07 December 2011

Aktiviti Awal Muharram 2011

Hari ini tahun baru…selamat tahun baru semua saudara seislamku… uhm, hari ini ibu keje.. under HDKT - program Blood Donor di Econsave, Kota Tinggi. 


Hari ini aku ada janji temu temu janji dengan seorang yang ku kenali melalui facebook.. nama dia Mohd Firdaus.. kira ini 2nd time outing dengan dia. Nervous pasti ada. Al maklum sebab dia lelaki. 


Hari tu hujan turun.. lebih kurang jam 2.30pm dia datang ambil ku di rumah.. Actually risau gak keluar ngan lelaki nie..nanti jiran dok ngata… uhm..apa pun kami keluar sesudah dapat keizinan daripada ibu tersayang..( jenuh gak pujuk).. apapun aku nak restu dari ibu..kalau tak dapat keizinan..sanggup aku batalkan. Sebab aku sayanggg ibu. Untuk kali ke tiga… tak sure boleh dapat keluar lagi ke tak.. huhu

Jam 2.30pm, mohd firdaus dating ambil aku di rumahku. Destinasi pertama adalah kami ke City Square.. wah for the 1st time..tempat tu lebih kurang cam SOGO je..huhu..busy nye jalan aduyaiii… tujuan utama nak shopping baju untuk keje..lama2 takde yang berkenan.. hihi. Kasihan mohd firdaus..aku nie kadang2 cerewet..kadang2 sembrono(ikut suka) je.. ikut mood agaknye..hehe.. sorry lah. Namun hari tu, mohd firdaus telah menghadiahkan sehelai baju yang sangat cantik..maluss sayess- katanya “ anggaplah itu hadiah persahabatan”.. niat baik lagi suci murni orang tak baik dihampakan. Yang penting, hadiah biar orang tu yg pilih.. kalau sendiri pilih..dah lain namanya tu… huhu.

Setelah itu, kami p makan di Restoran Melayu. Uhm…dari muka hadapan sampai last page..harga..boley tahan… (mahallah tu)… aku oder nasi greng kampong + the ais ..manakalan dia pilih nasi goring cina + nes o ais.. dan sambal udang… terrbaiklah… Tapi.. nasi goring kampong tak ley nak makan..tak sedap ke?? Bukan..sebab rasa belacan xtra. Jadi kami tukar..saya makan nasi goring cina..dia..hehe.. seusai solat maghrib.. dia pun hantar aku pulang.

Tamatlah untuk hari ini.

2 comments:

  1. Selamat tahun baru walaupun lagi 4 hari hehe.. belacan xtra tu yang penyedap rasa dan penaik seleratu xD

    ReplyDelete
  2. boleh je? http://www.izamirridzwan.com/

    ReplyDelete

Year End Gathering

Hari ini, aku cuti. Jadi, ada banyak masa untuk buat macam-macam, termasuk plan makan-makan. Plan simple je sebenarnya. Disebabkan aku ada m...