23 April 2019

Kucing hitam & karpet gebu

Bismillahirahmannirahim.. Assalammualaikum readers.. 

"Harap maklum, ini bukan sebuah cerpen tau"

Aku rasa semua pun tahu, kucing merupakan binatang kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. tetapi, apakan daya aku bukanlah seorang yang berani untuk belai2 si kucing ni๐Ÿ˜‚.

Nak dijadikan cerita, ada satu haritu.. aku dah terlambat nak pergi kerja.. dah siap-siap..
..keluar rumah.. 
hidupkan enjin kereta.. 
tutup pintu rumah dan 
bergerak ke tempat kerja..

Balik je malam tu, seusai pintu dibuka..

"wah..wah..wah.. "harum semerbak" bau rumah ni..(dalam hatiku berkata)๐Ÿ˜ฌ- ni bukan cerita seram tau..

Ku tengok-tengok, ku intai- intai.. kot la terpijak something..
Ok..tiada..
Aku pun buka lampu dan terus ke bilik.. mengucap panjang tetiba ada benda hitam gerak2 atas katil.. maka suis lampu pun dibuka bagi menerangkan lagi penglihatan yang tak berapa terang nih..



Oh my god.. kucing siapa dlm rumah ni.. aduh..pasti bau tu datang dari si kucing mmbuat onar. - dalam hatiku..

Ok..tenang dan cari setiap ruang..tu dia..atas carpet yang gebu itu. Sabar je lah..


Malam tu jugak operasi membasuh karpet.. ingatkan ringan..bila dah basuh .. nak angkat.. berat rupanya..huhu.

Dalam pada tu, pintu rumah memang dibuka seluas luas alam sebab nanti kucing tu nak keluar..senang sebab aku nak angkat dia..memang tak berani..lah.. huhu.

Jam 11:45pm baru lah kucing tu keluar..otw siap meow..meow.. haha.. apa lah yang dibebelkan tu..

Sekian.

Nota ringkas: sampai hari ini(23.04.2019) kucing tu duk je kat kawasan rumah tuan dia๐Ÿ˜

Karpet: da dihantar untuk cuci.. kalau ikut aku..nk buang jer๐Ÿ˜‚

17 April 2019

Ontok- ontok

Assalammualaikum.. 

Harini perjalanan hidup, macam2 ada.. macam ASTRO. Tetapi, biasalah kehidupan duniawi.. 
Orang kata, kalau risau kan kerja, sampai bila pun tak siap๐Ÿ˜Š- eh, mcm takde kena mengena..kan..

๐Ÿค”Uhmm, tak kisahlah.. yang penting harini aku nak share satu perkataan baru (bagi diri aku), iaitu ontok-ontok.

Ha..mungkin ada yang sudah tahu maksud perkataan ini..dan mungkin ada yang tidak tahu- macamm saya.

Kalau korang nak tahu, ontok-ontok ni maksudnya diam-diam๐Ÿ™„ 
Aku dah Google search tadi..perkataan ni katanya diguna pakai oleh orang noghori.. kita orang selatan ni.. patutlah first time dengar... haha. 

Ceritanya apabila kawan aku ni mesej: 

" Kita ontok - ontok je, lah"

Dengan blurr, aku pun tanya: - ontok-ontok tu apa eak?๐Ÿค”
Dia kata, oh, ontok2 ni maknanya diam2. Hihihi

Oklah...sekian..tu je yang au nak share kat korang dalam cerita hari ini..

OK bye. ๐Ÿ˜„

13 February 2019

Hikmah yang hilang

Assalammualaikum..

Masih lagi mood cuti panjang sempena CNY ke?

Sempena kawan yang menyambut Tahun Baru Cina ni, aku ambil cuti seminggu jugakla sebab Johor cuti Jumaat Sabtu, jadi aku "apply Annual leave" hari khamis- (haha, dah macam dia plak nak gantung tanglung kan...).

Cuti tu, aku balik kampung, menghabiskan masa dengan family. Kami tak cuti jauh pun sebab ramai yang tak sihat๐Ÿ˜‘ Last cuti aritu, pergi hantar adik yang bongsu balik asrama..sambil tu shopping la sikit๐Ÿ˜„. hihi. Perempuan..kan, mestilah nak shopping-shopping, makan angin.

Berbalik pada tajuk entry harini : HIKMAH YANG HILANG

Mencarinya di sebalik kejadian yang menimpa,
Takkan terlihat oleh hati yang sedang kecewa dan berputus asa,
Tetapi, carilah hikmah di sebalik rasa pasrah dan mengharap kepada penentu takdir dan pencaturnya Allah SWT. 
Berusahalah dan terus berusaha tanpa rasa jemu dan kecewa.
Di saat itu pasti kekuatan akan tiba terhadap setiap apa yang berlaku. 

********

Nukilan ini, aku copy daripada post seseorang di mukabuku (facebook) - **dah minta izin tauu๐Ÿ˜… **

Tapi, aku sangat bersetuju..

Kita semua tahu setiap kejadian di atas muka bumi ini, pasti ada hikmah di setiap kejadian..

