Comey tak? comey tak? childish sikit entry kali ini.. tapi peduli ape..kan. Saya nak jugak tulis tentang dia..
Nama budak comey ni POCOYO.... orang lain panggil dia sebagai "kartun Bisu"- hehe.. sebabnya.. cerite dia tak de dialog. Jom kita kenali tentang PocoYo:
Nama Pocoyo's disediakan oleh David Cantolla. dengan kata lain.." anak kecil saya".
Untuk pengetahuan semua, Pocoyo adalah watak utama.
Anak mudayangpenuhrasaingin tahuyangsukabermaingamedanmenemukan hal-halbaru.
Ketam adalah sejenis binatang yang mempunyai 2sepit.. hehe
sedap..kan kalau makan ketam masak lemak cili padi..
uwaahhh.. sehingga menjilat jari ..gitu..
Hari ini... sedang saya membaca suratkhabar Utusam Malaysia..
ade satu isu..yang membuatkan kami berdiskusi tentang pandangan masing-masing
Tetiba, Bos saya bercerita mengenai kisah ketam melayu dan ketam cina..
Mulanya saya sedikit konpiuz..
almaklum tak pernah plak saya dengar wujudnye ketam melayu dan ketam cina..
hehe..
yang saya tau..ketam batu, ketam masak segala bagai..tu
Cik Pinky : Encik, ape tu ketam melayu dengan ketam cina?? ade beza ke?
Boss : erm.. ada..bezanya.. attitude dia..
Cik Pinky : [muka blur]- tak paham lah..
Boss : macam ni, beza antara ketam melayu dan ketam cin aadalah.. apabila kita letakkan ketam cina dalam satu bakul..dan ketam melayu dalam satu bakul..
Ketam cina apabila seekor daripadanya inginmemanjat keluar, yang lain akan tolak ketam A tadi sehingga dia berjaya keluar. setelah berjaya, ketam A ini tidak akan keluar sekor..dia akan menarik pulak ketam yang berada di dalam bakul tadi sehingga semua berjaya keluar.
MANAKALA
Ketam melayu.. jika seekor ketam itu berusaha sehingga berjaya keluar daripada bakul, yang lain tidak akan tolong ketam tersebut..malah ketam yang lain akan menarik ketam yang hampir berjaya tadi masuk ke dalam bakul itu semula.
Di situ, kita nampak bagaimana sikap Ketam Cina yang membantu antara satu sama lain, dan setelah berjaya dia akan berusaha membantu yang belum berjaya. Jauh sekali dengan attitude Ketam Melayu di mana, mereka tidak mahu menolong malah menjatuhkan lagi adalah..
-itulah sikap kaum kita sekarang ini -
Cik Pinky : Owh..erm..logik jugak...
Setelah itu, kami kembali membuat kerja.. dalam pada itu, sempat lagi saya explore title ini dan jumpe satu cerita daripada Hanspunye Blog.. saya copy and paste..menarik juga cerita dia..katanya pensyarah dia yang bagitahu tentang si ketam ini:
cerita saya ke??
Kisah ini mengenai sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Pada suatu malam, si isteri mengidam sangat nak makan ketam yang segar. Jadi, si suami pun tidur awal untuk bersiap sedia ke pasar selepas subuh menjelma.
Pagi esoknya si suami pun cepat - cepat ke pasar dan menuju ke tempat makanan laut. Dia terlihat seorang tauke cina sedang menjual ketam lalu dia pun menuju ke arah tauke tersebut.
Perbualan pun terjadi antara mereka :-
Tauke : Ya boss! Lu mau beli apa?
Suami : Saya mahu beli ketam 1 kilo.
Tauke : Lu mau ketam yang mana?
Suami : Bukan semua ketam sama ja ka?
Tauke :Ada dua jenis ketam maaa. Dalam itu bakul olang panggil ketam cina. Ini atas meja ketam melayu.
Si suami berasa pelik. Baru pertama kali dia tahu ada ketam bernama ketam cina dan ketam melayu. Lalu dia bertanya kembali kepada tauke cina tadi.
Suami : Tauke! Apa beza itu ketam cina sama ketam melayu?
Tauke : Itu ketam cina dalam bakul. Wa kasi tutup sama dia. Ini ketam melayu pula wa biar atas ini meja.
