04 December 2022

[COPY POST] Kecantikan adalah subjektif.

 

Kecantikan pada setiap insan itu adalah subjektif. Bergantung kepada siapa yang menilainya.

😊😊😊😊😊


"Posting di bawah adalah nukilan daripada seseorang yang tidak diketahui (jika anda pernah terbaca di mana-mana, mungkin boleh share di ruangan komen agar saya boleh edit semula dengan meletakkan credit kepada si penulis)"

FAKTA atau AUTA penulisan di bawah adalah atas penilaian diri masing-masing. 
Jika anda rasa ianya FAKTA- maka FAKTA lah ia. πŸ˜‰
Jika anda rasa ianya AUTA- maka AUTA lah ia

😊😊😊😊😊

Selamat membaca

😊😊😊😊😊


1. Lelaki kacak adalah kalangan lelaki yang rajin bekerja.

Cuba bayangkan sekiranya teman lelaki atau suami korang seorang yang pemalas. Tambah parah bila dia sendiri dengan rela hati bertukar profession daripada seorang yang patut menyara keluarga kepada yang disara. Alahai… tak ke sakit hati dibuatnya. Time kita sibuk membanting tulang di tempat kerja, suami atau teman lelaki pula sibuk menambah negara baharu dalam peta dunia yang terdapat pada bantal busuknya. Apa yang dia tahu, meminta duit poket kamu pada setiap hujung bulan. Kalau nak harapkan duit poket daripadanya, sampai kucing bertanduk gamaknya. Agak-agak korang, masih adakah kekacakan yang tinggal pada lelaki jenis ni?


2. Lelaki kacak tidak suka mengambil kesempatan.

Setuju tak kalau saya katakan bahawa kebanyakan lelaki kacak adalah daripada golongan yang berkerja? Betul! Bukan Mama Murai yang kata macam tu, tapi proffesor serba tahu sendiri yang mengiyakannya. Apa yang saya perhatikan pada lelaki-lelaki good looking ini ialah kebanyakan daripada mereka adalah lahir daripada golongan smart yang serius menjaga penampilan diri even pada waktu senggang mereka. Dan percaya atau tidak totally most of them adalah golongan yang kita panggil lelaki skema yang berkerjaya. So kalau dah berkerjaya tu, secara automatiknya mereka juga akan kurang mengambil kesempatan kepada kaum hawa. Tak kiralah dari segi kewangan mahu pun materiel kerana mereka sudah mampu berdikari.

By the way, lelaki kacak juga tidak akan mengambil kesempatan daripada sifat lemah seorang wanita. I mean mereka akan sentiasa menjaga dan menghormati maruah seorang wanita sehinggakan nak berpegangan tangan pun depa fikir dua tiga ratus kali sebelum melakukannya. Sweet dan cool kan dapat lelaki macam ni


3. Lelaki yang kacak tidak akan menjadi suami yang masih suka berlagak seperti orang bujang.

Okey serius sifat lelaki yang satu ni buat saya mendidih. Setiap hari kerjanya asyik nak bergaya je, pakai baju itu, sembur pewangi ini dan bubuh kaca mata besar yang kononnya up to date sebagai menjaga penampilan dan gaya beliau. Paling tak boleh blah bila dia siap pasang impian untuk bertanding dengan orang muda, siapa yang lebih muda remaja giteww. Tak kacak… memang sampai bila-bila pun tak akan masuk dalam kategori lelaki kacak idaman saya. Pada saya lelaki kacak perlulah seiring dengan status dirinya. Nak tahu macam mana? Hah, dengan memakai kopiah dan duduk dalam surau mendalami agama.

