11 December 2024

Year End Gathering

Hari ini, aku cuti. Jadi, ada banyak masa untuk buat macam-macam, termasuk plan makan-makan. Plan simple je sebenarnya.


Disebabkan aku ada masa lapang, aku ambil peluang pusing-pusing Kluang. Macam seronok pula bila dapat jalan-jalan tanpa tergesa-gesa. Lagi seronok bila tengok kawasan sini penuh dengan kedai-kedai viral dan famous. Tapi aku ni, dah set tujuan—Kenangan Coffee.


Lepas berjam-jam pusing (ok, taklah lama sangat sebenarnya), tadaaa! Akhirnya sampai juga!


Tengok je lah gambar nya (kata orang biar gambar berbicara, tapi..takpelah biar aku tulis sedikit caption) plus susunan gambar ni terbalik sebenarnya..malas nak edit..huhu..



Oh ya, ini laksa. Jiran depan rumah yang bagi, Kak Ani. Alhamdulillah, rezeki tak disangka. Sedap sangat! Serius, Kak Ani memang power masak. Aku doakan Kak Ani dan keluarga murah rezeki selalu.


okey, ni menu kami tadi😁 
aku dan Syafiq—partner se-department.


Kalau ikut department, kami ni cuma berdua je. Jadi, makan-makan pun memang untuk dua orang. 

Ni portions dua orang.

Layan jemm pepetang hari.. 

Dek asbab mencari Kenangan Coffee tadi, aku jumpa banyak lagi cafΓ© area sini. Serius, Kluang ni ada banyak hidden gems untuk food hunter.

 Walaupun Kluang dah mula lekat di hati, Kota Tinggi tetap jadi juara. Hehe.


Alhamdulillah, selesai menjalankan amanah yang di beri.

Meraikan yang telah di tetapkan

Selamat Ulang Tahun

Hari ini, di angka sekian, aku bersyukur kepada Allah kerana masih diberi peluang bernafas, peluang untuk merasa dan menjalani hidup ini. Aku bersyukur dilahirkan dalam keluarga ini, yang menjadi tempat berteduh, belajar, dan mencintai. Alhamdulillah.


Mencapai usia ini, aku merenung perjalanan hidup. Betapa banyak perkara yang belum aku capai, belum aku pelajari. Di saat rakan-rakan sebayaku melangkah dengan yakin ke depan, aku terasa masih tertatih-tatih, mencari arah. Tapi semakin aku fikirkan, semakin aku sedar, perjalanan setiap orang itu berbeza.


Ada begitu banyak yang perlu aku kejar, tapi ada juga yang perlu aku lepaskan.


Ada begitu banyak yang perlu aku pelajari, tapi ada juga yang hanya perlu aku terima dengan ikhlas.


Ada begitu banyak kesabaran yang perlu aku tanamkan, kerana dalam diam, aku sendiri takut untuk berhadapan dengan masa hadapan.



Namun, Allah tidak pernah membiarkan aku sendirian. Dia menghadirkan sahabat-sahabat yang selalu menyokong, yang menjadi penguat ketika aku hampir menyerah. Mereka yang memahami tanpa perlu aku berkata, yang setia memberi semangat walaupun aku tak pandai menunjukkan rasa terima kasih dengan jelas.


Aku akui, aku bukanlah orang yang mudah menunjukkan rasa sayang. Aku tidak pandai beramah mesra seperti orang lain. Kadang-kadang, rasa cemburu hadir bila melihat orang lain begitu mesra, begitu ringan menyatakan kasih sayang. Aku ingin seperti itu. Tapi, aku tahu, setiap orang punya cara tersendiri untuk mencintai dan menghargai. Dan itu tidak salah.


Ada satu perkataan tu aku terbaca, tapi lupa dari mana: 

 Jangan terlalu tenggelam dalam ketakutan. Jika kita terus takut, kita akan lupa untuk meraikan. Dan hidup ini, sekecil apa pun langkahnya, adalah sesuatu yang layak diraikan







Jadi, sebelum menutup celoteh kali ini, aku ingin berterima kasih. Kepada keluarga, sahabat, dan semua yang sentiasa ada. Alhamdulillah atas semua rezeki, baik yang besar mahupun kecil. Semoga setiap doa yang diucapkan, setiap harapan yang digantungkan, Allah makbulkan dengan cara-Nya yang terbaik.

Amin, ya Mujib.

