22 September 2011

Rancangan Wakena Beb ke??

Salam semua pembaca blog ku..ehehe..ramai ke yang baca?? tak kira lah ramai ke dak..kan..
Ok hari ini ceq pinky nak citer sikit...kisah hari ini masa nak p kije..

dah macam WAKENA Beb!! OOO.. dah rasa..


cuba tengok benda nie..

SEJENIS PAGAR BERPALANG
 Ini kalau tak tau..meh cik Pinky kenalkan..ni..nama dia Pagar berpalang..(yang saya panggillah)..huhu. dia akan naik dan turunkan palang..naik bila some owner yang berdaftar swap card. maka naiklah palang tersebut.. namun dalam beberapa minit ia akan turun atau kembali ke tempat asal. Biasanya ada kat tempat -tempat parking kereta, apartment punya pintu depan... sebelum penghuni mahupun pelawat datang ke situ.
Oklah saya bukan nak cerita tentang pagar nie..saya nak cerita kisah pagi tadi yang berkenaan dengan palang tersebut..

Pagi tadi, cik pinky dan sahabat saya cik iEla.. nak keluar nak p keje..mula-mula kami tunggu lah palang tu turun supaya tiada Xcident.. namun pak guard kat situ kata..:

" Ha..jalan! jalan!.."

* kami nie dengan penuh kepercayaan ..jalan lah..

arghhh..dengan tidak disangka..palang tersebut telah mengetuk kepala Ku..
agak-agak ade cam nie tak lepas kepala kene ketuk bendalah tu...


Wah!! bestnye kene ketuk..cam ada bintang..
adeh..adeh...
 Kemurungan and lost memory jap cik pinky raserr..hukhuk..malunye cik pinky...time tu..tak pandang kiri..kanan..depan..belakang ..dah...

adeh..adeh..malunyeerrr 


OMG!!! pening kepala saya..aish pak guard nie..tanpa kata ..




mana nak kata..cik pinky terus je jalan..ngeheehe..
sakit kepala sampai ke petang ..cam berpusing-pusing kepala den..nie..

Blurr..blurr..alam sekarang

sekian lah cerita saya..AmekAWW.. Wakena Beb!!  maluuunye..sakit pon ader..
Malang sungguh hari nie..




13 September 2011

Hantaran terkini

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

ha..camne raya? meriah?
dalam menyiapkan kerja..dok blogwalking...
macam-macam cerita..
dunia bagaikan pentas manusia..di bumi..

Raya..bila dah balik kampung..
jumpa sedara mara...
sahabat handai...uhm..macam-macamlah keluar cerita...persoalan..
yang cepumas..cepu gangsa pun ada..huhu

Cik pinky ada gak kene tanya...
"bila nak kawin?"
"bila pakwe nak masuk minang?"
"tak sabarlah acik nak makan nasi minyak"

-- pening-pening --

nanti soalan akan datang,
- suami dia keje ape?
-orang mana?
-gaji berapa?
-hantaran berapa?

- pening-pening

ha bercakap mengenai hantaran...
orang kita suka membanding-bandingkan wang hantaran..
hantaran dah macam gaji @ salary lah plak..

Jom kita view:


Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran diSeluruh Semenanjung :-

UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000 
SPM : RM3,000-RM8,000  
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000 ... 
DEGREE : RM12,000-RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000 
PHD : RM20,000-RM30,000
**kalau ikut nilai nie la.maka ramailah yg tak kawen..walimah tak urus jawabnyerr..*hew hew hehe**
:: renung-renungkanlah

12 September 2011

Berkongsi kesedihan

Assalammualaikum w.bt.

Sabtu yang lepas 10 October 2011... cik pinky telah menerima satu berita kesedihan daripada sahabat satu tempat kerja. Cik Pinky diberitahu bahawa adik beliau mengalami trauma akibat bayinya yang telah pun berusia 8 bulan disahkan meninggal dunia di dalam kandungan. Para doktor berusaha untuk menyelesaikannya bagi membolehkan keluarga mereka menguruskan hal pengebumian. Al-fatihah untuk family sahabat cik pinky terutama sekali kepada adik nya. harap tabah menghadapi dugaan ini.

