Ketam Melayu & Ketam Cina
Salam Jumaat semua..
Adakah anda semua tau..ape itu ketam?
Ketam adalah sejenis binatang yang mempunyai 2sepit.. hehe
sedap..kan kalau makan ketam masak lemak cili padi..
uwaahhh.. sehingga menjilat jari ..gitu..
Hari ini... sedang saya membaca suratkhabar Utusam Malaysia..
ade satu isu..yang membuatkan kami berdiskusi tentang pandangan masing-masing
Tetiba, Bos saya bercerita mengenai kisah ketam melayu dan ketam cina..
Mulanya saya sedikit konpiuz..
almaklum tak pernah plak saya dengar wujudnye ketam melayu dan ketam cina..
hehe..
yang saya tau..ketam batu, ketam masak segala bagai..tu
Cik Pinky : Encik, ape tu ketam melayu dengan ketam cina?? ade beza ke?
Boss : erm.. ada..bezanya.. attitude dia..
Cik Pinky : [muka blur]- tak paham lah..
Boss : macam ni, beza antara ketam melayu dan ketam cin aadalah.. apabila kita letakkan ketam cina dalam satu bakul..dan ketam melayu dalam satu bakul..
Ketam cina apabila seekor daripadanya inginmemanjat keluar, yang lain akan tolak ketam A tadi sehingga dia berjaya keluar. setelah berjaya, ketam A ini tidak akan keluar sekor..dia akan menarik pulak ketam yang berada di dalam bakul tadi sehingga semua berjaya keluar.
MANAKALA
Ketam melayu.. jika seekor ketam itu berusaha sehingga berjaya keluar daripada bakul, yang lain tidak akan tolong ketam tersebut..malah ketam yang lain akan menarik ketam yang hampir berjaya tadi masuk ke dalam bakul itu semula.
Di situ, kita nampak bagaimana sikap Ketam Cina yang membantu antara satu sama lain, dan setelah berjaya dia akan berusaha membantu yang belum berjaya. Jauh sekali dengan attitude Ketam Melayu di mana, mereka tidak mahu menolong malah menjatuhkan lagi adalah..
-itulah sikap kaum kita sekarang ini -
Cik Pinky : Owh..erm..logik jugak...
Setelah itu, kami kembali membuat kerja.. dalam pada itu, sempat lagi saya explore title ini dan jumpe satu cerita daripada Hanspunye Blog.. saya copy and paste..menarik juga cerita dia..katanya pensyarah dia yang bagitahu tentang si ketam ini:
cerita saya ke?? |
Kisah ini mengenai sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Pada suatu malam, si isteri mengidam sangat nak makan ketam yang segar. Jadi, si suami pun tidur awal untuk bersiap sedia ke pasar selepas subuh menjelma.
Pagi esoknya si suami pun cepat - cepat ke pasar dan menuju ke tempat makanan laut. Dia terlihat seorang tauke cina sedang menjual ketam lalu dia pun menuju ke arah tauke tersebut.
Perbualan pun terjadi antara mereka :-
Tauke : Ya boss! Lu mau beli apa?
Suami : Saya mahu beli ketam 1 kilo.
Tauke : Lu mau ketam yang mana?
Suami : Bukan semua ketam sama ja ka?
Tauke : Ada dua jenis ketam maaa. Dalam itu bakul olang panggil ketam cina. Ini atas meja ketam melayu.
Si suami berasa pelik. Baru pertama kali dia tahu ada ketam bernama ketam cina dan ketam melayu. Lalu dia bertanya kembali kepada tauke cina tadi.
Suami : Tauke! Apa beza itu ketam cina sama ketam melayu?
Tauke : Itu ketam cina dalam bakul. Wa kasi tutup sama dia. Ini ketam melayu pula wa biar atas ini meja.
Si suami mula menggaru kepala tanda tidak faham. Apa bezanya sampai ketam cina di letak di dalam bakul dan ketam melayu di biar atas meja.
Suami : Kenapa ketam cina lu letak dalam bakul tapi ketam melayu lu letak atas meja? Saya tak faham.
Tauke : Ini ketam cina...wa letak dalam bakul sebab nanti dia lari owh. Ini ketam bila dia lari...dia tak lari sorang - sorang. Dia tolong ketam - ketam lain lari sama maaa....
Suami : Habis tu kenapa ketam melayu biar jer atas meja?
Tauke : Ini ketam melayu wa tatak lisau maa. Kalau kawan dia mau lari ini ketam mesti tarik itu kawan dia jatuh bawah balik maa.
Suami : Owh!
Tauke : Lu mau ketam mana boss?
Suami : Kasilah mana - mana pun. 1 kilo tau taukeh!
Tauke : Terima kasih boss!
Suami : Sama - sama!
Tamatlah kisah Ketam..Inilah 1st Time saya mendengar cerita ketam Cina dan Melayu
ketam kalok sebenar
|
me'layu..sbb tu layu je..ce tukar megah ke mewah ke
ReplyDeletehaha.. logic jugak tu
Deletesangat bagus moral dari cerita ini...
ReplyDelete