18 July 2011

Percutian Bersama keluarga _Kota Kinabalu

Kota Kinabalu (Capital City)

Sabah map


Kota Kinabalu dahulunya dikenali sebagai Jesselton, dinamakan sempena Sir Charles Jessel, salah seorang Pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara British, atau BNBCC. Semasa Perang Dunia Kedua, Kota Kinabalu dan bandar-bandar lain di seluruh Sabah mengalami pengeboman bersekutu berat mana semua tetapi menyamakan kedudukan mereka. Baru muncul dari Perang Dunia Kedua, BNBCC mendapati ia terlalu mahal untuk dibina semula, jadi pada tahun 1946, Sabah jadi jajahan British sehingga tahun 1963, apabila Sabah telah diberikan Kemerdekaan di dalam Persekutuan Malaysia.

Pada 30 September 1967, Jesselton telah ditukar nama kepada Kota Kinabalu. 23 tahun kemudian, pada 2 Februari, 2000, beliau telah diisytiharkan bandar. Sebagai ibu negeri Sabah, KK juga pintu masuk ke bandar-bandar utama dan daerah yang lain dan mempunyai penduduk kira-kira 300,000.

Di sekitar bandar, terdapat pelbagai tempat menarik. Ramai yang boleh diterokai dengan berjalan kaki manakala yang lain boleh dicapai dengan bas atau teksi.


Bercuti bersama keluarga

Percutian kami di atur oleh abang ku, tetapi saat-saat akhir dia dan isterinya, kak hana (akak ipar aku lah tu) tak dapat pergi kerana..dapat baby baru..hehe.. (1st cucu untuk ibu)

Percutian kami bermula pada 06 Julai 2011 (Rabu). 
nas
afiq


amirul

abang dan ibu

- Jam 7 am kami semua bertolak ke lapangan terbang senai. Di hantar oleh abang menaiki kereta ucu. Tiba di sana, abang belanja makan McD..yummy..yummy.. Kata abang dalam kapal terbang makanan dia mahal, jadi kita makan lah dulu.
- kami masuk ke balai berlepas jam 8.30pagi. letak beg..dan scan nak masuk ke tempat menunggu. Untuk pertama kali nak naik kapal terbang..berdebar pun ade.. semua pass..

sementara menunggu



- Dalam flight kami di beri arahan segala bagai. Huhu..pening gak kepala.. berdengung telinga. Adalah dalam dua jam duk dalam tu..nasib baik adik afiq tido.. tak meragam sangat. Tiba di Lapangan terbang KK. Kami di ambil oleh MR kelvin. Kami tempah penginapan di Marina Condo di jalan api-api. Harga boleh tahan. Ni pun pak busu and ucu saya yang tolong tempahkan..huhu.. Rumah dia sangat lapang..ada 3 bilik, ada dapur..senang citer cam rumah fully furnish.

- setiba di sana, kami jalan-jalan kat sana, berdekatan penginapan... cari makan..hehe..kami makan di kedai makan mamak..tersangatlah mahal..mungkin guna daun pisang kot.. sampai jam 4pm kami berjalan. Jam 6pm dah mula gelap.Hari itu kami just berjalan di sekitar. Tidur dalam jam 11 lebih.

07 Julai 2011(hari ke dua)

- Hari ini kami bercadang ke Kota Kinabalu Park dan hot spring. Kami tempah kereta, sehari RM 526. Adikku amirul yang drive.. jauh jugak lah perjalanan ke sana..pusing-pusing..naik bukit..
- Sambil menikmati suasana di sabah..maha besar ciptaan tuhan. Sangat indah. Udara nyaman dan sejuk. Tapi apakan daya saya nie mabuk , jadi tak dapat nak menikmati sangat. Sebab dalam kepala dah set nak ter muntah... hehe..sungguhlah tak senonoh. Sejak dulu tak boleh jalan jauh..rugi-rugi.

Tiba di KK park, kami jalan kaki.. sambil posing-posing amik picture.

---
Perjalanan kami diteruskan ke hotspring..

