12 September 2009

denGan NafasMu-UngU


[*]
Izinkan ku ucap kata taubat
Sebelum Kau memanggilku
kembali pada-Mu, menutup waktuku

Izinkan ku serukan nama-Mu
Sebelum nyawa dalam tubuhku
Kau ambil, kembali pada-MU




[**]
Karna ku tahu, hanyalah pada diri-Mu
Tempatku mengadu, tempatku mengeluh
Di dalam do’aku

[***]
Dan demi nafas yang telah kau hembuskan dalam kehidupanku
liriklaguindonesiapopuler.blogspot.com
Ku berjanji, ku akan menjadi yang terbaik
Menjalankan segala perintah-Mu, menjauhi segala larangan-Mu
adalah sebaris do’a ku untuk-Mu

Lirik Lagu : "Bukan NiatKu-IkLim"



1
Tertutupkah Sudah Hatimu
Untuk Menerima ku Lagi
Apakah Keras Hatimu
Tak Bisa Lentur Lagi



2
Bukan ku Sengaja
Mahu Kau Terluka
Bukan Niatku

Kalau Pun Memang
aku Bersalah
Namun Sebesar Manakah
Begitu Susah Utk Kau Maafkan
Hingga Ingin Kau Singkirkan
Bumi Yang Manakah Yang Tak Pernah Basah
Bila Hujan Mencurah


4
aku Usah Berubah
Usah Diturutkan Hati Marah
Di Hati Kecilmu
ku Tahu Kau Tak Begitu

Sudah Lumrah Cinta
Suka Bersulamkan Air Mata
Kita Dihiris Rencana
Terpetik Cinta Sukunya



Kita Buang Keruh Yang Melanda
Kasih Pasti Jernih Semula
Tak Siapa Di Dunia Merasa
Cinta Terlepas Sengsara

Tanpa Rajuk Hiba
Tak Ketemu Makna
Nikmatnya Cinta

Ulang 4 5 1 2
Bukan Niatku

Ulang Dari 1


03 September 2009

INTERVIEW SKILL

Beberapa kajian yang dijalankan telah menunjukkan salah satu punca utama kegagalan seseorang untuk mendapat pekerjaan adalah disebabkan kelemahan ketika menghadiri temuduga. Masalah itu bukan sahaja dihadapi mereka yang berpendidikan rendah dan menengah malah turut melibatkan golongan berpendidikan tinggi atau graduan.

Beberapa sebab telah dikenalpasti menjadi punca mengapa masalah itu berlaku. Antaranya:

+ calon tidak mengadakan persediaan yang secukupnya utk menghadiri temuduga

+ kurang pendedahan dengan situasi seperti itu

+ kurang keyakinan terhadap kemampuan diri sendiri

+ tidak memahami kod etika berpakaian ketika menghadiri temuduga

+ gagal menyiapkan diri untuk menjadi pendengar dan penjawab soalan yang baik

+ kurang tumpuan

+ terlalu berserah pada takdir

+ terlalu yakin sehingga merendahkan penemuduga

+ tidak mahu belajar daripada mereka yang lebih berpengalaman

+ kurang memahami etika atau adab ketika menghadiri temuduga

+ tiada inisiatif sendiri untuk mengadakan latihantubi ...


Jadi, bagi membantu mengatasi kelemahan² ini, kami mengumpul dan mengenalpasti punca² kelemahan tersebut serta memberikan beberapa tips atau panduan kpd anda semua bagaimana cara yang terbaik utk menghadiri temuduga.

Di antara soalan² yg lazim ditanya adalah seperti berikut:

Soalan : Apakah yg perlu anda lakukan sebelum menghadiri sesuatu sesi temuduga ?

Jawapan :
+ Kenalpasti sebanyak mungkin berkenaan kehendak majikan
+ Selidik profail syarikat atau panel penemuduga
+ Buat persediaan berhubung dengan soalan² yg berkemungkinan ditanya berhubung dengan jawatan yang dipohon
+ Latih tubi soalan² tersebut dgn jawapan² yg tepat dan munasabah
+ Jgn berlatih menghafal segala soalan yang disediakan di dalam buku secara bulat²

Soalan : Apakah faktor penentu yang sering dititikberatkan oleh majikan, dan bagaimanakah ianya boleh disesuaikan dengan sesi temuduga ?

