11 December 2017

Thirty two..

Alhamdulillah 10.12.2017 genaplah umurku 32 tahun....😅

Pertama...
Syukur ke hadrat illahi.. Ya Allah terima kasih atas nikmat yg xpernah putus

Ke-2
Terima kasih buat bonda, ibuku tersayang telah bertarung nyawa melahirkan anakmu yg songsang ni.. 😢

Ibu org pertama wish birthday, adik2 ku yayan, ali, nasz, aisyah 😍😍 happy sangat berada disamping mereka. 

Ibu said: happy birthday angah..hihi
(Pinjam kek kawin cousin). 

Hadiah jam daripada Ali

Thank you yayan utk hadiah tudung tu, thank you adik ku dan adik ipar utk birthday gift jam kitty & hand sock 😊

Ke-3
buat sahabat yang wish.. Juga terima kasih atas ingatan dan kerajinan2 ucap birthday.. Kak Aida sahabat IMU dari hari pertama, fidah sahabat pertama yg wish(thn ni xtau lah dpt celebrate x)..psstt.. Dia dah nk kawin tau
then, kak saliza, fie, sahabat uitm yani, kwn alam maya dan students yg wish..😄😄

Anyway, thank to all.
HAPPY BIRTHDAY TO ME



10 October 2017

Persahabatan

Persahabatan dibina atas dasar iman dan taqwa..  Hanya Allah yang mampu mempersatukan hati manusia..  Dan Allah jualah yang membolak balikkan hati manusia itu sendiri..  Dan ketahuilah, silaturrahim ini dibina kerana Allah....

03 October 2017

Percutian tak dirancang- Cameron Highlands

 Assalammualaikum,

16 September 2017 (Sabtu) adalah HARI MALAYSIA yang mana semua rakyat Malaysia di berikan cutii umum. Jadinya, minggu tu aku cuti…yea…cuti  Jumaat Sabtu. Seronokkan sekali sekala dapat cuti Jumaat Sabtu..hihi.
Aku tahu ramai yang dah pergi ke Cameron Highlands ni. Just aku je rasa excited sangat nak pergi.. hihi. Ceritanya bermula pada hari Rabu (14 September 2017)

(Lagu phone berbunyi..) – 6:45 am
Cik Pinky (CP): Hello, Assalammualaikum..
Ibu : Waalaikumsalam, dah bangun?..
I: hehe.. dah.. (tu soalan cepumas, sebenarnya..kot cik pinky sambung tidur..hahaha. al maklum kerja jam 11am)
Ibu: Sabtu ni keje ke cuti?
I: Sabtu ni cuti, nape ibu?
Ibu: Jom gi Cameron, angah (OK cik pinky ni anak number 2) sorang je tak pergi Cameron..
I : InsyaAllah..
Ibu :  Nanti cari lah penginapan yang biasa2 je.. untuk kita ber empat..
I: baiklah, nanti angah cari eak..
Ibu: Ha,, OK bye.. nanti gitau tau
I: OK..

(telefon di matikan..)
Termenung jap, jari pun tangkas menaip tempat penginapan di sana..amik yang budget je.. (list suggestion Vila Dahlia, Carnation apartment)
Buka Hotels.com .. search tempat penginapan berdekatan dengan Villa Dahlia (area Brinchang)- Rate masa tu memang tinggi sikit, maybe sebab cuti umum + weekends. Search punya search aku pun booked lah satu Hotel ni.. review dia pun OK

JOM CAMERONS KITA..

Cameron Highland terletak di Pahang. Cakap pasal Cameron, Strawberry & teh adalah satu tempat yang bermain di minda. Aku untuk pertama kalinya dapatlah pergi ke sini setelah 32 tahun.. Alhamdulillah..kan.. tempat dia memang terbaik..hijau..sejuk..boleh release tension..

Kami bertolak jam 12am daripada Kluang. solat dalam perjalanan Dan terus ke destinasi.

Tempat pertama kami adalah ladang teh.


Ladang teh ,cawan kuning

Kemudian, kami teruskan perjalanan..nak cari breakfast.. hujan pagi tu.. mmg biru jari memasing..kesejukan.. pagi tu kami singgah makan di satu gerai.. menu mestilah nasi lemak Dan roti canai.. nes secawan..