19 October 2024

Pengalaman Mencabut Gigi Bongsu

Ψ¨ِΨ³ْΩ…ِ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ِ Ψ§Ω„Ψ±َّΨ­ْΩ…Ω†ِ Ψ§Ω„Ψ±َّΨ­ِΩŠΩ…ِ

Ok, ini sambungan kisah yang lepas. Sebulan lebih tau aku kumpul kekuatan buat keputusan ni—atau dua bulan? πŸ˜“ Eh, ntahlah. Orang lain relaks je kan… haih, apa lah ni. 😟 Tapi, kalau difikirkan balik, ini boleh kira pencapaian terbesar untuk tahun ni. πŸ™Œ

Astaghfirullahalazim.. bangga amat kamu.

Semuanya bermula apabila setiap kali makan, ada je makanan yang tersangkut kat gigi geraham (si jiran kepada gigi bongsu). Geraham tu pun dah macam relik sejarah, nazak barangkali. Bila tersilap langkah, sakit dia… sampai boleh bawa ke migrain.

--KIV scene nego dengan klinik tu untuk rawatan- 

So, bermulalah perjalanan aku pada petang yang tenang, baru balik kerja, selesai solat, dan makan. Tapi dalam hati… Allahu, debaran dia macam nak pergi jumpa juri MasterChef. Destinasi aku: Klinik Pergigian Seri Impian, Kluang. Dari luar, nampak klinik ni tenang. Tapi aku dah tahu, hari tu bakal jadi hari paling mencabar dalam hidup—pembedahan gigi bongsu (Dramatik sangat ke? Yesss.)

Perjalanan ke klinik dipenuhi dengan fikiran yang berkecamuk. Aku ni sedikit takut kalau bab jumpa dokter, yang ada benda benda tajam ni. Sudah terbayang di kepala—bagaimana kalau suntikan bius itu sakit, hurm, macammana kalau pembedahan gigi ini menyakitkan lebih daripada yang aku bayangkan? Eh, nervous gila. 

Ya Allah… lama tau aku duduk dalam kereta kat parking. Dah janji dengan diri sendiri kann..aku cuba jugalah- pujuk diri, janganlah jadi yang macam 2nd temu janji-haha.. serius masa tu over takut dan memang totally zero keberanian. Boleh aku dah ngadap dokter, terus balik.

Mujur doktor situ baik

Jam dah pukul 2.25 pm. Aku tarik nafas panjang, dan dengan langkah yang perlahan, aku berjalan masuk ke Klinik Pergigian Seri Impian.

*Klinik ni terletak di Kluang, Johor. Korang boleh je google nama klinik tu. Aku memang sangat recommend klinik ni, sebab apa?

1) Environment dia tenang.

2) Dokter very soft spoken

3) Memberikan penerangan situasi gigi, suggestion any the best treatment 

4) Price sangat reasonable


oklah, tertulis panjang pulak... jom2 sambung..

Sebaik sahaja tiba di klinik, ada Dental Surgery Assistant (DSA) [bukan lupa tanya nama, tapi more kepada nervous- apa pun tak tanya-just yes, ok jer) huhu - di kaunter dengan menyebut "Puan Nur Hafizah, ke?". aku tak taulah muka aku time tu macam mana, agaknya mesti dia kata sombongnya..ngeee

Dup dap… jantung rasa macam baru lari 400 meter. Lama-lama debaran tu agak reda. Bila nama aku dipanggil, gugup juga. Tapi, doktor (seorang doktor wanita India yang sangat soft-spoken) tanya, “Dah ready ke?” Aku jawab, “Ready sikit… dalam 20% je.” Haha!

Sebelum operasi bermula, doktor menerangkan tentang risiko jangka pendek dan jangka panjang yang mungkin akan aku hadapi. Katanya, ada kebarangkalian untuk mengalami bengkak, kesakitan, atau bahkan kebas di bahagian gusi buat beberapa minggu. Dalam kes yang lebih jarang, terdapat risiko komplikasi lain, seperti kerosakan saraf yang boleh menyebabkan kebas yang lebih lama, & patah rahang semasa prosedur. 

Hah? πŸ˜– Lepas dengar semua tu, aku dah tak dengar dah… minda terus blank. Haha.


Tapi doktor bagi reassurance yang prosedur ni yang terbaik untuk kesihatan jangka panjang. Aku pun dengan penuh redha, berdoa semoga Allah permudahkan.

