18 August 2019

Colmar Tropical, Bukit Tinggi

Assalammualaikum dan Bismillahirahmannirahim..

Sepertimana yang diumumkan oleh kerajaan yang mana pada 30 Julai 2019 adalah CUTI UMUM sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16.


Aku, mengambil keputusan untuk mengambil cuti tahunan, iaitu bermula 27 - 29 Julai 2019. Kali ini, Yana mengusulkan supaya bercuti di Buki Tinggi, Pahang. Untuk pengetahuan semua, cuti ini adalah cuti "last minutes". Oleh itu, ramailah ahli keluarga yang tak dapat join.. Sorry semua.. πŸ˜‰


Tapi, nak beritahu, bercuti dengan family adalah satu Anugerah yang paling indah dalam hidup aku. Lagi ada Si Jantung hati.. (Jangan fikir lain ya, My Si Jantung Hati adalah My beloved IBU)- Ya, of course semua setuju πŸ˜„

Perjalanan bermula pada Hari Sabtu (27 Julai 2019), 4 ahli semuanya (Ibu, aku, Yana dan Unasz). Pilihan kenderaan, kami pilih SAGA, sebab dia auto..nak jalan jauh pakai manual letih kaki sikit..


27 Julai 2019 (Sabtu) - Hari Pertama

Hari pertama, kami bertolak ke Mersing sebab nak bawak budak kecik outing. Adik bongsu rindu katanya.. haha.

Petang tu, kami ambil dia kat sekolah. Dia request nak makan KFC, maka ke KFC lerr kita. Lepastu jalan jalan belilah sikit barang yang dia perlukan. Lebih kurang dalam 5 lebih dah kena hantar semula.. OK lah dik, jap je boleh spent time. Love U😘😘

Haritu kami check in kat Mersing Merlin Inn. Bilik 2 katil single. Tapi kami request satu lagi..sebab cam tak muat nak shareπŸ˜…πŸ˜…

Hasil carian imej untuk Mersing merlin Inn



Hasil carian imej untuk Mersing merlin Inn
Parking kereta kat kawasan ni.

Kat sana takde aktiviti sangat. Just, malam tu kami gi makan dekat tepi pantai. 

28-29 Julai 2019 (Ahad) Hari kedua

Ok, ahad Johor is a working day. Jadinya harini ramailah yang bekerja. #kamicuti πŸ˜„πŸ˜„ 

pagi tu kami sarapan di bawah Hotel OYO. Not bad lah rasa makanan dia.. saya bagi 4 bintang. ♥πŸ’•πŸ’•

Lepas sarapan je, kami gerak ke destinasi seterusnya iaitu Bukit Tinggi. Jom kita review sikit:

Bukit Tinggi atau Berjaya Hills Resort ialah tempat peranginan di PahangMalaysia berdekatan Genting Highlands. Ia terkenal dengan kampung tema PerancisColmar Tropicale.

Colmar Tropicale


Kredit pic: Official Portal of Tourism Pahang- Bukit Tinggi

Alamat: Kilometer 48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Bentong, Pahang

Perkampungan yang bertemaan Perancis
Colmar Tropical Berjaya Hills ialah resort penginapan bersejarah di Bukit Tinggi, PahangMalaysia. Ia adalah resort yang unik kerana dibina bertemakan perkampungan asli Colmar dari kurun ke-12 terletak di AlsacePerancis. Suasana di Colmar Tropicale Berjaya Hills membuatkan pelancong seolah-olah berada di luar negara. Tidak hairanlah tempat menarik di Bukit Tinggi ini menjadi destinasi yang paling mendapat tumpuan pelancong.

Kami menginap di sini. Semasa nak check in, kami diberi free entrance ke 3 tempat untuk 2 orang. Kenapa 2 je? Haa..sebab we all book bilik untuk 2 adults, maka kami bayar untuk 2 orang je. Breakfast pun sama. 

Haa..bab makan. Tempat dia bukan simple2.. tersangatlah menarik. Memang ala-ala franch lah. Setiap restoran mempunyai menu yang berbeza. 