HEALTHY STRAWBERRY FARM

Strawberry with cream and chocolate 👍


Destinasi ke dua.. masuk free je.. 😅😅 . Dalam tu ada strawberry & cactus.. kami mkn strawberry with cream and chocolate mcm dlm gambar..best..

Destinasi ke tiga.. kami pergi Lavender Farm

Ok..Kat sini byk photos tp.. x masukkn semua.. hihi. Di sini lah kami makan aiskrim lavender..not bad lah.. sedap..hihi.

Minum hot chocolate.. awesome.. dgn cuaca sejuk minum yg hot2.👍. Hihi

Destinasi ke empat adlh BEE farm.. Kat sini kami Tak turun cz cuaca x mengizinkan..jadinya kami shopping je Kat atas..

Last kami balik hotel..penat sudah semalaman x tidur.. kesian Kat adik aka driver..


Hotel Country lodge

Hotel Country Lodge adalah tempat penginapan kami. Hotel  ni terletak di Brinchang..tengah Bandar kot.. Rate masa ni tak de mahal. Entrance dia cantik…staff dia OK.. Recommended.. hotel ni x de masak2 dalam bilik tau.



Sebelah malam kami mkn di kawasan berhampiran Dan shopping di pasar Brinchang.

Hari ke dua kami bersarapan di Restoran Abang

View dia sangat cantik..kami order nasi lemak ayam.. best


Selepas mkn kami singgah lg shopping 😄. Dan terus balik.. 

Sekian percutian kami..hihi..


11 September 2017

Sakit itu penghapus dosa

Sering kita dengar, sakit itu penghapus dosa.. mudah2an.. bermula sakit tekak, diikuti demam Dan selsema.. 😅

Alhamdulillah, dah semakin pulih..walaupun..kdg kala panas badan on off.. Disebabkan duk jauh dgn family, jadi pandai 2 la yer..

Alhamdulillah, dikurniakan seorang sahabat yang caring..

😞 Maaf sahabat, bukan niat nak mengada2, tapi mmg kalau Bab ubat ni.. 😨😵😭 saya susah sikit..


Teruskan, mkn ubat..moga cpt sihat untuk diri sendiri... insyaAllah.. 

18 August 2017

Tip Menegur dan Memberi Nasihat.

Bahasa dan kata yang lembut bukan hanya mampu menundukkan akal tetapi juga menakluki hati.

Berbeza dengan hujah yang benar tetapi kasar, hanya mampu menundukkan akal tetapi gagal menawan hati.

Lalu yang jahil tetap berdegil,
bukan kerana tidak tahu,
tetapi tidak mahu!


#copy&paste
#fb

03 August 2017

Throwback Hari Raya 2017

Throwback Hari Raya tahun ni..

Hari raya tahun ni amik cuti satu minggu.. Yeaa...


Disebabkan hp problem, banyak gambar dah tak boleh view😢😢.. So kita attached mana yang ada je lah..

Raya tahun ni, ada majlis pertunangan.. Hihi. Semoga kekal hingga ijab kabul dan hingga akhir hayat. InsyaAllah..

Ok..sebelah kanan tu with my siblings
Sebelah kiri pulak, hari raya dengan kawan office.. Kami x ramai.. So itu je la.. 😄😄

Semoga bertemu lagi di lain episod.

30 July 2017

Undangan Majlis Rakan

Assalammualaikum,

Ni cerita semalam..orang kata throw back..ha..gitulah. Ok smlm, lepas kerja, dalam jam 1pm..geraklah ke tangkak..nak menghadiri majlis perkhawinan bos.. Hihi..selamat pengantin baru bos dan wife.
Hensem dan cantik pengantin..aura seri..

Cantik kn pengantin
Request nk bergambar..ngan pengantin..jauh tu..dtg..hihi.. Apa pun alhamdulillah, dapat jugak datang meraikan majlis. SELAMAT PENGANTIN BARU EN SYAH & WIFE, ZAFIRAH.

*sampai kluang jam 6 pm.. 29:07:2017

14 July 2017

Maafkanlah..

Harini scroll2 fb, terasa nak share kata kata ni.. 👇

Ada orang sedih..

Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu:

1. Apabila meninggal dunia ayah kamu , maka matilah pimpinan dan nasihatnya...

2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya...

