16 September 2024

Perjalanan ke Klinik Gigi: Kisah Penakut yang Nekad

Ini adalah satu pengalaman yang aku sendiri tak tahu lah macam mana boleh nekad. 😅

Sejak kebelakangan ini, gigi aku asyiklah sakit, mungkin berlubang teruk. Aish, almaklumlah, last kali tampal gigi 'secara paksa' masa tingkatan 5! Haha, time tu banyak drama.

--- 5 Julai 2024 ---

Pagi tu, sebelum balik kampung (insyaAllah setiap Jumaat, akan balik kampung) dengan debaran yang macam tak tercabut jantung, aku nekad jejakkan kaki ke Klinik Pergigian Taman Seri Impian—seperti yang aku cari di internet.

Uish, stress tau fikir nak pergi ke tak... haha, yishh, dasar penakut! 😁 Dalam hati aku terfikir, 'Lebih baik bergayut ditempat tinggi daripada berhadapan dengan jarum suntik!' 😂


Di Klinik Pergigian

"Selamat pagi, nama?"—urusan pendaftaran.

Nama pun naik di skrin. Tak lama kemudian, nama aku dipanggil... hurmm, dalam hati aku berfikir, "Betul ke ni?" 😖 dan berdoa, 'Ya Allah, janganlah aku jadi penakut sangat'


--Dalam Bilik Dokter--

Dah tanya-tanya, aku pun beritahu tujuan sebenar sampai ke klinik:

Aku: "Dokter, saya nak tampal gigi, boleh? Gigi saya yang sekian-sekian dah berlubang."

Dokter: "Boleh, bila last buat treatment gigi?"

Aku: "Hmm, lama dahh..."

Sambil tersenyum, dokter bertanya lagi, "Lama? Kenapa lama tu?"

Aku: "Sebab... hmmm... sebab saya takut."

Dokter: "Oh, ok faham—saya check keseluruhan dulu ya."

Aku: "Ok dokter."


"Ok, kalau awak tengok ni... sekian, sekian... wasalam." 😅

Aku: "Dokter, sakit tak kalau cabut tu? Saya takut lah... boleh ke harini tampal je?" Haha.

Dokter: "Boleh je, tapi kena datang next appointment untuk cabut gigi bongsu—kesian dekat gigi awak yang depan tu."

Aku: "Okey, dokter. Asalkan harini tampal je. Yish, part paling ngeri bila dokter nak inject anestesi sebab sakit tau (actually more kepada fobia) 😢"Masa tu, aku fikir jarum suntik tu macam alat untuk menembak alien! Rasa macam dalam filem sci-fi. 'Kalau dia guna alat itu, pasti aku akan menjadi superhero!' sayangnya, aku cuma jadi penakut. Haha!"



"Next appointment next week." Semoga aku masih berani!

Year End Gathering

Hari ini, aku cuti. Jadi, ada banyak masa untuk buat macam-macam, termasuk plan makan-makan. Plan simple je sebenarnya. Disebabkan aku ada m...