Hari ni, 27 April 2010, aku state kan entry ni..cz nak berkongsi info..[tu pon sbb dak2 umah aku disahkan mengidap deMam Kepialu..]
*********************************
Demam kepialu (typhoid fever) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella spesis. Demam ini sering terjadi di daerah endemik di India, Asia Tenggara, Asia Timur, Timur Tengah, Afrika, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Demam kepialu hanya menyerang manusia dan ia dapat disebarkan melalui makanan atau air minuman yang telah tercemar dengan najis atau air kencing pesakit atau pembawa demam kepialu.
Tanda-tanda
Demam kepialu yang tidak diubati akan sembuh dalam masa 4 minggu. Pesakit akan mula menunjukkan tanda-tanda jangkitan beberapa hari (3 hingga 56 hari) setelah dijangkiti oleh bakteria yang telah disebutkan.
Tanda pertama yang muncul adalah demam dengan suhu yang tinggi. Suhu badan turun naik sekitar 39 atau 40 darjah Celcius. Selain itu, pesakit juga akan mengalami sakit kepala, sakit otot dan seluruh badan, penat, cirit birit, dan ruam akan timbul di kulit. Cair dan seperti sup kacang hijau adalah sifat khas bagi najis pesakit demam kepialu. Setelah berapa hari, cirit birit akan hilang dan pesakit berhenti terus dari membuang air besar.
Pesakit akan menjadi semakin lemah dari hari ke hari. Pada minggu ketiga, tahap kesedaran akan berkurang dan pesakit berada di dalam keadaan delirium. Ketika ini, pesakit seperti berada di dalam kekeliruan. Demam akan beransur-ansur surut padan minggu keempat.
Penyebab
Penyebab utama demam kepialu ialah bakteria Salmonella typhi. Demam kepialu dapat ditularkan melalui makanan atau air minuman yang telah dicemari oleh najis atau air kencing daripada orang yang telah dijangkiti penyakit ini. Lalat juga merupakan salah satu penular penyakit ini.
Diagnosis
Diagnosis dapat dibuat berdasarkan tanda-tanda penyakit yang telah disebutkan di atas dengan dibantu oleh beberapa maklumat seperti tempat pelancongan dan tempat makan yang baru dikunjungi sebelum sakit.
Beberapa pemeriksaan khusus juga perlu di buat. Biasanya sampel darah dan najis akan di ambil. Pemeriksaan bakteriologi dan serology akan di buat terhadap sampel yang telah di ambil.
Komplikasi
Pendarahan dan perforasi (perforation) usus dapat terjadi apabila demam kepialu tidak diubati dengan segera. Kedua-dua keadaan ini boleh menyebabkan kematian. Selain itu, penyakit ini dapat merebak dan menyebabkan jangkitan ke paru-paru, jantung, dan buah pinggang.
Rawatan
Antibiotik merupakan ubat utama dalam merawat demam kepialu. Pada suatu ketika dulu, ubat chloramphenicol digunakan sebagai ubat pilihan untuk merawat demam kepialu. Tetapi ubat tersebut tidak digunakan lagi kerana bakteria penyebab demam kepialu telah berevolusi dan tidak dapat dibunuh dengan chloramphenicol. Sekarang, ubat ciprofloxacin digunakan untuk merawat demam kepialu.
Selain itu pesakit juga harus minum air dengan banyak dan memakan makanan yang tinggi kalori untuk memberikan tenaga supaya badan cepat sihat.
Pencegahan
Demam kepialu dapat dicegah dengan mengamalkan cara hidup yang sihat.
Basuhlah tangan sebelum makan, elakkan makan di tempat yang kotor, jangan gunakan air dari sumber yang tidak dirawat, elakkan memakan makanan yang tidak dimasak, dan makanlah makanan yang masih panas.
Selain itu, suntikan vaksin juga dapat mencegah penyakit ini.
Honarary Visiting Academician di University of Melbourne
Budaya membaca sebenarnya adalah satu sikap yang sukar dipupuk walaupun dalam mana-mana masyarakat sekali pun. Sikap ingin menambah pengetahuan terutama selepas zaman persekolahan merupakan bukan sesuatu perkara yang mudah dilaksanakan.
Bagaimanapun, cara Australia memajukan perpustakaannya dan cara mereka menarik masyarakat mendampingi perpustakaan sangatlah unik dan wajar diteladani oleh kita semua.
Pengalaman saya meninjau ke beberapa buah perpustakaan terutamanya perpustakaan desa di sekitar Victoria, banyak membuka mata saya, bagaimana sistem di sini memupuk budaya ingin membaca berlaku walaupun tanpa wujudnya kempen-kempen tertentu.
