Aku pun startlah searching Google tempat yang boleh pergi dan balik hari. Disebabkan aku cuti just Jumaat, maka ada lah masa nak search sementara lepas solat Jumaat
Pertemuan:
1) Putuo Village, Kulai
2) Upside Down Warm House Kulai
3) Hutan Bandar Putra
Okey, Kulai ni merupakan salah satu daerah yang ada di negeri Johor Darul Takzim. Kira okey lah, dalam negeri. Daripada 3 tu, 2 tempat je kami pergi.
1) Putuo Village, Kulai
Putuo Village ni perkampungan Cina lama dan unik. Kalau nak gambar yang cantik, kehijauan alam semulajadi, senibina lama bolehlah ke sana. Aku dan family tak masuk sampai ke Taman Buluh yang boleh snap photo cantik tu, hehe.
Kalau korang nak tengok view yang cantik, boleh search Putuo Village Google Photo's
Destinasi ke dua kami adalah ke Hutan Bandar Putra
Hutan Bandar Putra ni taman rekreasi yang terletak di Kulai Jaya. Parking banyak..ada tempat jogging, taman permainan, tandas awam, tasik dan katanya ada trek basikal. Masa kami tiba kat sana, panas Lit-lit..jadi kami amik satu pusingan je.. hehe. Kalau korang nak beriadah sambil amik angin petang bolehlah singgah ke sana.
Last destinasi kami adalah cari makan, al maklum dah jalan sana-sini haus dan lapar. Maka kami ke Nasi Lemak Wak Kentut. Ha..masa kami datang tak ramai lagi, yang specialnya kat sini adalah nasi lemak dan ayam dia.
Sekian separuh harinya travel.