25 October 2018

Tragedi Oktober

Assalammualaikum..

Tajuk je dah macam lagu..tragedy Oktober.. sajer nak buat Keyword...haha..untung-untung ada pembaca.

OK, jom kita cek apa yang ada dalam coretan hari ini.

1) Training

Training ni biasanya untuk menimba ilmu...ye lah kan.. al maklum servis tak cukup tip top maka perlulah asah bakat..Aku dan kawan-kawan ramai jugalah yang tercalon untuk pergi training pada 10-11 October 2018 di Pearl Hotel Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, ada kawan nak ke sana..iaitu..kawan satu department daripada Batu Pahat.. Moga murah rezeki dia, sebab..dia drive bawak kami menuntut ilmu..guna kereta dia tau..AMINN

Itu kalau kami apa2 di jalanan, insyaAllah mati dalam nak menuntut ilmu... InsyaAllah.


Team library yang satu group..dari kanan (masa pegang keyboard) Kak Zai, aku, Efi

     
Ni group members - Efi, Yana (comel kan diorang) - Gambar dessert tu best gak, tapi tiada rezeki nak bawak balik.


2) Gotong Royong Dan ICP

Minggu ni, tak jadi balik kampung sebabnya ada tetamu. Tetamu yang paling istimewa di hati aku, iaitu keluarga tersayang. Keluarga aku nak datang keesokan harinya...

Yay!!

OK, Jumaat pagi tu aku mengemas rumah.. buat Nasi lemak kunonnya..basuh kereta. Then, buat keje pejabat sikit sebab esok ada program komuniti. Dalam jam 12 tengah hari camtu, aku baru terfikir nak pergi tengok baby NIA.. hihi.. maka ke Tangkaklah kita..melawat Bby baru.

Baby NIA tu, anak abang aku yang ke-3. Sampai di tangkak dalam jam 3 petang. abang siap tanya dah sampai mana? sebab lambat sangat..kakak dengan adik dah tanya.

Sorry, akak adik, Mak Ngah lambat nak sampai..hih. Tiba di Tangkak, banag dengan akakk Ipar ajak makan tengah hari..yummy-yummy..kari ayam.

Dapat tengok Baby Nia comel. Aku nak try pegang baby, tapi tu lah kekok nak pegang dia..

Sempat minum petang dan main doktor2, cikgu2.. hihi.. (macam bebudak kan)- haha.

Jam 6.15pm baru gerak balik, ..sampai Kluang jam 8.30 pm.

Alhamdulillah.. Jam 11 pm tetamu yang ditunggu pun sampai... makan malam sesame pastu tidur weii.. esok nak keje.


****

Sabtu, macam biasa..aku kerja..tapi pada hari itu kami ada Projek sekolah. Maka aku singgahlah dulu ke tempat kejadian.. hantar barang dan selfie satu.. dengan sahabat aku yang paling baik dan happening.

Ni sahabat saya- awet muda..kan..

Lepas balik kerja, dalam jam 12:45 pm.. aku bawak family jenjalan. Kluang ni, kita jalan Kluang Mall, Aeon Big dll. Lepas tu, petang tu kami gotong royong rumah adik.. hehe.. Alhamdulillah rezeki dia.. Petang tu, family aku dah gerak balik. Tinggallah adik aku yang duk Pontian, dia gerak malam sikit. Jadi, sebelum balik, meh lah kita isi perut dulu.. yer sayang.

Sementara menunggu pesanan, ada tetamu ni, datang..dan dengan selamba naik kerusi.. inilah tetamu tak diundang malam itu.. Encik Oren..

Ni tetamu malam yang join dinner kami

Dalam jam 10pm, adik pun dah gerak ke Pontian. Alhamdulillah. selesai sudah aktiviti hari ini.

Keluarga dan sahabat 


31 August 2018

Pac Man & Ghost

Hi semua yang membaca, Assalammualaikum

OK #IFLA dah habis, sekarang kita teruskan rutin as usual. Oh sebelum tu:

HAPPY MERDEKA DAY MALAYSIA yang ke-61. Moga terus aman.. InsyaAllah

💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗

Hari ini, saya nak share buat PacMan & Ghost (walau tak lah nampak rupa asal dia). Ghost cute gitew..

Sebelum tu, korang tau tak apa itu Pac Man
Aku, mulanya aku pun blur jugak sebenarnya.. 

OK, korang boleh Google search PacMan. PaCMan adalah satu permainan yang bentuknya bulat kuning(macam emoji kat whatsapp). dia makan biji-biji dan perlu mengelakkan diri daripada di makan hantu yang berlegar-legar di situ.. Scary bila kena kejar dengan hantu tu, sampai kadang-kadang serah diri kat hantu tu.. 😅


Image result for pacman
credit: Google
*******

Meh kita review sikit apa itu PacMan, dari sumber yang formal sikit iaitu di mana sumber aslinya, semestinya daripada pakcik Google.