Namun kita semua..Opps..pembetulan.. mungkin tidak semua..
Aku tujukan kepada diriku sendiri.

Diriku sendiri, sering lupa tika hati sedang kecewa, dan gundah gulana.. ๐Ÿ˜“๐Ÿ˜ฅ.. betapa rapuhnya imanku..Allahu Rabbi.. .

Sekian☺

30 January 2019

Butterfly icon

Harini adalah hari terakhir pelajar semester 5 posting di negeri ini. Mereka akan balik ke HQ untuk final exam. Ada yang akan kembali ke Kluang..ada yang nak oversea dan ada yang tak fikir lagi๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

Batch rep sangat polite.. personally datang dan say thanks for care of my groups members during they all is here.

*aku tak suka adegan touching camni.. try untuk tukar topic..

No worries, all the best ya..thank you too for your support to me, to library and campus.

Sessi sedih2 habis..

Then, tetiba ada senior student lalu..aku pun..


Me: Hi, i would like to inform..as u mentioned.. i already got an approval and its starting from next week.

Student: Yes!! Its great

Me: Why so happy?๐Ÿค”

Student: Ya, happy cz at least you will have time to search a partner for your life.. then..ha kak you open the google playstore.. search Muz....

Me: its for?

Student: Actually ha..its a one apps to search and find a muslim partner..bla..bla..bla..

Me: Oh, haha.. its means you also installed it?

Student: No..la..im just explore it. To know how its function

Me: Oh..ok2.. thank you for recommendations

Student: No worries, hope you will have one when we meets next time

๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ ( aish budak2 ni) thank you for your concerns.. Good luck for your final exam..

04 December 2018

Intermittent Fasting

Assalammualaikum semua, it's December guys..uwaa..dah nak end of year.. 

OK kali ini saya just nakk share berkenaan Intermittent fasting atau singkatannya IF. Diet Intermittent Fasting. Korang pernah dengar tak? - saya pun baru baru jugak dengar sebab one of my sahabat bercerita tentang ni. Ianya diet yang sihat actually. Haritu  ada jugalah terbaca, one of artis Malaysia yang mengamalkan Diet IF, dan ianya bagus dan sihat.

OK jom kita search sikit pasal IF.

Berdasarkan article yang diterbitkan oleh cosmopolitan webpage IF ini adalah satu kaedah yang seakan akan seperti kita berpuasa di bulan Ramadan. Kita hanya dibenarkan minum dan memilih waktu  yang terbaik untuk berpuasa.(1)

Bagus kan.. ๐Ÿ˜

OK bawah ni adalah Infographic tentang IF yang saya copy & paste daripada satu laman web. Dalam poster di bawah ini, dinyatakan kebaikan mengamalkan IF, cadangan jenis pemakanan yang kita boleh amalkan dan jadual waktu. Untuk lebih jelas bolehlah click pada gambar di bawah (aka Sumber)

https://media.mercola.com/assets/images/infographic/intermittent-fasting-highres.jpg


KEBAIKAN IF

Berdasarkan laman Merdeka.com,  selain membantu dalam menguruskan badan, IF juga dapat membantu dalam:

1. Mencegah diabetes
IF adalah jenis puasa yang mampu mencegah diabetes secara efektif, terutama diabetes tipe 2. Sebab IF juga boleh mengawal kadar gula dalam darah.

2. Mengurangi stres
IF akan memperkuat sistem imune atau kekebalan tubuh untuk melawan peradangan, stres oksidatif, serta penuaan.

3. Melindungi jantung
Selain mencegah kenaikan gula darah, IF mencegah meningkatnya tekanan darah dan kolesterol buruk yang berbahaya untuk kesehatan jantung.

4. Mencegah kanker/ kanser
Beberapa penelitian menemukan bahwa IF yang dilakukan secara rutin bisa membantu mencegah kanker bahkan berguna sebagai obat tambahan bagi penderita kanker. Sebabnya pasokan racun yang masuk lewat makanan akana dibatasi melalui IF.

5. Menyehatkan otak
Salah satu manfaat sehat lainnya dari IF adalah pola makan ini bisa memerangi beberapa penyakit degeneratif otak, termasuk mencegah depresi yang membahayakan sel otak.

6. Mencegah Alzheimer
Kamu pun bisa mencegah Alzheimer dengan melakukan IF karena IF membuat fungsi otak berjalan secara maksimal, termasuk dapat mengurangi tingkat keparahan penyakit ini.

7. Memperpanjang usia
Ketika semua anggota tubuhmu terjaga kesehatannya, maka usia jadi lebih panjang. [feb]


OK sesiapa yang nak try Intermittent Fasting bolehlah mulakan, kebanyakan daripada mereka yang mengamalkan telah pun berjaya. 


SELAMAT BER INTERMITTENT FASTING



13 November 2018

Free Sample

Bismillahhirahmannirahim..

Assalammualaikum pembuka coretan..