3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yg dikongsi bersama...

4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya...

5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya...

6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya...

7. Apabila meninggal  dunia sahabat kamu maka pudarlah sirna nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya...

Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.

Maka..
senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yg fana ini....

(Manfaatkanlah dibulan syawal yg mulia ini...sebelum kesempatan berlalu pergi....)

#copypastedarigrou

11 July 2017

Satu perjalanan


Assalammualaikum wbt

Harini aku nak share tentang perjalanan cik pinky..

11th Julai 2017
Perjalanan bermula dari Kluang Johor menuju ke Senawang, Seremban. Last minit booking 😅. Rasa satu senawang pusing.. Sampai cam give up.. Huhu. Lapar pun ye, walaupun da singgah kepci.. Stress kot.. (Alasan je tu..)..

Waze pun da macam wasting time, alternative tanya orang..dan alhamdulillah saya tiba di destinasi.. Iaitu Hotel Sri Senawang.. Saya tempah bilik 2 single bed.. Harga murah sangat..( ini walk in nye tempah)

Actually, da tempah online..rupanya itu jz untuk 2 hours..😂😂 ape lah punya kecuaian.. 😴😴😭. Kalau 2 jam, aje kena tidur dlm kereta..

Dinner a.k.a makan mlm..kita makan kepci tgh hari tadi dan.. Bekal daripada kawan baik saya ( kak Aida  nama dia).. 😘😘

Review sikit tentang hotel ni:

Alamat & phone number

Entrance


Hotel ni simple, receptionist baik (tak sombong), suasana tenang, susunan kemas..boleh buat coffee tapi kat lobby..bilik yang saya tempah simple - oklah cz buat tidur je..lain2 puas hati.

Review Dinner

Ditaja- kek marbel

Makanan lain dah selamat.. 😇

Ok..sekian sesi merapu..selamat malam..😘😴

31 May 2017

Cenderhati dan hadiah

Assalammualaikum pembuka bicara..

#Ramadhan 5

Alhamdulillah dah Ramadhan ke-5, semoga dipermudahkan dan diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa ini sehingga 30 Ramadhan.. InsyaAllah 😊

Tajuk kali ini Hadiah atau cenderhati ke cendermata😅😅.. Apa pun alhamdulillah, ada yang mengingati dan murah rezeki.. Semoga pemberi pun akn dimurahkan rezeki.. Aminn..

#Penunjuk waktu
Atau dengan kata nama,lainnya jam.. Tak kisahlah jam tangan, jam dinding, jam meja dll.. Ceritanya satu hari scroll2 facebook (fb), nampak sahabat ni jual jam, pinky gitu.. (😢 sejak bila..lah suka pink, ermm rasanya dahulu kala biru pujaan hati).. Ok berbalik kpd cerita tadi, minat sangat.. Tapi kumpul ongkosnya dahulu untuk memilikinya.. Alhamdulillah, ada yg belikan.. Diam x diam.. Rezeki namanya..



Pemberian daripada adik saya Amirul.. Suka ke suka😊☺😄😇 jawapannya mestilah suka... 

 
Ini pula bunga Tulip, cenderhati daripada my boss😅.. Ok jgn salah faham semua dapat.. Happy la sbb bos saya ingat anak2 buah.. Biarpun keje cam hampeh😢( aku lah tu).. Aish, ye tulis kat situ Holland.. Ahaa daripada sana..la tu.. Xdapat gi, dapat barang pun jadi.. Hihi..


Ok, yang ni ole2 daripada Pakistan.. Katanya dia memang nk belikan.. Cuak juga kot ye claim.. 😅 
Orang memberi, kita menerima.. 

Alhamdulillah



24 May 2017

Saya bukan sahabat

Makan rambutan sangkut di halkum,
Assalammualaikum

Harini tajuk kurang best😦




Tetapi ingatlah awak selama lamanya sahabat buat saya. 😢😢😢

14 May 2017

Happy Mother's Day


Happy mother's day, yang dalam bahasa melayunya SELAMAT HARI IBU.. benda ni tak wajib pun, sebab hari hari, setiap detik, saat adalah hari ibu. CUMA.. Hari ni 14 May di iktiraf untuk nmpak lebih istimewa.. ( agaknya)..