Hehe… yang tu drastik sangat kot. Macam tak nampak kacak secara alami rite. Baiklah tak mau main, sebenarnya saya lebih suka lelaki yang bersederhana dalam serba-serbi. Maksud saya lelaki yang tahu tanggungjawabnya sebagai ayah kepada anaknya yang berdozen. Yang tahu bagaimana memperlakukan isterinya seperti mana time bercinta dulu. Juga yang tahu bagaimana menghabiskan masa dengan keluarganya. Paling penting dia tahu beza di antara seorang lelaki bujang dengan lelaki kacak yang sudah beristeri. Serius saya rasa lelaki yang macam tu bertimpa-timpa kacaknya…


4. Lelaki yang kacak sentiasa berbuat baik kepada isterinya.

Pernah tak korang dengar peribahasa pijak semut pun tak mati? Off course pernahkan, especially mereka yang rajin membaca majalah mingguan wanita tu. Kononnya kalau depan isteri merekalah lelaki terbaik dan sempurna. Sedang di belakang sebenarnya perangai mereka tak ubah seperti hantu raya. Hah, untuk pengetahuan korang, lelaki kacak tak berperangai seperti tu tau. Depa selalunya baik setiap masa kepada isteri, tak kiralah sama ada di depan atau belakang isteri masing-masing.

5. Lelaki kacak pandai mengawal perasan marahnya dan menghargai wanita.

Lelaki jenis ni memang terserlah kekacakannya. Apa lagi kalau dia boleh bersabar dengan segala tingkah laku pasangan even sudah puluhan tahun berumahtangga. Kalau boleh dia yang terlebih dahulu mengalah bila berlakunya perselisihan faham dan mengambil inisiatif yang kreatif untuk menasihati pasangannya. Malah lelaki jenis ini tidak akan pernah terfikir sedikit pun untuk menyakiti pasangan mereka. Walaupun amarah mereka sudah berada di tahap gaban. Kacak bukan?

6. Lelaki kacak tidak suka bermuka-muka dan berbohong.

Agak-agak korang, kacak ke seorang lelaki yang mempunyai raut wajah seperti Brad Pitt tapi mempunyai tabiat buruk iaitu suka berbohong dan bermuka-muka pada kamu? Confirm menyampahkan. Dan bayangkan bagaimana perasaan korang bila hampir setiap hari dibohongi oleh lelaki yang hanya berniat mengaut untung daripada kebodohan korang. Pendek kata segala katanya lebih banyak yang tipu berbanding yang betul. Alahai… nasihat saya tinggalkan je lelaki tak kacak macam ni. Berbaloi-baloi.


7. Lelaki kacak dan mantap rajin mengerjakan suruhan agama.

Tinggal solat lima waktu? Tak mainlah beb! Lelaki kacak akan sentiasa memastikan solatnya berjaga, bukan hanya sembahyang sekali dalam setahun iaitu Solat Sunat Hari Raya. Bahkan seluruh ahli keluarganya turut diperintah untuk mengerjakan suruhan-NYA. Sejuk tau hati memandang.

8. Lelaki yang sentiasa menghulurkan duit kepada isterinya.

Jangan tak tahu, pengertian lelaki kacak di mata seorang wanita zaman ini sebenarnya bukan hanya diukur dari luaran lelaki tersebut, bahkan juga menjurus kepada sifat yang ada dalam diri lelaki tersebut iaitu tidak kedekut menghulurkan Ringgit Malaysia kepadanya. Hehe… tipu saya katakan kalau ada di kalangan wanita *la ni yang tak pandang kepada wang dan materiel (kecuali dalam filem Hindi). Sedikit sebanyak wang ringgit juga memainkan peranan penting. Rasional sikit okey.

9. Lelaki kacak tidak akan minum arak, berjudi, berbohong dan kaki perempuan.

Ingat! Kalau dapat lelaki kacak tang ni, korang jangan lupa untuk melakukan sujud syukur. Sebab kalau nak tahu, kombinasi keempat-empat sikap ini memang jarang dipenuhi oleh lelaki berkualiti zaman millenium ni. Kebanyakannya mesti akan mempunyai salah satu sifat di atas. Paling koman pun suka berbohong.

