01 August 2012

Jangan lupa tanggungjawab..

Assalammualaikum wbt..

Hari ini adalah hari ke 12 kita berpuasa. Dalam kita berpuasa, ramailah sudah yang pergi persiap apa yang patut seperti shopping baju raya untuk suami, anak-anak dan diri sendiri.. Mana arah tujuan?? SOGO, Masjid India, Plaza Angsana, padang Besar... pilihlah..

Dalam keghairahan menyediakan untuk menyambut syawal jangan pula lupa membayar ZAKAT FITRAH.. 

Apa itu zakat Fitrah??
( http://www.e-zakat.com.my/info-zakat/pengertian-zakat/)

Dari Segi Bahasa

Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG”
Pengertian “BERSIH” dan “SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.

Dari Segi Syarak

Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak

Hikmah Disyariatkan Zakat

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:
  • Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
  • Membersihkan diri pembayar zakat.
  • Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
  • Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
  • Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
  • Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
  • Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
  • Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
  • Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT.
  • Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.
Berikut adalah beberapa hukum berkaitan waktu untuk membayar zakat fitrah. Selamat mengulangkaji :) - http://suraukini.blogspot.com/2011/08/hukum-dan-waktu-membayar-zakat-fitrah.html
  • Waktu Yang Dibolehkan iaitu dari awal Ramadhan sehingga hari akhir Bulan Ramadhan.
  • Waktu Wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
  • Waktu Afdhal iaitu selepas sembahyang subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang Raya Aidil Fitri.
  • Waktu Makruh iaitu selepas sembahang Hari Raya Aidil Fitri sehingga tibanya Waktu Maghrib (iaitu sebelum terbenam matahari).
  • Waktu Haram iaitu selepas terbenam matahari pada Hari Raya Aidil Fitri.

SELAMAT MENUNAIKAN ZAKAT FITRAH..

6 comments:

  1. jom snggah baca entry kenangan ramadhan
    http://yayabunga.blogspot.com/2012/07/hari-ini-aku-nak-join-segmen-dari-kak.htm

    ReplyDelete
  2. jangan cari tempat yang murah je..hehe.. saya dah bayar dah...

    ReplyDelete
  3. teringat ustaz ngajo kat sekolah dulu..:)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah. dah pun bayar zakat. :)

    ReplyDelete

[COPY POST] Kecantikan adalah subjektif.

  Kecantikan pada setiap insan itu adalah subjektif. Bergantung kepada siapa yang menilainya. 😊😊😊😊😊 "Posting di bawah adalah nukil...