27 April 2012

Sahabat YAng BAik

Salam Jumaat. Sempena hari mulia ni..semoga kita semua di bawah lindungan dan keberkatan Ilahi.. InsyaAllah. Hari ni ingin saya berkongsi sedikit ilmu. Info ni saya copy and paste..no edited..(mybe) dari sumber : http://umi-zulkaya.blogspot.com/2012/03/nak-sahabat-yang-baik.html

Ianya berkenaan Bagaimana kita ingin mencari seorang sahabat yang baik.. yang boleh membawa kita baik juga di akhirat. Sepertimana yang kita ketahui: 

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Firman Allah s.w.t dalam surah Hujerat ayat 13 yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Kita pastinya ingin memiliki teman dan  sahabat yang baik. Untuk dapat sahabat yang baik adalah lebih dituntut kitalah yang menjadi seorang sahabat yang baik terlebih dahulu. 

Seperti sabda Rasulullah s.a.w.
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

Untuk mendapatkan teman atau sahabat yang baik PILIHAN perlu dtitik beratkan dan dilaksanakan. Salah pilih sahabat akan menyebabkan kita merana.

Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda:
 “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).

Pepatah Arab pula pernah menyebut, 
“Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Antara ciri-ciri sahabat yang nak kita pilih ialah... :

* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan 
kamu;

* Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;

* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;

* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;

* Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

DAN ciri-ciri sahabat yang patut kita tinggalkan...tidak bermaksud langsung jadi musuh:

* Seorang yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

* Seorang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

* Seorang pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.

* Seorang pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.

* Seorang yang boleh membawa kita semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

Semoga kita dapat sahabat yang baik dan menyenangkan. Jangan lupa!!!!!!...kita kenalah jadi sahabat yang baik.. InsyaAllah Allah akan beri kita sahabat yang baik juga.

Semoga dapat membantu.

02 April 2012

Kata orang dah namanya REZEKI..

Alhamdulillah...bersyukurrr sangat-sangat aku panjatkan doa kepada Allah subhanaAllah taala..

Sabtu lepas cik pinky kene kerja.. ahaha..kawan2 best tidur..gigih lah bangun bersiap2 nak p keje.. lalalala~~ OK gak..tak traffic jam nak bersiap..hehe.. pagi tu sunyi je... kereta tak banyak.. lengang je..

Tugas utama..updated segala report..pastu nak wat stock checking.. adeh... dah brapa bulan tak siap2.. da...

300...301..330..339.. aikk..awat buku nie dok sini..aishh.. buku-buku.. erm..

student yang masuk adalah dalam 3 - 4 orang... dengan ada PhD student ada discussion..cik pinky meneruskan kerja..

Tetibee...

Fizah!!oo ...fizah!!..

Ye pakcik..ade ape?? saya kat belakang ni..

" Nah..hang letak la dalam pantry..
"Fuyoo!!! sedapnyeee..KFC..terima kasih pakcik... ngeee..rezeki..

Balik keje jam 1pm..kawan ajak p makan kenduri... WAH ALHAMDULILLAH..

Makan sedapp.. syukur.. jadi sabtu hari itu just keluar duit tambang je..

14 March 2012

Gangguan Bekalan Air 14 Mac 2012 di Kuala Lumpur & Selangor

                     

Sumber :http://syahrulzaman.blogspot.com/2012/03/gangguan-bekalan-air-14-mac-2012-di.html?showComment=1331713059016#c4890788413492143970
[no edited work]

Penduduk di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor akan mengalami gangguan bekalan air pada 14 Mac 2012  bermula pada pukul 8 pagi 14 Mac sehingga 8 malam keesokan harinya.ini ekoran kerja-kerja penyenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.
Tempat-tempat yang terlibat adalah seperti berikut :

Hulu Selangor
Kawasan terlibat ialah Kuang, Kundang dan keseluruhan Bandar Tasik Puteri manakala kawasan Petaling melibatkan SS1 hingga SS6 Petaling Jaya, Kelana Jaya, kawasan perdagangan bebas SS8, Sungai Way, Damansara Kim, Damansara Utama, Damansara Jaya, Kampung Sungai Kayu Ara, Taman Megah, Taman Mayang Mas dan Taman Mayang.

