05 September 2011

TAK KU SANGKA TAK KU DUGA

Selamat kembali bekerja dan kembali megadap buku... hehe..
1st day after raya..uwah..tak de mood lah...
al maklum masih ada lagi kawan yang masih bercuti..
mood raya mesti nak cerita tentang raya sakan..kan.. tu nanti lah cik Pinky kumpul idea (walau tak gempak). masa raya hari tu adik cik pinky, iaitu cik sakura bagi satu lagu nie..best bagi saya.. tak tau lah bagi anda semua..

Lirik dia wat kite feeling2 .. jom hayati lirik lagu nieh..::

malam...
ku tidur tak lena
teringatkan dirimu
terimbas kembali kenangan lalu
alangkah indahnya bersamamu

mengalir air mataku
menemani malam sepiku
ku rindu saat bersamamu
sukarnya ku untuk melupakanmu

dahulu engkau berikan cinta
mengapa kini engkau berubah
manakah janji akan setia menanti
jikalau engkau tak lagi cinta
katakan saja aku tak kisah
dari kau terus membuat ku menunggu 

tak ku sangka
tak ku duga
perpisahan yang akan melanda
dah ku cuba
pertahankan
namun dirimu pergi jua

cintamu bagaikan rembulan
yang hadir bila malam menjelang
kau hilang bila siang mendatang
begitulah sikap mu oh syg

kau lontar cintaku ditepian
ku bagaikan hanyut di lautan
yang lemas di dalam percintaan
dipukul gelombang keresahan

dahulu engkau berikan cinta
mengapa kini engkau berubah
manakah janji akan setia menanti
jikalau engkau tak lagi cinta
katakan saja aku tak kisah
dari kau terus membuat ku menunggu

tak ku sangka
tak ku duga
perpisahan yang akan melanda
dah ku cuba
pertahankan
namun dirimu pergi jua 

cintamu bagaikan rembulan
yang hadir bila mlm menjelang
kau hilang bila siang mendatang
begitulah sikap mu oh syg

kau lontar cintaku ditepian
ku bagaikan hanyut di lautan
yang lemas di dalam percintaan
dipukul gelombang keresahan

mengalir air mataku
menemani malam sepiku
ku rindu saat bersamamu
sukarnya ku untuk melupakanmu"


23 August 2011

BeRpantun lah pulak

 

Salam ramadhan... diam tak diam hampir kita ke penghujung Ramadhan
Bulan yang penuh keberkatan.
Awat gambar dok pening-pening??
ha...itu lah..kadangkala ada yang memberi seribu satu alasan..nak open puasa...
ahahaha~~



Pantun digubah pembuka cerit
Untuk tatapan rakan semua, 
Lafaz Bismillah jangan dilupa, 
Agar urusan dipermudah oleh-Nya.



Rejab, syaaban selesai sudah,
Hadir kini Ramadhan yang indah,           
Marilah kita mengerjakan Ibadah,
Tanda bersyukur kepada Allah.

Ramadhan bulan penuh rahmat,
Hayati ia setiap saat, 
Lakukan ibadat dengan taat, 
Agar hidup sentiasa diberkat.

Habis Ramadhan, raya mernjelma,
Semua insan bersuka ria,           
Fakir & miskin jangan dilupa,


Ramai juga orang tak puasa,
Simpan makanan dalam tin,
Diucapkan Selamat Hari Raya, 
Mohon maaf zahir & batin. 

Hari Raya setahun sekali, 
Duit raya jangan tak bagi, 
Tiba masa mengundur diri, 
Lain masa bertemu lagi.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


P/s : actually pantun nie dapat daripada some one..tapi tak berapa nak ingat siapa..harap tuan punya pantun nie..ikhlaskan hati ler bagi saya publish kat sini...

22 August 2011

Perpustakaan Awam Selangor


22 Ramadhan menjelang sudah... 
kiranya minggu ini adalah minggu terakhir sebelum menghitung hari nak balik kampung..
seronoknyerrr!!! hehe

Pepagi sesampai je di tempat keje,
Bos saya beritahu yang Selangor ada sebuah perpustakaan yang baru , menarik, tertarik.. lah
tak ada kat Malaysia, katanya...

Teruja pulak saya mendengarnye..
Pabila Bos saya p masuk je office dia..apa lagi
Cik Pinky pown dengan gigihnya google lah
then jumpa lah satu perpustakaan nie... dalam satu blog..namanya:

 Perpustakaan ini berada di di Seksyen 13, Shah Alam. Nie siap sediakan peta lagi...
sumber : Laman Web PPAS - KLIK untuk view  
 Jalan Kelab Golf 13/6, Kelab Golf Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 13, 40100 Shah Alam
http://www.ppas.gov.my/

 
 Rakan-rakan yang aktif dalam bidang perpustakaan boleh lah melawat kat sini..mana lah tau... leh dapat idea improve korang nye library... kan.. terutama public library..
Jom kita VIEW Perpustakaan Awam Selangor:

luaran

dalaman: setiap tingkat mempunyai warna yang berbeza

susunan rak-rak buku

ruangan kanak-kanak

Tak pasti : mungkin untuk Internet searching @ OPAC

Ramai..kan penggunanya

Ruangan yang luas dan santai

mungkin bahagian kana-kanak..