Si suami mula menggaru kepala tanda tidak faham. Apa bezanya sampai ketam cina di letak di dalam bakul dan ketam melayu di biar atas meja.
Suami : Kenapa ketam cina lu letak dalam bakul tapi ketam melayu lu letak atas meja? Saya tak faham.
Tauke : Ini ketam cina...wa letak dalam bakul sebab nanti dia lari owh. Ini ketam bila dia lari...dia tak lari sorang - sorang. Dia tolong ketam - ketam lain lari sama maaa....
Suami : Habis tu kenapa ketam melayu biar jer atas meja?
Tauke : Ini ketam melayu wa tatak lisau maa. Kalau kawan dia mau lari ini ketam mesti tarik itu kawan dia jatuh bawah balik maa.
Suami : Owh!
Tauke : Lu mau ketam mana boss?
Suami : Kasilah mana - mana pun. 1 kilo tau taukeh!
Tauke : Terima kasih boss!
Suami : Sama - sama!
******
Tamatlah kisah Ketam..Inilah 1st Time saya mendengar cerita ketam Cina dan Melayu
Ada 4 lilin yang menyala, sedikit demi sedikit habis meleleh. Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka.
Lilin yang pertama berkata : “Aku adalah Damai, namun manusia tak mampu menjagaku, maka lebih baik aku mematikan diriku saja!” demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.
Lilin yang kedua berkata : “AKu adalah Iman, sayang aku tak berguna lagi. Manusia tak mau mengenalku, untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala” begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.
dengan sedihLilin ketiga bicara : “Aku adalah Cinta, tak mampu lagi aku untuk tetap menyala. Manusia tidak lagi memandang dan menganggapku berguna. mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya” tanpa menunggu waktu lama, maka matilah lilin ketiga.
Tanpa terduga…. seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar dan melihat ketiga lilin telah padam.Karena takut akan kegelapan itu, ia berkata :
“Apa yang terjadi?! kalian harus tetap menyala, aku takut akan kegelapan!” lalu ia menangis tersedu-sedu.
Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata : “Jangan takut, jangan menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga lilin lainnya, Aku Adalah HARAPAN” dengan mata bersinar, sang anak mengambil lilin harapan, lalu menyalakan kembali ketiga lilin lainnya.
:~Intinyaa…..
Apa yang tidak pernah mati hanyalah HARAPAN yang ada dalam hati kita… dan masing-masing kita semoga dapat menjadi alat, seperti sang anak tersebut, yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali Iman, Damai, Cinta dengan HARAPAN nya!!!
Salam 1 Malaysia...
Hari ini Cik Pinky takde cerita lah...tapi nak berkongsi sedikit info / maklumat yang dia ambil dari iluvislam punye website:
Hidup kita pasti berputar antara huruf "K". Dari kanak-kanak hinggalah ke dewasa. Sekadar amik 3K sahaja.Mungkin ramai penah mendengar 3K. Sebutan yg sama tetapi berlainan tafsiran.3K yang biasa didengar berkaitan pertandingan "Kebersihan ,Keceriaan & Keselamatan" di peringkat sekolah.
Untuk pengetahuan semua, Fasa hidup juga pasti akan melalui 3K.
Zaman kanak-kanak
KERIANGAN - kanak-kanak kesemuanya akan bersuka-ria dalam kehidupan mereka tanpa ada rasa sedikit kerisauan.
KESUKAAN - Mereka bebas melakukan apa saja yang disukai.
KASIH SAYANG - umur sebegini amat memerlukan kasih sayang. Mereka akan melakukan sesuatu supaya penumpuan ibubapa kepada mereka. Jika ibubapa tidak memberi tumpuan, mereka merasakan diri mereka tidak lagi disayangi. Umpamanya, tatkala mereka baru mendapat adik. Pastinya ibubapa lebihkan adiknya berbanding diri mereka.Waktu sebeginilah mereka merasakan disisihkan.
