31 August 2018

Pac Man & Ghost

Hi semua yang membaca, Assalammualaikum

OK #IFLA dah habis, sekarang kita teruskan rutin as usual. Oh sebelum tu:

HAPPY MERDEKA DAY MALAYSIA yang ke-61. Moga terus aman.. InsyaAllah

💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗

Hari ini, saya nak share buat PacMan & Ghost (walau tak lah nampak rupa asal dia). Ghost cute gitew..

Sebelum tu, korang tau tak apa itu Pac Man
Aku, mulanya aku pun blur jugak sebenarnya.. 

OK, korang boleh Google search PacMan. PaCMan adalah satu permainan yang bentuknya bulat kuning(macam emoji kat whatsapp). dia makan biji-biji dan perlu mengelakkan diri daripada di makan hantu yang berlegar-legar di situ.. Scary bila kena kejar dengan hantu tu, sampai kadang-kadang serah diri kat hantu tu.. 😅


Image result for pacman
credit: Google
*******

Meh kita review sikit apa itu PacMan, dari sumber yang formal sikit iaitu di mana sumber aslinya, semestinya daripada pakcik Google.

Pac-Man adalah sebuah permainan arkade yang dikembangkan Namco dan diterbitkan Midway; dirilis di Jepang pada 22 Mei 1980. Awalnya dirilis di arkade saja, Pac-Man yang masih populer hingga kini telah dirilis pula dalam platform lainnya seperti Game Boy dan SNES. Perancang permainan ini adalah Toru Iwatani, yang merupakan karyawan Namco. (lebih lanjut)

😊😊😊😊😊😊

Sebenarnya, aku dapat tugasan membuat topeng PacMan dan hantu yang boleh pakai kat kepala. aku ada masa 2 bulan (kalau tak silap)


Tugasan: 4 Ghost 2 Pac MAn

😉😉😉😉😉😉


Aku pun Google, dengan pelbagai keyword. Last aku search under costume. adalah serba sikit yang mereka share di youtube. buat ni aku perlukan try and error. Kalau ikutkan banyak dah cuba.. sebelum apply yang besar (takdelah sesempurna tapi aku cuba je). Moga mereka OK dgn hasilnya nanti..huhu.


****

Maka bermulalah misi CARI & CUBA...


Gambar Google - camna nak jadikan kepala orang boleh duduk dalam tu.

Kalau ikut gambar, mereka gunakan belon, saya gunakan bola pantai sebab saya tak dapat nak imagine kepala orang besar mana nanti.


ala-ala prototaip kata orang
Prototaip ni, sebab nak aplikasikan apa yg saya imagine..camana lah ngupanya nanti. Macam robot yang jahat kan.. 👽..hahaha.. layan..jer


*************

OK, kat sini sya sangatlah bersyukur.

Kenapa?

Disebabkan saya duk sensorang kat rumah, bolehlah duk try kotak sekalian alam ni kat kepala sendiri muat tak.. boleh..lah yerr.. InsyaAllah

Lepastu dengan rumah bagai rumah tinggal .. ish..ish..ish...


ukuran kepala - rangka
Yang ini saya request kotak A4 kat kampus yang dah tak pakai..

Thank you my dearest friend..




OK, yang ni separuh bulatan kot, yang ni acuan dia guna bola pantai. Atas tu saya gunakan kertas dan gam. Buat dalam 3 atau 5 lapisan. Gam saya bancuh tepung ubi, macam masa sekolah rendah ibu buatkan saya.. jadi kita praktikkan lah.. Satu kepala seminggu, sebab nak tunggu kering lagi..makan masa.

Fuh, nasiblah ada gam kanji..kalau tak berbotol-botol nak beli gam. Mahal wey..




 Haa, untuk lebih kukuh..saya letakkan span sebagai rangka.. OK ini idea daripada bonda dan adik ku Khairunnas





 TADAA!!!!!  - Rangka akan seperti ini


 OYEN

OK, Ini anak pertama.. nama dia Oyen (sebab anak buah panggil dia oyen) masa bawak balik kampung..





Setelah sebulan setengah, maka siaplah 4 sekawan ni. OK yang tengah tu Rangka utk org kuning tu.. yang nama dia PACMan


Baju hantu aku campur-campur. Beli di kedai satu Malaysia. sekali lagi terima kasih kat bonda, afiq  dan khairunnas sebab tolong belikan kat Kota..Kluang tak jumpa..huhu.

💗💗💗💗💗💗



PACMAN

OK, seterusnya adalah PACMAN. yang ni pun sebenarnya saya dah give up. Saya call Staff HQ dan beritahu, saya takde idea. Sebenarnya dah view dah video ni, just dlm fikiran something yang ada mulut tu. Aku give-up sebab masa dah suntuk lagi tak dapat idea nak yang ada mulut.

Orang pertama yang aku story adalah bonda, dan semestinyalah sahabat saya kat Kluang ni..huhu. sorry Kak Aida selalu kena dengar rintihan aku.. 

Try punya try.. maka jadilah dia seperti di bawah
PacMan (asal boleh)
Semoga tuan baru korang happy dan korang berguna untuk mereka. InsyaAllah.


Terima kasih, syukur sangat kerana ibu, adik2, sahabat saya (kak Aida), banyak membantu dari segi masa weekend, bagi sokongan (walaupun bukan kerja mereka)..huhu.

kawan BP (Efi), Kawan BJ (Kak Bayah) pun ada bagi idea untuk menjayakan task ni.



