13 July 2012

Kurangnya kesedaran sivik

Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi satu kisah berkenaan dengan kurangnya kesedaran SIVIK di kalangan masyarakat dan juga remaja.




Ilmu itu suci


Kenapa kesedaran sivik tu penting? Bukan fizik ye. Sebab fizik mungkin ramai yang tak tahu sebab tak belajar masa sekolah dulu. Ok. Tak kira la orang biasa mahupun kaya, kesedaran sivik memang penting. (http://www.mkhafiz.com/2010/12/kesedaran-sivik-itu-penting.html). Pada pendapat saya..lah, kesedaran sivik dalam diri semua dah kurengg..sapa setuju?? Uhm… 

 

Mari kita lihat di kalangan Mahasiswa dan Mahasiswi.. takkisahlah depa IPTA @ IPTS: Bayar berjuta @ ditangung \(^_^)/… O.K. apa itu Mahasiswa?? “MAHASISWA”  BOLEH DIKATAKAN SESEORANG YANG AGAK CEMERLANG DALAM AKADEMIK, SUKAN DAN KEMAHIRAN. Ha..gempaq tak?? Jadi MAHASISWA..bangga tu.. Berjaya dari segala aspek TAPI tidak cemerlang dari segi sikap, kesedaran sivik, hormat menghormati, dan mematuhi setiap arahan.
Sudah lama saya lihat scenario seperti ini:


1.       Arahan simple diberi “letak buku yang di guna di atas TROLI” – TAPI..hampa.. ini yang berlaku

2.       Dilarang membawa sebarang makanan dan minuman ke dalam perpustakaan... APA YANG DI BUAT??- bawak air, goreng pisang ..Yang hangin..sampah selit kat celah buku. Tau pulak kalau staff wat rondaan sembunyikan. Sakit hati.. Pernah satu hari ada student ni, depan staff:

“eii..aku tak leh masuk..nak makan jambu”- pelajar

Bila staff pusing je tempat lain… mencecet dia lari ngan jambu..selmba badak tapir jer masuk library..anginn jer rasa..kalau boleh nak je tepek gambar dia dalam nie..tapi tak boleh.. pelajar tersebut perempuan. Aiii..perempuan lelaki sama aje..

3.       Dulu, kami fikir banyak sampah buang merata-rata seperti di tapak pasar tani disebabkan kekurangan tong sampah..dok lah Tanya management, nak mintak tong sampah, kene wat request…pulunlah ikut procedure..last-last..bila dapat tong sampah..aishh..tong kat sebelah, sampah kat atas meja tulah yang paling banyak, dengan tisu (geli den nak kutip: terpaksa guna kertas sapu)

4.       KECURIAN
a.       Notis 10 dah tepek, berwarna Print Besor2, sebab wujudnya org yang amik course "pencuri" barangkali … Namun pelajar tetap tak endah..hari ni je dah 4 org hilang duit.. Tanya camne leh hilang… 

"Saya letak dalam beg.."- pelajar
" ermm kan saya dah gtau Duit, laptop, semua brg bharga angkut bawak bersama. Beg je dok luar… sekarang camne??"

5.       BISING – dalam perpustakaan kat Malaysia ni of course kene senyap tiap masa..kan.. kalau luar Negara boleh kot bising2. Masuk perpustakaan je semestinya bising..OK kalau wat discussion ni..p tengok..rupa-rupanya..berkumpul ramai2 tengok U tube dan group ag satu tengok movie..volume leh plak nak full.. mana tak stress..

6.       Yang kena marah. Kami..juga STAFF…Budak MBA pun..cakap:

" Miss, finally library will be quiet... hehe..sengeh je lah aku..

06 July 2012

Lirik Lagu Letto – Ruang Rindu



Di daun yang ikut mengalir lembut
Terbawa sungai ke ujung mata
Dan aku mulai takut terbawa cinta
Menghirup rindu yang sesakkan dada

Jalanku hampa dan kusentuh dia
Terasa hangat oh didalam hati
Kupegang erat dan kuhalangi waktu
Tak urung jua kulihatnya pergi

Tak pernah kuragu dan slalu kuingat
Kerlingan matamu dan sentuhan hangat
Ku saat itu takut mencari makna
Tumbuhkan rasa yang sesakkan dada

Chorus 2x:
Kau datang dan pergi oh begitu saja
Semua kutrima apa adanya

Mata terpejam dan hati menggumam
Di ruang rindu kita bertemu

Bertemu

29 June 2012

Kelebihan puasa Syaaban & malam Nisfu Syaaban

sumber bacaan: 
http://www.ismaaustralia.com/kelebihan-puasa-syaaban-malam-nisfu-syaaban/#comment-4292


Sumber asli :  

***************************


Sempena bulan Syaaban dan malam Nisfu Syaaban, saya nukilkan beberapa hadis dari kitabSahih Al-Bukhari dan kitabAl-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty. “Nisfu” bermakna separuh atau 14hb. Kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim adalah rujukan paling utama dalam Islam selepas Al-Quran.

Abdullah b Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah ra. dia berkata (bermaksud),“Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).

Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah ra meriwayatkan kepadanya dengan berkata,“Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi saw berpuasa bulan Syaaban semuanya - lafaz Al-Bukhari]. Nabi saw bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu – pent)”. Aisyah ra menyambung,“Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” (Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).

Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah ra. berkata (bahawa)kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur”. (Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari).
Abdullah bin Maslamah menyampaikaan kepada aku dari Malik, dari Ibnu  Syihab, dari Abi Salamah dan ayahku Abdullah Al-Agharry, dari Abu Hurairah ra sesungguhnya Rasulullah saw bersabda (bermaksud)“Tuhanku tabaaraka wa taala turun ke langit dunia setiap malam bila tinggal 1/3 akhir malam dan berfirman: Mana orang yang berdoa kepada aku, untuk Aku memperkenankan doanya ?Mana orang yang meminta kepada Aku, untuk Aku berikan kepadanya ? Mana orang yang memohon keampunan Ku, untuk Aku mengampuninya ? (Hadis Sahih No. 1145 riwayat Imam Al-Bukhari).

Di dalam Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari di atas, tidak disebut secara khusus puasa sunat hari Nisfu Syaaban ie. 14 atau 15hb Syaaban, namun disebut secara khusus berpuasa sunat pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan yang mana termasuklah didalamnyaharipertengahan Syaaban (nisfu Syaaban). Di dalam hadis Sahih Al-Bukhari diatas juga tidak disebut secara khusus berqiamullail malam Nisfu Syaaban, tetapi disebut berqiamullail disetiap malam,dan yang mana initermasuklahmalam pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban).

Adapun berqiamullail pada malam Nisfu Syaaban dan berpuasa pada siang harinya, dengan secara khusus menyebut kalimat “Nisfu Syaaban”, status hadis-hadisnya (sahih, hasan sahih, hasan, dhaif, maudhuk dll) adalah menjadi perbincangan akademik para ulamak hadis. Jika tidak mencapai ke tahap Sahih, ia tidak boleh dijadikan hujah Syarak,namunjika dipadankan denganHadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari diatas, ia boleh dijadikan panduan untuk Fadhail A’mal (Fadhilat-fadhilat Amal Ibadah) dalam Islam.“Tiada halangan dibuat penyiasatan ilmiah yang bersih dalam masalah khilaf dalam suasana kasih sayang di jalan Allah dan bekerjasama kearah mencapai perkara yang sebenar, tanpa usaha tersebut membawa kepada perdebatan yang tercela dan taksub” (Imam Hasan Al-Banna).

Akhirnya nanti, secara amalinya, bangun malam (qiamullail) dan berpuasa 14hb Syaaban adalah ibadah yang Syar’iyy, merupakan salah satu taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah) dan bukan bid’ah.

Berikut adalah sebahagian hadis-hadis berkenaan Nisfu Syaaban dari kitabAl-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty:

Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda,“Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie).

Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas ra. dia berkata,“Nabi saw ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi saw menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi saw ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”. Kata At-Tarmizi, hadis ini hadisHasan Sahih.

Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud,“Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkandia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.

Dari Al-Baihaqy dengan sanad-sanadnya dari Aisyah ra. bahawa Nabi saw bersabda bermaksud,“Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.

Akhir kata,Allahumma a’inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik (Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati, mensyukuri dan beribadah kepadaMu). Ameen ya rabbal alameen.


********************************

P/s : Artikel ini di ambil daripada blog@ website yang tertera di permulaan entry. Segala isi kandungan tidak di ubah walau satu huruf sekali pun. Anda bolehlah terus ke URL tersebut untuk lebih lanjut.

07 June 2012

V-Log??? ... ^_^

Assalammualaikum...

sekarang dah pun masuk bulan rejab.. kamu semua puasa? mencari pahala dan secara tidak langsung kita boleh melatih diri menyambut Ramadhan.. diam-tak -diam dah nak puasa lagi kan... macam ne lah tahun ni kan.. InsyaAllah, semua akan dipermudahkan dengan izin Nya. Kita bermohon dan berusahalah... ^_^

Hari ni saya tada nak share ape2.. hanya nak berbicara di blog... semalam saya tengok citer "Cinta V-log".. tertanya2 gak ape tu? - setelah tengok citer tu barulah saya tau.. V-Log tu adalah sama artinya dengan Video blogging yang upload blog guna video/ dalam wikipedia:

" Video blogging, sometimes shortened to vlogging (pronounced 'vlogging', as opposed to 'v-logging or vidding or vidblogging is a form of blogging for which the medium is video, and is a form of Web television. Entries often combine embedded video or a video link with supporting text, images, and other metadata. Entries can be recorded in one take or cut into multiple parts. It is also a very popular category on YouTube."

Ha... canggih..kan..mana lah tau..coming soon nak wat v log plak..ehehe.. awesome!!..

Assalmmualaikum...

 

Year End Gathering

Hari ini, aku cuti. Jadi, ada banyak masa untuk buat macam-macam, termasuk plan makan-makan. Plan simple je sebenarnya. Disebabkan aku ada m...