As salam
30June 2011..
Hari ini sedih sangat...
setahun sudah rupanya aku mengenalinya... bekerja sesama.. beli makan sama2..
banyak tunjuk ajar dari dia supaya aku lebih punya pendirian..
semua aku cerita kat dia..
Dia sangat sporting...
Hari ini, tamat sudah hubungan aku dengan dia..tak sanggup untuk aku berhadapan dengan kata-kata terakhir
Masa makan - " let's oder nescafe ais"
tak mao..nak teh ais..
"eiii..teh ais..so the village!!"
what's!!!- ahaha``
So..nescafe ais??
Nescafe ais adalah citarasa antarabangsa...
aku pasti mengimbau kenangan silam selama bekerja dengannya..
"Good Luck..thanks for everything"- will be miss ur words
en jaini (librarian), kak mazlin (HR staff). fizah (asisstant lib)
Seminar transformasi perkongsian sumber perpustakaan dan mesyuarat ahli sistem pembekalan penerbitan (SPP) / katalog induk kebangsaan (KIK) telah diadakan pada 23 Jun 2011 di Aras 2, Auditorium Perpustakaan Negara Malaysia. Seminar ini dianjurkan dengan tujuan mendedahkan para peserta yang hadir mengenai kepentingan dan trend terkini perkongsian sumber perpustakaan. Ia juga bermatlamat membantu para peserta seminar dalam mempromosi perkhidmatan Sistem Perbekalan Penerbitan (SPP), Katalog Induk Kebangsaan (KIK) serta U-Pustaka kepada pengguna perpustakaan masing-masing. Selain itu, ia juga membuka ruang maklumbalas untuk meningkatkan keberkesanan perkhidmatan SPP/KIK serta membincangkan isu dan masalah berkaitan perkhidmatan ini. Seminar ini juga diharap mewujud dan mengeratkan jalinan perkongsian pintar antara perpustakaan untuk kemudahan dan kepentingan pengguna.
Dianggarkan lebih 400 orang peserta telah menghadiri seminar tersebut. Seminar itu telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dato' Raslin bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia. Antara isi kandungan di awal perasmian adalahmerangkumi:
Melalui seminar seumpama ini dengan tumpuan diberikan kepada aspek transformasi perkongsian sumber perpustakaan, kaedah ini merupakan salah satu cara untuk pihak Perpustakaan mengenalpasti dan memperolehi bahan-bahan yang tiada di perpustakaan bagi memenuhi keperluan pengguna semasa yang sentiasa bertambah. Ia akan menjadi platform utama menjadikan setiap perpustakaan itu saling lengkap-melengkapi dan menyokong antara satu sama lain dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pengguna keseluruhnya.
Perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan atau singkatannya SPP dan Perkhidmatan Katalog Induk kebangsaan dengan singkatannya KIK bermatlamat menyediakan kemudahan di dalam perpustakaan untuk membolehkannya berfungsi sebagai pusat kebangsaan atau pusat sehenti bagi pinjaman dan pertukaran sumber-sumber perpustakaan untuk menggalakkan ketersediaan terbitan-terbitan sama ada di peringkat kebangsaan dan sejagat. Ia juga berfungsi sebagai pemudah dan menggalakkan kerjasama kebangsaan dan antarabangsa serta perkongsian sumber di antara perpustakaan. Kerjasama yang diharapkan seumpama ini akan menjadikan perkongsian sumber maklumat lebih efektif dan ekonomik.
Beberapa ahli panel yang terdiri daripada pustakawan dan penceramah luar telah dijemput bagi membentangkan kertas kerja yang berkaitan dengan transformasi perkongsian sumber perpustakaan. Antara Topik yang dibentangkan termasuklah
a) Perkongsian Sumber Elektronik - Encik Amir Hussain Md Ishak (Pengerusi PERPUN)
c) Kaedah mempromosi perkongsian sumber SPP/KIK - Cik Nafisah Ahmad, Pengarah Perkhidmatan PERDANA
Pembentang kertas kerja terdiri daripada Cik Nafisah Ahmad, Pengarah Perkhidmatan PERDANA, Encik Amir Hussain Md Ishak (Pengerusi PERPUN), Paradigm Systems - CoP (Community of Practice) berkaitan Perkongsian Sumber Perpustakaan. Manakala Puan Siti Rodziah Othman, Timbalan Ketua Pengarah, Perpustakaan Negara Malaysia bertindak selaku pemudahcara.
Menurut Dato' Raslin Abu Bakar, seminar pada kali ini merupakan medan perantara perjumpaan antara ahli lama dan baru bagi berkongsi pengalaman di mana kali terakhir seminar seumpama ini diadakan ialah pada tahun 2009. Menurut beliau lagi, melalui program seumpama ini Perpustakaan Negara Malaysia berharap semua ahli yang terlibat akan mendapat pendedahan dan maklumat yang terkini berkenaan Perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) dan Perkhidmatan Katalog Induk Kebangsaan (KIK) dan seterusnya dapat digunakan secara lebih aktif oleh semua ahli dalam usaha memantapkan lagi perkhidmatan perpustakaan masing-masing. Seminar ini juga diharap membuka ruang bagi bertukar-tukar pendapat, pandangan dan maklumat dalam usaha mentransformasikan perkhidmatan SPP/KIK menerusi bentuk perkhidmatan yang lebih kreatif dan inovatif kepada pengguna dan pelanggan Perpustakaan seluruh negara. Majlis seminar turut disusuli dengan mesyuarat ahli SPP/KIK pada sebelah petangnya.
