31 May 2010

Kota Tinggi -->> kampungku


Semua org mesti tau..Kota Tinggi Satu Bandar yg besejarah banyak tempat-tempat pelancongan & bersejarah Contahnye; Desaru, Air terjun Makam Sultan Mahmud, Makam Laksamana Bentan, dll. Sebenarnya kat cni nak cite cuti wesak aritu..happy sangat dpt balik kampung..
ceritanya begini..

-->
Bercuti slama 3 hari, boley lah sekadar melepaskan rindu..al maklum sempena wesak..hehe..bukan sambut pown, tapi tu r..cuti cam nak p sambut jerr kan.. biler cuti2 camni, ape ag..aku amik r tiket balik kg.. tiket aku kul 11.59pm..khamis r tu..tapi dok dlm bas je da jdik jumaat.. hehe..tak kesah la..
Bas transnational tepat plak harini, Alhamdulillah..naik je bas..bas baru nak gerak mata aku pown dah tutup..hehe.pnat kot..haha.. sampai kota tinggi lebey kurg jam 4.30am..wow!! laju gak pakcik ni bawak bas.. sampai jer..ngan mamai2..sume penumpang pown turun.. tetibe..sepupu aku rupenye nek satu bas.. aduyai..awat lah tak prasan tadi..
“kak fiza, cepat..kan sampai..”
“a’a, cz tak byk kete kot pagi ni..hehe”
“sape amik nie?..kata sepupu aku
“uhm, adeQ..dah call, jap ag sampai r kot..”
“Nurul, sape amik?”..aku plak bertanya..
Sambil menunjukkan kat kaunter tiket sanggar kota..
“tu, ayah kite amik, meh lah nek ngan kite anto kat umh ..
Eah, takpe2..
Aku pown ikut r skali g jumpe pak sedara..
Tetibe..aku langkahku teberhenti, sambil mlihat nurul salam ayah dia
cute ala-ala power puff gurlz..hehe
Bukan ape, dari jauh, ayah dia ade iras2 arwah ayahku, tetibe sayu ase hati.. memg slama nie sume cakap cikgu Bakar tu (pakcik aku r tu..), ade iras..org kg kdg2 tersalah2 org..
Pagi nie, baru aku perasan..keirasan itu..
Sedg aku perhati, tetibe..pakcik aku tegur aku..baru lah aku tersedar..hehe..rindu plak kat ayah..
Cam biasa,aku salam r ngan family..sdara aku..
Skejap je..adeq aku pown sampai..aku pon minta diri dulu..
Sampai di rumah, wah..tilamku..bear2..kura2..huhu..rindunyerrr..
Tetiba..ade lah makhluk Allah nie, kelawar namenye..dok landing molek punye kat bantal.. menjerit aku pepagi buta..kelam kabut ibuku..p amik n g buang..sampai adeqku yg kecik pon bangun..tye..nape angah?? Tapi mata pejam..hehe…comey..
inilah kelawar tu..

Esoknye, ibu keje..aku mask breakfast nasi greng tuk adeq2ku, stelah anto ibu p kije.. membasuh, kmas umah..mandikan adeq2..haha..sukses.. abg balik aritu, huhu..aku dapat baju baru dari Cameron.. thanks abg n kakak iparku..kak hana…pink color
Sabtu, ibu kje ag..cam mls je nk bangun..huhu.. lpas solat..p anto ibu p keje..greng bi hoon goring..wah, tak tau ape ase..ahaha..takde yg complain..ok lah kot..hihi.. tgh hari msk sambal kupag, kari ikan tongkol n sayur kacg.. masak ckit je,..sbb..arini nak p jemputan..aku p jemputan kawen e’ein ngan izam.. segan pon ade..seb bek adek2 aku sportg nak teman aku..haha..cian dierg..
Mlm, naz ajak p pameran katanya kat kipmart.. uhm buley gak..g jenjalan. Sok nak balik dah.. rupenye ade kempen anti dadah kot..aduyai..ade UMNO bhgian kota tinggi,punye pendftaran ahli..and bandi amuk..nyanyi..ramai r..sementara tunggu adek yg bongsu plih mainan..sempat habis 1 lagu..uhm..adek2..rambang mata r tu..huhu..
Skali ag, klawar masuk umah aku..menjerit aku..awat lah..time ade aku dia kuar..kussss semangat..
bencinye..kat kelawar nie..
Ahad..dah nak balik..arini ibu cuti..wat ns gorg n jemput2..sedap..tak puas ase dok umah..hehe.. cam biasa adekku amirul anto g stesen bas..dlm pjalana..wa!! Kota dah ade McDonalds lar.. ehee..naz pon tye, bile angah nak blanje McDonalds..aku pon cakap next week kalo angah balik kite p eak..huhu..
rindu sangat kat ibu n adek2..skrg dah kat KL..perlulah menjalin rutin seperti biasa..