10. Lelaki yang lebih mementingkan rumahtangga berbanding hobi dan rakan-rakan.

Kalau korang nak tahu, perangai lelaki kacak yang satu inilah sangat disukai oleh wanita bernama isteri. Tambah membahagiakan bila suami dengan rela hati berkongsi hobi dengan keluarga dan membuang terus sifat melepak dengan rakan-rakan demi kebahagiaan keluarga.

Selain daripada senarai di atas, seorang lelaki kacak dan mantap di mata saya perlulah mempunyai sifat-sifat or at least salah satu sifat di bawah. Rasanya tak perlulah saya huraikan satu persatu isi di bawah kerana apa yang ada di atas pun belum tentu habis korang baca. Betul tak? Hehe… jadi saya skipkan penerangan tu ek.

  1. Lelaki kacak yang tidak merokok super cool kacaknya.
  2. Lelaki kacak yang pemurah dan tidak lokek menghulurkan sedekah kepada mereka yang memerlukan.
  3. Lelaki kacak yang sentiasa berpakaian sopan dan kemas.
  4. Lelaki kacak menjalankan tanggungjawab kepada adik beradik dan keluarga.
  5. Lelaki kacak yang bersifat gentleman.
  6. Lelaki yang raut wajahnya sentiasa tenang, memang sejuk mata memandang…
  7. Lelaki yang mudah diajak berbincang dan sentiasa bertolak-ansur dalam sebarang keputusan yang dibuat.
  8. Lelaki yang kacak tidak mementingkan diri sendiri.
  9. Lelaki kacak yang sentiasa menghormati isteri dan ahli keluarganya.
  10. Lelaki yang tahu mengenang budi.
  11. Lelaki yang berpandangan jauh dan sentiasa berusaha untuk maju.


So selepas membaca kesemua ciri-ciri lelaki kacak di atas, apa kata tanya kembali kepada diri masing-masing, di tahap manakah kekacakan yang ada pada diri korang? Saya percaya dengan berbuat demikian, korang pasti akan menjadi lelaki yang jauh lebih kacak 😎daripada apa yang korang ada sekarang ni.


23 March 2022

Tempat menarik di Kulai, Johor

Tak lama lagi dah start sekolah. Ada plan apa-apa tak sebelum naik sekolah ni?

Aku pun startlah searching Google tempat yang boleh pergi dan balik hari. Disebabkan aku cuti just Jumaat, maka ada lah masa nak search sementara lepas solat Jumaat 

Pertemuan:
1) Putuo Village, Kulai
2) Upside Down Warm House Kulai
3) Hutan Bandar Putra

Okey, Kulai ni merupakan salah satu daerah yang ada di negeri Johor Darul Takzim. Kira okey lah, dalam negeri. Daripada 3 tu, 2 tempat je kami pergi. 



1) Putuo Village, Kulai

Putuo Village ni perkampungan Cina lama dan unik. Kalau nak gambar yang cantik, kehijauan alam semulajadi, senibina lama bolehlah ke sana. Aku dan family tak masuk sampai ke Taman Buluh yang boleh snap photo cantik tu, hehe. 






Kalau korang nak tengok view yang cantik, boleh search Putuo Village Google Photo's 


Destinasi ke dua kami adalah ke Hutan Bandar Putra 

Hutan Bandar Putra ni taman rekreasi yang terletak di Kulai Jaya. Parking banyak..ada tempat jogging, taman permainan, tandas awam, tasik dan katanya ada trek basikal. Masa kami tiba kat sana, panas Lit-lit..jadi kami amik satu pusingan je.. hehe. Kalau korang nak beriadah sambil amik angin petang bolehlah singgah ke sana. 


Last destinasi kami adalah cari makan, al maklum dah jalan sana-sini haus dan lapar. Maka kami ke Nasi Lemak Wak Kentut. Ha..masa kami datang tak ramai lagi, yang specialnya kat sini adalah nasi lemak dan ayam dia. 

Sekian separuh harinya travel. 

