24 July 2019

NESCAFÉ in a cup

Hi guys

Assalammualaikum..

Post yang lepas dugaan si saga.. tapi Alhamdulillah dapat dah "kasut baru". Entry kali ni, Cik Pinky nak share sedikit satu produk Nescafe.

Hmm, tak pastilah jika produk ni sebenarnya dah lama ada just Cik Pinky yang pertama kali nak review 😁 Hope pihak Nes tak marah la yerr..


Ok, produk ni setakat ni jumpanya di dalam peti sejuk kedai 7 eleven tempat Cik Pinky. Ahaha, of course lah kan..takkan pula peti tempat korang.

Nescafe ni ada 3 flavour, isitu:

NESCAFÉ® Smooth Cappuccino 300ml
NESCAFÉ® Caramel Macchiato 300ml
NESCAFÉ® Caffe Mocha 300ml
(Copy kat website dia)

Menerusi webpage dia, produk ini adalah NESCAFÉ®Ready-to-Drink in a Barista-styled. Haa, kelas gitu.. Barista tau.. 😄

OK, dalam ketiga3 flavour tu, Nur suka semua..lah.. 😂 dan yang paling suka Cappuccino.

Untuk review, Cik Pinky dan sahabat saya, of courselah Kak Aida 😁😁 #jgnjeles telah pun mencuba kesemuanya.. not bad, korang boleh cuba. Harga agak..hmm..tapi berbaloi😉🖒



Selamat Mencuba




07 July 2019

Ceritera Pagi Jumaat

Tett..tett (bunyi alarm handphone menandakan jam 2:30 pagi)

Terpisat-pisat mata..
"Err betul ke, ada ada training harini? 🤔- ngada-ngada kan ko😉

Bangun, mandi..siap-siap..
Solat jap..

Let's go.. semangat-semangat
Ya.. dengan lafaz bismillahirahmannirohim .. enjin saga di panaskan..dan aaajomm 🚗🚗

Jam menunjukkan pukul 5:45am, depan sikit da RnR restoran jejantas..berhenti jap untuk solat subuh.. Tiba di sana tak banyak kereta, manusia pun ada aunty PLUS.. ok, aku ambil keputusan tunggu dalam kereta.

Dalam 6:10 am da mula ada ada kereta parking dan mereka pergi solat.. barula berani nak keluar.. hehe. Setelah selesai, aku meneruskan perjalanan..chopp...isi minyak dulu😁

Biasa di highway, akan ada banyak kenderaan yang emergency di tepi jalan😰 nauzubillaminzalik..mohon dijauhkanlah.. lagi travel sorang sorang.


km305 - Exit 209-UPM

Tengah drive, ada brother rider ni hon..tin..tin..tin..aku pun tolehla..
Dia bagi isyarat suruh berhenti tepi..(banyak kali lah) hingga aku bagi signal nak berhenti tepi.. nasiblah duk line yg slow.. senang nak berhenti

Lagi alhamdulillah, depan sikit ada EXIT UPM, maka ada ruang untuk aku berhenti..
Ambil masa juga sebab waktu pagi.. banyak kenderaan..

OK, then..aku tak tahu nak buat apa..😤

Da beberapa minit, aku turun dan lihat sebelah kiri kereta seperti yg ditunjuk oleh rider tadi(Allahu, tayar aku pecah) terima kasih sangat2 tak jadi apa..

Termenung lagi, "aish come on..hafizah"
Last2 aku try call adik aku(ali), 1st try tak dapat..ok
Try call abg- ok dlm pada call tu, adik aku call balik..alhamdulillah..  aku pun story situasi, lokasi masa tu..

Then dia bagi number tolplus..1800880000. "Jangan lupa hidupkan lampu kecemasan"- pesan orang di talian.

Dalam 15 minit kot, datangla kereta peronda. Alhamdulillah.. selesai.. TQ abam polis peronda tolplus..😁🚗

Maka dengan berbekal tayar spare, aku teruskan perjalanan ke Bukit Jalil.. ada kelas. Alhamdulillah, 8:25am kami tiba. Haa, aku dan Efi tiba saing..maka adalah kawan..hihi. OK, kelas harini tajuk dia MARC & RDA.