McDonalds Kota tinggi




25 May 2010

Memang Khilafku


mEmanG khilafku -apit

***************

Memang khilafku menyayangimu

Memang khilafku menyintaimu

Tapiku tahu semua itu

Tak akan kembali lagi

Bukan ku pinta segunung janji

Tidak ku harap sinaran ini

Cuma ku ingin setulus kaseh

Kesetiaan kekal selamanya

Oo..oh syakila

Senyummu enggan pergi

Tawamu mengiringi

Wajahmu ku terbayang

Hadirmu dalam mimpi

Umpama bidadari

Potretmu kutatapi

Mengharap kau kembali

Memang kurindu saat bersamamu

Memang tak mampu melupakanmu

Tapiku tahu semua itu

Tak akan kembali lagi

Selamat tinggal pada kenangan

Selamat tinggal pada igauan

Terima kaseh aku ucapkan

Untuk percintaan ini...


19 May 2010

myfriends2u.com

Alternatif tempatan kepada Facebook untuk berkomunikas. Myfriends2u.com ini juga dikatakan mesra pengguna dan memenuhi cita rasa generasi muda.

walau bagaimanapun, sebagai rakyat Malaysia, tak salah sekiranya kita mencuba page ini.

aper pon, aku baru je sign up..

ok slamat mencuba..da~~

17 May 2010

Hari ini , Semalam, & Kelmarin


hari ni aku kje shift petang..so bangun lewat kit ler..
hehe..al maklum masuk jam 12pm..
hari ni 17 may 2010..
erm, roomate aku nak pindah
dapat kje sana katanya..
rezeki memasing..
huhu..sedey gak..dia best frenz yg aku pnah jumpe..happy sokmo..
biasa ler, stiap ade pkenalan pasti ade perpisahan..
bajet cam tak jumpe je kan..
huhu


kisah semalam
smalam 16 may..
cam biasa..every year .. "HAPPY TEACHER'S DAY"
erm..aku ni tak ramai kengkawan yg cekgu..so wish pon tak ramai ler..
seharian dok umah, wat pe eak..
pepagi, cuci baju..minum nes + beskut= bekfes r tu..
pahtu..layan laptop..
tengok pic family..rindu plak
call ibu n adeQ2..kurg ckit ase..
petang tu..housemate aku sume kuar..
bile dok sesorg..teringat aku pada ayah..
rindunye aku pada dia...
sangat2..



kisah kelmarin..
ni ari sabtu, aku kije..
kat kolej ade wat pndaftaran...
ramai sangat..
habis kje kul 1pm, aku n HA..
ingt nak p balik U terus..tapi..
HA ajak p makn kat KL CENTRAl..punye food court
yum!yum!..sedap gak..
kenyg ase..
pahtu p cari ofiz PTPTN.. yea!! jumpe..
so pasti tade alasan ye..huhu
dalam on the way balik..
dalam keramaian manusia kat KL Central tu..tetiba.. ade yg memegang lengan ku..
la~~rupenye student uniTy..nigerian..
berbual2 jap..
pastu ikut haluan memasing..





BERSEDIAKAH KITA??

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih.... .