Agak-agaklah apa sebab bayi boleh meninggal dalam kandungan?

  1. sudah di takdirkan.
  2. Tempoh hidup..tak panjang
  3. mengikut sains..saya ada jumpa info ini dalam satu blog hazzanstudio
KEMATIAN janin dalam kandungan disebut Intra uterin Fetal Death (IUFD), yakni kematian yang terjadi saat usia kehamilan lebih dari 20 minggu atau pada trimester kedua. Jika berlaku pada trimester pertama disebut keguguran atau abortus. Jika janin sudah meninggal di dalam kandungan maka rahim tidak akan membesar lagi, pembesarannya akan berhenti sesuai dengan usia kehamilan saat janin meninggal.Misalya, janin meninggal pada usia kehamilan 12 minggu maka pembesaran rahim berhenti pada usia kehamilan 12 minggu, tidak akan membesar sebagai contoh sampai usia kehamilan 20 minggu. Hal ini disebabkan kerana pada janin mati, automatik pertumbuhannya berhenti, sedangkan pembesaran uterus mungkin kerana adanya pertumbuhan janin.
 Apabila sudah dipastikan ada kematian janin, maka kehamilan harus diterminasi atau ditamatkan. 
Cara menamatkan kehamilan berbeza, bergantung usia kehamilan dan besarnya rahim. 
  • Pada usia kehamilan kurang dari 12 minggu boleh dilakukan kuretase atau aspriasi vakum (yang menurut istilah awam 'disedut'). Untuk kehamilan di atas 12 minggu, biasanya diberikan ubat dulu untuk melembutkan dan membuka jalan lahir, lalu dibiarkan keluar spontan, kalau ada sisa rangkaian, akan dilanjutkan dengan tindakan kuret. 

  • Pada usia kehamilan di atas 20 minggu, maka tindakan yang dilakukan adalah induksi persalinan. 

  • FAKTOR PENYEBAB: Menurut dr Botefilia SpOG, Pakar Kebidanan dan Kandungan Rumah Sakit Persahabatan, Jakarta, ada beberapa faktor yang menyebabkan kematian janin dalam kandungan, antara lain:
1. Hipertensi atau tekanan darah tinggi 

2. Preeklampsia dan eklampsia 

3. Perdarahan Waspada jika Moms mengalami pendarahan hebat akibat plasenta previa (plasenta yang menutupi jalan lahir) atau solusio plasenta (terlepasnya plasenta dari tempat implantasinya di dalam uterus sebelum bayi dilahirkan). Automatik Hb janin turun dan boleh picu kematian janin. 

4. Kelainan kongenital (bawaan) bayi yang boleh mengakibatkan kematian janin adalah hidrops fetalis, yakni pengumpulan cecair dalam tubuh janin. Jika akumulasi cairan berlaku dalam rongga dada boleh menyebabkan halangan nafas bayi.Kerja jantung menjadi sangat berat akibat dari banyaknya cecair dalam jantung sehingga tubuh bayi mengalami pembengkakan atau terjadi kelainan pada paru-parunya. 

5. Ketidakserasian golongan darah ibu dan janin Terutama pada golongan darah A, B, O. Kerap terjadi golongan darah anak A atau B, sedangkan Moms bergolongan O atau sebaliknya. Pasalnya, saat masih dalam kandungan darah Moms dan janin akan saling mengalir lewat plasenta. Bila darah janin tidak sesuai dengan darah ibu, maka Moms akan membentuk zat antibodi.

