10 October 2017

Persahabatan

Persahabatan dibina atas dasar iman dan taqwa..  Hanya Allah yang mampu mempersatukan hati manusia..  Dan Allah jualah yang membolak balikkan hati manusia itu sendiri..  Dan ketahuilah, silaturrahim ini dibina kerana Allah....

03 October 2017

Percutian tak dirancang- Cameron Highlands

 Assalammualaikum,

16 September 2017 (Sabtu) adalah HARI MALAYSIA yang mana semua rakyat Malaysia di berikan cutii umum. Jadinya, minggu tu aku cuti…yea…cuti  Jumaat Sabtu. Seronokkan sekali sekala dapat cuti Jumaat Sabtu..hihi.
Aku tahu ramai yang dah pergi ke Cameron Highlands ni. Just aku je rasa excited sangat nak pergi.. hihi. Ceritanya bermula pada hari Rabu (14 September 2017)

(Lagu phone berbunyi..) – 6:45 am
Cik Pinky (CP): Hello, Assalammualaikum..
Ibu : Waalaikumsalam, dah bangun?..
I: hehe.. dah.. (tu soalan cepumas, sebenarnya..kot cik pinky sambung tidur..hahaha. al maklum kerja jam 11am)
Ibu: Sabtu ni keje ke cuti?
I: Sabtu ni cuti, nape ibu?
Ibu: Jom gi Cameron, angah (OK cik pinky ni anak number 2) sorang je tak pergi Cameron..
I : InsyaAllah..
Ibu :  Nanti cari lah penginapan yang biasa2 je.. untuk kita ber empat..
I: baiklah, nanti angah cari eak..
Ibu: Ha,, OK bye.. nanti gitau tau
I: OK..

(telefon di matikan..)
Termenung jap, jari pun tangkas menaip tempat penginapan di sana..amik yang budget je.. (list suggestion Vila Dahlia, Carnation apartment)
Buka Hotels.com .. search tempat penginapan berdekatan dengan Villa Dahlia (area Brinchang)- Rate masa tu memang tinggi sikit, maybe sebab cuti umum + weekends. Search punya search aku pun booked lah satu Hotel ni.. review dia pun OK

JOM CAMERONS KITA..

Cameron Highland terletak di Pahang. Cakap pasal Cameron, Strawberry & teh adalah satu tempat yang bermain di minda. Aku untuk pertama kalinya dapatlah pergi ke sini setelah 32 tahun.. Alhamdulillah..kan.. tempat dia memang terbaik..hijau..sejuk..boleh release tension..

Kami bertolak jam 12am daripada Kluang. solat dalam perjalanan Dan terus ke destinasi.

Tempat pertama kami adalah ladang teh.


Ladang teh ,cawan kuning

Kemudian, kami teruskan perjalanan..nak cari breakfast.. hujan pagi tu.. mmg biru jari memasing..kesejukan.. pagi tu kami singgah makan di satu gerai.. menu mestilah nasi lemak Dan roti canai.. nes secawan..

HEALTHY STRAWBERRY FARM

Strawberry with cream and chocolate 👍


Destinasi ke dua.. masuk free je.. 😅😅 . Dalam tu ada strawberry & cactus.. kami mkn strawberry with cream and chocolate mcm dlm gambar..best..

Destinasi ke tiga.. kami pergi Lavender Farm

Ok..Kat sini byk photos tp.. x masukkn semua.. hihi. Di sini lah kami makan aiskrim lavender..not bad lah.. sedap..hihi.

Minum hot chocolate.. awesome.. dgn cuaca sejuk minum yg hot2.👍. Hihi

Destinasi ke empat adlh BEE farm.. Kat sini kami Tak turun cz cuaca x mengizinkan..jadinya kami shopping je Kat atas..

Last kami balik hotel..penat sudah semalaman x tidur.. kesian Kat adik aka driver..