Pac-Man adalah sebuah permainan arkade yang dikembangkan Namco dan diterbitkan Midway; dirilis di Jepang pada 22 Mei 1980. Awalnya dirilis di arkade saja, Pac-Man yang masih populer hingga kini telah dirilis pula dalam platform lainnya seperti Game Boy dan SNES. Perancang permainan ini adalah Toru Iwatani, yang merupakan karyawan Namco. (lebih lanjut)

😊😊😊😊😊😊

Sebenarnya, aku dapat tugasan membuat topeng PacMan dan hantu yang boleh pakai kat kepala. aku ada masa 2 bulan (kalau tak silap)


Tugasan: 4 Ghost 2 Pac MAn

😉😉😉😉😉😉


Aku pun Google, dengan pelbagai keyword. Last aku search under costume. adalah serba sikit yang mereka share di youtube. buat ni aku perlukan try and error. Kalau ikutkan banyak dah cuba.. sebelum apply yang besar (takdelah sesempurna tapi aku cuba je). Moga mereka OK dgn hasilnya nanti..huhu.


****

Maka bermulalah misi CARI & CUBA...


Gambar Google - camna nak jadikan kepala orang boleh duduk dalam tu.

Kalau ikut gambar, mereka gunakan belon, saya gunakan bola pantai sebab saya tak dapat nak imagine kepala orang besar mana nanti.


ala-ala prototaip kata orang
Prototaip ni, sebab nak aplikasikan apa yg saya imagine..camana lah ngupanya nanti. Macam robot yang jahat kan.. 👽..hahaha.. layan..jer


*************

OK, kat sini sya sangatlah bersyukur.

Kenapa?

Disebabkan saya duk sensorang kat rumah, bolehlah duk try kotak sekalian alam ni kat kepala sendiri muat tak.. boleh..lah yerr.. InsyaAllah

Lepastu dengan rumah bagai rumah tinggal .. ish..ish..ish...


ukuran kepala - rangka
Yang ini saya request kotak A4 kat kampus yang dah tak pakai..

Thank you my dearest friend..




OK, yang ni separuh bulatan kot, yang ni acuan dia guna bola pantai. Atas tu saya gunakan kertas dan gam. Buat dalam 3 atau 5 lapisan. Gam saya bancuh tepung ubi, macam masa sekolah rendah ibu buatkan saya.. jadi kita praktikkan lah.. Satu kepala seminggu, sebab nak tunggu kering lagi..makan masa.

Fuh, nasiblah ada gam kanji..kalau tak berbotol-botol nak beli gam. Mahal wey..




 Haa, untuk lebih kukuh..saya letakkan span sebagai rangka.. OK ini idea daripada bonda dan adik ku Khairunnas





 TADAA!!!!!  - Rangka akan seperti ini


 OYEN

OK, Ini anak pertama.. nama dia Oyen (sebab anak buah panggil dia oyen) masa bawak balik kampung..





Setelah sebulan setengah, maka siaplah 4 sekawan ni. OK yang tengah tu Rangka utk org kuning tu.. yang nama dia PACMan


Baju hantu aku campur-campur. Beli di kedai satu Malaysia. sekali lagi terima kasih kat bonda, afiq  dan khairunnas sebab tolong belikan kat Kota..Kluang tak jumpa..huhu.

💗💗💗💗💗💗



PACMAN

OK, seterusnya adalah PACMAN. yang ni pun sebenarnya saya dah give up. Saya call Staff HQ dan beritahu, saya takde idea. Sebenarnya dah view dah video ni, just dlm fikiran something yang ada mulut tu. Aku give-up sebab masa dah suntuk lagi tak dapat idea nak yang ada mulut.

Orang pertama yang aku story adalah bonda, dan semestinyalah sahabat saya kat Kluang ni..huhu. sorry Kak Aida selalu kena dengar rintihan aku.. 

Try punya try.. maka jadilah dia seperti di bawah
PacMan (asal boleh)
Semoga tuan baru korang happy dan korang berguna untuk mereka. InsyaAllah.


Terima kasih, syukur sangat kerana ibu, adik2, sahabat saya (kak Aida), banyak membantu dari segi masa weekend, bagi sokongan (walaupun bukan kerja mereka)..huhu.

kawan BP (Efi), Kawan BJ (Kak Bayah) pun ada bagi idea untuk menjayakan task ni.



Semua dah transit keluar..harap ia berguna sehingga ke akhir tujuan tanpa ada masalah. InsyaAllah

Year End Gathering

Hari ini, aku cuti. Jadi, ada banyak masa untuk buat macam-macam, termasuk plan makan-makan. Plan simple je sebenarnya. Disebabkan aku ada m...