11 October 2021

Scammer

 Scammer seseorang yang menjana wang menggunakan kaedah haram, terutama dengan menipu orang. Isu scammer ni rasanya lama dah dalam komuniti kita. Secara umumnya, jenayah scammer ini membabitkan pelbagai jenis kes penipuan dalam talian, termasuk Macau ScamLove Scam dan penipuan bomoh, khidmat pesanan ringkas (SMS), tanah, kad kredit, penyamaran, perniagaan serta pinjaman tidak wujud. Hal ini sangat membimbangkan dan menakutkan. Pelbagai tips di anjurkan untuk mengelak dari tertipu dengan jenayah ini. Namun, langit tak selalu cerah. 

Cik Pinky baru sahaja melaluinya. Macam-macam perasaan ada - Sakit hati, marah, sedih dan macam-macam lagi. Namun, akhirnya redho je lah. 😌 Anggaplah itu bukan rezeki aku. Dalam berhati.. huhuhu..jer lah. 


SCAMMER ALERT!!! 

Ceritanya, sejak kena WFH ni, laptop Cik Pinky dah 5 kali masuk ICU. sekali betul faham2 je lah, ratus gak. Al maklum laptop dah berapa puluh tahun -sejak belajar dulu. hihi. Kumpullah duit sebab kalau boleh nak beli laptop yang okey sikit. Yang lama sangat OKEY, just certain software tak dapat support. sound, mic, windows semua ad yang tak function dah. Bila meeting mula menggagau.. hahaha.

Al- maklum, sejak PKP ni, laptop amatlah penting jika kena WFH (work from home). Bila dia mati sekali lagi, nak hantar repair pun kedai tak buka. gigih juga lah. ada juga menyarankan beli je online, dan kalau boleh cari yang direct kedai. OK, acik yang rabun teknologi ni, pergilah usha- standard harga laptop yang basic la. takut beli murah taku scam.. namun apakan daya, sudah itu suratannya. den terkena juga dengan jenayah ni. poning pale den. huhu. bukan sikit, ribu riban juga.

Mulanya masih bersangka baik, tetapi bila dah seminggu senyap je bagai di padang pasir. hati mula gundah, try call tak dapat, try wasap tak double, messenger kena block.. cuba lah google nama kedai tu, baru lah tahu ia adalah salah satu scammer. percaya sebab nama melayu, masa bank in pun nama melayu yang ada BIN. 

tiada apa yang boleh dikata

Yang suka scam ni, tolong lah hentikan, fikirlah kami yang berjimat sebab nak dapatkan sesuatu. Tidak semua orang mempunyai kemampuan. Semoga yang melakukan diberikan kesedaran

 

Sekian, wassalam

#tragediogos

 Reference:

1. https://www.hmetro.com.my/rencana/2021/04/696838/bertenang-jangan-panik (Bertenang, jangan panik!

04 September 2021

Pengalaman Vaksin

Apabila seorang demi seorang, ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai, orang sekeliling sudah mula update "Saya sudah di vaksin 1st Dose"πŸ˜„ teruja..kan menunggu giliran. Aku rasa bukan aku sorang je yang mengalami perasaan tu, ramai kot yang ada perasaan tu. Hari-hari check MySejahtera, padahal jika tiba masa kita - kita akan dapat pesana ringkas untuk menyemak butiran di MySejahtera. Uish, mana taknya yang register bulan May sudah pun dapat panggilan temujanji, kita yang daftar Februari masih krik..krik.. hehe


Temujanji Pertama

7 Ogos 2021 (Sabtu), alhamdulillah memang doa sangat kalau dapat biarlah Sabtu hari tak keje. Syukur. Temujanji saya jam 3:30 PM di LHDN cawangan Kluang. Debor rasa daripada pagi nak tunggu time nak pergi, tak keruan rasa. 

Drive, dan tiba jam 3:00 PM. Tempat tak pernah tiba, jadi terpinga-pinga jap. Adalah RELA tunjukkan pintu masuk, kira checkpoint pertama. 

“OK, sini ya. Cik boleh scan QR code, check suhu dan boleh duduk dulu kat sana- petugas di sana bagi arahan. aku pun duduklah bersama penerima vaksin yang lain, sambil menunggu arahan seterusnya"

OK, siapa jam 3:00PM lagi sila anjak ke depan ya.- kata petugas di sana.

