14 December 2019

Weekend di Kluang

Assalammualaikum Korang,

Minggu ni, Cik Pinky tak balik kampung. Ibu dan adik datang Kluang. Maka, harini aktiviti kita hanya di Kluang. Kalau dah namanya Kluang, rugi kalau tak singgah KTM pekena menu kat Railway. Kebiasaan, kami akan sarapan di KTM- Railway Coffee. Tapi kalau nak sarapan situ, kena sabar sikit. sebab biasa memang ramai.. kena beratur untuk dapat meja  .. Tu kalau korang nak rasa suasana ada train..πŸ˜…

Kalau tak, korang boleh je pergi mana-mana cawangan Railway.. sebab kat Kluang ni rasanya banyak dah.. terbaru - di Taman Seri Impian, Kluang. Corner Lots dekat dengan tasik. 


Hmm, Kalau korang rasa nak makan nasi lemak best pepagi, korang boleh pergi ke Restoran Anis Danish. Eah memang sedap..lah masakan dia. Bukan takat nasi lemak, lontong darat pun sedap. Kalau korang nak tahu, mereka ada juga masakan tengah hari.. boleh lah tapauπŸ˜„πŸ˜„

Restoran Anis Danish

Dah sarapan tu, Korang boleh lah lajak ke Gunung Lambak. 

Gunung Lambak merupakan sebuah gunung kecil yang terletak di Kluang, Johor dengan ketinggian setinggi 510 meter dari aras laut. Gunung Lambak mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat pelbagai flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Camera phone sendiri - Track nak naik gunung
gambar from goJohor

Masuk Gunung Lambak ni free je.. Di kaki gunung ada water park. Kalau korang bawak anak-anak boleh lah ajak mereka mandi manda. Cik Pinky tak masuk sini sebab masa datang tu, takda kanak-kanak.. hehe. acik naik separuh gunung je.. mamandangkan adik cik Pinky nak solat Jumaat. Ramailah kat atas tu, ikut je jalan yang disediakan..InsyaAllah tak sesat. Tapi kalau korang nak sampai puncak, sila datang awal sikit tau.. 


tempat kanak-kanak


Jam 12:30pm, kami pun balik lah. Petang tu, takde aktiviti.. sangat. Cuaca petang tu kita tarik selimut.. hehe. Lagipun ibu dan adik-adik nak balik dah.. 

Terima kasih semua..

10 December 2019

"Tetamu yang tak diundang"

Happy birthday to meπŸ°πŸ˜„
Alhamdulillah.. setahun lagi pertambahan angka..
Tua dah.. keep calm.. chill jer

Thank you to Allah untuk memberi kesempatan lagi di atas muka bumi ini
Dikurniakan dalam keluarga yang baik
Dikurniakan sahabat dan orang sekeliling yang baik-InsyaAllah

Terima kasih to my ibu yang telah bertarung nyawa nak keluarkan aku
Tiada pengganti... hanya dia.
Terima kasih to my arwah ayah juga (al-fatihah) menjadi ayah yang penyayang dan tegas untuk kami
Seorang yang penyayang untuk ibunda..

Rasa cam tak jumpa lagi yang macam arwah.
huhu

Mood..sendu

OKlah, malam ni kita lepak tasik.. tapi takde bintang dan bulan πŸŒŸπŸŒ™.. langit masih mendung barangkali.. Oh, tidak mengapa.. suasana di tasik dan angin mlm yang sejuk ini pun dah membuat hatiku sedikit tenang je.. tenang gitu.. 

Dlm  hati terdetik..mungkin lain kali boleh joging siniπŸ˜„. Sebabnya..ada org joging tadi.. πŸ’† - OK ayat ni hanya impian..

Selain daripada cerita di atas, actually aku nak cerita tentang " tetamu" yang tak diundang tu😰

Kejadian ni berlaku pembuka December,1 2019.

Masa ni, aku nak siap-siap pergi kerja.. biasalah tak pakai spec.. tapi terperasan lah..satu benda hitam panjang bergerak menyusuri dinding.. Hati tak sedap, sebabnya hitam tu besar. Aku ambil keputusan ambil cermin mata, dan..masa tu..panic..

Benda pertama aku capai- Mortein (semalam beli sebab dah habis)
sembur bagaikan juara.. benda tu pun.. huru hara...habs semua barang jatuh.
Dah beberapa minit, senyap.. aku puntakut-takut berani cuba menolak pintu secara slow motion..

Tu..dia bertenggek atas pintu..
aish..nasiblah tak tolak pintu kuat-kuat.
Rasa kalau tolak kuat-kuat, benda tu boleh jatuh atas kepala..
Boleh pengsan acik..

"Boleh pulak, pergi kerja dulu.. lepas tu baru balik rumah dan call 999" - perangai..kan

Call 999.. dan disambungkan ke APM, Kluang. Alhamdulillah.. lega bilamana abg dan akak APM datang.. ambik cik u pulang bersama. - thanks to my Kak Aida aka.. sahabat yang selalu ingatkan aku yang selalu amik mudah dalam semua perkara..πŸ˜…
 
Seriau tau..aku fikir..kalau cik u ni hilang daripada bilik air.. aku rasa tidur dlm kereta je mlm tuπŸ˜‚πŸ˜‚ takut wey.. 

Musim tengkujuh..musim cuti sekolah
Cik Ular dan memacam lah nak menyinggah.
Adik Cik Pinky kata.. siram je dengan air panas..
Walau apa pun petua..acik ni penakut + geli dengan makhluk tu.. maka masuk telinga kiri keluar telinga kanan lah jawabnya..

Take care semua😘 

08 December 2019

Perjalanan tanpa arah

Hi readers..

Korang pernah tak tertiba rasa stress dan buat benda yang ntah apa-apa..

Aku tak tahu kenapa..lately aku rasa stress sikit.. sikit..lah.. hahaha..ngada kan. Ada satu hari tu, balik kerja..aku rasa tak nak balik rumah.. aku nak ronda ambil angin malam.. Maka malam tu, aku tekan lah minyak menuju ke bandar.. lalu roundabout.. ntah mana2 je..jalan yang boleh aku lalu.. cukup masa nanti aku balik..lah.

Dalam perjalanan tu, tanpa destinasi.. dengan fikiran yang serabut.. dengan angin malam.. mata mula menjeling..

" uih.. minyak tinggal satu barπŸ˜… - tau..takutπŸ˜‚πŸ˜‚"

Maka, carilah stesen minyak yang terdekat.. niat di hati akan sambung semula perjalanan.. namun plan terpaksa dibatalkan.. kerana penutup tangki minyak tak boleh buka.. tuas dia rosak barangkali.. 

Oleh yang demikian, aku mengambil keputusan..untuk balik je rumah. Ni kalau teruskan dengan minyak cukup tak nak balik.. saja cari masalah di malam hari.

Aduhai.. saja..kan buat kerja sia2.. memalam.. 

Korang pernah buat tak ? Nak privacy kononnya.. πŸ˜…πŸ˜„

Year End Gathering

Hari ini, aku cuti. Jadi, ada banyak masa untuk buat macam-macam, termasuk plan makan-makan. Plan simple je sebenarnya. Disebabkan aku ada m...