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada.....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air mani yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'..
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan. ...
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna.
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

' Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan'

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!!
Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! BACALAH DENGAN TELITI!!!

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar
atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar
.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di
hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan
berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang
terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Mak a Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak
forward this buletin...may ALLAH SWT bless you.
Saling berpesan2lah sesama kita....

10 May 2010

Setahun sudah

Dikira2 adalah nak dekat hampir setahun...
namuN aku masih tak tau rentak yg dimainkan..
mungkin aku bukan di kalangan mereka..
but I try..
walau kadang2 kecundang jua..

Mother's Day
disambut setiap 2nd week in May
tahun nie 09 May 2010 - Ahad
Aku hanya dapat make a wish je kat Ibu..
tahun sebelum nie..kami adeq Beradeq try sambut..
kumpul duit..buy cake faveret ibu..
buy some present..make a card..
then masak lah special..
special ker?? ahaha~~
org baru nak blajar masak..
aper pown
SELAMAT HARI IbU untuk IBU KU TERSAYANG
takde yg boley mengantikan ibu ku..
sungguh besar pengorbanan ibu kepada kami sume..
memang aku respect kat iBu..


05 May 2010

Kembara




Setelah selesai majlis perkahwinan, 1 family..dok mengemas ler plak..with pertolongan sedara mara..thank u sooo much..luV uolls.. best sangat aku rase..sebab dapat spend more time kat rumah..

Isnin pown skit ler kejenye..tp, aku dah on the way dah nak balik PJ [petaling Jaya].. sedih gak..hehe.. al maklum lame cuti. huhu.

Mujur call bas stesen sanggar kota dulu..kalo tak pembaziran minyak kereta dan tenaga akan berlaku..hehe. call punye call, tiket habis dah untuk this tengah hari.. It's ok lah..

Mintak Tolong adik aku, yana..anta aku ke bandar.. tetiba aku dapat panggilan dari pensyarah aku..katanya nak singgah ke rumah sebentar.. alamak.. how eah?? aku mintak maaf lah, camne nak terima kunjungannya, sedangkan aku dah nak kuar p bus stesen.. hehe

Tunggu bas punye lah lame, lebih kurang 1.45pm, bus yang di tunggu sampai..aku pown naik ler..brapa tambang [RM5] mahalnyeee.. amik mase sejam lebeh gak nak ke larkin, mybe sebab jalan in renovate kot.. sampai tertido aku..

Sampai larkin kul 1505..aduyai..ni padahnye beli tiket last mnit.. apepon aku dapat gak tiket ke KUALA LUMPUR jam 1530..dalam bas aku dah berangan dah..ni dok sesorang best tido..hehe.. set2 tempat..aduh..ade mamat ni plak nak dok sblah..takkan tanak bagi..cz aku byr tiket pon untuk satu seat.


[pic upload dari internet: foreigner tu asal dari DUBAI, pnat ye puji bangunan kat tmpat dia..ni yg upload, tengok ckit..oklah]

sedang elok bas gerak..aku pon nak layan mata, huhu..nak tido ler..kiranya.. dok berangan2.. mamat ni dok tye itu ini, pala aku dah puyeng ni [mabuk jalan jauh]..bab tu tak suke ngat travel..layan kan gak lah..

nak tido tak berani lah..depan & sebelah seat aku foreigner.takot gak..huhu.sudahnya sampai Bukit Jalil aku tak tido..hehe~~

lapo pown ade..perut bekeroncong je kejenye..Tup!tup!sorang kawan aku ni call ajak p makan..wa..senyum sampai ke telinga lah jawabnye..tapi malu pon ade.. sebenarnya.. alhamdulillah lar..bagai memberi satu pertolongan..hehe. [dlm bas dah dok tye2 camne nak balik ke UNIVERSITI, naek ape benti katne]..

apepon inilah kembara aku minggu lepas..nice & Alhamdulilla

Year End Gathering

Hari ini, aku cuti. Jadi, ada banyak masa untuk buat macam-macam, termasuk plan makan-makan. Plan simple je sebenarnya. Disebabkan aku ada m...