Untuk di Johor, harini kami kerja😅😅 jadinya wish melalui phone je lah.. Huhu. Cik Pinky x boleh wish banyak banyak kat ibu saya yang baik, tabah, comel..tu, sbb nanti sebak..berjujuran air mata.. 😭😭

Ok, apa pun.. Cik pinky ucapkan selamat hari ibu kepada ibu, mak, ummi, mama dsb
terima kasih menjaga dan mendidik kami dari kecil sehingga dewasa, tanpa rasa jemu. Tabah melayani kerenah anakmu yg ntah ape2. Hanya Allah swt sahaja yg dapat membalasnya.

#selamathariibu
#14052017

09 May 2017

Hotel di Bangi.

Assalammualaikum w.b.t,

Hotel adalah satu tempat penginapan sementara bagi perantau. Hotel juga dikenali dengan pelbagai nama; rumah tumpangan contohnya 😅😅

OK. Kali ni topik saya berkenaan Hotel di Bangi. Pada bulan 4, 2017 - saya perlu menghadiri satu bengkel di UKM, Bangi. Kali ni lone ranger, sbb kwn yg pergi bengkel ni adalah lelaki.

Pertama sekali haruslah cari tempat nak check-in untuk 3 hari 2 mlm.. Search engine yang saya pilih adalah hotel.com

Hotel yang menjadi pilihan adalah 9 Square Hotel (http://www.9squarehotel.com). Hotel ni shop lot tepi sekali. Ada cafe sebelah hotel ni, sederet pula ada kedai baju, dll ( x explore sbb sorang sorang😅)


Depan hotel

Hari pertama, keluar mkn dengan kawan semasa belajar di uitm dulu , lamanya xjumpa..last masa konvo tahun 2015 kalau x silap. Disebabkn sudah petang....jadi kami bercadang mkn di cafe sebelah tu je.. Hihi. 

Acah-acah dlm flight 😃

Pendapat saya, hotel ni 👍, staff yang di front desk masa saya check in pun baik.. Bilik pun cantik dan selesa.. (Lain org, lain citarasanya). Saya rekomen la hotel ni. 



 Sekian, xbanyak gambar.. Wassalam.

30 April 2017

Sahabat

Sahabat adalah orang yang kita percaya, selesa, boleh berkongsi masalah. Saya pasti semua mempunyai sahabat dalam hidup mereka, kerana saya juga ada sahabat.

Dalam setiap episod ada sahabat, just kadang2 ia hanya sementara..😢. Saya akan hargai siraturahim itu.

Semasa belajar, sekolah rendah sampai tertinggi saya ada kawan/ sahabat: mereka sangat baik.. Hafidah, elyani..

Semasa kerja, 1st dulu adalah di City University.. Kak Ayu, Eddie, Abg Syuq(al ftihah), faiz, en jaini, kak yana, kak liza. Paling kerap contact kak liza😅😅.

Kak Saliza ni sampai skrg contact.. Dia sahabat, teman berbual saya.. Haha.. Gosip2 orang remaja purbakala.. Kisah hidup, sedih.. Almaklum single mingle .. We is OK. InsyaAllah.

Pekerjaan ke dua saya adalah di Kluang. IMU.. Saya ada sahabat yang saya panggil Kak Aida.. Dia mmang sangat baik, 😇😇.. Sesiapa yang kawan dan kenal dia memang 👍👍 antara yang terbaik. Aku bersyukur kerana dikurniakan orang sekeliling yang baik2. Mudah2 an, aku pun akan berubah kepada yang baik. InsyaAllah.

Dengan Kak Aida di ICP, Kluang Mall

Semoga sahabat2 saya ini dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. Aminn

19 January 2017

Sumbangan

Assalammualaikum
Alhamdulillah, harini dapat sumbangan sebuah kerusi daripada abangku sayang.. Hihi. Free Ok jerr
Bolehla fefeeling duk ats kerusi.. Huhuhu
Sebelum ni kita sopan2,je duk bersila..
#rezeki2017
#alhamdulillah

Year End Gathering

Hari ini, aku cuti. Jadi, ada banyak masa untuk buat macam-macam, termasuk plan makan-makan. Plan simple je sebenarnya. Disebabkan aku ada m...