24 May 2019

Fanta Bandung

Assalammualaikum..

Hai..camna dengan puasa korang? Diam tak diam, dah nak penghujung Ramadan.. Menu list dah #done ke? Hihi..

Takpe..itu semua diluar selera kita..ye tak?
Macam yang tukang tulis ni lah..πŸ˜… masa sebelum puasa nak blend kurma dan susu.. last2 makan kurma, minum nescafe susu.

It's ok.. kita merancang, tapi selera ni kadang tukar2 keinginannya..ermmm, macam hati kita yang selalu berbolak balik..

Haritu..kan, aku teringin nak minum air Bandung Soda..TETAPI.. macam tak berapa "rajin" nak beli sirap bagai...so.. jalan paling singkat..aku beli fanta strawbery, susu cair dalam tin.

Air Bandung Fanta Strawbery 

Bahan utama

Inilah hasilnya
Mula2 tu aku tuangkan susu cair ( aku tuang banyak sikit sebab creamy sikit)..lepastu, tuang pulak fanta sambil kacau air tu ( tujuan supaya larut bersama).. fanta jangan banyak sangat..dikhuatiri masam pulak nanti..

Last sekali masukkan ais..jadi takla dia manis sangat πŸ˜„

Simple..kan.. hihi. Next time boleh buat lagi

#selamatberpuasa
#Ramadan2019

04 May 2019

Mad but Love

Scroll scroll facebook, then terjumpa post ni.

Pernah tak korang rasa sakit hati, rasa nak marah dengan seseorang..tapi dalam masa yang sama korang sayang dia jugak.. masa tu mesti korang macam si Pinggu niπŸ˜‰

Sebab, aku pernah..πŸ˜‚πŸ˜‚



Sekian.. selamat menyambut Ramadhan

24 April 2019

Persamaan dan perbezaan


Bismillahirahmannirahim.. Assalammualaikum..

Dalam kehidupan kita seharian, dalam persamaan pasti ada perbezaan. Begitulah juga sebaliknya. Jika kita sudah di dalam zon selesa persamaan pasti kita akan rasa janggal bila wujudnya perbezaan.

Pada 17 April 2019
Its a first timeπŸ“’..dulu sahabat saya ni tak pakai spec.. sama ke sama? Of course lah sama.. 

Ok kita simpan sini buat kenangan.. 



23 April 2019

Kucing hitam & karpet gebu

Bismillahirahmannirahim.. Assalammualaikum readers.. 

"Harap maklum, ini bukan sebuah cerpen tau"

Aku rasa semua pun tahu, kucing merupakan binatang kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. tetapi, apakan daya aku bukanlah seorang yang berani untuk belai2 si kucing niπŸ˜‚.

Nak dijadikan cerita, ada satu haritu.. aku dah terlambat nak pergi kerja.. dah siap-siap..
..keluar rumah.. 
hidupkan enjin kereta.. 
tutup pintu rumah dan 
bergerak ke tempat kerja..

Balik je malam tu, seusai pintu dibuka..

"wah..wah..wah.. "harum semerbak" bau rumah ni..(dalam hatiku berkata)😬- ni bukan cerita seram tau..

Ku tengok-tengok, ku intai- intai.. kot la terpijak something..
Ok..tiada..
Aku pun buka lampu dan terus ke bilik.. mengucap panjang tetiba ada benda hitam gerak2 atas katil.. maka suis lampu pun dibuka bagi menerangkan lagi penglihatan yang tak berapa terang nih..



Oh my god.. kucing siapa dlm rumah ni.. aduh..pasti bau tu datang dari si kucing mmbuat onar. - dalam hatiku..

Ok..tenang dan cari setiap ruang..tu dia..atas carpet yang gebu itu. Sabar je lah..


Malam tu jugak operasi membasuh karpet.. ingatkan ringan..bila dah basuh .. nak angkat.. berat rupanya..huhu.

Dalam pada tu, pintu rumah memang dibuka seluas luas alam sebab nanti kucing tu nak keluar..senang sebab aku nak angkat dia..memang tak berani..lah.. huhu.

Jam 11:45pm baru lah kucing tu keluar..otw siap meow..meow.. haha.. apa lah yang dibebelkan tu..

Sekian.

Nota ringkas: sampai hari ini(23.04.2019) kucing tu duk je kat kawasan rumah tuan dia😁

Karpet: da dihantar untuk cuci.. kalau ikut aku..nk buang jerπŸ˜‚

17 April 2019

Ontok- ontok

Assalammualaikum.. 