Turut terlibat ialah Bukit Mayang Mas, Kampung Cempaka, Sungai Mas & Aman Suria, Damansara Idaman, Sunway Damansara & Mutiara Tropicana, Kampung Kayu Ara, Mutiara Damansara, Damansara Perdana & Bukit Lanjan, Taman Megah Mas, Bandar Utama, Tropicana Golf, TTDI & Pinggiran TTDI, Sungai Pencala, Seksyen 2 hingga 11, Kota Damansara, Pusat Perdagangan Kota Damansara, Monteres, Kayangan Height & Subang Sejahtera, Seksyen 12 hingga 14, Petaling Jaya, Kampung Melayu Subang, Subang Perdana, Mah Sing dan Subang Bestari.

Kuala Lumpur
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara, Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara Resort, Pusat Sukan Bukit Kiara, Pusat Sains Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Bahagian Teknologi Pendidikan, Pusat Konvensyen Sime Darby , Jalan Segambir, Jalan Belimbing, Jalan Setia Bistari, Jalan Setia Murni 1 hingga 12, Jalan Setia Budi, Jalan Setia Rasa, Jalan Setia Raya, Jalan Setia Jaya, Jalan Medan Setia, Jalan Setia Bakti, Jalan Setia Kasih, Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.

Klang/Shah Alam
Kawasan terlibat adalah Sunway Kayangan, Subang Impian, Sunway Suria, Puncak Perdana, Sungai Kapar Indah, Pekan Meru, Bukit Kerayong, Kampung Budiman, Felda Bukit Cerakah, Cerakah Jaya, Bukit Kapar, Kampung Delik Kanan, Kampung Delik Kiri, Kampung Delik Dalam, Kampung Delik Baru, Kampung Sungai Udang, Jalan Sungai Bertik, Jalan Yadi, Jalan Batu Unjur, Jalan Kim Chuan, Taman Kim Chuan, Taman Bayu Perdan, Flat Sri Angkasa, Vista Indah Apartment,  Bandar Puteri, Bandar Ambang Botanic dan Taman Kota Permai.
 
Turut terlibat ialah kawasan Bandar Botani, Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2, Flat Pendamar Indah, Taman Sentosa, Bandar Parkland, Kampung Idaman, Taman Gembira, Jalan Raja Lumu, Flat Perumahan Teluk Gadong Indah A, Rumah Teres Teluk Gadong Indah A, Flat Pandamaran Indah, Kampung Pendamar, Jalan Tengku Badar, Persiaran Raja Muda Musa, Jalan Kastam, Pandamaran, Pandamaran Jaya, Taman Telok Gedung Besar dan Sobena Jaya.

Kuala Langat
Melibatkan kawasan Sijangkang, Telok Panglima Garang dan Kebun Baru.

Orang ramai yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual itu boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk gangguan bekalan air berjadual di Laman Rasmi Syabas.

Ini jadual Gangguan Bekalan Air bulan
Mac 2012
 
*************************************************************************************************************
ha..nak dijadikan cerita, disebabkan gangguan air nie, cik pinky dengan rakan taulan serumah..dok lah mengosongkan baldi dan menadah air.. kerja sangat berjaya... ehehe..

*psst.. tapi kan, cik pinky cek-cek..tempat tinggal cik pinky tak tersenarai pun.. erm, tak pelah.. back up plan.. huhu

Year End Gathering

Hari ini, aku cuti. Jadi, ada banyak masa untuk buat macam-macam, termasuk plan makan-makan. Plan simple je sebenarnya. Disebabkan aku ada m...