19 October 2024

Pengalaman Mencabut Gigi Bongsu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Ok, ini sambungan kisah yang lepas. Sebulan lebih tau aku kumpul kekuatan buat keputusan ni—atau dua bulan? 😓 Eh, ntahlah. Orang lain relaks je kan… haih, apa lah ni. 😟 Tapi, kalau difikirkan balik, ini boleh kira pencapaian terbesar untuk tahun ni. 🙌

Astaghfirullahalazim.. bangga amat kamu.

Semuanya bermula apabila setiap kali makan, ada je makanan yang tersangkut kat gigi geraham (si jiran kepada gigi bongsu). Geraham tu pun dah macam relik sejarah, nazak barangkali. Bila tersilap langkah, sakit dia… sampai boleh bawa ke migrain.

--KIV scene nego dengan klinik tu untuk rawatan- 

So, bermulalah perjalanan aku pada petang yang tenang, baru balik kerja, selesai solat, dan makan. Tapi dalam hati… Allahu, debaran dia macam nak pergi jumpa juri MasterChef. Destinasi aku: Klinik Pergigian Seri Impian, Kluang. Dari luar, nampak klinik ni tenang. Tapi aku dah tahu, hari tu bakal jadi hari paling mencabar dalam hidup—pembedahan gigi bongsu (Dramatik sangat ke? Yesss.)

Perjalanan ke klinik dipenuhi dengan fikiran yang berkecamuk. Aku ni sedikit takut kalau bab jumpa dokter, yang ada benda benda tajam ni. Sudah terbayang di kepala—bagaimana kalau suntikan bius itu sakit, hurm, macammana kalau pembedahan gigi ini menyakitkan lebih daripada yang aku bayangkan? Eh, nervous gila. 

Ya Allah… lama tau aku duduk dalam kereta kat parking. Dah janji dengan diri sendiri kann..aku cuba jugalah- pujuk diri, janganlah jadi yang macam 2nd temu janji-haha.. serius masa tu over takut dan memang totally zero keberanian. Boleh aku dah ngadap dokter, terus balik.

Mujur doktor situ baik

Jam dah pukul 2.25 pm. Aku tarik nafas panjang, dan dengan langkah yang perlahan, aku berjalan masuk ke Klinik Pergigian Seri Impian.

*Klinik ni terletak di Kluang, Johor. Korang boleh je google nama klinik tu. Aku memang sangat recommend klinik ni, sebab apa?

1) Environment dia tenang.

2) Dokter very soft spoken

3) Memberikan penerangan situasi gigi, suggestion any the best treatment 

4) Price sangat reasonable


oklah, tertulis panjang pulak... jom2 sambung..

Sebaik sahaja tiba di klinik, ada Dental Surgery Assistant (DSA) [bukan lupa tanya nama, tapi more kepada nervous- apa pun tak tanya-just yes, ok jer) huhu - di kaunter dengan menyebut "Puan Nur Hafizah, ke?". aku tak taulah muka aku time tu macam mana, agaknya mesti dia kata sombongnya..ngeee

Dup dap… jantung rasa macam baru lari 400 meter. Lama-lama debaran tu agak reda. Bila nama aku dipanggil, gugup juga. Tapi, doktor (seorang doktor wanita India yang sangat soft-spoken) tanya, “Dah ready ke?” Aku jawab, “Ready sikit… dalam 20% je.” Haha!

Sebelum operasi bermula, doktor menerangkan tentang risiko jangka pendek dan jangka panjang yang mungkin akan aku hadapi. Katanya, ada kebarangkalian untuk mengalami bengkak, kesakitan, atau bahkan kebas di bahagian gusi buat beberapa minggu. Dalam kes yang lebih jarang, terdapat risiko komplikasi lain, seperti kerosakan saraf yang boleh menyebabkan kebas yang lebih lama, & patah rahang semasa prosedur. 

Hah? 😖 Lepas dengar semua tu, aku dah tak dengar dah… minda terus blank. Haha.


Tapi doktor bagi reassurance yang prosedur ni yang terbaik untuk kesihatan jangka panjang. Aku pun dengan penuh redha, berdoa semoga Allah permudahkan.

Waktu prosedur bermula, doktor bagi tahu setiap step yang dia akan buat. Suntikan bius tu… ya, memang agak sakit. Tapi aku tahan jer lah. Segan pulak, kan. Hehe.


Apa pun, aku kagum dengan kecekapan dan profesionalisme doktor serta DSA yang membantu sepanjang operasi. Walaupun dalam keadaan berdebar, aku yakin dengan mereka. Alhamdulillah, operasi berjalan lebih lancar daripada jangkaan, dan beberapa minit kemudian, gigi bongsu berjaya dikeluarkan. Gigi tu kena potong 4 tau untuk keluarkan.

Selepas operasi, doktor memberikan nasihat tentang cara menjaga kebersihan mulut sepanjang tempoh "berpantang", seperti mengelakkan makanan keras, memastikan kawasan luka sentiasa bersih, dan berhati-hati ketika memberus gigi. Setiap langkah dijelaskan dengan terperinci, dan ini sangat membantu dalam menjaga kesihatan gigi selepas pembedahan.

Setelah selesai semua, aku pun tunggu di luar sementara DSA menyediakan surat MC, invoice, ubat dan kapas sepanjang 5 hari pertama di hari berpantang. Sebelum balik tu, Dokter & DSA ada juga memberitahu, kita jumpa lagi after 2 weeks untuk buka jahitan.

Ok pada aku, pengalaman mencabut gigi bongsu bukanlah sesuatu yang aku sangka akan aku hadap, namun dengan bantuan doktor dan DSA yang penuh dedikasi, semuanya menjadi lebih mudah. 

Fobia jarum? Hmm... masih ada lah. cuma perlukan masa untuk bertenang..hihi.

Pada aku, mencabut gigi bongsu ni memang kena persediaan mental dan fizikal. Banyakkan berdoa sebab risiko tu agak menakutkan juga. Hampir-hampir juga aku nak batalkan. Tapi… Alhamdulillah, berjaya juga.

Kalau korang orang Kluang, Johor - aku sangat recommend klinik ni. 5 stars guys

NUKILAN 14/9/2024

No comments:

Post a Comment

Year End Gathering

Hari ini, aku cuti. Jadi, ada banyak masa untuk buat macam-macam, termasuk plan makan-makan. Plan simple je sebenarnya. Disebabkan aku ada m...