Jawapan :
+ Sikap positif terhadap pekerjaan
+ Cekap di dalam bidang pekerjaan yang dipilih
+ Kebolehan berkomunikasi secara tulisan dan percakapan
+ Kebolehan berhubung di pelbagai peringkat dan jawatan
+ Yakin
+ Kebolehan untuk berfikir secara kritikal dan mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul
+ Fleksibel
+ Mempunyai motivasi diri yang tinggi
+ Berkeupayaan untuk memimpin
+ Boleh bekerja secara berkumpulan

Soalan : Bagaimanakah kod pakaian anda ketika menghadiri sesi temuduga ?
Jawapan :
Banyak yang telah diperkatakan dengan "berpakaian untuk kejayaan". Antara yang tidak elok utk kedua pihak iaitu calon dan penal temuduga ialah:
+ Tindik telinga atau badan yang mudah dilihat
+ Tatoo atau menanda badan secara kekal dan mudah dilihat
+ Pemakaian pewangi secara berlebihan

Yang tidak elok utk lelaki:
+ Pemakaian pakaian yang tidak padan meliputi warna pakaian, jenis pakaian dan jenis tali leher
+ Berambut panjang dan berekor
+ Mewarnakan rambut dengan warna² tertentu yang menyakitkan mata

http://tbn3.google.com/images?q=tbn:dQzHloo5FoovKM:http://mbinkz.files.wordpress.com/2008/04/muslimah_solehah___by_starmat.jpg

Yang tidak elok utk wanita:
+ Pemakaian pakaian spt lelaki
+ Pemakaian jel
+ Menyimpan kuku yang terlalu panjang
+ Pemakaian alat solek secara berlebihan

Soalan : Bagaimanakah cara bijak utk mempergunakan masa yang diberi kpd anda utk memperkenalkan diri dan seterusnya mewujudkan keserasian ?
Jawapan :
Cuba secaya mungkin mencari topik² yang disukai oleh panel temuduga. Cuba perhatikan keadaan sekeliling bilik temuduga atau gaya panel penemuduga berketerampilan untuk mendapatkan sedikit panduan mengenai topik² yg disukai.

Soalan : Perlukah anda membawa sesalinan resume utk menghadiri temuduga ?
Jawapan :
Perlu !! Berikan resume kepada panel penemuduga dan jika perlu, bawa salinan lebih sekiranya panel penemuduga gagal menemui salinan resume yang telah diberikan oleh anda terdahulu. Sekiranya anda mempunyai portfolio kerjaya yang menerangkan secara terperinci tentang tanggungjawab anda di dalam sesuatu pekerjaan terkini atau terdahulu, sila bawa dan berikan kepada panel penemuduga.

http://www.kerja-kerajaan.com/images/combine.jpg



Soalan : Apakah perkara² lain yang penting dilakukan oleh calon semasa sedang menghadiri sesi temuduga ?
Jawapan :
+ Ekspresi muka - Senyuman
+ Ekspresi badan - Duduk dengan tegak

Soalan : Apakah perkara yang tidak baik dan tidak patut berhubung pergerakan badan yang boleh mengagalkan setiap sesi temuduga ?
Jawapan :
+ Jawapan secara bersahaja spt "a ah" dan sebagainya
+ Bercakap secara terlalu lembut
+ Memegang muka, mulut dan mengeliatkan kepala
+ Berpeluh secara berlebihan
+ Merokok
+ Mengunyah gula² getah
+ Menggoyangkan kaki
+ Bermain dengan pensil sambil mengaju-ajukan tangan
+ Bersiul
+ Menjegilkan mata
+ Membersihkan kuku
+ Menggunakan slang ketika menjawab soalan
+ Menggunakan nama panel penemuduga
+ Memegang dan bermain dengan barang² yang ada di meja panel penemuduga
+ Mengusik-usik rambut
+ Memotong percakapan panel penemuduga

Soalan : Apakah cara yang terbaik utk menunjukkan bahawa anda berkeinginan utk mendapatkan peluang pekerjaan yang ditawarkan ?
Jawapan :
Senyuman yg ikhlas, tegas dan konsisten

Soalan : Apakah cara yang terbaik utk menunjukkan bahawa anda yakin ketika menghadiri sesi temuduga ?
Jawapan :
Suara yang terang, tegas dan mantap

Soalan : Apakah jenis² temuduga yang sering dilakukan ketika ini ?
Jawapan :
+ Temuduga berasaskan kelakuan
+ Temuduga berasaskan kepada isu
+ Temuduga berasaskan kumpulan
+ Temuduga berasaskan tekanan stress

Di bawah ini adalah beberapa tips dan panduan yang boleh digunakan ketika anda menghadiri sesi temuduga:

Apakah cara terbaik utk mempamerkan/menunjukkan keinginan anda terhadap jawatan yang dipohon semasa temuduga ?
Tip 1 :
Mesra, sentiasa tersenyum

Apakah cara terbaik mempamerkan keyakinan anda semasa ditemuduga ?
Tip 2 :
Tegas, suara yang kuat

Terangkan mengenai diri anda.
Tip 3 :
+ Jangan ceritakan mengenai diri/kehidupan anda
+ Berikan ringkasan mengenai latarbelakang pendidikan, pengalaman di dalam pekerjaan yang lalu adalah sangat membantu dengan permohonan perkerjaan anda

Apakah kekuatan/kelebihan anda /
Tip 4 :
Beritahu mengenai kelebihan yang ada pada diri anda dan bagaimana ia boleh membantu di dalam pekerjaan yang anda pohon.