 6. Janin yang hiperaktif Gerakan janin yang berlebihan-apalagi hanya pada satu arah saja-boleh mengakibatkan tali pusat yang menghubungkan Moms dengan janin terpelintir. Akibatnya, saluran darah yang mengalirkan bekalan oksigen mahupun nutrisi melalui plasenta ke janin akan tersumbat. Tak hanya itu, tidak menutup kemungkinan tali pusat tersebut boleh membentuk tali simpul yang mengakibatkan janin menjadi sukar bergerak. Hingga saat ini keadaan tali pusat terpelintir atau tersimpul tidak boleh dikesan. Sehingga, perlu diberi perhatian bilamana ada gejala yang tidak biasa ketika hamil. 

7. Gawat janin Bila air ketuban habis automatik tali pusat termampat antara badan janin dengan ibunya.Keadaan ini boleh mengakibatkan janin 'tercekik' kerana bekalan oksigen dari Moms ke janin terhenti. Gejalanya dapat diketahui melalui cardiotopografi (CTG). Mula-mula detak jantung janin kencang, lama-kelamaan malah menurun hingga di bawah rata-rata

.8. Kehamilan lewat waktu (postterm) Kehamilan lebih dari 42 minggu.Jika kehamilan telah lewat waktu, plasenta akan mengalami penuaan sehingga fungsinya akan berkurang. Janin akan kekurangan asupan nutrisi dan oksigen. Cairan ketuban boleh berubah menjadi sangat kental dan hijau, akibatnya cairan boleh terhisap masuk ke dalam paru-paru janin. Hal ini boleh dinilai melalui USG dengan color doppler sehingga boleh dilihat arus arteri umbilikalis jantung ke janin. Jika demikian, maka kehamilan harus segera dihentikan dengan cara diinduksi. Itulah perlunya taksiran kehamilan pada awal kehamilan dan akhir kehamilan melalui USG. 

9. Jangkitan ketika hamil Moms, saat hamil sebaiknya menjaga keadaan tubuh dengan baik guna mengelakkan pelbagai jangkitan bakteria atau virus. Bahkan, demam tinggi pada Moms boleh mengakibatkan janin tidak tahan akan panas tubuh ibunya. 

10. Kelainan kromosom Kelainan kromosom termasuk penyakit bawaan. Kematian janin akibat kelainan genetik biasanya baru dikesan saat kematian sudah terjadi, melalui otopsi bayi. Jarang dilakukan pemeriksaan kromosom saat janin masih dalam kandungan. Selain biayanya mahal, juga sangat berisiko. Karena harus mengambil air ketuban dari plasenta janin sehingga berisiko besar janin dijangkiti, bahkan lahir prematur.

 11. Harus segera dilahirkan Bila terjadi hal-hal di atas, segera periksakan diri ke dokter. Tentu doktor akan mengatasi penyebabnya sambil tetap memantau perkembangan janin hingga lahir. Misalnya apabila terdapat jangkitan, maka akan diubati jangkitan. Tetapi, apabila keadaan sudah sangat genting, seringkali doktor memutuskan agar janin akan dilahirkan atau lahir tidak cukup bulan guna mengelakkan berlakunya kematian janin.Jika bayi sudah terlanjur meninggal saat masih dalam kandungan, maka si bayi harus segera dikeluarkan. Persalinan sebaiknya dilakukan secara normal agar tidak terlalu berisiko bagi si Ibu. Tetapi bila ada penghalang, misal posisi bayi sungsang, ibu mengalami preeklampsia, plasenta previa dan sebagainya, maka operasi cesar terpaksa dilakukan. Janin yang meninggal sebaiknya jangan dibiarkan di dalam rahim lebih dari 2 minggu, sebab jika terlalu lama akan mempengaruhi faktor-faktor pembekuan darah si Ibu. Zat pembekuan darah atau fibrinogen boleh turun dan menyebabkan darah agak sukar membeku. Bila ini berlaku, akan mengakibatkan fatal kala ibu melahirkan. Jika fibrinogen rendah, maka pendarahan yang terjadi pada proses persalinan akan sukar berhenti. Bisa-bisa nyawa si ​​ibu tidak tertolong akibat pendarahan tersebut. 

