14 December 2019

Weekend di Kluang

Assalammualaikum Korang,

Minggu ni, Cik Pinky tak balik kampung. Ibu dan adik datang Kluang. Maka, harini aktiviti kita hanya di Kluang. Kalau dah namanya Kluang, rugi kalau tak singgah KTM pekena menu kat Railway. Kebiasaan, kami akan sarapan di KTM- Railway Coffee. Tapi kalau nak sarapan situ, kena sabar sikit. sebab biasa memang ramai.. kena beratur untuk dapat meja  .. Tu kalau korang nak rasa suasana ada train..πŸ˜…

Kalau tak, korang boleh je pergi mana-mana cawangan Railway.. sebab kat Kluang ni rasanya banyak dah.. terbaru - di Taman Seri Impian, Kluang. Corner Lots dekat dengan tasik. 


Hmm, Kalau korang rasa nak makan nasi lemak best pepagi, korang boleh pergi ke Restoran Anis Danish. Eah memang sedap..lah masakan dia. Bukan takat nasi lemak, lontong darat pun sedap. Kalau korang nak tahu, mereka ada juga masakan tengah hari.. boleh lah tapauπŸ˜„πŸ˜„

Restoran Anis Danish

Dah sarapan tu, Korang boleh lah lajak ke Gunung Lambak. 

Gunung Lambak merupakan sebuah gunung kecil yang terletak di Kluang, Johor dengan ketinggian setinggi 510 meter dari aras laut. Gunung Lambak mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat pelbagai flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Camera phone sendiri - Track nak naik gunung
gambar from goJohor

Masuk Gunung Lambak ni free je.. Di kaki gunung ada water park. Kalau korang bawak anak-anak boleh lah ajak mereka mandi manda. Cik Pinky tak masuk sini sebab masa datang tu, takda kanak-kanak.. hehe. acik naik separuh gunung je.. mamandangkan adik cik Pinky nak solat Jumaat. Ramailah kat atas tu, ikut je jalan yang disediakan..InsyaAllah tak sesat. Tapi kalau korang nak sampai puncak, sila datang awal sikit tau.. 


tempat kanak-kanak


Jam 12:30pm, kami pun balik lah. Petang tu, takde aktiviti.. sangat. Cuaca petang tu kita tarik selimut.. hehe. Lagipun ibu dan adik-adik nak balik dah.. 

Terima kasih semua..

4 comments:

  1. alamak bestnye siap ada water park!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. lain kali jika lajak ke Kluang boleh lah singgah.
      #lepashabispkp

      Delete
  2. Waaa menarik, boleh naik gunung atau main air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh boleh, naziman azlye. Kalau datang Kluang bolehlah masukkan tempat ni sebagai satu destinasi yang harus dikunjungi. Thanks singgah blog saya

      Delete

[COPY POST] Kecantikan adalah subjektif.

  Kecantikan pada setiap insan itu adalah subjektif. Bergantung kepada siapa yang menilainya. 😊😊😊😊😊 "Posting di bawah adalah nukil...