Zaman Remaja
KAWAN- Usia remaja merupakan usia mencabar. Segala-galanya adalah kawan. Usia sebegini adalah usia untuk memperbanyakkan kawan segenap usia bagi membolehkan dirinya dianggap sudah dewasa. Kata-kata dari kawan lebih dituruti daripada kata-kata orang tua atau daripada ibubapa. Usia remajalah, ramai yang terjebak dalam kancah dadah, lepak, pil khayal, hedonisme dan lain-lain. Jika tersalah memilih kawan. Itulah padahnya. Jika bijak memilih kawan, pasti, ia akan membantu ke arah kejayaan.
KETAHANAN - Usia remaja, ramai remaja menunjuk ketahanan mereka di jalan yg salah. Mereka menunjukan ketahanan mereka di jalanraya dengan merempit. Parut-parut luka itulah tanda mereka mempunyai daya ketahanan dan lasak. Ketahanan yang sebenar adalah kemampuan menangkis ajakan jahat yg boleh membawa kepada kebinasaan. Ketahanan yang tidak kenal penat demi mencapai kejayaan .
KERJASAMA - Kerjasama didalam sesuatu hal boleh dilihat seusia begini. Kerana daya juang yang tinggi. Tak mengenal erti kalah. Seiring dengan darah muda. Amat bermakna jika kerjasama ini di dalam menongkah arau pengajian sehingga menara gading. Akhirnya sama-sama mengecap kejayaan yang diimpikan.
Zaman Dewasa
Selepas mengecap kejayaan di alam pengajian. Kita akan teruskan perjalanan hidup ini dengan "K" yang seterusnya.
KERJA - semua orang akan mencari kerja selepas letih berada di alam persekolahan atau selepas berjaya mendapat skrol. Cuma berbeza, sama ada bekerja di dalam kerajaan, swasta atau sendiri. Pastinya permulaan bekerja,kita akan menggunakan segenap penjuru bantuan dari keluarga.sama ada dari segi kewangan atau material. Selepas berjaya mengatasinya.
Kita akan berhajat untuk membeli KENDERAAN sendiri bagi memudahkan urusan seharian samada ia motosikal atau kereta.
Apabila kehidupan stabil, pasti kita berhajat untuk mempunyai KEDIAMAN sendiri.
Tatkala 3K tersebut tercapai.Kita akan berselesa untuk meneruskan langkah seterusnya di dalam menyempurnakan alam kehidupan ini dan mengharapkan kembalinya kita kelak sebagai Hamba yang diredhai.
"Hai jiwa yang tenang tenteram (muthmainah)! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhai! Masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku."
Ceritara ini berlaku di dalam perpustakaanKu petang kelmarin..
sedang aku dan staff lain sibuk wat cataloging, labeling etc..
masuklah sekumpulan pelajar management/ pengurusan, anak bangsa kita
beberapa minit kemudian masuk pulak pelajar master (foreigner)..
Pelajar kita namanya ahmad (bukan nama sebenar) manakala foreigner nama dia mostapha
M: hai..how are u?
A: oo.. alhamdulillah..sambil tersengih..
M: do u finished ur class? when ur next class?
dengan penuh yakin si A menjawab - " yes..we all finished our classed already. erm.. my next class is "petengs" (try cakap petang tapi sleng orang putih)
kami yang mendengar..sume dok pandang dia..cz terasa pelik je bunyinye..last2 student tu..dengan muka tersengih2..keluar dari prpustakaan..
-->> yang penting nak gak dia mencuba...hehe
lagi satu..perkataan yang melayu di sleng kan ke inggeris buah salak..
nak bagi tahu nama buah tu adalah buah salak...
last-last buah salak menjadi "selaks fruits"
hari ini sedang saya jenjalan masuk blog orang nie..masuk blog orang tu...
saya terjumpa ini blog... BLOG BUDAK BOTAK
teringin sangat nak join..
hope budak botak dapat lah bagi blog saya tersenarai dalam bloglist dia..hehehe.
Ape pown saya kene penuhi syarat yang telah pun ditetapkan...
Jom..Jom kita tengok apa syarat2nye...
|
|
|
V
V
Syarat - syaratnya adalah:
1) Buat 1 entry dan letak tajuk "Jom Sertai Bloglist Blog Bdk Botak"
- ok..saya dah buat
2) Letak gambar atas tu di awal2 entry. Buat 1 link ke entry nie ye...
-ok..siap
3) Nyatakan korang lelaki @ perempuan (senang nk kelaskan)