12. Bisa hamil lagi Meski pada kehamilan sebelumnya Ibu pernah mengalami kematian janin atau keguguran, bukan bererti seorang ibu tidak boleh hamil lagi. Seorang Ibu boleh memulakan program hamil bila-bila masa. Tapi, sebaiknya ketahui dulu penyebab kematian janin terdahulu sebelum Ibu hamil lagi, untuk menjangka pelbagai kemungkinan yang terjadi pada kehamilan seterusnya. 

* Sekian info hari ini.. (just copy & paste)

05 September 2011

TAK KU SANGKA TAK KU DUGA

Selamat kembali bekerja dan kembali megadap buku... hehe..
1st day after raya..uwah..tak de mood lah...
al maklum masih ada lagi kawan yang masih bercuti..
mood raya mesti nak cerita tentang raya sakan..kan.. tu nanti lah cik Pinky kumpul idea (walau tak gempak). masa raya hari tu adik cik pinky, iaitu cik sakura bagi satu lagu nie..best bagi saya.. tak tau lah bagi anda semua..

Lirik dia wat kite feeling2 .. jom hayati lirik lagu nieh..::

malam...
ku tidur tak lena
teringatkan dirimu
terimbas kembali kenangan lalu
alangkah indahnya bersamamu

mengalir air mataku
menemani malam sepiku
ku rindu saat bersamamu
sukarnya ku untuk melupakanmu

dahulu engkau berikan cinta
mengapa kini engkau berubah
manakah janji akan setia menanti
jikalau engkau tak lagi cinta
katakan saja aku tak kisah
dari kau terus membuat ku menunggu 

tak ku sangka
tak ku duga
perpisahan yang akan melanda
dah ku cuba
pertahankan
namun dirimu pergi jua

cintamu bagaikan rembulan
yang hadir bila malam menjelang
kau hilang bila siang mendatang
begitulah sikap mu oh syg

kau lontar cintaku ditepian
ku bagaikan hanyut di lautan
yang lemas di dalam percintaan
dipukul gelombang keresahan

dahulu engkau berikan cinta
mengapa kini engkau berubah
manakah janji akan setia menanti
jikalau engkau tak lagi cinta
katakan saja aku tak kisah
dari kau terus membuat ku menunggu

tak ku sangka
tak ku duga
perpisahan yang akan melanda
dah ku cuba
pertahankan
namun dirimu pergi jua 

cintamu bagaikan rembulan
yang hadir bila mlm menjelang
kau hilang bila siang mendatang
begitulah sikap mu oh syg

kau lontar cintaku ditepian
ku bagaikan hanyut di lautan
yang lemas di dalam percintaan
dipukul gelombang keresahan

mengalir air mataku
menemani malam sepiku
ku rindu saat bersamamu
sukarnya ku untuk melupakanmu"


23 August 2011

BeRpantun lah pulak

 

Salam ramadhan... diam tak diam hampir kita ke penghujung Ramadhan
Bulan yang penuh keberkatan.
Awat gambar dok pening-pening??
ha...itu lah..kadangkala ada yang memberi seribu satu alasan..nak open puasa...
ahahaha~~



Pantun digubah pembuka cerit
Untuk tatapan rakan semua, 
Lafaz Bismillah jangan dilupa, 
Agar urusan dipermudah oleh-Nya.



Rejab, syaaban selesai sudah,
Hadir kini Ramadhan yang indah,           
Marilah kita mengerjakan Ibadah,
Tanda bersyukur kepada Allah.

Ramadhan bulan penuh rahmat,
Hayati ia setiap saat, 
Lakukan ibadat dengan taat, 
Agar hidup sentiasa diberkat.

Habis Ramadhan, raya mernjelma,
Semua insan bersuka ria,           
Fakir & miskin jangan dilupa,


Ramai juga orang tak puasa,
Simpan makanan dalam tin,
Diucapkan Selamat Hari Raya, 
Mohon maaf zahir & batin. 