Hotel Country lodge

Hotel Country Lodge adalah tempat penginapan kami. Hotel  ni terletak di Brinchang..tengah Bandar kot.. Rate masa ni tak de mahal. Entrance dia cantik…staff dia OK.. Recommended.. hotel ni x de masak2 dalam bilik tau.



Sebelah malam kami mkn di kawasan berhampiran Dan shopping di pasar Brinchang.

Hari ke dua kami bersarapan di Restoran Abang

View dia sangat cantik..kami order nasi lemak ayam.. best


Selepas mkn kami singgah lg shopping 😄. Dan terus balik.. 

Sekian percutian kami..hihi..


11 September 2017

Sakit itu penghapus dosa

Sering kita dengar, sakit itu penghapus dosa.. mudah2an.. bermula sakit tekak, diikuti demam Dan selsema.. 😅

Alhamdulillah, dah semakin pulih..walaupun..kdg kala panas badan on off.. Disebabkan duk jauh dgn family, jadi pandai 2 la yer..

Alhamdulillah, dikurniakan seorang sahabat yang caring..

😞 Maaf sahabat, bukan niat nak mengada2, tapi mmg kalau Bab ubat ni.. 😨😵😭 saya susah sikit..


Teruskan, mkn ubat..moga cpt sihat untuk diri sendiri... insyaAllah.. 

18 August 2017

Tip Menegur dan Memberi Nasihat.

Bahasa dan kata yang lembut bukan hanya mampu menundukkan akal tetapi juga menakluki hati.

Berbeza dengan hujah yang benar tetapi kasar, hanya mampu menundukkan akal tetapi gagal menawan hati.

Lalu yang jahil tetap berdegil,
bukan kerana tidak tahu,
tetapi tidak mahu!


#copy&paste
#fb

03 August 2017

Throwback Hari Raya 2017

Throwback Hari Raya tahun ni..

Hari raya tahun ni amik cuti satu minggu.. Yeaa...


Disebabkan hp problem, banyak gambar dah tak boleh view😢😢.. So kita attached mana yang ada je lah..

Raya tahun ni, ada majlis pertunangan.. Hihi. Semoga kekal hingga ijab kabul dan hingga akhir hayat. InsyaAllah..

Ok..sebelah kanan tu with my siblings
Sebelah kiri pulak, hari raya dengan kawan office.. Kami x ramai.. So itu je la.. 😄😄

Semoga bertemu lagi di lain episod.

30 July 2017

Undangan Majlis Rakan

Assalammualaikum,

Ni cerita semalam..orang kata throw back..ha..gitulah. Ok smlm, lepas kerja, dalam jam 1pm..geraklah ke tangkak..nak menghadiri majlis perkhawinan bos.. Hihi..selamat pengantin baru bos dan wife.
Hensem dan cantik pengantin..aura seri..

Cantik kn pengantin
Request nk bergambar..ngan pengantin..jauh tu..dtg..hihi.. Apa pun alhamdulillah, dapat jugak datang meraikan majlis. SELAMAT PENGANTIN BARU EN SYAH & WIFE, ZAFIRAH.

*sampai kluang jam 6 pm.. 29:07:2017

14 July 2017

Maafkanlah..

Harini scroll2 fb, terasa nak share kata kata ni.. 👇

Ada orang sedih..

Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu:

1. Apabila meninggal dunia ayah kamu , maka matilah pimpinan dan nasihatnya...

2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya...

3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yg dikongsi bersama...

4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya...

5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya...

6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya...

7. Apabila meninggal  dunia sahabat kamu maka pudarlah sirna nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya...

Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.

Maka..
senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yg fana ini....

(Manfaatkanlah dibulan syawal yg mulia ini...sebelum kesempatan berlalu pergi....)

#copypastedarigrou

Year End Gathering

Hari ini, aku cuti. Jadi, ada banyak masa untuk buat macam-macam, termasuk plan makan-makan. Plan simple je sebenarnya. Disebabkan aku ada m...