21 March 2011

Alhamdullillah

salam semua..
Bagaimana Isnin..
sepertimana yang kita ketahui ISNIN adalah hari permulaan bagi semua yang bekerja [kecuali kelantan, Terengganu, dan pahang]

Hari ini. bersyukur sangat.. banyak rezeki aku dapat.
Bos aku bagi kuih curry puff...my fevret..
lepas tu..bos besar pown bagi nasi..

bersyukur sangat..boleh aku buat berbuka puasa hari ini..
hehe

"entry Pendek"

08 March 2011

LATEST EDUCATIONAL STARTS FROM NURSERY SCHOOLS

LATEST EDUCATIONAL
STARTS FROM NURSERY SCHOOLS

salam satu Malaysia.. hari ini saya dapat satu email daripada seorang student nama dia Ganesh.. sepertimana yang kita ketahui..zaman yang berteknologi... semua dah canggih..kanak-kanak zaman sekarang pun dah tau apa itu facebook.. ahaha..adik cik pinky yang umur 4 tahun pun pandai..ish3..

kalau nak dibandingkan zaman kita belajar dahulu..belajar   ABC ...z... dengan sekarang.. Jom kita mengimbau kembali.. A= Apple       B= Bus       C= Cat    D= Doctor ...etc..

Budak zaman sekarang??
lebih canggih dan mengikut peredaran zaman...
Mari kita belajar sama..buat ibu-ibu, bapa-bapa..dan para guru..


A:  APPLE
B:  BLUETOOTH
     
CCHAT


DDOWNLOAD
  EE MAIL


  FFACEBOOK
 

GGOOGLE
 
  HHEWLETT PACKARD
 
  I:     iPHONE
 
JJAVA
 
KKINGSTON
 
L:   LAPTOP
  
MMESSENGER
 


   N:  NERO
 
OORKUT
 
PPICASSA
 
   QQUICK HEAL
 
  RRAM
 
SSERVER
 
TTWITTER
  
UUSB

  VVISTA
  
WWiFi

X:   Xp
 
YYOU TUBE

ZZORPIA
 

Thank God .... A is still Apple



 

27 February 2011

Kursus keibu bapaan

salam 1 Malaysia..sahabat sekalian..
hari ni hari minggu..
apa plan semua??

uhm.. cite ini bukan saya yang pergi Kursus Keibubapaan...
Tapi adik-adik lelaki saya..hehe
skema kan..nak guna kata ganti nama "saya"
tak pe kan??

Pagi tadi niat di hati nak call ibunda..
call rumah..tak berangkat..
Call Hp..pun tak angkat gak..

setengah jam kemudian..
try call handphone ibu..
ahaha..alhamdulillah angkat..
rupa-rupanya ibu ada kursus kat Dewan ape ek kat Johor..
berkaitan dengan kerja..
so..tak mao kacaulah..hehe

15 minit kemudian..adik ku
Khairunnas call aku..

[lagu "Lucky" berkumandang di handphone saya]
erm..nash rupanya..

***
C. Pinky  : Hello..assalammmualaikum..
Adik  : Wa'alaikumsalam...
C.Pinky  : erm.. apa khabar? tengah buat apa?
Adik  : Owhh..sehat..kiterang ada kursus..
C. Pinky  : Kursus?? Kursus apa?
Adik  : Kursus Keibubapaan

_Kursus keibubapaan?? aik..._

Adik  : a'a, kursus keibubapaan.. ehehe sekolah afiq buat kursus ni [afiq adalah adik bongsu].. ibu ada kursus kat tempat keje..so kiterang yang datang..hehe
C. Pinky..: sape ag yang pergi? semua ke?
Adik  : a'a..Ali jadik bapa..Nash jadi Ibu... Nizam.. jadi atuk2..

_tergelak aku..ahaha..macam2 lah adik2 aku ni

C.pinky  : afiq?
Adik  : Afiq antar kat tadika dia.. 
C.Pinky  : Boleh call plak?
Adik  : a'a sejuklah kat dalam..menggigil rase..ehehe.. 