Semua dah transit keluar..harap ia berguna sehingga ke akhir tujuan tanpa ada masalah. InsyaAllah

27 August 2018

IFLA

23 August 2018 hari tu ada programme kat KL..



Maka, pergilah dengan kawan kerja dari Batu Pahat. Tapi sempat lah makan daging masa sebelum bertolak tu.. al maklum..raya aidiladha. Huhu.



Tiba kat hotel yg kami booking tu dalam jam 9 pm. Impiana KLCC nama hotel tu. Entrance dia thorrbaik OK..staff pun byk membantu.. sebenarnya masa nak booking tu aku ada mengalami sedikit masalah teknikal, tapi alhamdulillah staff membantu

"Sorry cik hotel, jika saya annoying"

Programme yang aku attend ni nama glammer dia E4GDH.. sempena IFLA WLIC 2018 di KLCC.
Ok, nama panjang program ni "Evidence for Global Disaster Health" sempena The International Federation of Library Associations and Institutions (IFLA) " cam pustakawan seluruh dunia berkumpul. Dpt la jumpa orang2 besar2, senior lagi professionals.

Dalam program ni, mereka berkongsi experience dan apa yang mereka buat untuk membantu pihak2 kat luar sana ketika berlakunya disaster. Antara nya, public library memainkan peranan seperti menyediakan tempat berteduh, provide air( spt yg diceritakan: mereka provide air cz library mereka je yg ada bekalan air bersih). Selain itu, mereka menyalurkan maklumat yg sahih yg mereka peroleh dari badan yg boleh dipercayai. Maklumat disalurkan melalui media sosial. Mereka juga membawa buku dan toys untuk mangsa disaster ni mmbuat aktiviti.

Dalam pada itu, ada juga presenters lain yang berkongsi step by step bagaimana mereka nak implement, nak turut serta memberi bantuan. Cth; ada satu library ni dia perlu melalui teams, discussion, acquisition, vendor, IT dll. Uish banyak lah sampai satu masa aku pun blurr

Oklah..pastu petang ada casual talk..uhmm tapi aku nini xpand nak bual..nasib lah bos utus kawan yg bijak bestari untuk turut sama join.. dia lah yg tanya..huhu..

Last..sebelum tamat program ada org gitau.. psst, eh your boss ada tanya uolls.. haha.

Sekian

Thank you bos bagi peluang untuk kami merasa join IFLA.. huhhu.. Kawan study takde pun attend program ni, mereka join program lain.. hehe under IFLA jugak.


09 August 2018

Lebih baik

Keep calm and keep calm

OK..better to shut my mouth cz tak semua manusia willing nak dengar kita membebel..merepek merapu meraban.. 😆

🤔yes.. itu lah yang terbaik

31 May 2018

Good friend

Good friends are hard to find, harder to leave and impossible to forget. it’s not easy to let you go for good, you have been the best sister, friend, advisor & a shoulder when ever I needed 😢.

19 April 2018

Seken

Salam petang Khamis

Saya suka hari Khamis..sebab.. esok cuti.. 
Yay!! Boleh balik kampung..

Ok, disebabkan esok cuti.. aku nak wish selamat berhari minggu Johorians dan yang cuti Jumaat. 

Harini, aku dapat perkataan baru daripada sahabatku yang aku rasa she's the best, aku rasa aku pun tak dapat nak jadi macam dia.

Seken

OK perkataan hari ini ialah seperti di atas, iaitu SEKEN.

Korang tau tak, ini 1st time aku dengar perkataan ni.. huhu.. so sad..

Oklah kawan kawan, SEKEN ni adalah dialek Johor yang bermaksud "gelang tangan daripada emas". Haha.. dialek orang Johor tau.. 

Untuk pengetahuan kawan kawan, semakan telah dibuat di laman web  Pusat Rujukan Persuratan Melayu@ DBP. Boleh rujuk gambar di bawah.


Sekian itu sahaja untuk hari ini.. Kalau kawan kawan dapat bonus, ada rezeki lebih... bolehlah beli seken untuk raya.. 

Sekian, bye

05 March 2018

Wedding Cousin

Assalamualaikum

2-4 March 2018, berlangsungnya majlis ikatan yang dijanjikan.. Alhamdulillah tahniah sepupu.. (Abdul Auf & Mastura) lokasi diijabkabul adalah di Sendayan, Negeri Sembilan..

Kami duduk dengan ucu di Homestay Rumah Den.. bukan rumah saya tau.. tapi rumah owner tu..

Rumah tu sangatlah besar, banyaklah bilik, ada dapur bagai.. wow, awesome sangat
Family lagi satu duduk di Villa Ani..rumah ni pun sangatla besar like orang kaya2 dalam drama..

#Tamanparoi
#Seremban

Majlis pada hari Jumaat, hanya majlis nikah.. Sabtu adalah majlis sebelah perempuan dan ahad sebelah lelaki.. (saya xdpt hadir utk sblh perempuan dan lelaki..huhu...keje lah)

Apa pun alhamdulillah 

Year End Gathering

Hari ini, aku cuti. Jadi, ada banyak masa untuk buat macam-macam, termasuk plan makan-makan. Plan simple je sebenarnya. Disebabkan aku ada m...