Allah permudahkan, kelas habis awal.. sementara yang lain solat Jumaat, kami review KPI.. dan  aku dinasihatkan utk pergi tukar tayar dulu sebelum balik kluang😅 ikut aku yakinnya kamu nak terus balik..hihi

Mazni dan Sobri tumpangkan aku dan Efi ke stadium, aku follow sobri & mazni balik seremban untuk cari kedai tayar.
Kasihan mereka, huhu. Dah la lps tu nak masuk office.

Setelah jumpa, tq sangat2 kat dorang.. mereka pun balik..ke office. TQ gak kat Mazni sbb bagi pinjam duit..topup nak beli tayar😅😅




Sementara tunggu, tq to EFi sebab berbual kat wasap..tanya camna..kalau x, bosan gak.
Tak lama, dalam jam 4:45pm dah siap.. aku pun teruskan perjalanan..

Tiba di Kluang dalam 7:50pm. Alhamdulillah..sempat Solat maghrib tapi da hujung waktu😰.


Sekian, wassalam.. lepak bagaikan juara.. haha.. Alhamdulillah Allah bagi ujian, tetapi Allah datangkan pertolongan sesuai waktu. Syukur. Terima kasih pada yang bertanya, yang tidak disebutkan di atas😅

Done kelas MARC and RDA - 5 Julai 2019
Maaf, entry panjang kali ini.




22 June 2019

Jom Beraya


Assalammualaikum..

Malam 15 Syawal

Malam ni kami ada jemputan hari raya di rumah Kak Aida..best..kan gi beraya ramai-ramai..hihi. Sebenarnya rumah dia buat Marhaban. Tapi, kami tak sempat pun..jadi kami datanglah  meraban...beraya je.

Malam tu, aku pergi berjemaah dengan Kak Ina dan Pakcik Rashid. Hari tu aku kerja, maka Kak Ina dan Pakcik Rashid kenalah tunggu sehingga aku habis kerja iaitu jam 9 malam. Maap semua.. Dalam 9: 05 gitu, kami gerak dari Kampus, aku ngan Kak Ina naik kereta, manakala pakcik follow naik motor.. senang katanya nak balik nanti.

Kami tiba dalam jam 9:30 malam, orang Marhaban pun tengah makan..dan ada yang dah gerak ke rumah lain..Malu-malu gak nak masuk sebab ramai lelaki.

***

Malam tu, alhamdulillah rezeki.. semoga murah rezeki tuan rumah.

Menu dia best..ada kuih, mee rebus, murtabak, jemput2 dan cicah sal tumis, air oren, air bandung.. huh..terkezut perut malam tu, makan tak ingat kann..hihi.. Lepas tu mengah rasa berjalan masa nak balik.. haha.. Perangai sangat, ko kann.. Diam tak diam dah jam 11: 20 Malam..

eh, ajomm lah gerak.. lewat dah.. duk rumah orang..hehe.

Terima kasih kepada tuan rumah, AKA Kak Aida ku cayunk💕..sekeluarga... lain kali jemput lagi.

Dari Kiri: Kak Aida (Tuan Rumah), Pakcik Rashid, Kak Ina dan aku


Sekian.. #rayakluang2019



Salam Aidilfitri 2019


Assalammualaikum bagi yang membaca.. salam aidilfitri di ucapkan.. Kita dah pun berada di minggu terakhir Syawal.. Dah habis kunjung rumah sahabat handai & saudara mara belum?.. Haa, tak pe- tak pe..dah habis syawal pun boleh kunjung lagi.. Just feel dia berbeza lah..

Juadah pagi raya family ku, seperti biasa.. semestinya:
  1.  Nasi Impit
  2.  Kuah Lodeh
  3.  Sambal Kacang
  4.  Rendang Daging
  5. Serunding
  6. Sambal Goreng (WAJIB)

OK, tahun ini aku cuti awal sehari.. soo dapatlah pergi pasar beli barang basah, kering, sempat lagi cari langsir.. hehe.. kemas rumah dann berbuka bersama family. 