Waktu prosedur bermula, doktor bagi tahu setiap step yang dia akan buat. Suntikan bius tu… ya, memang agak sakit. Tapi aku tahan jer lah. Segan pulak, kan. Hehe.


Apa pun, aku kagum dengan kecekapan dan profesionalisme doktor serta DSA yang membantu sepanjang operasi. Walaupun dalam keadaan berdebar, aku yakin dengan mereka. Alhamdulillah, operasi berjalan lebih lancar daripada jangkaan, dan beberapa minit kemudian, gigi bongsu berjaya dikeluarkan. Gigi tu kena potong 4 tau untuk keluarkan.

Selepas operasi, doktor memberikan nasihat tentang cara menjaga kebersihan mulut sepanjang tempoh "berpantang", seperti mengelakkan makanan keras, memastikan kawasan luka sentiasa bersih, dan berhati-hati ketika memberus gigi. Setiap langkah dijelaskan dengan terperinci, dan ini sangat membantu dalam menjaga kesihatan gigi selepas pembedahan.

Setelah selesai semua, aku pun tunggu di luar sementara DSA menyediakan surat MC, invoice, ubat dan kapas sepanjang 5 hari pertama di hari berpantang. Sebelum balik tu, Dokter & DSA ada juga memberitahu, kita jumpa lagi after 2 weeks untuk buka jahitan.

Ok pada aku, pengalaman mencabut gigi bongsu bukanlah sesuatu yang aku sangka akan aku hadap, namun dengan bantuan doktor dan DSA yang penuh dedikasi, semuanya menjadi lebih mudah. 

Fobia jarum? Hmm... masih ada lah. cuma perlukan masa untuk bertenang..hihi.

Pada aku, mencabut gigi bongsu ni memang kena persediaan mental dan fizikal. Banyakkan berdoa sebab risiko tu agak menakutkan juga. Hampir-hampir juga aku nak batalkan. Tapi… Alhamdulillah, berjaya juga.

Kalau korang orang Kluang, Johor - aku sangat recommend klinik ni. 5 stars guys

NUKILAN 14/9/2024

16 September 2024

Perjalanan ke Klinik Gigi: Kisah Penakut yang Nekad

Ini adalah satu pengalaman yang aku sendiri tak tahu lah macam mana boleh nekad. πŸ˜…

Sejak kebelakangan ini, gigi aku asyiklah sakit, mungkin berlubang teruk. Aish, almaklumlah, last kali tampal gigi 'secara paksa' masa tingkatan 5! Haha, time tu banyak drama.

--- 5 Julai 2024 ---

Pagi tu, sebelum balik kampung (insyaAllah setiap Jumaat, akan balik kampung) dengan debaran yang macam tak tercabut jantung, aku nekad jejakkan kaki ke Klinik Pergigian Taman Seri Impian—seperti yang aku cari di internet.

Uish, stress tau fikir nak pergi ke tak... haha, yishh, dasar penakut! 😁 Dalam hati aku terfikir, 'Lebih baik bergayut ditempat tinggi daripada berhadapan dengan jarum suntik!' πŸ˜‚


Di Klinik Pergigian

"Selamat pagi, nama?"—urusan pendaftaran.

Nama pun naik di skrin. Tak lama kemudian, nama aku dipanggil... hurmm, dalam hati aku berfikir, "Betul ke ni?" πŸ˜– dan berdoa, 'Ya Allah, janganlah aku jadi penakut sangat'


--Dalam Bilik Dokter--

Dah tanya-tanya, aku pun beritahu tujuan sebenar sampai ke klinik:

Aku: "Dokter, saya nak tampal gigi, boleh? Gigi saya yang sekian-sekian dah berlubang."

Dokter: "Boleh, bila last buat treatment gigi?"

Aku: "Hmm, lama dahh..."

Sambil tersenyum, dokter bertanya lagi, "Lama? Kenapa lama tu?"

Aku: "Sebab... hmmm... sebab saya takut."

Dokter: "Oh, ok faham—saya check keseluruhan dulu ya."

Aku: "Ok dokter."


"Ok, kalau awak tengok ni... sekian, sekian... wasalam." πŸ˜…

Aku: "Dokter, sakit tak kalau cabut tu? Saya takut lah... boleh ke harini tampal je?" Haha.

