07 September 2019
Kem Motivasi
Assalammualaikum wbt,
Hari ini, sedang scroll facebook, jumpa lah ada tuan punya profile tulis " rugi kalau korang tak pernah rasa part nangis masa kem motivasi"- terus aku teringat masa sekolah dulu.
Masa sekolah rendah, menengah mesti ramailah yang akan menghadiri kem-kem motivasi ni. Sama ada terpilih atau terpaksa.. haha. Cik Pinky dulu ada lah join kem motivasi ni. Part
"adik-adik pejamkan mata..bayangkan masa kita kecil...bla..bla..bla.."
Memang tersentuh di hati lah. Semua mesti nangis. Nangis bersungguh, ada yang macam kena pukul pun yer.. hingus sok..sek..sok..sek.. Tapi serius sedih. Cik Pinky rasa semua akan menjiwai masa tu.. Rasa macam nak balik je, nak salam peluk cium mak ayah kita.
Tapi lain cerita masa sekolah menengah - ini memang tak boleh pakai
Masa tu Cik Pinky dah form 6, kata orang tu..dah dewasa dah. Mana taknya, pagar sekolah pun boleh dipersalahkan oleh pelajar form 6 bila kantoi keluar masa waktu sekolah.. hehe..
Ok, camni ceritanya..
Kem ni diadakan di tiram, Johor. Siang tu kami ada macam-macam aktiviti. lari sana sini.. ada latihan dalam kumpulan..eh, macam-macam lah. Malam tu, kami berkumpul dalam dewan.. Cik Pinky masa tu memang ngantuk giler-giler, rasa tak sabar nak balik bilik..
Seperti biasa part suruh pejam mata, bayang kan.. Cik Pinky pejam mata..tapi pejam terus terlelap.. nasiblah lelap sekejap, kalau pakej dengkur lagi haru.. hehe.
Orang suruh bayangkan, dia pi pakej tidur mimpi bagai.. hehe
Sekian, pengalaman. sekarang kerja dah takde dah macam tu..
Korang ada tak pengalaman di kem motivasi? Meh la share๐
Subscribe to:
Posts (Atom)
Year End Gathering
Hari ini, aku cuti. Jadi, ada banyak masa untuk buat macam-macam, termasuk plan makan-makan. Plan simple je sebenarnya. Disebabkan aku ada m...
-
Assalammualaikum.. Harini perjalanan hidup, macam2 ada.. macam ASTRO. Tetapi, biasalah kehidupan duniawi.. Orang kata, kalau risau kan ...
-
Assalammualaikum... Dalam mengira datangnya Ramadhan, pelbagai amalan kita sebagai umat islam cuba lakukan. InsyaAllah diterima atau tidah...
-
Hi semua yang membaca, Assalammualaikum OK #IFLA dah habis, sekarang kita teruskan rutin as usual. Oh sebelum tu: HAPPY MERDEKA DAY M...