Antaranya adalah

  1. La Cigogne - Menyediakan hidangan tradisional Perancis.
  2. Le Blason - Menyajikan makan Malaysia dan antarabangsa.
  3. La Flamme - Menyediakan makanan Itali seperti pasta, pizza dan lain-lain.
  4. Le Poulet Roti - Menu utama adalah ayam panggang dengan beberapa menu sampingan.
  5. La Boulangerie - Restoran Perancis yang menyajikan berbagai menu roti dan minuman panas.
  6. L'Orient - Restoran yang menyajikan makanan asia. Berbagai lokasi menarik untuk bergambar ada di sini.

Kellass gitu..kan.. πŸ˜‚πŸ˜‚ Oh sebelum terlupa, kat sini pengunjung bukan hanya terdiri daripada penginap hotel, tetapi yang just datang nak jalan jalan pun ada. 


OK jom..sambung cerita.. tadi aku ada gtau dapat free 3 entrance kan? πŸ€”πŸ€” - jom sambung baca..

1. Botanical Garden

Botanical garden ni sebelah kanan. Cantiklah..penuh kehijauan. Ada kolam..ada tumbuhan. Of course, lah kan..dah nama botanical. Tapi kami tak jumpa orang nak guide..agaknya memang xde kot.. maka kami jalan jalan je. 

Tangga nak ke Botanical  dan Japanese. Mencungap rasa

Gigih..kan. dah lah tak pakai sport shoes. Kasihan my ibuπŸ˜…πŸ˜…

Tasik di Botanical. Tak pasti ada hidupan tak kat dalam tu. Mungkin ada ikan

Salah satu tanaman botanical


2. Japanese Village

Japanese village pula masa entrance tu sebelah kiri. Dia setempat dengan Botanical Garden. Kami mendaki lagi, udara atas tu sejuk. Nyaman je.. ada tasik, rumah Jepun. Haa..kat sini boleh sewa baju kimono untuk tujuan bergambar. Harga dia dalam RM20. Kami tak sewa..pun..tapi bergambar semestinya.. hehe.

* nak kedua2 tempat ni, kami naik train yang disediakan. Ada jadual dia, tapi idokla nak menggambil gambar. Kami juga diberitahu boleh drive kenderaan sendiri. 

3. Rabbit Park

Rabbit park ni kami pergi pada hari ke 3, iaitu sebelum nak balik semula ke Johor. Memandangkan dah check out bilik, maka kami drive je. 

Ok kat rabbit park ni ada kandang rabbit. Kami boleh masuk dan bergambar. Selain itu, ada juga ayam jantan, hamster .. hamster tau bukan monster ( saja je..kot korang dah lost focus sebab panjang sangat entri kali ni 😁)

Takut sebenarnyaπŸ˜‚

Banyak lagi sebenarnya tempat korang boleh gi kat sini. Yang suka adventure pun ada tempatnya. Ada juga tempat memanah dan Dinosour park ( yang ni tak masuk sebab kalau bawak budak kecik seronoklah mereka)

Lepas daripada Rabbit park tu kami pun terus bertolak ke Johor. Kami guna jalan KL, singgah Restoran Jejantas untuk solat dan lunch. Tiba di rumah lebih kurang jam 7:30 malam. Alhamdulillah. 

Bolehlah kalau nak bercuti ala2 oversea, view pun cantik..taklah sejuk macam cameronπŸ˜„ sangat recommended. 

Sekian cuti singkat kamiπŸ˜‰πŸ–’πŸ’•πŸš—


Rujukan:
1. Wikipedia [Internet]. 2019 [cited 2019 Aug 18]. Available from: https://ms.wikipedia.org/wiki/Colmar_Tropicale

2.Portal official Pahang Tourism [Internet]. 2019[cited 2019 Aug 18]. Available from: https://www.pahangtourism.org.my/index.php/bukit-tinggi



No comments:

Post a Comment

[COPY POST] Kecantikan adalah subjektif.

  Kecantikan pada setiap insan itu adalah subjektif. Bergantung kepada siapa yang menilainya. 😊😊😊😊😊 "Posting di bawah adalah nukil...