Dokter: "Boleh je, tapi kena datang next appointment untuk cabut gigi bongsu—kesian dekat gigi awak yang depan tu."

Aku: "Okey, dokter. Asalkan harini tampal je. Yish, part paling ngeri bila dokter nak inject anestesi sebab sakit tau (actually more kepada fobia) 😒"Masa tu, aku fikir jarum suntik tu macam alat untuk menembak alien! Rasa macam dalam filem sci-fi. 'Kalau dia guna alat itu, pasti aku akan menjadi superhero!' sayangnya, aku cuma jadi penakut. Haha!"



"Next appointment next week." Semoga aku masih berani!

16 July 2024

Hadiah Melalui Pos

Setibanya di pejabat..

aiih..ada parcel lah. Sambil tersenyum, aku membukanya 😍



Dengan penuh semangat, Wah!! dia menemui sehelai sejadah yang cantik dengan sulaman nama “Hafizah” (dalam jawi).

“Wow, ejaan nama saya betul! Biasanya orang selalu salah eja.” hihi

“Bos awak, betul-betul ingat kat semua staff dia ek.. siap tempah khas tulis nama pulak tu.”

Aku mengangguk setuju. 

Beberapa saat kemudian, aku menerima mesej dari bos: “Akak harap fizah suka hadiah itu."

Pada aku, hadiah itu bukan sahaja sejadah biasa, tetapi simbol penghargaan dan keprihatinan yang tulus. InsyaAllah

Terima kasih wahai pemberi hadiah, semoga pahalanya berpanjangan sehingga akhir hayat. Aamin

'Melodi Kehidupan'

 



🎡 Melodi adakalanya tinggi, ada kalanya rendah sangat dan adakalanya mendatar. Begitu jugalah kehidupan.

Tahun ini, sedikit hambar - mungkin sahaja ada kegusaran di hati ..(apalah yang difikirkan tu kan?)

Diam tak diam, eh.. bulan August!!

Ogos?
Ada suka, ada duka,,
Kadang emosi mengusik jiwa..
Makin dipendam, kadang semakin kacau..
Jika diluah, banyak masalah yang akan timbul


Banyak hati perlu di jaga..
Hati sendiri?- 
Macam tak biasa..kita bincang tepi..lah (kautim-kautim..insyaAllah- boleh lagi terima)


Diam tak diam, eh..dah 17 tahun.

Happy birthday yang paling bongsu
Semoga kamu ceria selalu, sihat walafiat
Good Luck SPM, tahun ni..

Macam biasa..ole-ole kita postpone eh.
#7August


Diam tak diam, eh.. dah 16 tahun

 Al-fatihah untuk ayahanda.
"Bukan tidak redha cuma rindu"
#10August


Diam tak diam..9 tahun meraikan
 "selamat ulang tahun", buat sahabat yang sentiasa memberi sokongan
Sentiasa ada, di waktu senang dan susah

Maaf- tahun ni..hati dan emosi saya, tak dapat nak seiring, tak dapat kautim seperti selalu
#10August


04 December 2022

[COPY POST] Kecantikan adalah subjektif.

 

Kecantikan pada setiap insan itu adalah subjektif. Bergantung kepada siapa yang menilainya.

😊😊😊😊😊


"Posting di bawah adalah nukilan daripada seseorang yang tidak diketahui (jika anda pernah terbaca di mana-mana, mungkin boleh share di ruangan komen agar saya boleh edit semula dengan meletakkan credit kepada si penulis)"

FAKTA atau AUTA penulisan di bawah adalah atas penilaian diri masing-masing. 
Jika anda rasa ianya FAKTA- maka FAKTA lah ia. πŸ˜‰
Jika anda rasa ianya AUTA- maka AUTA lah ia

😊😊😊😊😊

Selamat membaca

😊😊😊😊😊


1. Lelaki kacak adalah kalangan lelaki yang rajin bekerja.

Cuba bayangkan sekiranya teman lelaki atau suami korang seorang yang pemalas. Tambah parah bila dia sendiri dengan rela hati bertukar profession daripada seorang yang patut menyara keluarga kepada yang disara. Alahai… tak ke sakit hati dibuatnya. Time kita sibuk membanting tulang di tempat kerja, suami atau teman lelaki pula sibuk menambah negara baharu dalam peta dunia yang terdapat pada bantal busuknya. Apa yang dia tahu, meminta duit poket kamu pada setiap hujung bulan. Kalau nak harapkan duit poket daripadanya, sampai kucing bertanduk gamaknya. Agak-agak korang, masih adakah kekacakan yang tinggal pada lelaki jenis ni?


