30 August 2012

Partner Giveaway By Fiqah dan Ieyla

 

 Jom Join.. 

Ni GA yang dibuat oleh Fiqah & Ieyla..
Blog dierang sangat chomey..
Yang sponsor pun..blog sangat menarik...

Apa lagi..Klik Banner tu..untuk mengetahui lebih lanjut..tak pun boleh jugak 
Klik di sini >> Fiqah & Ieyla <<

Apa Hadiahnya??

 

Sangat menarik..mesti tertanya-tanya kan...meh ke blog mereka
 
 

27 August 2012

Ringkasan : Hari Raya Punyer citer

Assalammualaikum..fuhh!! mood raya lagi walau dah kembali bertugas… maaf lerr bila bercuti je..semua cuti termasuk lah surfing2 hupdate2,, blogwalking facebook. Ini disebabkan ketidakcukupan budget untuk internet access.
Hari tu cik pinky balik awal sehari dari kawan2 officemate sebab lewat beli tiket kenalah balik awal..hehe. sebenarnya suka..kan. lalala. Balik keje..solat..terus angkat beg bertolak ke TBS.. seb baik sempat..rushing giler… tapi..last2..bas ku lewat sejam..ahaha.. berbuka di situ gak..takpe yg penting bas tak tinggal…
Biler hari Raya tiba.. xtiviti cam biasa..memasak, menggoreng, menumbuk, menumis..semua me… lah. Pagi raya dah siap2 makanan, kami p tanah perkeburan melawat kubur arwah ayah, tok bak, nenek mak. Sedih plak aser rindu kot kat dierang. Sob..sob…
Lepas makan2.. petang baru p kampong rumah arwah ayah..sebab kampong ibu dah tader sape2.. sian ibu.. sayang sangt kat ibu..banyak kot berkorban untuk kiterang, keje asik OT jer.. bangun pepagi tidur lewat.. masak..mengemas, p tolong jiran tetangga, layan si kecik (adik bongsu).. ishhh aku tak larat kot.
Seminggu cuti raya, seminggu gak tak dok umah p umah sedara mara… huhu seb baik adik laki aku yang drive. Kalau diriku..adehhh… lepak..asenye.
Semalam ibu dan adik hantar adik yg pompuan sebenarnya p kajang, aku dah beli tiket awal2..tapi last2 tumpang sekali balik..kuikui.. beli tiket balik 31 august sebab sahabatku di kampong kawen.. kena lah balik kan..cz dalam kg tu kami 3 org jer yang sebaya..Tahun ni dua2 kawanku ni nak kawen..tinggallah aku sendiri..tahun depan tak tau nak raya ngan sape plak..saya nie tak ramai kawan..huhu.. that’s why lah..
Sekian sahaja cerita hari raya..gambar nanti upload kemudian..huhu ta sempat transfer..

Salam aidilfitri semua rakan blogger…

13 August 2012

Pejabat Pos punya Hal


* Sabtu: 11 August 2012 *

Sedang lena semua kawan-kawanku tidur..aku terpaksalah bangun bersiap untuk ke tempat keje.. Cam biasa aku sampai jam 8.15am di tempat kerja..

"Selamat pagi"...ucap pakcik guard
"Selamat pagi pakcik"- balasku

Boringnye lah..tapi seronoklah gak..sehari suntuk takde student..fuh!!
apa ag aku pun beroperasilah sorang2..mengemas perpustakaan yang mana buku bersepah tak ikut call number..syok lah gak..huhu

jam 1.00pm aku habis waktu kerja..tujuan utama nak p pejabat pos.
Pejabat Pos kat Amcorp Mall je.. alhamdulillah lunch hour pun dierang open..

*Dalam Pejabat pos..*

"Kak..saya nak beli setem untuk surat-surat ni (sambil menunjukkan surat tersebut kepada pegawai yang bertugas"
" Ok..semua sekali RM 3.00"- ucap pegawai pos

siap bayar duit setem, aku pun pergilah tampal setem2 tersebut..pastu aku nak p masukkan surat-surat tu dalam tong merah kat luar..

 

Lama aku berdiri di depan tong merah yang chomey nieh... 


Surat aku kategori mana eak??


Mana tak lama, lubang kanan yang dulu tulis lain-lain tempat telah ditukar kepada "SURAT KECIL", sebelaj kiri yang dahulunya tulis wilayah perseketuan ditukat kepada "SURAT BESAR"

sambil aku pegang surat2 aku, aku dok fikir..surat-surat aku ni kecik ke besar eak??
habis satu tong punya notis aku baca... last-last aku nekad masukkan dalam lubang yang tulis "SURAT KECIL"

ngam-ngam masuk je..terkejut aku kerana ada suara gelakkan aku dengan kuat..

terkejut ala-ala gabra lah gak...
Aku toleh belakang..amboi..apek nie..sakan dia gelak..