PERCUMA atau FREE.. adalah satu perkataan yang saya rasa akan membuatkan hati-hati kami ni cair, happy, dan macam2 lagi.. pendek kata..seronok lah ๐Ÿ˜„

Bukan orang kat luar sana je happy bila kata free.. aku pun happy... ๐Ÿ˜‰

Semasa belajar di Kota Metropolitan dulu, masa zaman remaja.. aku suka pergi ke GIANT pada hari minggu. sebabnya, pada masa tu, banyak sangat kiosk tester.. So, aku dengan kawan-kawan kalau pergi sana mesti nak test makanan kat situ.. (kenangan semua tu)

Tetapi, bila dah meningkat kepada zaman remaja Purbakala ni, aku dah tak pergi buat kerja macam tu..hehe. Tapi aku jumpa..satu website ni, kita boleh request free sample

Website ni memang akan post barang free sample.. sebelum request sila tengok valid sampai bila tau..promosinya..

Aku pernah try.. adalah dalam 3 jenis barang kot..antaranya Produk T3๐Ÿ˜….
OK, kalau berminat bolehlah akses website ni:-> sila klik-> Malaysia Free Sample Giveaway

Selamat mencuba๐Ÿ˜‰

25 October 2018

Tragedi Oktober

Assalammualaikum..

Tajuk je dah macam lagu..tragedy Oktober.. sajer nak buat Keyword...haha..untung-untung ada pembaca.

OK, jom kita cek apa yang ada dalam coretan hari ini.

1) Training

Training ni biasanya untuk menimba ilmu...ye lah kan.. al maklum servis tak cukup tip top maka perlulah asah bakat..Aku dan kawan-kawan ramai jugalah yang tercalon untuk pergi training pada 10-11 October 2018 di Pearl Hotel Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, ada kawan nak ke sana..iaitu..kawan satu department daripada Batu Pahat.. Moga murah rezeki dia, sebab..dia drive bawak kami menuntut ilmu..guna kereta dia tau..AMINN

Itu kalau kami apa2 di jalanan, insyaAllah mati dalam nak menuntut ilmu... InsyaAllah.


Team library yang satu group..dari kanan (masa pegang keyboard) Kak Zai, aku, Efi

     
Ni group members - Efi, Yana (comel kan diorang) - Gambar dessert tu best gak, tapi tiada rezeki nak bawak balik.


2) Gotong Royong Dan ICP

Minggu ni, tak jadi balik kampung sebabnya ada tetamu. Tetamu yang paling istimewa di hati aku, iaitu keluarga tersayang. Keluarga aku nak datang keesokan harinya...

Yay!!

OK, Jumaat pagi tu aku mengemas rumah.. buat Nasi lemak kunonnya..basuh kereta. Then, buat keje pejabat sikit sebab esok ada program komuniti. Dalam jam 12 tengah hari camtu, aku baru terfikir nak pergi tengok baby NIA.. hihi.. maka ke Tangkaklah kita..melawat Bby baru.

Baby NIA tu, anak abang aku yang ke-3. Sampai di tangkak dalam jam 3 petang. abang siap tanya dah sampai mana? sebab lambat sangat..kakak dengan adik dah tanya.

Sorry, akak adik, Mak Ngah lambat nak sampai..hih. Tiba di Tangkak, banag dengan akakk Ipar ajak makan tengah hari..yummy-yummy..kari ayam.

Dapat tengok Baby Nia comel. Aku nak try pegang baby, tapi tu lah kekok nak pegang dia..

Sempat minum petang dan main doktor2, cikgu2.. hihi.. (macam bebudak kan)- haha.

Jam 6.15pm baru gerak balik, ..sampai Kluang jam 8.30 pm.

Alhamdulillah.. Jam 11 pm tetamu yang ditunggu pun sampai... makan malam sesame pastu tidur weii.. esok nak keje.


****

Sabtu, macam biasa..aku kerja..tapi pada hari itu kami ada Projek sekolah. Maka aku singgahlah dulu ke tempat kejadian.. hantar barang dan selfie satu.. dengan sahabat aku yang paling baik dan happening.

Ni sahabat saya- awet muda..kan..

Lepas balik kerja, dalam jam 12:45 pm.. aku bawak family jenjalan. Kluang ni, kita jalan Kluang Mall, Aeon Big dll. Lepas tu, petang tu kami gotong royong rumah adik.. hehe.. Alhamdulillah rezeki dia.. Petang tu, family aku dah gerak balik. Tinggallah adik aku yang duk Pontian, dia gerak malam sikit. Jadi, sebelum balik, meh lah kita isi perut dulu.. yer sayang.

Sementara menunggu pesanan, ada tetamu ni, datang..dan dengan selamba naik kerusi.. inilah tetamu tak diundang malam itu.. Encik Oren..

Ni tetamu malam yang join dinner kami

Dalam jam 10pm, adik pun dah gerak ke Pontian. Alhamdulillah. selesai sudah aktiviti hari ini.

Keluarga dan sahabat 


Year End Gathering

Hari ini, aku cuti. Jadi, ada banyak masa untuk buat macam-macam, termasuk plan makan-makan. Plan simple je sebenarnya. Disebabkan aku ada m...