Afiq ngan izam mandi di kolam air panas, manakala, saya, yana, amirul, ibu ngan nas.. pergi mendaki canopy walk.. nak naik jambatan gantung..hehe.. letih sangat. Almaklum tak pernah mendaki.. sampai di atas kene naik jambatan gantung..aduyai… gayat nye!!!.. terpaksa pegang adik.. wakaka..


08 July 2011

- hari ini, kami bangun..breakfast..then.. kene transfer sebelum jam 12.00pm ke unit baru..


- Setelah selesai urusan transfer rumah, kami pasar Philippines.. kami shopping mutiara, keychain, etc. selepas itu niat di hati nak ke Jeti Jesselton. Tapi tanya-punya tanya..semua tak tau..haha..last-last kami p makan di pasar besar KK.

- bila si kecik dah merengek..kami pun nak balik lah..jumpa pulak dengan sahabat saya di rumah sewa di vista..huhu..sungguh tidak sangka..dalam banyak-banyak tempat di seberang laut jugak kami jumpa..hehe

09 Julai 2011 (last day)

- hari ini kami akan balik semula. Mr kelvin menghantar kami ke airport jam 5.30 am. Ini lah gelagat kami nak tunggu jam 5.30pagi.. hehe

- setiba di airport KK, macam biasa p amik tiket..sebelum tu..adik nak makan doughnat..kebetulan ada..jadi kami pun beli..naik flight jam 6.30pagi.. adik tidur sepajang perjalanan. Di senai, abang adatang amik dan kami ke rumah abang tengok baby..anak buah..sayer!!


14 July 2011

Orang Baru di awal Julai 2011

Assalammualaikum wbt..

02 July 2011..hari sabtu..
Keje..keje..!!!
pagi2 dah plan nak buat ape..
nak siapkan report, statistics, catalog buku-buku baru..

tengah sibuk-sibuk buat keje..
aku dikejutkan dengan berita gembira..
la`la`la....

CIK PINKY SUDAH MENJADI AUNTY..

huhu..aunty uolls..

Nama bayi : Qistina Hazikah
D.O.B : 02 July 2011 - 11.33 am
Berat : 3.14 KG

Jom kite review

Cik sakura with bb

my dearest mummy..dengan cucu 1st

saya..ngan bb
hehe..masa pegang..cam pegang anak patung jer...aser cam nak picit2 je..

itulah anak buah ku..

30 June 2011

Hari Khamis yang suram

As salam
30June 2011..
Hari ini sedih sangat...
setahun sudah rupanya aku mengenalinya... bekerja sesama.. beli makan sama2..
banyak tunjuk ajar dari dia supaya aku lebih punya pendirian..
semua aku cerita kat dia..
Dia sangat sporting...
Hari ini, tamat sudah hubungan aku dengan dia..tak sanggup untuk aku berhadapan dengan kata-kata terakhir

Masa makan - " let's oder nescafe ais"
tak mao..nak teh ais..
"eiii..teh ais..so the village!!"
what's!!!- ahaha``

So..nescafe ais??
Nescafe ais adalah citarasa antarabangsa...
aku pasti mengimbau kenangan silam selama bekerja dengannya..


"Good Luck..thanks for everything"- will be miss ur words

en jaini (librarian), kak mazlin (HR staff). fizah (asisstant lib)


CITY UC

29 June 2011

Seminar KIK & SPP - 23 June 2011


Source : http://kp-perpustakaan.blogspot.com/


Seminar transformasi perkongsian sumber perpustakaan dan mesyuarat ahli sistem pembekalan penerbitan (SPP) / katalog induk kebangsaan (KIK) telah diadakan pada 23 Jun 2011 di Aras 2, Auditorium Perpustakaan Negara Malaysia. Seminar ini dianjurkan dengan tujuan mendedahkan para peserta yang hadir mengenai kepentingan dan trend terkini perkongsian sumber perpustakaan. Ia juga bermatlamat membantu para peserta seminar dalam mempromosi perkhidmatan Sistem Perbekalan Penerbitan (SPP), Katalog Induk Kebangsaan (KIK) serta U-Pustaka kepada pengguna perpustakaan masing-masing. Selain itu, ia juga membuka ruang maklumbalas untuk meningkatkan keberkesanan perkhidmatan SPP/KIK serta membincangkan isu dan masalah berkaitan perkhidmatan ini. Seminar ini juga diharap mewujud dan mengeratkan jalinan perkongsian pintar antara perpustakaan untuk kemudahan dan kepentingan pengguna.
Dianggarkan lebih 400 orang peserta telah menghadiri seminar tersebut. Seminar itu telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dato' Raslin bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia. Antara isi kandungan di awal perasmian adalahmerangkumi:

Melalui seminar seumpama ini dengan tumpuan diberikan kepada aspek transformasi perkongsian sumber perpustakaan, kaedah ini merupakan salah satu cara untuk pihak Perpustakaan mengenalpasti dan memperolehi bahan-bahan yang tiada di perpustakaan bagi memenuhi keperluan pengguna semasa yang sentiasa bertambah. Ia akan menjadi platform utama menjadikan setiap perpustakaan itu saling lengkap-melengkapi dan menyokong antara satu sama lain dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pengguna keseluruhnya.
Perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan atau singkatannya SPP dan Perkhidmatan Katalog Induk kebangsaan dengan singkatannya KIK bermatlamat menyediakan kemudahan di dalam perpustakaan untuk membolehkannya berfungsi sebagai pusat kebangsaan atau pusat sehenti bagi pinjaman dan pertukaran sumber-sumber perpustakaan untuk menggalakkan ketersediaan terbitan-terbitan sama ada di peringkat kebangsaan dan sejagat. Ia juga berfungsi sebagai pemudah dan menggalakkan kerjasama kebangsaan dan antarabangsa serta perkongsian sumber di antara perpustakaan. Kerjasama yang diharapkan seumpama ini akan menjadikan perkongsian sumber maklumat lebih efektif dan ekonomik.
Beberapa ahli panel yang terdiri daripada pustakawan dan penceramah luar telah dijemput bagi membentangkan kertas kerja yang berkaitan dengan transformasi perkongsian sumber perpustakaan. Antara Topik yang dibentangkan termasuklah
a) Perkongsian Sumber Elektronik - Encik Amir Hussain Md Ishak (Pengerusi PERPUN)
c) Kaedah mempromosi perkongsian sumber SPP/KIK - Cik Nafisah Ahmad, Pengarah Perkhidmatan PERDANA
Pembentang kertas kerja terdiri daripada Cik Nafisah Ahmad, Pengarah Perkhidmatan PERDANA, Encik Amir Hussain Md Ishak (Pengerusi PERPUN), Paradigm Systems - CoP (Community of Practice) berkaitan Perkongsian Sumber Perpustakaan. Manakala Puan Siti Rodziah Othman, Timbalan Ketua Pengarah, Perpustakaan Negara Malaysia bertindak selaku pemudahcara.
Menurut Dato' Raslin Abu Bakar, seminar pada kali ini merupakan medan perantara perjumpaan antara ahli lama dan baru bagi berkongsi pengalaman di mana kali terakhir seminar seumpama ini diadakan ialah pada tahun 2009. Menurut beliau lagi, melalui program seumpama ini Perpustakaan Negara Malaysia berharap semua ahli yang terlibat akan mendapat pendedahan dan maklumat yang terkini berkenaan Perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) dan Perkhidmatan Katalog Induk Kebangsaan (KIK) dan seterusnya dapat digunakan secara lebih aktif oleh semua ahli dalam usaha memantapkan lagi perkhidmatan perpustakaan masing-masing. Seminar ini juga diharap membuka ruang bagi bertukar-tukar pendapat, pandangan dan maklumat dalam usaha mentransformasikan perkhidmatan SPP/KIK menerusi bentuk perkhidmatan yang lebih kreatif dan inovatif kepada pengguna dan pelanggan Perpustakaan seluruh negara. Majlis seminar turut disusuli dengan mesyuarat ahli SPP/KIK pada sebelah petangnya.

09 June 2011

Saya cakap..Tak nak percaya

Salam semua.. lama asenya tak menaip di ruangan nie..
Al maklum..blog nie pun tujuan utama hanya nak tulis apa yang tak dapat diluahkan dialam nyata
hari ini... 
09 June 2011 adalah ulang tahun kelahiran arwah ayah..al-fatihah..
Cerita ni berlaku di tempat keje..
Di tempat koje..senate meeting di adakan..
Dalam tu ramailah staff-staff yang hadir..
Bila tengok senarai..nama...