 Ha..ha..ha,,  
 Aku tengoklah dengan rasa hairan...

"Amoi, u punya surat surat besar ke kicik??" - Apek
"erm..ntahlah..saya pun compius surat saya besar ke kecik..tapi masuk je lah kat surat kecik..adehhh" -jawab aku selamba

"saya tengok pun manyak compius..nape mereka tukar..itu surat besar..surat kecik.." - apek

"apek tu terus ketawa..sampai merah muka.."- pelik aku..

last2 aku pun jalanlah nak g beli hadiah untuk Birthday adik bongsu aku tu.. ehehe

07 August 2012

Malunyee saya... ^_^

Assalammmualaikum wbt..

Semalam cuti bagi kawasan Selangor. Jadi..saya yang bekerja di Selangor bolehlah..melambatkan bangun tidur.. ehehe. Kawan-kawan yang lain semua dah p kerja sebab dierang kerja di Kuala Lumpur. Sebenarnya semalam adalah 17 Ramadhan, iaitu Hari Nuzul Quran. 

Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.(http://www.islam.gov.my/nuzul-al-quran-dan-lailatul-qadar)


Erm…disebabkan cuti kerja, jadi pepagi dah bangun bersiap p bayar hutang piutang (PTPTN). Lebih kurang jam 11.45am selesai dah urusan. Disebabkan aku dah kat KL Central, fikir2 naik Komuter je senang. Rupanya hampeh.. delay sejam kot kat bawah tu..nyesal plak rasa..kalau naik bas dah sampai agaknya..huhu. Coach memang baru, panjang..tapi perkhidmatan tetap sama.  Sampai di Mid Valley, teruslah p membeli barang yang kawan saya pesan. Zuhur kat rumah je. Huhu.

Lebih kurang jam 2pm, saya dah bergegas keluar rumah balik nak p KLMU. Nak p amik kuih raya sebenarnya. Huhu.

MALUNYE SAYA..


Kisah ni apabila on the way ke bazaar.. dok lah asyik menaip mesej kat handphone… kunun lepas lah naik tangga.. Tup..tup… amek kaw… tersungkur..aduh!! malunye…bangun2 ada sorang pakcik nie..dah tersengih depan aku.. cepat-cepatlah sya ni bangun..wat cam tada paper..

Pakcik : “dek..ok ke>?”
Saya : “ erm..ok..ok..pakcik”

Menonong je jalan..huhu (cover malu sebenarnya)

Nak turun ke kawasan bazaar, terserempak ngan pakcik yang sama, rupanya destinasi yang sama..
Aku watt a tau je lah…boleh plak pakcik tu tegur

Pakcik : “ hati-hati dek”sambil berbisik kat aku.. “ sahur tak pagi tadi? Sahur ape??”
Aku : “aduhh..pakcik ni malu saya… saya sahur lah”

Nak balik dari bazaar.. nak melintas

Aku: ha..line clear..cepat2 nak p balik umah

Tetiba..

Pakcik : “ha..dek..ok tak nak lintas nie, nak pimpin tak?”

Aku toleh..merona merah menahan malu..adehhh…

Kisah ni tamat pabila aku amik jalan kanan dan pkcik tu amik jalan kiri memasuki apartment. Ahaha



p/s: moral of the story, jalan tengok depan, jaga langkah..jangan asyik main sms kat hp..ini lah padahnye… huhu

01 August 2012

Jangan lupa tanggungjawab..

Assalammualaikum wbt..

Hari ini adalah hari ke 12 kita berpuasa. Dalam kita berpuasa, ramailah sudah yang pergi persiap apa yang patut seperti shopping baju raya untuk suami, anak-anak dan diri sendiri.. Mana arah tujuan?? SOGO, Masjid India, Plaza Angsana, padang Besar... pilihlah..

Dalam keghairahan menyediakan untuk menyambut syawal jangan pula lupa membayar ZAKAT FITRAH.. 

Apa itu zakat Fitrah??
( http://www.e-zakat.com.my/info-zakat/pengertian-zakat/)

Dari Segi Bahasa

Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG”
Pengertian “BERSIH” dan “SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.

Dari Segi Syarak

Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak

Hikmah Disyariatkan Zakat

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:
  • Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
  • Membersihkan diri pembayar zakat.
  • Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
  • Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
  • Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
  • Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
  • Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
  • Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
  • Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT.
  • Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.
Berikut adalah beberapa hukum berkaitan waktu untuk membayar zakat fitrah. Selamat mengulangkaji :) - http://suraukini.blogspot.com/2011/08/hukum-dan-waktu-membayar-zakat-fitrah.html
  • Waktu Yang Dibolehkan iaitu dari awal Ramadhan sehingga hari akhir Bulan Ramadhan.
  • Waktu Wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
  • Waktu Afdhal iaitu selepas sembahyang subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang Raya Aidil Fitri.
  • Waktu Makruh iaitu selepas sembahang Hari Raya Aidil Fitri sehingga tibanya Waktu Maghrib (iaitu sebelum terbenam matahari).
  • Waktu Haram iaitu selepas terbenam matahari pada Hari Raya Aidil Fitri.

