Apabila seorang demi seorang, ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai, orang sekeliling sudah mula update "Saya sudah di vaksin 1st Dose"π teruja..kan menunggu giliran. Aku rasa bukan aku sorang je yang mengalami perasaan tu, ramai kot yang ada perasaan tu. Hari-hari check MySejahtera, padahal jika tiba masa kita - kita akan dapat pesana ringkas untuk menyemak butiran di MySejahtera. Uish, mana taknya yang register bulan May sudah pun dapat panggilan temujanji, kita yang daftar Februari masih krik..krik.. hehe
Temujanji Pertama
7 Ogos 2021 (Sabtu), alhamdulillah memang doa sangat kalau dapat biarlah Sabtu hari tak keje. Syukur. Temujanji saya jam 3:30 PM di LHDN cawangan Kluang. Debor rasa daripada pagi nak tunggu time nak pergi, tak keruan rasa.
Drive, dan tiba jam 3:00 PM. Tempat tak pernah tiba, jadi terpinga-pinga jap. Adalah RELA tunjukkan pintu masuk, kira checkpoint pertama.
“OK, sini ya. Cik boleh scan QR code, check suhu dan boleh duduk dulu kat sana- petugas di sana bagi arahan. aku pun duduklah bersama penerima vaksin yang lain, sambil menunggu arahan seterusnya"
OK, siapa jam 3:00PM lagi sila anjak ke depan ya.- kata petugas di sana.
Cepat je, pergerakannya, terdengar pula untuk teams jam 3:30PM. Aku bersama penerima vaksin yang lain pun mula beranjak kedudukan sehingga lah ke meja pendaftaran dimana penerima vaksin akan diminta kad pengenalan untuk petugas mengisi butiran yang diperlukan di dalam borang dan memasukkan data ke dalam sistem komputer mereka.
Selepastu, kami diberikan borang perakuan, untuk setuju menerima vaksin secara sukarela. Jangan risau ada petugas akan datang tanya dan tolong semakkan borang kita. Kalau Okey, bolehla masuk ke dewan untuk menunggu ke kaunter seterusnya.
Masuk dewan ni kami semua di beri nombor giliran, nanti tengoklah kat screen tu ada tertera number yang korang dapat dan kaunter mana nak dituju. Masa ni jantung dah dup dap macam nak terkeluar.
**Biasalah, kalau kau penakut jarum memang camni...hahaha. Kalau dulu, boleh bagi sejuta alasan kat dokter, tak nak suntik. Tapi kali ni, demi kesihatan dan kemudahan semua pihak, kurelakan jua. Nak datang ambil vaksin pun kena consult diri sendiri,π beranikan diri. Sebelum pergi tu, macam ada rama-rama dalam perut, nak muntahlah, nak demam lah. aish.
0k kita sambung..
- apabila number kita dipanggil, kita pun pergilah ke kaunter yang telah ditetapkan, masa ni kaunter 2 - Ketika ini petugas akan bertanya dengan lebih lanjut mengenai pekerjaan, alahan ubatan dan pengesahan butiran diri kita.
Setelah selesai, penerima perlu pergi ke tempat yang dikhaskan untuk mendengar sedikit taklimat mengenai jenis vaksin yang akan kita terima haritu, apa kesan-kesan yang mungkin akan lalui, apa yang perlu kita buat. Petugas kat situ juga akan bertanya jika antara kami yang mempunyai apa-apa penyakit (untuk pengetahuan kaunter ni 5 orang satu2 masa). Selain itu, kami juga diberitahu tempoh antara dos pertama dan ke dua. Ha, sebelum habis tu, kami juga diberi peluang untuk bertanya apa sahaja soalan jika terdapat kemusykilan. Jika tiada, dokter tu akan sign borang kita dan bolehlah bergerak ke ruangan menunggu untuk menerima vaksin.
