19 April 2018

Seken

Salam petang Khamis

Saya suka hari Khamis..sebab.. esok cuti.. 
Yay!! Boleh balik kampung..

Ok, disebabkan esok cuti.. aku nak wish selamat berhari minggu Johorians dan yang cuti Jumaat. 

Harini, aku dapat perkataan baru daripada sahabatku yang aku rasa she's the best, aku rasa aku pun tak dapat nak jadi macam dia.

Seken

OK perkataan hari ini ialah seperti di atas, iaitu SEKEN.

Korang tau tak, ini 1st time aku dengar perkataan ni.. huhu.. so sad..

Oklah kawan kawan, SEKEN ni adalah dialek Johor yang bermaksud "gelang tangan daripada emas". Haha.. dialek orang Johor tau.. 

Untuk pengetahuan kawan kawan, semakan telah dibuat di laman web  Pusat Rujukan Persuratan Melayu@ DBP. Boleh rujuk gambar di bawah.


Sekian itu sahaja untuk hari ini.. Kalau kawan kawan dapat bonus, ada rezeki lebih... bolehlah beli seken untuk raya.. 

Sekian, bye

05 March 2018

Wedding Cousin

Assalamualaikum

2-4 March 2018, berlangsungnya majlis ikatan yang dijanjikan.. Alhamdulillah tahniah sepupu.. (Abdul Auf & Mastura) lokasi diijabkabul adalah di Sendayan, Negeri Sembilan..

Kami duduk dengan ucu di Homestay Rumah Den.. bukan rumah saya tau.. tapi rumah owner tu..

Rumah tu sangatlah besar, banyaklah bilik, ada dapur bagai.. wow, awesome sangat
Family lagi satu duduk di Villa Ani..rumah ni pun sangatla besar like orang kaya2 dalam drama..

#Tamanparoi
#Seremban

Majlis pada hari Jumaat, hanya majlis nikah.. Sabtu adalah majlis sebelah perempuan dan ahad sebelah lelaki.. (saya xdpt hadir utk sblh perempuan dan lelaki..huhu...keje lah)

Apa pun alhamdulillah 

02 January 2018

Pelalau

Assalammualaikum salam 2018

Harini aku nak cerita tentang perkataan pelalau. Sebenarnya, aku pun pertama kali dengar 😅😅.. Macammana boleh tau perkataan tu..haa, camni citernya

Jumaat, aku ikut bonda pergi bacaan yassin di rumah cikgu Jemalah..(jiran satu taman).

#di meja mkn

Tok mi (cikgu ngaji) 

Tok Mi : Zah, bila lagi?
CP: Bila apa tu, tok Mi?
Tok Mi: yerlah, bila lagi..nak naik?
CP: sambil sengih2..macam tak naik je tok Mi 😄
Tok Mi: sambil gelak2, nak tok mi naik kan
CP: ada ke ( fuh..buat2 berani..kan)
tok Mi: ala, tok Mi xde pulak..pergi berubat lah zah, mungkin pelalau agaknya
CP: Dengan muka blur😕 pelalau tu apa?
Tok Mi: pelalau ni mcm ada yg sakat..cubalah, kita usaha..
CP: hihi.. Ok tengoklah cmna. Jom mkn

#kami pun gi amik mknn.. Dan settle moh ler balik..nk masak untuk org rumah pulak

Sekian.. Itulah pelalau..😫

11 December 2017

Thirty two..

Alhamdulillah 10.12.2017 genaplah umurku 32 tahun....😅

Pertama...
Syukur ke hadrat illahi.. Ya Allah terima kasih atas nikmat yg xpernah putus

Ke-2
Terima kasih buat bonda, ibuku tersayang telah bertarung nyawa melahirkan anakmu yg songsang ni.. 😢

Ibu org pertama wish birthday, adik2 ku yayan, ali, nasz, aisyah 😍😍 happy sangat berada disamping mereka. 

Ibu said: happy birthday angah..hihi
(Pinjam kek kawin cousin). 

Hadiah jam daripada Ali

Thank you yayan utk hadiah tudung tu, thank you adik ku dan adik ipar utk birthday gift jam kitty & hand sock 😊

Ke-3
buat sahabat yang wish.. Juga terima kasih atas ingatan dan kerajinan2 ucap birthday.. Kak Aida sahabat IMU dari hari pertama, fidah sahabat pertama yg wish(thn ni xtau lah dpt celebrate x)..psstt.. Dia dah nk kawin tau
then, kak saliza, fie, sahabat uitm yani, kwn alam maya dan students yg wish..😄😄

Anyway, thank to all.
HAPPY BIRTHDAY TO ME



10 October 2017

Persahabatan

Persahabatan dibina atas dasar iman dan taqwa..  Hanya Allah yang mampu mempersatukan hati manusia..  Dan Allah jualah yang membolak balikkan hati manusia itu sendiri..  Dan ketahuilah, silaturrahim ini dibina kerana Allah....