SELAMAT MENUNAIKAN ZAKAT FITRAH..

20 July 2012

Salam Ramadhan 1433

Salam Ramadhan 1433H semua. selamat berpuasa ye.. 




"Jika Jiwa tinggalkan badan, maka nafas berhembus pergi,
Jika hadir bulan Ramadhan, mari kita sucikan diri.
Maaf dipinta kekhilafan diri, moga Ramadhan lebih bererti."

SALAM RAMADHAN 1433 H

18 July 2012

Serbuk Cheese Ala Cheezy KFC punya pasal

Salam semua, uhm..esok dah nak tengok anak bulan..eiii, tak sabar nak puasa.. harap dipermudahkanlah segala amal ibadah dan urusan. Tinta dilancarkan berdasarkan kisah semalam, takkan kisah esok (boleh tapi hanya perancangan sahaja).

16 July 2012 – penghantaran barang yang di oder telah sampai, malangnya tiada orang di rumah, jadiknye kenalah saya menapak ke pusat poslaju Kuala Lumpur. Kena google nieh..

17 July 2012 – kerja macam biasa 8.30am tiba di tempat mencari rejeki, dan pulangnya jam 6pm, sebab hujan..hehe.. Biasalah kerja ku ini asik menguji kesabaran, kawal amarah dalam diri..stress kot. Bising jangan cakap lah..kita tegur elok2, sekejap je.. kita tegur secara kasar, pa lagi..budak muda, darah tengah panas menjawablah gamaknya.. Bikin panas dierang nie lah..bak kata lain ley spoil Mood tau.. “Korang ni tak boley ikut peraturan ke?” – jawapannya tak Boleh.. angin tak..soo the solution DIAM. Lagi kita argue lagi hebat debat nanti.
 
Seusai kerja, saya dengan gigih lah menaiki LRT Rapid dari Asia Jaya ke KL Central. Tanya akak yang yang meja information, dan saya ikutlah guide yang dia gtau. Masa nak turun ke tempat bas, bau perghh!! Busuk sangat. Dalam on the way ke stesen monorail.. sangatlah menakutkan, dengan gelap, ramai orang luar..risau je rasa. Sampai di monorail..kene lalu lorong sempit..eii tobat tak mo dah.pusing punya pusing, aku Tanya lagi cashier kat satu kedai tu

“Dek, pjabat pos laju di mana eak?”
“Terus nie, pejabat pos di hujung bangunan”
“Terima Kasih” – senyum kepenatan..

Dah lah baru balik keje, berpeluh-peluh lah den.. menapak.

Yes..itu dia… Pusat Poslaju Kuala Lumpur.. Alhamdulillah, sampai gak..huhu. Masuk je pejabat pos tu lebih kurang jam 6:45 pm. Staff kat situ Tanya : “Awak nak amik barang atau hantar?” – “saya nak amik barang” – “OK.terus je ke kaunter 05”

KAUNTER 5
“Encik, saya nak ambil barang sambil menghulurkan surat pengambilan barang”
Staff Pos: “ Ok, duduk dulu yer”
- aku sorang je kot..agaknya dah petang sangat..huhu
05 minit kemudian
Staff Pos: “ cik..cik.. Cik (nama penuh saya)
Saya: “ ehehe, sambil tersengih..p lah ke kaunter..”

Sign segala bagai..settle..
Satff Pos: “ ni serbuk cheese yang sedap tu eak?”
Saya: “ a’a serbuk cheese tapi saya baru nak rasa, tak taulah sedap ke tak.. hehe..terima kasih ye encik”
__
Nak balik sekali lagi pening, last2 jumpa encik POLIS, erm,,encik nak ke KL Central LRT camne eak?
Setelah di beri guide..jalan laju2 nie, cz lalu tempat tadi gak..
Tapi akhirnya sampai umah dalam jam 7:30pm..huhu’
Malam tu dok bancuh serbuk chesse makan ngan kawan2..memang sedap..(thumb up) berbaloii..hehe


Thanks . . kak Yana   (untuk view produk)


selamat membaca

Year End Gathering

Hari ini, aku cuti. Jadi, ada banyak masa untuk buat macam-macam, termasuk plan makan-makan. Plan simple je sebenarnya. Disebabkan aku ada m...