2. Lelaki kacak tidak suka mengambil kesempatan.

Setuju tak kalau saya katakan bahawa kebanyakan lelaki kacak adalah daripada golongan yang berkerja? Betul! Bukan Mama Murai yang kata macam tu, tapi proffesor serba tahu sendiri yang mengiyakannya. Apa yang saya perhatikan pada lelaki-lelaki good looking ini ialah kebanyakan daripada mereka adalah lahir daripada golongan smart yang serius menjaga penampilan diri even pada waktu senggang mereka. Dan percaya atau tidak totally most of them adalah golongan yang kita panggil lelaki skema yang berkerjaya. So kalau dah berkerjaya tu, secara automatiknya mereka juga akan kurang mengambil kesempatan kepada kaum hawa. Tak kiralah dari segi kewangan mahu pun materiel kerana mereka sudah mampu berdikari.

By the way, lelaki kacak juga tidak akan mengambil kesempatan daripada sifat lemah seorang wanita. I mean mereka akan sentiasa menjaga dan menghormati maruah seorang wanita sehinggakan nak berpegangan tangan pun depa fikir dua tiga ratus kali sebelum melakukannya. Sweet dan cool kan dapat lelaki macam ni


3. Lelaki yang kacak tidak akan menjadi suami yang masih suka berlagak seperti orang bujang.

Okey serius sifat lelaki yang satu ni buat saya mendidih. Setiap hari kerjanya asyik nak bergaya je, pakai baju itu, sembur pewangi ini dan bubuh kaca mata besar yang kononnya up to date sebagai menjaga penampilan dan gaya beliau. Paling tak boleh blah bila dia siap pasang impian untuk bertanding dengan orang muda, siapa yang lebih muda remaja giteww. Tak kacak… memang sampai bila-bila pun tak akan masuk dalam kategori lelaki kacak idaman saya. Pada saya lelaki kacak perlulah seiring dengan status dirinya. Nak tahu macam mana? Hah, dengan memakai kopiah dan duduk dalam surau mendalami agama.

Hehe… yang tu drastik sangat kot. Macam tak nampak kacak secara alami rite. Baiklah tak mau main, sebenarnya saya lebih suka lelaki yang bersederhana dalam serba-serbi. Maksud saya lelaki yang tahu tanggungjawabnya sebagai ayah kepada anaknya yang berdozen. Yang tahu bagaimana memperlakukan isterinya seperti mana time bercinta dulu. Juga yang tahu bagaimana menghabiskan masa dengan keluarganya. Paling penting dia tahu beza di antara seorang lelaki bujang dengan lelaki kacak yang sudah beristeri. Serius saya rasa lelaki yang macam tu bertimpa-timpa kacaknya…


4. Lelaki yang kacak sentiasa berbuat baik kepada isterinya.

Pernah tak korang dengar peribahasa pijak semut pun tak mati? Off course pernahkan, especially mereka yang rajin membaca majalah mingguan wanita tu. Kononnya kalau depan isteri merekalah lelaki terbaik dan sempurna. Sedang di belakang sebenarnya perangai mereka tak ubah seperti hantu raya. Hah, untuk pengetahuan korang, lelaki kacak tak berperangai seperti tu tau. Depa selalunya baik setiap masa kepada isteri, tak kiralah sama ada di depan atau belakang isteri masing-masing.

5. Lelaki kacak pandai mengawal perasan marahnya dan menghargai wanita.

Lelaki jenis ni memang terserlah kekacakannya. Apa lagi kalau dia boleh bersabar dengan segala tingkah laku pasangan even sudah puluhan tahun berumahtangga. Kalau boleh dia yang terlebih dahulu mengalah bila berlakunya perselisihan faham dan mengambil inisiatif yang kreatif untuk menasihati pasangannya. Malah lelaki jenis ini tidak akan pernah terfikir sedikit pun untuk menyakiti pasangan mereka. Walaupun amarah mereka sudah berada di tahap gaban. Kacak bukan?

