sudah ingin beranjak ke tahun baru.. sudahkah kita bersiap segala persiapan dunia mahupun akhirat?? hahaha.. sangat tidak dinafikan adalah Belum jawapan daripada saya...

Opps..kenapa saya berkata demikian? al maklum..tengok saja dunia kita hari ini.. disana- sini ada bencana, ada kemaksiatan yang kebanyakan pelakunya anak bangsa kita, tanpa segan silu.. huh!! pembunuhan juga berlaku..pasti ada sahaja terpampang, tercoret kisah2 duka, kekejaman yang di siarkan di dada akhbar..mana agaknya sikap perikemanusiaan? adakah ia hilang bersama arus kemodenan? renung-renungkanlah...

Seperti tajuk yang saya pilih : Bukan nak mengata tapi luahan semata-mata.


Pic : Coklat Mata
 ehehe~~ gambar tu hanya hiasan, tak de kene mengena dengan ini cerita. Tapi nak gak bagi tau.. gambar tu adalah sejenis coklat . sahabat saya bagi... dalam dia lompong..means kosong... kami makan dengan kek pisang..wow!! sangatlah sedap.. tak percaya?? cubalah... pasti nak makan lagi...

kisah ini bukan saya nak mengata, mungkin biasa di semua tempat kerja. saya mempunyai banyak kerja yang perlu di siapkan.

gambar hiasan
 Tugasku mengkatalog buku, counter service, customer service, kadang-kadang aku cam keje di stationary shop. kadang-kadang jadi cleaner jap..

Tolong menolong amalan mulia..betul tak? saya suke tolong orang..kadang2 keje sendiri tertangguh.. tapi kalau orang tu nak mintak tolong, tapi nak buat ikut kepala sendiri..demanding.. ha~~ buat lah sendiri... Jahat tak?? --> tapi buat gak on time..

Pastu keje sendiri kelam kabut lah..bila listing, report, statistik, cataloguing, ngan bebudak nie...punye masalah...tertangguh... bak kata bos Ku.. buatlah kerja jangan harap orang nak nampak betapa kita bertungkus lumus..tapi berharaplah agar Allah memerhati kita..cukuplah allah sahaja yang tahu...

*P/S : Jangan Lupa senyum.. dalam apa jua keadaan

20 November 2011

Ciri-ciri yang membawa kepada kepapaan

Gambar Hiasan
 
 ciri-ciri yang membawa kepada kepapaan :


1.Menggeringkan tangan dengan pakaian sendiri. 

2.Meninggalkan longgokkan sampah di rumah 

3.Membiarkan bekas makanan "pinggan mangkuk"tanpa membasuhnya.

4.Meringan-ringankan sembahyang. 

5.Tidak mendoakan ke atas kedua ibubapanya. 
 
 
Kepapaan - kepapaan samalah seperti kemiskinan.
 
Bagi mengelakkan kepapaan, kita digalak kan melakukan Solat Sunat Dhuha, InsyaAllah akan dipermudahkan oleh Nya
  
 
 
 
Hakikatnya, umat Islam perlu memahami kedudukan solat ini.[http://koleksi-ilmiah.blogspot.com/2010/06/solat-dhuha-murahkan-rezeki-hindar.html]


Pertama, sebaik-baiknya, ia dilakukan di rumah agar dapat dikerjakan dengan lebih sempurna. Jadi, jika di tempat bekerja, lakukan dengan menggunakan masa yang sebaik mungkin.

Kedua, sifat solat ini ringkas dan mudah dilaksanakan di mana-mana tempat (baik di surau atau bilik sendiri). Masanya pula hanya mengambil masa empat hingga lima minit. Jadi, apalah salah kalau ia dibudayakan.

Ketiga, pada dasarnya ia adalah sunat hukumnya malah Baginda jua tidak melaksanakannya dalam bentuk yang konsisten.

Hal ini diterangkan oleh Aishah: “Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. mendirikan sembahyang sunat Dhuha.

Sesungguhnya aku mendirikan sembahyang Dhuha walaupun Rasulullah meninggalkannya. Tetapi pada hakikatnya Baginda suka melakukannya, ini adalah kerana Baginda bimbang jika selalu mengamalkannya, orang ramai akan mewajibkan ke atas diri mereka.” (Riwayat Muslim).

Oleh itu lakukan solat ini di rumah atau di tempat kerja selagi mana ia tidak memberatkan atau menghalang tugas-tugas lain yang lebih utama dan penting.

Ruang waktu dan waktu afdal sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi.

Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter.

Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur.

Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam.  

[COPY POST] Kecantikan adalah subjektif.

  Kecantikan pada setiap insan itu adalah subjektif. Bergantung kepada siapa yang menilainya. 😊😊😊😊😊 "Posting di bawah adalah nukil...