Scammer seseorang yang menjana wang menggunakan kaedah haram, terutama dengan menipu orang. Isu scammer ni rasanya lama dah dalam komuniti kita. Secara umumnya, jenayah scammer ini membabitkan pelbagai jenis kes penipuan dalam talian, termasuk Macau Scam, Love Scam dan penipuan bomoh, khidmat pesanan ringkas (SMS), tanah, kad kredit, penyamaran, perniagaan serta pinjaman tidak wujud. Hal ini sangat membimbangkan dan menakutkan. Pelbagai tips di anjurkan untuk mengelak dari tertipu dengan jenayah ini. Namun, langit tak selalu cerah.
Cik Pinky baru sahaja melaluinya. Macam-macam perasaan ada - Sakit hati, marah, sedih dan macam-macam lagi. Namun, akhirnya redho je lah. 😌 Anggaplah itu bukan rezeki aku. Dalam berhati.. huhuhu..jer lah.
SCAMMER ALERT!!!
Ceritanya, sejak kena WFH ni, laptop Cik Pinky dah 5 kali masuk ICU. sekali betul faham2 je lah, ratus gak. Al maklum laptop dah berapa puluh tahun -sejak belajar dulu. hihi. Kumpullah duit sebab kalau boleh nak beli laptop yang okey sikit. Yang lama sangat OKEY, just certain software tak dapat support. sound, mic, windows semua ad yang tak function dah. Bila meeting mula menggagau.. hahaha.
Al- maklum, sejak PKP ni, laptop amatlah penting jika kena WFH (work from home). Bila dia mati sekali lagi, nak hantar repair pun kedai tak buka. gigih juga lah. ada juga menyarankan beli je online, dan kalau boleh cari yang direct kedai. OK, acik yang rabun teknologi ni, pergilah usha- standard harga laptop yang basic la. takut beli murah taku scam.. namun apakan daya, sudah itu suratannya. den terkena juga dengan jenayah ni. poning pale den. huhu. bukan sikit, ribu riban juga.
Mulanya masih bersangka baik, tetapi bila dah seminggu senyap je bagai di padang pasir. hati mula gundah, try call tak dapat, try wasap tak double, messenger kena block.. cuba lah google nama kedai tu, baru lah tahu ia adalah salah satu scammer. percaya sebab nama melayu, masa bank in pun nama melayu yang ada BIN.
tiada apa yang boleh dikata
Yang suka scam ni, tolong lah hentikan, fikirlah kami yang berjimat sebab nak dapatkan sesuatu. Tidak semua orang mempunyai kemampuan. Semoga yang melakukan diberikan kesedaran ☹
1.
https://www.hmetro.com.my/rencana/2021/04/696838/bertenang-jangan-panik
(Bertenang, jangan panik!
bertabahlah kawan, scammer ada di mana-mana huhuh
ReplyDeleteTerima kasih sahabat. Sadis jugaklah
Delete