01 December 2010

Dah Besar kamu nak jadi ape??

Dah besar, kamu nak jadi ape?
“Doktor”… “cikgu”..”nurse… pramugari.. peguam..hakim..model… saintis..angkasawan…
Ha..itu lah antara pilihan job yang sering kite dengar time sekolah2 dulu..

antara yang famous
|
|
v
v
ye adek2..nak jadik doktor..

Tetapi pernah tak korang terfikir nak jadi perpustakawan
Perpustakawan?? what's that??
Erm..saya pown tak pernah terfikir wujudnye jawatan ni..hehe



LibRarian a.k.a. perpustakawan

kalo keje kat perpustakaan buat ape?? fall in luv with book

buku...

ceritanya bermula begini



Masa lepas SPM.. saya amik STPM..niat di hati tak mo jauh ngan family..huhu…
Lepas STPM… saya sambung belajar kat Selayang iaitu Akademi Jahitan Khamsiah[AJK]..
Korang pernah dengar AJK nie??erm..saya pown tak pernah dengar..hihi..tapi the reality inilah tempat saya selepas abis STPM tahun 2004.

Masa tu, umur 20 tahun…
Lagu nokia tune berbunyi…
“Hello, boley saya bercakap dengan cik Nur Hafizah Hussain” – Pemanggil [P]
“Hello.. ye saya” – Saya [S]
“”Cik, saya daripada AJK selayang, akademi di bawah anjuran FELDA” – [P]
… saya nie pown dokk dengar lah sampai habis ape yang dia nak gtau..
“Tahniah, kerana permohonan cik telah Berjaya, surat telah pun dihantar ke rumah, dan dalam masa 3 hari akan sampai”- [P]
“OK”-[S]
“saya nak bagitau yang cik mesti daftar pada minggu hadapan”-[P]
“erm..saya kene bawak ape je?”-[S]
Si [P] ni dok lah terangkan..macam nak masuk asrama sgala bagai..
Berita ni saya sampaikan kat ayah dan ibu..
Betapa gembiranya mereka bile dapat tau..

..adeh..hatiku plak runsing cz takut tak de member, al maklum tak pernah jauh ngan family..
.. seb baek, ade kawan ku jugak dapat masuk ke akademik yang sama..

Masa ni plak, umur aku masih 20tahn.. Dec. 2005
Masa ni abang yang call gtau yang saya dapat surat tawaran ke UiTM
Bidang : Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) sains Pengurusan Maklumat (Perpusatakaan dan sistem) – IS220

Haha.. pernah x korang terfikir wujudnye bidang library/ perpustakaan??
Pernah? Bagus lah..
Saya, time tu dok piker, wat pe lah dok blajar bidang perpustakaan.. keje ape je buat.. ish.. kene gak blajar kat university ke??
Ha!! Itulah persepsi saya time tu…

Tapi bile dah masuk UiTM Puncak Perdana (Kolej + fakulti).. baru lah tau macam2 kami belajar.. pening gakk kepala..huhu. tak payah lah ye nak listkan nama matapelajaran..

Dan sekarang saya kerja kat library a.k.a. perpustakaan. TAPI untuk pegang jawatan LIBRARIAN.. tak boley ag, cz kene ade experience.. try hard ..ok..

Dalam sebuah perpustakaan tu ade plak pecahan-pecahannya:

1. Bahagian admin – proses surat internal n external
2. Bahagian Kaunter / reference desk
3. Bahagian Cataloging - key in data buku mengikut coding, berdasarkan field. [AACR2, MalMarc, DDC, LCC, LCSH]
4. Bahagian acquisition- pembelian buku, deal ngan supplier, cari quotation
5. Bahagian jilid- tempat nie menggunakan mesin yang besar2.. so lelaki adalah sesuai.. hehe..tempat ni ade tmpat pmotong, mjahit, gam, kerajang emas..etc..

Rasa-rasanya keje bahagian nie tertekan tak?? Ahaha.. rasanya semua keje stress..Cuma berbeza stress tu datang..tul tak.. tapi tu lah.. bidang pekerjaan yang tak pernah terlintas kat pemikran saya.. hehe.. 


Apa pun pekerjaan anda..buatlah sehabis baik....
Selamt Bekerja

4 comments:

  1. salam warga Library,

    heheh..wat a gud topic la my frend

    firstly,sy pn x tau ada "dgree" dlm bdng ni taw...time masa apply tu x tpikir langsng nk ambik bidang ni.Tapi takdir..alhamdulillah even bidang ni x la sefamous mcm bidang lain..sbenarnya librarian pn setaraf dengan job famous yg lain.Tapi kami sebenarnya banyak memain peranan di sebalik imej perpustakaan.Dengan tugasan kami sebagai cth di pusat2 pendidikan seperti di IPTA mahupun di IPTS,perpustakaan merupakan nadi sesbuah Universiti mahupun kolej. Bayangkn buku yg ada di dunia ini (pelbagai dgn tajuk yg lebih kurrang sama dan adakalanya author juga sama)bagai manakah our "client" nk bezakan buku tu antara satu sama lain?hehe.....well..disinila pentingnya kami warga perpustakaan..kamila akan menilai,mengasingkan dan mengklasifikasikan subject buku tersebut mengikut kaedah2 yang ada...(nak tau lebih lanjut..sila la wikipedia..hehe...senang kan)ermm...

    So alhamdulilah again and again..
    thank you fiza kerana bawak topik yg best ni.Atleast adik2 kita yg lepas spm atau stpm akan lebih "melihat" kerja kita walaupun x la dikenali ramai..tp sumbangan nya..inysaallah...
    daaa~~~~~

    p/s

    ermm..if ada salah harap maafkan...just normal person yg suka wat kekhilafan....

    ReplyDelete
  2. cikasutinggi : thanks untuk visit blog saya. erm..betul tu.. kite patut berbangga menjadi warga library..walaupon..ramai yang kat luar tu anggap.. keje library..ape lah sanagat..hehe..

    ReplyDelete
  3. Huhu IR nak jdi pensyarah.. boleh ke ni??

    ReplyDelete
  4. IR: erm..boley2..nk jadi pensyarah subjek ape??

    ReplyDelete

Pengalaman Mencabut Gigi Bongsu

بِسْمِ  اللهِ الرَّحْمنِ  الرَّحِيمِ Ok, ini sambungan kisah yang lepas. Sebulan lebih tau aku kumpul kekuatan buat keputusan ni—atau dua bu...