Masa mula-mula, masuk bilik suntikan tu- petugas tersebut minta borang tadi. Kemudian dia suruhlah duduk, memandangkan aku duk tercegat berdiri macam orang nak marhaban. hihi. Setelah duduk tu, petugas tersebut menunjukkan cecair vaksin sambil memberitahu jenis vaksin dan jumlahnya sebelum disuntik kepada penerima.
Masa ni aku minta 3 minit tempoh bertenang- sorry bukan mengada, tapi memang saya perlu tempoh tu.
Selesai! Setelah divaksin aku pun bergeraklah ke ruangan menunggu bersama yang lain selama 15 minit. Jika terdapat apa-apa alahan selepas vaksin diterima, bolehlah maklumkan kepada pegawai bertugas. Alhamdulillah, 15 minit tiada alahan, nama pun dah di panggil.
Yay!! moh ler kita pulang dengan happy. Bangga kan sebab berjaya dapat 1st dose. π
Opps!! Jangan lupa ambil kad vaksinasi sebelum pulang dan ayuhlah ambil gambar di photo booth yang telah disediakan - yay!! “saya sudah divaksin”. Bukan apa sebagai kenangan. Disebabkan aku gi sorang, kenalah ringan kan mulut- "akak, boleh tolong ambilkan gambar saya".
*Masa cucuk tu tak sakit, tapi on the way drive balik mula dah rasa sakit di tempat cucuk. Sampai rumah, mandi, makan dan telan panadol. Malam tu bermulalah sakit tangan, sakit kepala rasa cam nak meletup, mual. Rasa ni, adalah dalam seminggu gak.
"Hari yang ditunggu telah pun tiba,
Debaran terasa MasyaAllah,
Dengan rasa hiba,
Alhamdulillah 1st dose settle sudah"
Temujanji ke 2 -28 Ogos 2021 (Sabtu)
Kali ni nervous tetap ada, cuma kali ni tak sehebat yang pertama. Kita dah tahu step dan ianya lebih ringkas. OK untuk 2nd dose, macam biasa temujanji jam 3.30 pm di tempat yang sama. Kira on-time sebab dah boleh tahu jangka masa dari rumah ke tempat PPV. Tiba di perkarangan, ramai juga harini, mungkin sebab ada yang dipanggil melalui panggilan telefon. Tak kisah lah tu..hihi
Di dalam dewan, sambil menunggu giliran, mata aku dah usha2 gak kaunter mana nak kena tuju nanti. OK kali ni aku dapat kaunter 6. Macam biasa, petugas di situ adalah bertanya, ini 2nd dose kan? saya mengiyakan. lepas tu, terus ke ruangan menunggu untuk vaksin. Masa ni debar dah terasa, habis semua orang aku suruhnya mereka ke depan, gi masuk untuk vaksin ππ. takut weh!!
Tetiba, awak meh masuk sini - saya ke? haha sempat lagi kan.
Aku pun berjalan lah masuk bilik suntikan. dalam tu ada lagi sorang. Lepas orang tu barulah akunya turn. Masa dah duduk tu, pegawai perubatan tu tanya, masa 1st dose ada apa2 simptom tak. Aku pun..bla..bla..bla.. beritahu A-Z.. OK, Masa nak suntik tu, petugas perubatan akan memberitahu jenis vaksin dan inform kita untuk sedia.
PP: OK, kalau saya kata tarik nafas, awak tarik nafas ya.
CP: Aku pun rileks dan tarik nafas seperti arahannya.
Tertiber... sakit dia tak boleh bawak bincang maka aku jadi panik dan mulalah tangan lagi satu cuba tarik tgn petugas.. (haha..kau kan..buat hal lah.)
PP: Awak perlu bertenang, Tarik nafas dan rileks kan tangan.
πππNak nangis rasa. Hmm..
Yay! alhamdulillah completed. Moh ler pulang. kita berpantang 14 hari ya.
Kita belum menang, amalkan SOP dan kita pasti menang π InsyaAllah
***
Amik vaksin ya kawan-kawan untuk kebaikan kita dan yang lain.
Sekian wassalam