03 October 2017

Percutian tak dirancang- Cameron Highlands

 Assalammualaikum,

16 September 2017 (Sabtu) adalah HARI MALAYSIA yang mana semua rakyat Malaysia di berikan cutii umum. Jadinya, minggu tu aku cuti…yea…cuti  Jumaat Sabtu. Seronokkan sekali sekala dapat cuti Jumaat Sabtu..hihi.
Aku tahu ramai yang dah pergi ke Cameron Highlands ni. Just aku je rasa excited sangat nak pergi.. hihi. Ceritanya bermula pada hari Rabu (14 September 2017)

(Lagu phone berbunyi..) – 6:45 am
Cik Pinky (CP): Hello, Assalammualaikum..
Ibu : Waalaikumsalam, dah bangun?..
I: hehe.. dah.. (tu soalan cepumas, sebenarnya..kot cik pinky sambung tidur..hahaha. al maklum kerja jam 11am)
Ibu: Sabtu ni keje ke cuti?
I: Sabtu ni cuti, nape ibu?
Ibu: Jom gi Cameron, angah (OK cik pinky ni anak number 2) sorang je tak pergi Cameron..
I : InsyaAllah..
Ibu :  Nanti cari lah penginapan yang biasa2 je.. untuk kita ber empat..
I: baiklah, nanti angah cari eak..
Ibu: Ha,, OK bye.. nanti gitau tau
I: OK..

(telefon di matikan..)
Termenung jap, jari pun tangkas menaip tempat penginapan di sana..amik yang budget je.. (list suggestion Vila Dahlia, Carnation apartment)
Buka Hotels.com .. search tempat penginapan berdekatan dengan Villa Dahlia (area Brinchang)- Rate masa tu memang tinggi sikit, maybe sebab cuti umum + weekends. Search punya search aku pun booked lah satu Hotel ni.. review dia pun OK

JOM CAMERONS KITA..

Cameron Highland terletak di Pahang. Cakap pasal Cameron, Strawberry & teh adalah satu tempat yang bermain di minda. Aku untuk pertama kalinya dapatlah pergi ke sini setelah 32 tahun.. Alhamdulillah..kan.. tempat dia memang terbaik..hijau..sejuk..boleh release tension..

Kami bertolak jam 12am daripada Kluang. solat dalam perjalanan Dan terus ke destinasi.

Tempat pertama kami adalah ladang teh.


Ladang teh ,cawan kuning

Kemudian, kami teruskan perjalanan..nak cari breakfast.. hujan pagi tu.. mmg biru jari memasing..kesejukan.. pagi tu kami singgah makan di satu gerai.. menu mestilah nasi lemak Dan roti canai.. nes secawan..

HEALTHY STRAWBERRY FARM

Strawberry with cream and chocolate 👍


Destinasi ke dua.. masuk free je.. 😅😅 . Dalam tu ada strawberry & cactus.. kami mkn strawberry with cream and chocolate mcm dlm gambar..best..

Destinasi ke tiga.. kami pergi Lavender Farm

Ok..Kat sini byk photos tp.. x masukkn semua.. hihi. Di sini lah kami makan aiskrim lavender..not bad lah.. sedap..hihi.

Minum hot chocolate.. awesome.. dgn cuaca sejuk minum yg hot2.👍. Hihi

Destinasi ke empat adlh BEE farm.. Kat sini kami Tak turun cz cuaca x mengizinkan..jadinya kami shopping je Kat atas..

Last kami balik hotel..penat sudah semalaman x tidur.. kesian Kat adik aka driver..


Hotel Country lodge

Hotel Country Lodge adalah tempat penginapan kami. Hotel  ni terletak di Brinchang..tengah Bandar kot.. Rate masa ni tak de mahal. Entrance dia cantik…staff dia OK.. Recommended.. hotel ni x de masak2 dalam bilik tau.



Sebelah malam kami mkn di kawasan berhampiran Dan shopping di pasar Brinchang.

Hari ke dua kami bersarapan di Restoran Abang

View dia sangat cantik..kami order nasi lemak ayam.. best


Selepas mkn kami singgah lg shopping 😄. Dan terus balik.. 

Sekian percutian kami..hihi..


11 September 2017

Sakit itu penghapus dosa

Sering kita dengar, sakit itu penghapus dosa.. mudah2an.. bermula sakit tekak, diikuti demam Dan selsema.. 😅

Alhamdulillah, dah semakin pulih..walaupun..kdg kala panas badan on off.. Disebabkan duk jauh dgn family, jadi pandai 2 la yer..

Alhamdulillah, dikurniakan seorang sahabat yang caring..

😞 Maaf sahabat, bukan niat nak mengada2, tapi mmg kalau Bab ubat ni.. 😨😵😭 saya susah sikit..


Teruskan, mkn ubat..moga cpt sihat untuk diri sendiri... insyaAllah.. 

Year End Gathering

Hari ini, aku cuti. Jadi, ada banyak masa untuk buat macam-macam, termasuk plan makan-makan. Plan simple je sebenarnya. Disebabkan aku ada m...