Cepat je, pergerakannya, terdengar pula untuk teams jam 3:30PM. Aku bersama penerima vaksin yang lain pun mula beranjak kedudukan sehingga lah ke meja pendaftaran dimana penerima vaksin akan diminta kad pengenalan untuk petugas mengisi butiran yang diperlukan di dalam borang dan memasukkan data ke dalam sistem komputer mereka.

Selepastu, kami diberikan borang perakuan, untuk setuju menerima vaksin secara sukarela. Jangan risau ada petugas akan datang tanya dan tolong semakkan borang kita. Kalau Okey, bolehla masuk ke dewan untuk menunggu ke kaunter seterusnya. 

Masuk dewan ni kami semua di beri nombor giliran, nanti tengoklah kat screen tu ada tertera number yang korang dapat dan kaunter mana nak dituju. Masa ni jantung dah dup dap macam nak terkeluar. 


**Biasalah, kalau kau penakut jarum memang camni...hahaha. Kalau dulu, boleh bagi sejuta alasan kat dokter, tak nak suntik. Tapi kali ni, demi kesihatan dan kemudahan semua pihak, kurelakan jua. Nak datang ambil vaksin pun kena consult diri sendiri,πŸ˜‚ beranikan diri. Sebelum pergi tu, macam ada rama-rama dalam perut, nak muntahlah, nak demam lah. aish. 


0k kita sambung..

- apabila number kita dipanggil, kita pun pergilah ke kaunter yang telah ditetapkan, masa ni kaunter 2 - Ketika ini petugas akan bertanya dengan lebih lanjut mengenai pekerjaan, alahan ubatan dan pengesahan butiran diri kita.

Setelah selesai, penerima perlu pergi ke tempat yang dikhaskan untuk mendengar sedikit taklimat mengenai jenis vaksin yang akan kita terima haritu, apa kesan-kesan yang mungkin akan lalui, apa yang perlu kita buat. Petugas kat situ juga akan bertanya jika antara kami yang mempunyai apa-apa penyakit (untuk pengetahuan kaunter ni 5 orang satu2 masa). Selain itu, kami juga diberitahu tempoh antara dos pertama dan ke dua. Ha, sebelum habis tu, kami juga diberi peluang untuk bertanya apa sahaja soalan jika terdapat kemusykilan. Jika tiada, dokter tu akan sign borang kita dan bolehlah bergerak ke ruangan menunggu untuk menerima vaksin.

Masa mula-mula, masuk bilik suntikan tu- petugas tersebut minta borang tadi. Kemudian dia suruhlah duduk, memandangkan aku duk tercegat berdiri macam orang nak marhaban. hihi. Setelah duduk tu, petugas tersebut menunjukkan cecair vaksin sambil memberitahu jenis vaksin dan jumlahnya sebelum disuntik kepada penerima. 

Masa ni aku minta 3 minit tempoh bertenang- sorry bukan mengada, tapi memang saya perlu tempoh tu. 

Selesai! Setelah divaksin aku pun bergeraklah ke ruangan menunggu bersama yang lain selama 15 minit. Jika terdapat apa-apa alahan selepas vaksin diterima, bolehlah maklumkan kepada pegawai bertugas. Alhamdulillah, 15 minit tiada alahan, nama pun dah di panggil.

Yay!! moh ler kita pulang dengan happy. Bangga kan sebab berjaya dapat 1st dose. 😊

Opps!! Jangan lupa ambil kad vaksinasi sebelum pulang dan ayuhlah ambil gambar di photo booth yang telah disediakan - yay!! “saya sudah divaksin”. Bukan apa sebagai kenangan. Disebabkan aku gi sorang, kenalah ringan kan mulut- "akak, boleh tolong ambilkan gambar saya". 

