19 April 2018

Seken

Salam petang Khamis

Saya suka hari Khamis..sebab.. esok cuti.. 
Yay!! Boleh balik kampung..

Ok, disebabkan esok cuti.. aku nak wish selamat berhari minggu Johorians dan yang cuti Jumaat. 

Harini, aku dapat perkataan baru daripada sahabatku yang aku rasa she's the best, aku rasa aku pun tak dapat nak jadi macam dia.

Seken

OK perkataan hari ini ialah seperti di atas, iaitu SEKEN.

Korang tau tak, ini 1st time aku dengar perkataan ni.. huhu.. so sad..

Oklah kawan kawan, SEKEN ni adalah dialek Johor yang bermaksud "gelang tangan daripada emas". Haha.. dialek orang Johor tau.. 

Untuk pengetahuan kawan kawan, semakan telah dibuat di laman web  Pusat Rujukan Persuratan Melayu@ DBP. Boleh rujuk gambar di bawah.


Sekian itu sahaja untuk hari ini.. Kalau kawan kawan dapat bonus, ada rezeki lebih... bolehlah beli seken untuk raya.. 

Sekian, bye

[COPY POST] Kecantikan adalah subjektif.

  Kecantikan pada setiap insan itu adalah subjektif. Bergantung kepada siapa yang menilainya. 😊😊😊😊😊 "Posting di bawah adalah nukil...