Ini paling tak sangka..ada GYM kat sini


  • Ha..dah ada GYM..agak-agak ada cafeteria tak dalam perpustakaan nie??


===================

Waktu Perkhidmatan Perpustakaan Sepanjang Bulan Puasa
Hari : Isnin - Ahad
Masa Buka : 9.30 pagi
Masa Tutup : 5.00 petang
Perpustakaan DITUTUP pada hari Cuti Am dan Cuti Khas.

 ==========
Macammana?? agak-agak nak tengok yang real.. dah ada alamat ..apa lagi..jom buat Rombongan Che Kiah.. hehe

06 August 2011

Gimik di Ulang tahun sahabat

♪♫•*¨*•.¸¸♥♥¸¸.•*¨*•♪

Happy birthday to..u
happy birthday to..u
happy birthday to..

Rozilah (iela) and wan jaslim (wan)

happy birthday to..u..

♪♫•*¨*•.¸¸♥♥¸¸.•*¨*•♪

tepuk..tangan...yeah!!   

Selamat ulang tahun sahabat Ku
yang ke- ??
masing-masing jawab sendiri..


kek lebih kurang je, tapi kek semalam lagi sedap..yummy! yummy!

Dalam kami menjamu selera..
tetiba cik raksasa telah datang 
kira cam tetamu tak di undang lah..
kecoh sekejap..

inilah raksasa tu

semua menjerit..sampai ada yang naik atas kerusi
tak kurang juga yang berlari ke luar..
aduyaiii..

lepas tu bila raksasa tu dah hilang dari pandangan
kami pown duduk lah kembali
syoik..syiok makan
boleh plak raksasa tu datang kembali..
huru hara sebentar..

TAPI..
memang lawak lah..
gimik di birthday party cik iela

apa pun..
HAPPY BIRTHDAY IeLA
Ke- 26 tahun



05 August 2011

Ramadhan datang lagi

Salam Ramadhan semua!!

Ramadhan menjelang kembali !!! wah, gembira rasa, al maklum..masa nie lah kita sebagai umat Islam berusaha membuat kebaikan mendapatkan keredhaan dari NYA. Tahukah anda?? Ramadhan adalan bulan Allah.. uhmmm, tau kan?

Ha!! Awak yang depan screen nie..jangan wat muka berkerut-kerut…dah macam limau purut plak.. hehe. Ok..Ok.. jangan marah.. senyum sikit adik manis… barulah berseri-seri… 
=======

SAPE TAU APA ITU RAMADHAN??


“Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini.”


Sempena Ramadhan ni..jom kite nyanyi lagu nasyid..rasanya sejak sekolah rendah kot…

Lalala~~~

*****************


Harapan Ramadhan - Raihan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna..Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya

Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Salam Ramadhan semua... Puasa jangan tak puasa..

18 July 2011

Percutian Bersama keluarga _Kota Kinabalu

Kota Kinabalu (Capital City)

Sabah map


Kota Kinabalu dahulunya dikenali sebagai Jesselton, dinamakan sempena Sir Charles Jessel, salah seorang Pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara British, atau BNBCC. Semasa Perang Dunia Kedua, Kota Kinabalu dan bandar-bandar lain di seluruh Sabah mengalami pengeboman bersekutu berat mana semua tetapi menyamakan kedudukan mereka. Baru muncul dari Perang Dunia Kedua, BNBCC mendapati ia terlalu mahal untuk dibina semula, jadi pada tahun 1946, Sabah jadi jajahan British sehingga tahun 1963, apabila Sabah telah diberikan Kemerdekaan di dalam Persekutuan Malaysia.

Pada 30 September 1967, Jesselton telah ditukar nama kepada Kota Kinabalu. 23 tahun kemudian, pada 2 Februari, 2000, beliau telah diisytiharkan bandar. Sebagai ibu negeri Sabah, KK juga pintu masuk ke bandar-bandar utama dan daerah yang lain dan mempunyai penduduk kira-kira 300,000.

Di sekitar bandar, terdapat pelbagai tempat menarik. Ramai yang boleh diterokai dengan berjalan kaki manakala yang lain boleh dicapai dengan bas atau teksi.