Salam sejahtera semua..salam ceria..semoga semua berada di bawah lindungan Ilahi.. Alhamdulillah..hari ini kita masih lagi di beri kesempatan untuk bernafas, bejumpa keluarga, kawan-kawan, boyfriend, girlfriend..hehe.
Bersyukur sangat kan... (Touching pulak..)
Berapa minggu sudah tidak updated blog nie.. maaf ye semua (ayat cam ramai je pengunjung) - huhu..- motivasi diri katanya... Banyak cerita yang ingin di kongsikan... tak kisah lah anda sudi nak membaca atau hanya melawat pun ok.. Terima Kasih bebanyak di ucapkan..
Rentetan 1st May 2011
Ingat tak hari tu saya gtau yang saya dan adik akan pulang ke Johor. Happy sangat.. sebab?? nak balik kampung..ha!! sape yang tak happy balik kampung?? ce angkat tangan.. Oklah.. Tiket kami jam 11.30am akan bertolak dariTBS (Terminal Bas Selatan)... Seawal jam 10.30am kami sudah ada di sana (check in)... Tunggu punya tunggu..bas tak sampai-sampai..aduyai...
Sabar masih lagi tidak melampaui batas..kami makan tart telur yang di beli di KFC... sedappp sangat... penuh kenikmatan..hehe.. Habis dah tart telur... Kami tunggu lagi..jam dah menunjukkan jam 12.30pm..
"Pakcik..mana bas ke kOta tinggi jam 11.30am..?"
" Belum sampai lah dik..awak duduk dulu"
-- duduklah..then makan ag...giler lapo kan...--
Jam 1.00pm.... "encik mana basnye?"- penumpang lain
" bas rosak kat Kajang lah.."- pekerja Bas
"Aish..bas back up tak de ke?"
" Tak de"
"Ai..harap tempat je maju, lawa.. canggih.. "
--aik..aku dan adik just duduk memerhati dan mendengar setiap keluhan penumpang yang macam kami--
Akhirnya..jam 2.00 pm barulah kami dapat naik bas..dalam bas ada plak penumpang yang sangat sengal...beli tiket 29 April 2011 tapi naik bas hari tu..dah delay ag... Apepun kami selamat sampai di kampung jam 7.30pm..
Salam semua..salam Jumaat..dan salam ceria..
Hari ini, pagi-pagi cuaca tak berapa nak elok..hujan membasahi bumi Kuala lumpur
Wah..sangat best tido..dok tarik selimut..huhu
Bangun-bangun..Jumaat sudah..
Prinsip kami-"Jumaat..cepat pergi keje..cepat balik"...
Boleh?- ahaha..bolehkan aja~~
Hari ini 29 April 2011..
Di ambang cuti..kepada 1 May..
Wah..korang..dok kemas pelbagai ek..nak balik
hua... nak balik kampung..
Yea!!!..ow..ow..ow...balik kampung..
hati girang..
ada yang balik malam nie..ade gak yang balik esok..
seronoknyerrr..
Sampai ofis..buat ape yang patut...
Sroottt..sreeetttt...
amboi memasing... selsema..
baik student, baik staff..
argh!!! flu + sakit ekak..+ panas badan..
sangatlah tak selesa...
Ape pun esok nak balik kampung..hope semua berjalan dengan lancar..seperti minyak pelincir..
Selamat bercuti semua..
Yang student yang ade exam..selamat "berperang"..
GooD Luck
Salam semua... hari ini Jumaat 22 April 2011 adalah hari Ulang tahun abang Ku = Mohd Hafizh..ahaha.. Selamat Ulang Tahun Abang.. Hadiah tak de kot..coz aku and adik rancang nak buat kek. hehe..harap-harap menjadilah..huhu
Agak-agak nak wat kek camni ke ek?? kite tunggu episod seterusnya..ahaha
kek birthday untuk abang (kunun-kunun)
Mimpi... anda tahu apa itu mimpi? Mimpi adalah satu permainan tidur setiap insan. Orang yang tidur akan bermimpi. Betul tak? Ada yang selalu bermimpi, dan ada pula yang kadang-kadang. Bagi sesetengah orang, mimpi membawa maksud tertentu.
Aku sering bermimpi tentang seorang insan yang paling aku rindui... kadang- kadang aku bermimpi kami sekeluarga berkumpul beramai-ramai.. indah kan.. Setiap kali aku ada masalah pasti akan bermimpi tentang arwah ayahku. ~ al-fatihah..
Adakah mungkin masa dahulunya kalau aku ada masalah pasti arwah akan bertanya.. seperti ada instinct plak. So, bila arwah dah tanya pasti akan ku cerita. Tapi bila dia dah tiada.. sesetengah akan ku ceritakan kepada adik ku..kadang-kadang akan ku simpan.. sehingga moody.. aduyaii.. tak elok..tu.. hehe
Bukan apa aku takut kalau-kalau akan mengaibkan orang tu.. kadang-kadang aku risau kalau tukang dengar tu menyampah plak nak dengar.. hihik..
Apa pun aku bersyukur kerana jarang aku tidak bermimpi arwah..pasti ada walau selang seminggu.. Semoga Arwah ditempatkan bersama orang-orang yang diredhai..