22 June 2019

Jom Beraya


Assalammualaikum..

Malam 15 Syawal

Malam ni kami ada jemputan hari raya di rumah Kak Aida..best..kan gi beraya ramai-ramai..hihi. Sebenarnya rumah dia buat Marhaban. Tapi, kami tak sempat pun..jadi kami datanglah  meraban...beraya je.

Malam tu, aku pergi berjemaah dengan Kak Ina dan Pakcik Rashid. Hari tu aku kerja, maka Kak Ina dan Pakcik Rashid kenalah tunggu sehingga aku habis kerja iaitu jam 9 malam. Maap semua.. Dalam 9: 05 gitu, kami gerak dari Kampus, aku ngan Kak Ina naik kereta, manakala pakcik follow naik motor.. senang katanya nak balik nanti.

Kami tiba dalam jam 9:30 malam, orang Marhaban pun tengah makan..dan ada yang dah gerak ke rumah lain..Malu-malu gak nak masuk sebab ramai lelaki.

***

Malam tu, alhamdulillah rezeki.. semoga murah rezeki tuan rumah.

Menu dia best..ada kuih, mee rebus, murtabak, jemput2 dan cicah sal tumis, air oren, air bandung.. huh..terkezut perut malam tu, makan tak ingat kann..hihi.. Lepas tu mengah rasa berjalan masa nak balik.. haha.. Perangai sangat, ko kann.. Diam tak diam dah jam 11: 20 Malam..

eh, ajomm lah gerak.. lewat dah.. duk rumah orang..hehe.

Terima kasih kepada tuan rumah, AKA Kak Aida ku cayunk💕..sekeluarga... lain kali jemput lagi.

Dari Kiri: Kak Aida (Tuan Rumah), Pakcik Rashid, Kak Ina dan aku


Sekian.. #rayakluang2019



Salam Aidilfitri 2019


Assalammualaikum bagi yang membaca.. salam aidilfitri di ucapkan.. Kita dah pun berada di minggu terakhir Syawal.. Dah habis kunjung rumah sahabat handai & saudara mara belum?.. Haa, tak pe- tak pe..dah habis syawal pun boleh kunjung lagi.. Just feel dia berbeza lah..

Juadah pagi raya family ku, seperti biasa.. semestinya:
  1.  Nasi Impit
  2.  Kuah Lodeh
  3.  Sambal Kacang
  4.  Rendang Daging
  5. Serunding
  6. Sambal Goreng (WAJIB)

OK, tahun ini aku cuti awal sehari.. soo dapatlah pergi pasar beli barang basah, kering, sempat lagi cari langsir.. hehe.. kemas rumah dann berbuka bersama family. 

Soalan cepumas?

Haha..mestilah ada bagi orang-orang macam aku.. tetapi it’s OK..benda biasa.. tak marah pun.. anggaplah acik tu saje nak bertanya progress.

Menziarah kubur juga adalah salah satu kebiasaan bagi orang-orang kita. Bukan hari biasa tak gi, ada yang gi, just hari raya ni ramai sebab semua balik serentak (agaknya lah). Kami pun plan pergi ke kubur petang tu, duk bersih-bersih kawasan, tanam pokok melur (ye kott..nama dia) dan AL-FATIHAH untuk arwah Ayah, Tok Bak, dan Nek Mak.

Balik tu, kami dah start rebus nasi impit, kupas rencah untuk masak raya dan berbuka petang tu. Air Fanta Bandung.. hihi. sedap la air tu (Tapi ibulah yang buat – kalau aku yang buat..ke laut rasanya). Raya pertama, kami pergi rumak Mak Gayah (ni jiran kami), pergi rumah dan malam kami ke rumah Mak lOng kat Perani.



 

Banyak lagi gambar, tapi line tak kuat nak upload semua.. 

Raya ke dua, kami terima kunjungan daripada sedara mara sebelah arwah ayah.. lepas tu kami ke rumah sudara mara sebelah ibu. tu pun tak habis lagi..dan seterusnya sampailah aku habis cuti. sekejap je… AHAD dah oii.. kerja..kerja.. 

Pendek je kan..cerita..padahal cuti 5 hari kott..OK..OK dah kita tengok gambar plak..

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN



[COPY POST] Kecantikan adalah subjektif.

  Kecantikan pada setiap insan itu adalah subjektif. Bergantung kepada siapa yang menilainya. 😊😊😊😊😊 "Posting di bawah adalah nukil...