*Masa cucuk tu tak sakit, tapi on the way drive balik mula dah rasa sakit di tempat cucuk. Sampai rumah, mandi, makan dan telan panadol. Malam tu bermulalah sakit tangan, sakit kepala rasa cam nak meletup, mual. Rasa ni, adalah dalam seminggu gak.


"Hari yang ditunggu telah pun tiba,

Debaran terasa MasyaAllah,

Dengan rasa hiba, 

Alhamdulillah 1st dose settle sudah"


Temujanji ke 2 -28 Ogos 2021 (Sabtu)

Kali ni nervous tetap ada, cuma kali ni tak sehebat yang pertama. Kita dah tahu step dan ianya lebih ringkas. OK untuk 2nd dose, macam biasa temujanji jam 3.30 pm di tempat yang sama. Kira on-time sebab dah boleh tahu jangka masa dari rumah ke tempat PPV. Tiba di perkarangan, ramai juga harini, mungkin sebab ada yang dipanggil melalui panggilan telefon. Tak kisah lah tu..hihi 


Di dalam dewan, sambil menunggu giliran, mata aku dah usha2 gak kaunter mana nak kena tuju nanti. OK kali ni aku dapat kaunter 6. Macam biasa, petugas di situ adalah bertanya, ini 2nd dose kan? saya mengiyakan. lepas tu, terus ke ruangan menunggu untuk vaksin. Masa ni debar dah terasa, habis semua orang aku suruhnya mereka ke depan, gi masuk untuk vaksin πŸ˜‚πŸ˜. takut weh!!

Tetiba, awak meh masuk sini - saya ke? haha sempat lagi kan.

Aku pun berjalan lah masuk bilik suntikan. dalam tu ada lagi sorang. Lepas orang tu barulah akunya turn. Masa dah duduk tu, pegawai perubatan tu tanya, masa 1st dose ada apa2 simptom tak. Aku pun..bla..bla..bla.. beritahu A-Z.. OK, Masa nak suntik tu, petugas perubatan akan memberitahu jenis vaksin dan inform kita untuk sedia. 

PP: OK, kalau saya kata tarik nafas, awak tarik nafas ya. 

CP: Aku pun rileks dan tarik nafas seperti arahannya. 

Tertiber... sakit dia tak boleh bawak bincang maka aku jadi panik dan mulalah tangan lagi satu cuba tarik tgn petugas.. (haha..kau kan..buat hal lah.)

PP: Awak perlu bertenang, Tarik nafas dan rileks kan tangan. 

πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“Nak nangis rasa. Hmm..

Yay! alhamdulillah completed. Moh ler pulang. kita berpantang 14 hari ya. 

Kita belum menang, amalkan SOP dan kita pasti menang 😊 InsyaAllah

***

Amik vaksin ya kawan-kawan untuk kebaikan kita dan yang lain.


Sekian wassalam

Perdana Menteri Malaysia yang Ke-9 (2021)

 

Sumber photo: https://www.mkn.gov.my/

Alhamdulillah, tahniah YAB Dato'Seri Ismail Sabri Bin Yaakob atas perlantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang Ke-9. Semoga dipermudahkan segala urusannya menunaikan tanggungjawab beliau.

Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin,  Perdana Menteri Malaysia ke-8. atas pimpinan dan komitmen beliau di fasa Malaysia sedang dilanda wabak COVID 19.

Haa.. kalau nak tengok biodata Perdana Menteri kita ni, bolehlah pergi ke pautan Berita Harian (https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/853744/ismail-sabri-dilantik-perdana-menteri-ke-9)


Senarai Perdana Menteri Malaysia



Senarai Penuh Jemaah Menteri 2021

Sumber photo: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/856550/senarai-penuh-jemaah-menteri


Sekian perkongsian saya pada harini. Stay Safe semua


10 August 2021

Salam Maal Hijrah 1443H

Assalammualaikum wbt

Salam Maal Hijrah 1443H (Tahun Baru dalam Islam) diucapkan kepada semua umat Islam dan diri sendiri. Tahun ni, 1 Muharram bersamaan 10 Ogos 2021 iaitu hari Selasa. Dan ia merupakan cuti umum untuk semua negeri. 😊

Semoga kita semua diberkati, dirahmati dan dilindungi daripada segala penyakit yang datang daripada luar dan dalam. Dimusim covid19, dikhabarkan pula dengan varian Lambda yang kebal dengan vaksin. Kita buat apa yang mampu dan tawakal kepada Allah swt.