_____

ahaha..adik-adik gi kursus keibubapaan..gitu.. rajin bebudak ni..
ehehe..adik sape.. hihik

11 February 2011

CNY and banjir

happy..kan nak cuti
salam semua.. wah sibuk sekarang isu banjir di sebelah selatan...
niat di hati nak balik..erm..bukan niat je..dah beli tiket pown..
yea!! nak balik kampung.. rindu bangat sama ibu, adik2 dan rumah...

Minggu ni asyik kedengaran isu tentang bajir di Johor..
bermacam2 berlegar di pala otak..
nekadkan diri..02 February 2011.. bersama rakan serumah
keluar ke bukit Jalil.. dan pulang ke Johor, bas jam 11.59pm

Kota tinggi di naiki air - 2nd time


Alhamdulillah, jam 4.00am sampai di Kota Tinggi punya stesen bas,- "sanggar Kota"
opps. lupa plak, malam tu saya balik bersama sepupu - sepupu ku
- :: huda, anis, daus dan dua lagi org rakan sekuliah dierang.

Cuti seminggu bagi yang bekerja di KL, manakala saya cuti 04 hari je
hari sabtu my mum ajak p cuti kat desaru..
sangat best tau..sekali sekala p bercuti ngan family..
mari, saya ada add sedikit pic di sana.. nak tau lebih lanjut search di FB lah yer..

pintu keluar Desaru
di tepi pantai Desaru    


23 January 2011

Bisu atau volume rosak

PoCoYo
Comey tak? comey tak? childish sikit entry kali ini.. tapi peduli ape..kan. Saya nak jugak tulis tentang dia..
Nama budak comey ni POCOYO.... orang lain panggil dia sebagai "kartun Bisu"- hehe.. sebabnya.. cerite dia tak de dialog. Jom kita kenali tentang PocoYo:

Nama Pocoyo's disediakan oleh David Cantolla. dengan kata lain.." anak kecil saya".
  • Untuk pengetahuan semua, Pocoyo adalah watak utama. 
  • Anak muda yang penuh rasa ingin tahu yang suka bermain game dan menemukan hal-hal baru. 
  • Dia sangat akrobatik dan bergerak pada kelajuan yang pantas.  
  • Dia selalu dipaparkan mengenakan baju biru dan topi.  
  • Teman-temannya terbaik Pato, Elly dan loula.  
  • Ia memiliki kenderaan yang disebut Vamoosh yang boleh digunakan untuk melakukan perjalanan di bawah air, di udara atau melalui ruangan.  
  • Walaupun ia sangat ramah dan manis dan hampir selalu dalam suasana hati yang baik, Pocoyo juga sangat egois, terganggu oleh hal-hal yang sederhana, mudah frustrasi, sering cemburu pada teman-temannya, dan tidak taat, tetapi berusaha sekuat tenaga untuk melawan kekurangan dan belajar moral. Dia disuarakan oleh Montana Smedley sebahagian besar masa, tapi kadang-kadang, oleh Alex Marty. 

Bawah ini adalah gambar sahabat- sahabat pocoyo:





21 January 2011


Ketam Melayu & Ketam Cina 
Salam Jumaat semua..
Adakah anda semua tau..ape itu ketam?
Ketam adalah sejenis binatang yang mempunyai 2sepit.. hehe
sedap..kan kalau makan ketam masak lemak cili padi..
uwaahhh.. sehingga menjilat jari ..gitu..

Hari ini... sedang saya membaca suratkhabar Utusam Malaysia..
ade satu isu..yang membuatkan kami berdiskusi tentang pandangan masing-masing
Tetiba, Bos saya bercerita mengenai kisah ketam melayu dan ketam cina..

Mulanya saya sedikit konpiuz..
almaklum tak pernah plak saya dengar wujudnye ketam melayu dan ketam cina..
hehe..
yang saya tau..ketam batu, ketam masak segala bagai..tu

Cik Pinky : Encik, ape tu ketam melayu dengan ketam cina?? ade beza ke?

Boss : erm.. ada..bezanya.. attitude dia..

Cik Pinky : [muka blur]- tak paham lah..