AMEKOW!!!... 
dalam hati..tu..lah..aku cakap tak mao dengar..buat endah tak endah
mentang-mentang aku nie Quli..je..kan..
sekarang..
RASA'IN.. malu sendiri..
So..don't blame me..it's your fault..

21 May 2011

1st May punya cerita

Salam sejahtera semua..salam ceria..semoga semua berada di bawah lindungan Ilahi.. Alhamdulillah..hari ini kita masih lagi di beri kesempatan untuk bernafas, bejumpa keluarga, kawan-kawan, boyfriend, girlfriend..hehe.
Bersyukur sangat kan... (Touching pulak..)

Berapa minggu sudah tidak updated blog nie.. maaf ye semua (ayat cam ramai je pengunjung) - huhu..- motivasi diri katanya... Banyak cerita yang ingin di kongsikan... tak kisah lah anda sudi nak membaca atau hanya melawat pun ok.. Terima Kasih bebanyak di ucapkan..

  1. Rentetan 1st May 2011
              Ingat tak hari tu saya gtau yang saya dan adik akan pulang ke Johor. Happy sangat..  sebab?? nak balik kampung..ha!! sape yang tak happy balik kampung?? ce angkat tangan.. Oklah.. Tiket kami jam 11.30am akan bertolak dari TBS (Terminal Bas Selatan)... Seawal jam 10.30am kami sudah ada di sana (check in)... Tunggu punya tunggu..bas tak sampai-sampai..aduyai...

Sabar masih lagi tidak melampaui batas..kami makan tart telur yang di beli di KFC... sedappp sangat... penuh kenikmatan..hehe.. Habis dah tart telur... Kami tunggu lagi..jam dah menunjukkan jam 12.30pm..


   "Pakcik..mana bas ke kOta tinggi jam 11.30am..?"
  " Belum sampai lah dik..awak duduk dulu"


-- duduklah..then makan ag...giler lapo kan...--


Jam 1.00pm....
 
"encik mana basnye?"- penumpang lain
" bas rosak kat Kajang lah.."- pekerja Bas
"Aish..bas back up tak de ke?"
" Tak de"
"Ai..harap tempat je maju, lawa.. canggih.. "


--aik..aku dan adik just duduk memerhati dan mendengar setiap keluhan penumpang yang macam kami--


Akhirnya..jam 2.00 pm barulah kami dapat naik bas..dalam bas ada plak penumpang yang sangat sengal...beli tiket 29 April 2011 tapi naik bas hari tu..dah delay ag... Apepun kami selamat sampai di kampung jam 7.30pm..


" dalam hati-- habis cuti Ku satu hari..."

29 April 2011

Menjelang 1 May

Salam semua..salam Jumaat..dan salam ceria..
Hari ini, pagi-pagi cuaca tak berapa nak elok..hujan membasahi bumi Kuala lumpur
Wah..sangat best tido..dok tarik selimut..huhu
Bangun-bangun..Jumaat sudah..
Prinsip kami-"Jumaat..cepat pergi keje..cepat balik"...
Boleh?- ahaha..bolehkan aja~~

Hari ini 29 April 2011..
Di ambang cuti..kepada 1 May..
Wah..korang..dok kemas pelbagai ek..nak balik
hua... nak balik kampung..
Yea!!!..ow..ow..ow...balik kampung..
hati girang..
ada yang balik malam nie..ade gak yang balik esok..
seronoknyerrr..

Sampai ofis..buat ape yang patut...
Sroottt..sreeetttt...
amboi memasing... selsema..
baik student, baik staff..
argh!!! flu + sakit ekak..+ panas badan..
sangatlah tak selesa...

Ape pun esok nak balik kampung..hope semua berjalan dengan lancar..seperti minyak pelincir..
Selamat bercuti semua..
Yang student yang ade exam..selamat "berperang"..
GooD Luck

Year End Gathering

Hari ini, aku cuti. Jadi, ada banyak masa untuk buat macam-macam, termasuk plan makan-makan. Plan simple je sebenarnya. Disebabkan aku ada m...