Hari Raya setahun sekali, 
Duit raya jangan tak bagi, 
Tiba masa mengundur diri, 
Lain masa bertemu lagi.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


P/s : actually pantun nie dapat daripada some one..tapi tak berapa nak ingat siapa..harap tuan punya pantun nie..ikhlaskan hati ler bagi saya publish kat sini...

22 August 2011

Perpustakaan Awam Selangor


22 Ramadhan menjelang sudah... 
kiranya minggu ini adalah minggu terakhir sebelum menghitung hari nak balik kampung..
seronoknyerrr!!! hehe

Pepagi sesampai je di tempat keje,
Bos saya beritahu yang Selangor ada sebuah perpustakaan yang baru , menarik, tertarik.. lah
tak ada kat Malaysia, katanya...

Teruja pulak saya mendengarnye..
Pabila Bos saya p masuk je office dia..apa lagi
Cik Pinky pown dengan gigihnya google lah
then jumpa lah satu perpustakaan nie... dalam satu blog..namanya:

 Perpustakaan ini berada di di Seksyen 13, Shah Alam. Nie siap sediakan peta lagi...
sumber : Laman Web PPAS - KLIK untuk view  
 Jalan Kelab Golf 13/6, Kelab Golf Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 13, 40100 Shah Alam
http://www.ppas.gov.my/

 
 Rakan-rakan yang aktif dalam bidang perpustakaan boleh lah melawat kat sini..mana lah tau... leh dapat idea improve korang nye library... kan.. terutama public library..
Jom kita VIEW Perpustakaan Awam Selangor:

luaran

dalaman: setiap tingkat mempunyai warna yang berbeza

susunan rak-rak buku

ruangan kanak-kanak

Tak pasti : mungkin untuk Internet searching @ OPAC

Ramai..kan penggunanya

Ruangan yang luas dan santai

mungkin bahagian kana-kanak..

Ini paling tak sangka..ada GYM kat sini


  • Ha..dah ada GYM..agak-agak ada cafeteria tak dalam perpustakaan nie??


===================

Waktu Perkhidmatan Perpustakaan Sepanjang Bulan Puasa
Hari : Isnin - Ahad
Masa Buka : 9.30 pagi
Masa Tutup : 5.00 petang
Perpustakaan DITUTUP pada hari Cuti Am dan Cuti Khas.

 ==========
Macammana?? agak-agak nak tengok yang real.. dah ada alamat ..apa lagi..jom buat Rombongan Che Kiah.. hehe

06 August 2011

Gimik di Ulang tahun sahabat

♪♫•*¨*•.¸¸♥♥¸¸.•*¨*•♪

Happy birthday to..u
happy birthday to..u
happy birthday to..

Rozilah (iela) and wan jaslim (wan)

happy birthday to..u..

♪♫•*¨*•.¸¸♥♥¸¸.•*¨*•♪

tepuk..tangan...yeah!!   

Selamat ulang tahun sahabat Ku
yang ke- ??
masing-masing jawab sendiri..


kek lebih kurang je, tapi kek semalam lagi sedap..yummy! yummy!

Dalam kami menjamu selera..
tetiba cik raksasa telah datang 
kira cam tetamu tak di undang lah..
kecoh sekejap..

inilah raksasa tu

semua menjerit..sampai ada yang naik atas kerusi
tak kurang juga yang berlari ke luar..
aduyaiii..

lepas tu bila raksasa tu dah hilang dari pandangan
kami pown duduk lah kembali
syoik..syiok makan
boleh plak raksasa tu datang kembali..
huru hara sebentar..

TAPI..
memang lawak lah..
gimik di birthday party cik iela

apa pun..
HAPPY BIRTHDAY IeLA
Ke- 26 tahun



Year End Gathering

Hari ini, aku cuti. Jadi, ada banyak masa untuk buat macam-macam, termasuk plan makan-makan. Plan simple je sebenarnya. Disebabkan aku ada m...