Korang dah baca kan doa akhir dan awal tahun semalam? 

Kalau korang nak tahu, dalam bulan Muharram kita digalakkan melakukan ibadah sunat seperti puasa pada hari Asyura yang mana Hari Asyura jatuh pada 19 Ogos. Manakala Hari Tasu'a jatuh pada 18 dan 20 Ogos 2021. 

Selain berpuasa, amalan lain yang dituntut adalah :

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


Selain itu apa ada pada 10 Ogos?

1. Hari perginya ayahanda kepada penciptaNya😒 al fatihah untuk arwah ayah. Always miss u.

2. Hari ulangtahun sahabat saya.


Selamat Tahun Baru.. marilah kita mulakan hijrah kehidupan kita kepada yang lebih baik. 
InsyaAllah semoga istiqamah
Jaga diri
♥♥♥♥

26 April 2020

Moment Tahun 2020: Tempoh PKP

Hi, Assalammualaikum semua..

Harini 26 April 2020 (Ahad), bersamaan hari ke-3 kita berada dalam bulan Ramadan dan hari ke 40 kita ber PKP. Kepada yang masih terkandas, semoga terus kuat dan tabah ya.. Tempoh PKP ni, semua tidak digalakkan untuk keluar. Banyak sektor yang bekerja dari rumah. #macam cik pinky lah..huhu

Tetapi, ada juga sektor yang perlu berkerja kerana mereka penting untuk membantu kita yang kena duk rumah ni. Selain frontliners kita, sektor pertanian, perkhidmatan penghantaran makanan,kedai runcit, pasar, banyak lagi..lah. Jangan lupa ketua keluarga juga dibenarkan keluar untuk membeli keperluan untuk rakyat dalam rumah tu. hihi.

PKP (Pergerakan Kawalan Pergerakan) ini di umumkan oleh pihak kerajaan sejak 18 March 2020 lagi. Ini berikutan wabak COVID-19. Bukan sahaja Malaysia, malah banyak negara telah dilanda oleh virus ini. Virus itu dikenali sebagai Coronavirus (CoV).


Apa itu Coronavirus (CoV)?

Kumpulan virus yang menyebabkan pelbagai penyakit daripada selsema/ flu hingga penyakit yang lebih teruk seperti sindrom pernapasan Timur Tengah (MERS) dan sindrom pernapasan akut. Novel coronavirus pula adalah merujuk kepada spesis baru yang belum pernah ditemui oleh manusia. (Rujuk: Apa itu Coronavirus- KKM)

Untuk membantu mengurangkan penularan penyakit ini, kita disarankan:
  • Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air. JIka diluar, tiada air, kita dinasihatkan supaya gunakan hand sanitizer.
  • Memakai penutup hidung jika bergejala. 
  • Jangan sentuh mata, hidung, dan mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
  • Kekalkan jarak 1 meter (social distancing)
 


Banyakkan yang telah diwar-warkan di media sosial. Semoga kita patuh PKP agar dapat kita putuskan rantaian virus ini. 

Kalau ikutkan kita dah berada di fasa ke -3:

Fasa 1 : 18 March -  14 April 2020
Fasa 2 : 15 April - 29 April 2020
Fasa 3 : 30 April - 12 May 2020

Sumber:

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) - http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2264
2. World Health Organization (WHO) - https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019

#kitajagakita #staysafe #stayathome
"Kita Pasti Boleh Menang Memutuskan rantaian virus ini"

[COPY POST] Kecantikan adalah subjektif.

  Kecantikan pada setiap insan itu adalah subjektif. Bergantung kepada siapa yang menilainya. 😊😊😊😊😊 "Posting di bawah adalah nukil...