18 November 2011

Zaman sekolah

Assalammualaikum semua.. camne hari ini?
Jumaat menjelma lagi... Bila jUmaat menjelma..mesti masing2 dok kira2 esok adalah sabtu..
Sabtu adalah hari cuti (bagi sesetengah yang bekerja)...
Tak kesah lah ..yang kerja selamat bekerja..tunaikan tanggungjawab anda...



Di sini cik Pinky nak ceritalah serba sedikit memory land time sekolah2 dulu... 
Pasti dan sangatlah comfirm semua ada kenangan masing2..hehe



PMR

Anda semua pasti tahu PMR (Peperiksaan Menengah Rendah). Macam biasa semua pelajar pasti bersungguh2 nak dapatkan result yang terbaik supaya dapat sambung belajar di Sekolah Teknik, Asrama, MRSM...etc. Tapi cik Pinky hope nak dok ngan family..huhu~~

One day, kelas cik Pinky dimasuki seorang pelajar baru... wajah dia senyum je...Rupanya dia budak baru yang datang dari Sabah... ensem tau.. Perwatakan budak baik...pakai songkok.. Dia ni pandai Matematik... huhu.. tak sangka rumah dia dekat ngan rumah makcik saya... (hari2 jumpa)..tak sangka gak dia ni sedikit nakal... kat sekolah punyalah senyap..

Satu perkara yang tak disangka, dia berani call rumah cik pinky, mujur cik pinky yang angkat..tapi kene - kata orang "cakap siang pandang2, cakap malam dengar2"- huhu.. lepas PMR dia tak sekolah situ..dengar2 ke Sekolah teknik...
Tapi kenapa tak pernah terserempak ye...aishhh..

 

STPM

MAsa STPM...ha..cik pinky amik STPM..almaklum kurang pandai nak melayakkan diri ke IPTA atau IPTS.. huhu.. tak sangka pertemuan secara tak sengaja..Wah..dia rupanya sekolah yang sama.. untuk comfirmation, cik pinky tanya kawan saya..Amani nama dia..YESS!! betul dia..
Tetapi..esoknya dia tak de plak... nak kata form 6 tu banyak kelas tak plak..ada 4 kelas je..huhu.. rupa2nya dia pindah sudah... 

AkadeMi -Selayang

Lepas STPM... cik pinky bekerja SA (sales assistant) kat mall.. ramai orang, banyak ragam, yg saya jumpa.. saya dapat tawaran belajar kemahiran di selayang under FELDA..wah..rupa2nya arwah ayahku mendaftarkan ku..huhu.. untuk !st time dok jauh dari family..cuak gak ase..huhu.. 9 bulan je cik pinky kat situ.. sebab dapat tawaran belajar UiTM bidang Perpustakaan dan maklumat..di Puncak Perdana..

Walau 9 bulan macam2 cik pinky belajar. tapi yang sangat terkilan..walau kami semua perempuan masih ada yang tangan panjang.. nak wat camne..anggaplah tade rezeki cik pinky nak guna hand phone tu.. menangis cik pinky pada haritu...huhu~~


UiTM

Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan..kenangan bersama pelajar yang dari pelbagai negeri. pensyarah yang baikkk sangat..yang garang, yang nice, yang cerewet, yang emo..haha..macam2 la..ala..pensyarah pun manusia... apa pun UiTM is the best... thumb up... 


Tapi bagi yang belajar tempat lain pasti kata tempat mereka pun best..hehe... 03 tahun, macam2 belajar..

bestkan..kalau nak tulis sepanjang nie..memang banyak nak di coretkan..hehe..

No comments:

Post a Comment

[COPY POST] Kecantikan adalah subjektif.

  Kecantikan pada setiap insan itu adalah subjektif. Bergantung kepada siapa yang menilainya. 😊😊😊😊😊 "Posting di bawah adalah nukil...