Bercuti bersama keluarga

Percutian kami di atur oleh abang ku, tetapi saat-saat akhir dia dan isterinya, kak hana (akak ipar aku lah tu) tak dapat pergi kerana..dapat baby baru..hehe.. (1st cucu untuk ibu)

Percutian kami bermula pada 06 Julai 2011 (Rabu). 
nas
afiq


amirul

abang dan ibu

- Jam 7 am kami semua bertolak ke lapangan terbang senai. Di hantar oleh abang menaiki kereta ucu. Tiba di sana, abang belanja makan McD..yummy..yummy.. Kata abang dalam kapal terbang makanan dia mahal, jadi kita makan lah dulu.
- kami masuk ke balai berlepas jam 8.30pagi. letak beg..dan scan nak masuk ke tempat menunggu. Untuk pertama kali nak naik kapal terbang..berdebar pun ade.. semua pass..

sementara menunggu



- Dalam flight kami di beri arahan segala bagai. Huhu..pening gak kepala.. berdengung telinga. Adalah dalam dua jam duk dalam tu..nasib baik adik afiq tido.. tak meragam sangat. Tiba di Lapangan terbang KK. Kami di ambil oleh MR kelvin. Kami tempah penginapan di Marina Condo di jalan api-api. Harga boleh tahan. Ni pun pak busu and ucu saya yang tolong tempahkan..huhu.. Rumah dia sangat lapang..ada 3 bilik, ada dapur..senang citer cam rumah fully furnish.

- setiba di sana, kami jalan-jalan kat sana, berdekatan penginapan... cari makan..hehe..kami makan di kedai makan mamak..tersangatlah mahal..mungkin guna daun pisang kot.. sampai jam 4pm kami berjalan. Jam 6pm dah mula gelap.Hari itu kami just berjalan di sekitar. Tidur dalam jam 11 lebih.

07 Julai 2011(hari ke dua)

- Hari ini kami bercadang ke Kota Kinabalu Park dan hot spring. Kami tempah kereta, sehari RM 526. Adikku amirul yang drive.. jauh jugak lah perjalanan ke sana..pusing-pusing..naik bukit..
- Sambil menikmati suasana di sabah..maha besar ciptaan tuhan. Sangat indah. Udara nyaman dan sejuk. Tapi apakan daya saya nie mabuk , jadi tak dapat nak menikmati sangat. Sebab dalam kepala dah set nak ter muntah... hehe..sungguhlah tak senonoh. Sejak dulu tak boleh jalan jauh..rugi-rugi.

Tiba di KK park, kami jalan kaki.. sambil posing-posing amik picture.

---
Perjalanan kami diteruskan ke hotspring..

Afiq ngan izam mandi di kolam air panas, manakala, saya, yana, amirul, ibu ngan nas.. pergi mendaki canopy walk.. nak naik jambatan gantung..hehe.. letih sangat. Almaklum tak pernah mendaki.. sampai di atas kene naik jambatan gantung..aduyai… gayat nye!!!.. terpaksa pegang adik.. wakaka..


08 July 2011

- hari ini, kami bangun..breakfast..then.. kene transfer sebelum jam 12.00pm ke unit baru..


- Setelah selesai urusan transfer rumah, kami pasar Philippines.. kami shopping mutiara, keychain, etc. selepas itu niat di hati nak ke Jeti Jesselton. Tapi tanya-punya tanya..semua tak tau..haha..last-last kami p makan di pasar besar KK.

- bila si kecik dah merengek..kami pun nak balik lah..jumpa pulak dengan sahabat saya di rumah sewa di vista..huhu..sungguh tidak sangka..dalam banyak-banyak tempat di seberang laut jugak kami jumpa..hehe

09 Julai 2011 (last day)

- hari ini kami akan balik semula. Mr kelvin menghantar kami ke airport jam 5.30 am. Ini lah gelagat kami nak tunggu jam 5.30pagi.. hehe

- setiba di airport KK, macam biasa p amik tiket..sebelum tu..adik nak makan doughnat..kebetulan ada..jadi kami pun beli..naik flight jam 6.30pagi.. adik tidur sepajang perjalanan. Di senai, abang adatang amik dan kami ke rumah abang tengok baby..anak buah..sayer!!


14 July 2011

Orang Baru di awal Julai 2011

Assalammualaikum wbt..

02 July 2011..hari sabtu..
Keje..keje..!!!
pagi2 dah plan nak buat ape..
nak siapkan report, statistics, catalog buku-buku baru..

tengah sibuk-sibuk buat keje..
aku dikejutkan dengan berita gembira..
la`la`la....

CIK PINKY SUDAH MENJADI AUNTY..

huhu..aunty uolls..

Nama bayi : Qistina Hazikah
D.O.B : 02 July 2011 - 11.33 am
Berat : 3.14 KG

Jom kite review

Cik sakura with bb

my dearest mummy..dengan cucu 1st

saya..ngan bb
hehe..masa pegang..cam pegang anak patung jer...aser cam nak picit2 je..

itulah anak buah ku..

Year End Gathering

Hari ini, aku cuti. Jadi, ada banyak masa untuk buat macam-macam, termasuk plan makan-makan. Plan simple je sebenarnya. Disebabkan aku ada m...