Boss : macam ni, beza antara ketam melayu dan ketam cin aadalah.. apabila kita letakkan ketam cina dalam satu bakul..dan ketam melayu dalam satu bakul..

Ketam cina apabila seekor daripadanya inginmemanjat keluar, yang lain akan tolak ketam A tadi sehingga dia berjaya keluar. setelah berjaya, ketam A ini tidak akan keluar sekor..dia akan menarik pulak ketam yang berada di dalam bakul tadi sehingga semua berjaya keluar.

MANAKALA

Ketam melayu.. jika seekor ketam itu berusaha sehingga berjaya keluar daripada bakul, yang lain tidak akan tolong ketam tersebut..malah ketam yang lain akan menarik ketam yang hampir berjaya tadi masuk ke dalam bakul itu semula.

Di situ, kita nampak bagaimana sikap Ketam Cina yang membantu antara satu sama lain, dan setelah berjaya dia akan berusaha membantu yang belum berjaya. Jauh sekali dengan attitude Ketam Melayu di mana, mereka tidak mahu menolong malah menjatuhkan lagi adalah..

-itulah sikap kaum kita sekarang ini - 

Cik Pinky : Owh..erm..logik jugak...

Setelah itu, kami kembali membuat kerja.. dalam pada itu, sempat lagi saya explore title ini dan jumpe satu cerita daripada Hanspunye Blog.. saya copy and paste..menarik juga cerita dia..katanya pensyarah dia yang bagitahu tentang si ketam ini:

cerita saya ke??
Kisah ini mengenai sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Pada suatu malam, si isteri mengidam sangat nak makan ketam yang segar. Jadi, si suami pun tidur awal untuk bersiap sedia ke pasar selepas subuh menjelma.
Pagi esoknya si suami pun cepat - cepat ke pasar dan menuju ke tempat makanan laut. Dia terlihat seorang tauke cina sedang menjual ketam lalu dia pun menuju ke arah tauke tersebut.
Perbualan pun terjadi antara mereka :-

Tauke : Ya boss! Lu mau beli apa?
Suami : Saya mahu beli ketam 1 kilo.
Tauke : Lu mau ketam yang mana?
Suami : Bukan semua ketam sama ja ka?
Tauke : Ada dua jenis ketam maaa. Dalam itu bakul olang panggil ketam cina. Ini atas meja ketam melayu.
Si suami berasa pelik. Baru pertama kali dia tahu ada ketam bernama ketam cina dan ketam melayu. Lalu dia bertanya kembali kepada tauke cina tadi.

Suami : Tauke! Apa beza itu ketam cina sama ketam melayu?
Tauke : Itu ketam cina dalam bakul. Wa kasi tutup sama dia. Ini ketam melayu pula wa biar atas ini meja.


Si suami mula menggaru kepala tanda tidak faham. Apa bezanya sampai ketam cina di letak di dalam bakul dan ketam melayu di biar atas meja.

Suami : Kenapa ketam cina lu letak dalam bakul tapi ketam melayu lu letak atas meja? Saya tak faham.
Tauke : Ini ketam cina...wa letak dalam bakul sebab nanti dia lari owh. Ini ketam bila dia lari...dia tak lari sorang - sorang. Dia tolong ketam - ketam lain lari sama maaa....
Suami : Habis tu kenapa ketam melayu biar jer atas meja?
Tauke : Ini ketam melayu wa tatak lisau maa. Kalau kawan dia mau lari ini ketam mesti tarik itu kawan dia jatuh bawah balik maa.
Suami : Owh!
Tauke : Lu mau ketam mana boss?
Suami : Kasilah mana - mana pun. 1 kilo tau taukeh!
Tauke : Terima kasih boss!
Suami : Sama - sama!
 ******

Tamatlah kisah Ketam..Inilah 1st Time saya mendengar cerita ketam Cina dan Melayu
ketam kalok sebenar


ketam nipah

Year End Gathering

Hari ini, aku cuti. Jadi, ada banyak masa untuk buat macam-macam, termasuk plan makan-makan. Plan simple je sebenarnya. Disebabkan aku ada m...