Harini perjalanan hidup, macam2 ada.. macam ASTRO. Tetapi, biasalah kehidupan duniawi.. 
Orang kata, kalau risau kan kerja, sampai bila pun tak siap😊- eh, mcm takde kena mengena..kan..

πŸ€”Uhmm, tak kisahlah.. yang penting harini aku nak share satu perkataan baru (bagi diri aku), iaitu ontok-ontok.

Ha..mungkin ada yang sudah tahu maksud perkataan ini..dan mungkin ada yang tidak tahu- macamm saya.

Kalau korang nak tahu, ontok-ontok ni maksudnya diam-diamπŸ™„ 
Aku dah Google search tadi..perkataan ni katanya diguna pakai oleh orang noghori.. kita orang selatan ni.. patutlah first time dengar... haha. 

Ceritanya apabila kawan aku ni mesej: 

" Kita ontok - ontok je, lah"

Dengan blurr, aku pun tanya: - ontok-ontok tu apa eak?πŸ€”
Dia kata, oh, ontok2 ni maknanya diam2. Hihihi

Oklah...sekian..tu je yang au nak share kat korang dalam cerita hari ini..

OK bye. πŸ˜„

13 February 2019

Hikmah yang hilang

Assalammualaikum..

Masih lagi mood cuti panjang sempena CNY ke?

Sempena kawan yang menyambut Tahun Baru Cina ni, aku ambil cuti seminggu jugakla sebab Johor cuti Jumaat Sabtu, jadi aku "apply Annual leave" hari khamis- (haha, dah macam dia plak nak gantung tanglung kan...).

Cuti tu, aku balik kampung, menghabiskan masa dengan family. Kami tak cuti jauh pun sebab ramai yang tak sihatπŸ˜‘ Last cuti aritu, pergi hantar adik yang bongsu balik asrama..sambil tu shopping la sikitπŸ˜„. hihi. Perempuan..kan, mestilah nak shopping-shopping, makan angin.

Berbalik pada tajuk entry harini : HIKMAH YANG HILANG

Mencarinya di sebalik kejadian yang menimpa,
Takkan terlihat oleh hati yang sedang kecewa dan berputus asa,
Tetapi, carilah hikmah di sebalik rasa pasrah dan mengharap kepada penentu takdir dan pencaturnya Allah SWT. 
Berusahalah dan terus berusaha tanpa rasa jemu dan kecewa.
Di saat itu pasti kekuatan akan tiba terhadap setiap apa yang berlaku. 

********

Nukilan ini, aku copy daripada post seseorang di mukabuku (facebook) - **dah minta izin tauuπŸ˜… **

Tapi, aku sangat bersetuju..

Kita semua tahu setiap kejadian di atas muka bumi ini, pasti ada hikmah di setiap kejadian..

Namun kita semua..Opps..pembetulan.. mungkin tidak semua..
Aku tujukan kepada diriku sendiri.

Diriku sendiri, sering lupa tika hati sedang kecewa, dan gundah gulana.. πŸ˜“πŸ˜₯.. betapa rapuhnya imanku..Allahu Rabbi.. .

Sekian☺

30 January 2019

Butterfly icon

Harini adalah hari terakhir pelajar semester 5 posting di negeri ini. Mereka akan balik ke HQ untuk final exam. Ada yang akan kembali ke Kluang..ada yang nak oversea dan ada yang tak fikir lagiπŸ˜„πŸ˜„

Batch rep sangat polite.. personally datang dan say thanks for care of my groups members during they all is here.

*aku tak suka adegan touching camni.. try untuk tukar topic..

No worries, all the best ya..thank you too for your support to me, to library and campus.

Sessi sedih2 habis..

Then, tetiba ada senior student lalu..aku pun..


Me: Hi, i would like to inform..as u mentioned.. i already got an approval and its starting from next week.

Student: Yes!! Its great

Me: Why so happy?πŸ€”

Student: Ya, happy cz at least you will have time to search a partner for your life.. then..ha kak you open the google playstore.. search Muz....

Me: its for?

Student: Actually ha..its a one apps to search and find a muslim partner..bla..bla..bla..

Me: Oh, haha.. its means you also installed it?

Student: No..la..im just explore it. To know how its function

Me: Oh..ok2.. thank you for recommendations

Student: No worries, hope you will have one when we meets next time

πŸ˜‚πŸ˜‚ ( aish budak2 ni) thank you for your concerns.. Good luck for your final exam..

Year End Gathering

Hari ini, aku cuti. Jadi, ada banyak masa untuk buat macam-macam, termasuk plan makan-makan. Plan simple je sebenarnya. Disebabkan aku ada m...