Harini 26 April 2020 (Ahad), bersamaan hari ke-3 kita berada dalam bulan Ramadan dan hari ke 40 kita ber PKP. Kepada yang masih terkandas, semoga terus kuat dan tabah ya.. Tempoh PKP ni, semua tidak digalakkan untuk keluar. Banyak sektor yang bekerja dari rumah. #macam cik pinky lah..huhu
Tetapi, ada juga sektor yang perlu berkerja kerana mereka penting untuk membantu kita yang kena duk rumah ni. Selain frontliners kita, sektor pertanian, perkhidmatan penghantaran makanan,kedai runcit, pasar, banyak lagi..lah. Jangan lupa ketua keluarga juga dibenarkan keluar untuk membeli keperluan untuk rakyat dalam rumah tu. hihi.
PKP (Pergerakan Kawalan Pergerakan) ini di umumkan oleh pihak kerajaan sejak 18 March 2020 lagi. Ini berikutan wabak COVID-19. Bukan sahaja Malaysia, malah banyak negara telah dilanda oleh virus ini. Virus itu dikenali sebagai Coronavirus (CoV).
Apa itu Coronavirus (CoV)?
Kumpulan virus yang menyebabkan pelbagai penyakit daripada selsema/ flu hingga penyakit yang lebih teruk seperti sindrom pernapasan Timur Tengah (MERS) dan sindrom pernapasan akut. Novel coronavirus pula adalah merujuk kepada spesis baru yang belum pernah ditemui oleh manusia. (Rujuk: Apa itu Coronavirus- KKM)
Untuk membantu mengurangkan penularan penyakit ini, kita disarankan:
- Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air. JIka diluar, tiada air, kita dinasihatkan supaya gunakan hand sanitizer.
- Memakai penutup hidung jika bergejala.
- Jangan sentuh mata, hidung, dan mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Kekalkan jarak 1 meter (social distancing)
Banyakkan yang telah diwar-warkan di media sosial. Semoga kita patuh PKP agar dapat kita putuskan rantaian virus ini.
Kalau ikutkan kita dah berada di fasa ke -3:
Fasa 1 : 18 March - 14 April 2020
Fasa 2 : 15 April - 29 April 2020
Fasa 3 : 30 April - 12 May 2020
Sumber:
2. World Health Organization (WHO) - https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019
#kitajagakita #staysafe #stayathome
"Kita Pasti Boleh Menang Memutuskan rantaian virus ini"
lama tak masuk blog.. selamat hari raya cik pinky
ReplyDeleteSelamat hari raya Cik Meto San. Lama sungguh tak datang. Tq singgah.
DeleteSelamat hari raya.. thanks visit
ReplyDeleteeh mana latest update? hehe
ReplyDeleteBelum ada content menarik..thanks for visit
DeleteThis is very attention-grabbing, You are an excessively skilled blogger. I have joined your rss feed and look ahead to in quest of extra of your excellent post. Also, I have shared your web site in my social networks
ReplyDelete