6. Lelaki kacak tidak suka bermuka-muka dan berbohong.

Agak-agak korang, kacak ke seorang lelaki yang mempunyai raut wajah seperti Brad Pitt tapi mempunyai tabiat buruk iaitu suka berbohong dan bermuka-muka pada kamu? Confirm menyampahkan. Dan bayangkan bagaimana perasaan korang bila hampir setiap hari dibohongi oleh lelaki yang hanya berniat mengaut untung daripada kebodohan korang. Pendek kata segala katanya lebih banyak yang tipu berbanding yang betul. Alahai… nasihat saya tinggalkan je lelaki tak kacak macam ni. Berbaloi-baloi.


7. Lelaki kacak dan mantap rajin mengerjakan suruhan agama.

Tinggal solat lima waktu? Tak mainlah beb! Lelaki kacak akan sentiasa memastikan solatnya berjaga, bukan hanya sembahyang sekali dalam setahun iaitu Solat Sunat Hari Raya. Bahkan seluruh ahli keluarganya turut diperintah untuk mengerjakan suruhan-NYA. Sejuk tau hati memandang.

8. Lelaki yang sentiasa menghulurkan duit kepada isterinya.

Jangan tak tahu, pengertian lelaki kacak di mata seorang wanita zaman ini sebenarnya bukan hanya diukur dari luaran lelaki tersebut, bahkan juga menjurus kepada sifat yang ada dalam diri lelaki tersebut iaitu tidak kedekut menghulurkan Ringgit Malaysia kepadanya. Hehe… tipu saya katakan kalau ada di kalangan wanita *la ni yang tak pandang kepada wang dan materiel (kecuali dalam filem Hindi). Sedikit sebanyak wang ringgit juga memainkan peranan penting. Rasional sikit okey.

9. Lelaki kacak tidak akan minum arak, berjudi, berbohong dan kaki perempuan.

Ingat! Kalau dapat lelaki kacak tang ni, korang jangan lupa untuk melakukan sujud syukur. Sebab kalau nak tahu, kombinasi keempat-empat sikap ini memang jarang dipenuhi oleh lelaki berkualiti zaman millenium ni. Kebanyakannya mesti akan mempunyai salah satu sifat di atas. Paling koman pun suka berbohong.

10. Lelaki yang lebih mementingkan rumahtangga berbanding hobi dan rakan-rakan.

Kalau korang nak tahu, perangai lelaki kacak yang satu inilah sangat disukai oleh wanita bernama isteri. Tambah membahagiakan bila suami dengan rela hati berkongsi hobi dengan keluarga dan membuang terus sifat melepak dengan rakan-rakan demi kebahagiaan keluarga.

Selain daripada senarai di atas, seorang lelaki kacak dan mantap di mata saya perlulah mempunyai sifat-sifat or at least salah satu sifat di bawah. Rasanya tak perlulah saya huraikan satu persatu isi di bawah kerana apa yang ada di atas pun belum tentu habis korang baca. Betul tak? Hehe… jadi saya skipkan penerangan tu ek.

  1. Lelaki kacak yang tidak merokok super cool kacaknya.
  2. Lelaki kacak yang pemurah dan tidak lokek menghulurkan sedekah kepada mereka yang memerlukan.
  3. Lelaki kacak yang sentiasa berpakaian sopan dan kemas.
  4. Lelaki kacak menjalankan tanggungjawab kepada adik beradik dan keluarga.
  5. Lelaki kacak yang bersifat gentleman.
  6. Lelaki yang raut wajahnya sentiasa tenang, memang sejuk mata memandang…
  7. Lelaki yang mudah diajak berbincang dan sentiasa bertolak-ansur dalam sebarang keputusan yang dibuat.
  8. Lelaki yang kacak tidak mementingkan diri sendiri.
  9. Lelaki kacak yang sentiasa menghormati isteri dan ahli keluarganya.
  10. Lelaki yang tahu mengenang budi.
  11. Lelaki yang berpandangan jauh dan sentiasa berusaha untuk maju.


So selepas membaca kesemua ciri-ciri lelaki kacak di atas, apa kata tanya kembali kepada diri masing-masing, di tahap manakah kekacakan yang ada pada diri korang? Saya percaya dengan berbuat demikian, korang pasti akan menjadi lelaki yang jauh lebih kacak 😎daripada apa yang korang ada sekarang ni.


Year End Gathering

Hari ini, aku cuti. Jadi, ada banyak masa untuk buat macam-macam, termasuk plan makan-makan. Plan simple je sebenarnya. Disebabkan aku ada m...