Apakah kelemahan anda ?
Tip 5 :
Pilihan utk menjawab soalan sebegini (jawapan yang negatif tetapi sebenarnya bagus/positif):
+ Saya kekadang kurang sabar, tetapi ia membuatkan saya bekerja dengan lebih baik
+ Bila saya memulakan sesuatu projek atau tugasan baru, kadangkala saya lupa makan tengahari
+ Disebabkan saya adalah seorang yang sukakan kesempurnaan, kadangkala ia sukar kerana saya rasakan orang lain tidak dapat memberikan yang terbaik sepertimana diri saya

Berikan jawapan negatif yang tiada kesinambungan dan kaitan dengan pekerjaan anda itu
+ Saya bukan pengeja yang bagus, jadi saya selalu bawa kamus bersama saya
+ Yakinkan penemuduga bahawa tiada kelemahan yang tak boleh anda atasi sekiranya anda diberi jawatan tersebut
+ Beritahu juga, sekiranya terdapat kekurangan/kelemahan anda akan menanganinya dan belajar dari pengalaman itu

Mengapa syarikat ini perlu mengambil anda bekerja ?
Tip 6 :
Terangkan tentang sumbangan yang boleh anda beri kepada syarikat di samping kualiti-kualiti kerja yang lain yang boleh anda lakukan

Sumber : Panduan & Tips Menghadiri Temuduga oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Manusia

http://achemm.blogdrive.com/archive/cm-9_cy-2009_m-9_d-1_y-2009_o-10.html


21 August 2009

CARA PENGGUNAAN PENUTUP MULUT DAN HIDUNG (MASK)

Info: http://h1n1.moh.gov.my/poster/Pos_Penggunaan%20Mask/Cara%20Penggunaan%20mask_web.pdf

 1. TUTUP KESELURUHAN HIDUNG DAN MULUT 

2. IKAT TALI ATAS MENGELILINGI KEPALA DI
ATAS PARAS TELINGA, TALI KEDUA DI IKAT DI BAWAH PARAS
TELINGA.

3. MENGGUNAKAN KEDUA-DUA BELAH TANGAN, BENTUKKAN KEPINGAN LOGAM


Mudah..kan.. sorrylah gambar lari-lari pula..

Influenza A (H1N!)

Diambil dari http://h1n1.moh.gov.my/

1. Basahkan tangan dan ratakan sabun dengan sempurna
2. Gosok kedua-dua tapak tangan
3. Gosok setiap jari dan celah jari
7. Keringkan tangan dengan kain bersih atau tisu
4. Gosok kuku di tapak tangan
5. Gosok belakang tangan dan celah jari
6. Basuh tangan dengan air bersih secukupnya
BASUHLAH TANGANTANGAN DENGAN BETUL


Amalkan membasuh tangan:

Selepas ke tandas
• Sebelum makan
• Sebelum dan semasa menyediakan makanan
• Apabila menyentuh bahan mentah, permukaan tercemar; muka, hidung, telinga dan lain-lain anggota badan
• Bila-bila masa tangan anda kotor
tanggalkan cincin jari dan gelang tangan sebelum membasuh tangan

18 August 2009

Solat: makna setiap Pergerakan


1 - Niat Sembahyang :Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

  • info di ambil dari : Asrol Budi

Si Dia Suami Orang??


Si Dia Suami Orang? macammana nak tahu ni.. 

OK jom kita check list:

1. Bila berbual dengan anda matanya tidak memandang wajah atau muka anda kerana takut pembohongannya dikesan.

2. Ketika sedang berjalan-jalan dengan anda matanya liar memerhatikan sekeliling kerana dia khuatir terserempak dengan rakan-rakan isterinya atau saudara mara.

3. Jarang mengajak anda makan di tempat terbuka untuk menjaga line dengan makan di tempat-tempat yang sulit dan tersembunyi.

4. Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerana sering tidak dapat dihubungi kerana sebenarnya dia menggunakan 2 atau 3 talian (sim card) dan anda hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal

5. Sama sekali tidak akan mengajak anda datang ke rumahnya untuk bertemu kedua orang tuanya.

6. Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil seperti anak patung, selipar, puting ataupun tompok-tompok berbau susu di kusyen kereta.

7. Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya luarbiasa kerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil dengan wanita.

8. Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlalu di kongkong oleh ieterinya. Bila memandang tubuh anda, matanya menakutkan (tafsir sampai ke dalam kata orang tua).

9. Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga oleh isteri mithali yang baik dan setia di rumah.

10. Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak jauh dari anda untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta dia akan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihat nombor yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalah isterinya.


info dari isuhangat.blogspot.com 

Year End Gathering

Hari ini, aku cuti. Jadi, ada banyak masa untuk buat macam-macam, termasuk plan makan-makan. Plan simple je sebenarnya. Disebabkan aku ada m...