Soalan cepumas?

Haha..mestilah ada bagi orang-orang macam aku.. tetapi it’s OK..benda biasa.. tak marah pun.. anggaplah acik tu saje nak bertanya progress.

Menziarah kubur juga adalah salah satu kebiasaan bagi orang-orang kita. Bukan hari biasa tak gi, ada yang gi, just hari raya ni ramai sebab semua balik serentak (agaknya lah). Kami pun plan pergi ke kubur petang tu, duk bersih-bersih kawasan, tanam pokok melur (ye kott..nama dia) dan AL-FATIHAH untuk arwah Ayah, Tok Bak, dan Nek Mak.

Balik tu, kami dah start rebus nasi impit, kupas rencah untuk masak raya dan berbuka petang tu. Air Fanta Bandung.. hihi. sedap la air tu (Tapi ibulah yang buat – kalau aku yang buat..ke laut rasanya). Raya pertama, kami pergi rumak Mak Gayah (ni jiran kami), pergi rumah dan malam kami ke rumah Mak lOng kat Perani.



 

Banyak lagi gambar, tapi line tak kuat nak upload semua.. 

Raya ke dua, kami terima kunjungan daripada sedara mara sebelah arwah ayah.. lepas tu kami ke rumah sudara mara sebelah ibu. tu pun tak habis lagi..dan seterusnya sampailah aku habis cuti. sekejap je… AHAD dah oii.. kerja..kerja.. 

Pendek je kan..cerita..padahal cuti 5 hari kott..OK..OK dah kita tengok gambar plak..

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN



24 May 2019

Fanta Bandung

Assalammualaikum..

Hai..camna dengan puasa korang? Diam tak diam, dah nak penghujung Ramadan.. Menu list dah #done ke? Hihi..

Takpe..itu semua diluar selera kita..ye tak?
Macam yang tukang tulis ni lah..😅 masa sebelum puasa nak blend kurma dan susu.. last2 makan kurma, minum nescafe susu.

It's ok.. kita merancang, tapi selera ni kadang tukar2 keinginannya..ermmm, macam hati kita yang selalu berbolak balik..

Haritu..kan, aku teringin nak minum air Bandung Soda..TETAPI.. macam tak berapa "rajin" nak beli sirap bagai...so.. jalan paling singkat..aku beli fanta strawbery, susu cair dalam tin.

Air Bandung Fanta Strawbery 

Bahan utama

Inilah hasilnya
Mula2 tu aku tuangkan susu cair ( aku tuang banyak sikit sebab creamy sikit)..lepastu, tuang pulak fanta sambil kacau air tu ( tujuan supaya larut bersama).. fanta jangan banyak sangat..dikhuatiri masam pulak nanti..

Last sekali masukkan ais..jadi takla dia manis sangat 😄

Simple..kan.. hihi. Next time boleh buat lagi

#selamatberpuasa
#Ramadan2019

04 May 2019

Mad but Love

Scroll scroll facebook, then terjumpa post ni.

Pernah tak korang rasa sakit hati, rasa nak marah dengan seseorang..tapi dalam masa yang sama korang sayang dia jugak.. masa tu mesti korang macam si Pinggu ni😉

Sebab, aku pernah..😂😂



Sekian.. selamat menyambut Ramadhan

24 April 2019

Persamaan dan perbezaan


Bismillahirahmannirahim.. Assalammualaikum..

Dalam kehidupan kita seharian, dalam persamaan pasti ada perbezaan. Begitulah juga sebaliknya. Jika kita sudah di dalam zon selesa persamaan pasti kita akan rasa janggal bila wujudnya perbezaan.

Pada 17 April 2019
Its a first time📢..dulu sahabat saya ni tak pakai spec.. sama ke sama? Of course lah sama.. 

Ok kita simpan sini buat kenangan.. 


Year End Gathering

Hari ini, aku cuti. Jadi, ada banyak masa untuk buat macam-macam, termasuk plan makan-makan. Plan simple je sebenarnya. Disebabkan aku ada m...