Perpustakaan awam di Australia didirikan di setiap daerah, tanpa mengira bilangan populasi setempat. Ini bermakna walaupun populasi di sesuatu tempat tidak sampai satu ribu penduduk pun, tetap diadakan sebuah bangunan khusus untuk perpustakaan.
Pengurusan perpustakaan diletakan di bawah seliaan kewangan perbandaran tempatan. Yang menariknya, setiap perpustakaan tidak mempunyai sebarang dana tertentu untuk menjalankan apa jua aktiviti yang direncanakan, melainkan gaji tetap para pekerja pustakaan tersebut.
Dan untuk menjadi ahli di mana-mana perpustakaan di sini, tidaklah sesusah di Malaysia. Keahlian tidak memerlukan sebarang gambar passport ataupun penjamin, apatahlagi mengisi borang-borang yang menyusahkan.
Secara tidak langsung, peraturan yang longgar ini dapat manarik minat masyarakat setempat untuk menjadi ahli perpustakaan. Apatahlagi peraturan-peraturan yang disediakan cukup mesra pengguna.
Perpustakaan dibuka untuk kegunaan semua orang, tidak kira sama ada anda merupakan ahli ataupun bukan. Kelebihan menjadi ahli adalah sekadar untuk pinjaman dan penggunaan peralatan alatan.
Lebih menarik, bila anda mendaftar untuk sesebuah perpustakaan awam, secara automatis anda menjadi ahli untuk kesemua perpustakaan yang terdapat di daerah tersebut. Anda boleh meminjam sebuah buku di perpustakaan A dan menghantarnya ke perpustakaan B, menarik bukan?
Tambah teruja, perkhidmatan penghantaran dan pengambilan buku/video/cd ke rumah sebagai perkhidmatan tambahan, tanpa dikenakan sebarang caj tertentu. Maka secara tidak langsung anda tidak ada sebarang alasan untuk tidak membaca.
Perpustakaan di sini tidak menegah untuk membuat bising…sesuatu yang pastinya kita tidak akan jumpa di mana-mana perpustakaan pun di dunia mungkin. Bagi masyarakat Australia, perpustakaan tidak perlu senyap, kerana bagaimana ilmu dapat disalurkan tanpa adanya diskusi dan interaksi.
Perpustakaan juga menyediakan perkhidmatan membantu menyiapkan kerja sekolah - satu tarikan utama untuk golongan pelajar, untuk datang ke perpustakaan. Perkhidmatan ini juga disediakan secara percuma.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sini melibatkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur mahupun latarbelakang seseorang. Menariknya, mereka menggalakkan penggunaan internet, permainan video malah PS (Play Station) mahupun WII (Nintendo) disediakan - mungkin juga sebagai satu daya penarik agar golongan muda mengunjungi perpustakaan.
Bayangkan setiap hari ada sahaja aktiviti dijalankan, dari kelas membaca sehingga ke kelas komputer, secara tidak langsung mengamit orang untuk datang ke perpustakaan. Disamping itu setiap persatuan sejarah setempat diletakkan di bawah seliaan perpustakaan.
Bayi (di bawah umur 2 tahun) juga telah disediakan aktiviti tertentu, agar dapat dipupuk dari awal sikap ingin tahu, budaya membaca dan budaya bersosial.
Kesimpulannya, semua ini secara tidak langsung melibatkan masyarakat setempat, dalam berkongsi pengalaman dan menyalurkan ilmu kepada yang lain. Setiap aktiviti bukan sahaja dijayakan oleh perpustakawan malah para sukarelawan yang tidak dibayar, bersama-sama mengemblengkan tenaga untuk menjayakan sesuatu aktiviti.
Duit mahupun dana bukan penghalang untuk melaksanakan sesuatu aktiviti. Masyarakat setempat tidak memerlukan makanan percuma untuk hadir sesuatu aktiviti, mahupun t-shirt tanda kenangan ataupun sijil kehadiran.
Pengguna perpustakaan amat dahagakan ilmu, bukannya cenderahati. Penceramah juga tidak menuntut sebarang saguhati atau honorari, kerana kesedaran tanggungjawab sosial yang tinggi.
Perpustakaan bukan sekadar tempat lambakan buku, ia dijadikan tempat tumpuan setempat. Tempat perbincangan dan tempat untuk berkongsi pengalaman. Pendek kata perpustakaan janganlah terlampau menakut-nakutkan pengguna, dengan peraturan-peraturan yang rigid.
Ilmu janganlah dijadikan terlampau eksklusif hanya untuk golongan tertentu sahaja dan janganlah sama sekali kita menjadikan duit sebagai penghalang untuk maju ataupun melakukan sebarang aktiviti-aktiviti.
minggu lepas aku cuti... sampai je kat kG.. non-stop mengemas rumah.. tuluNg iBu Petang Tu Mak Long N Pak Long Datang.. kiterg makan goreng Pisaang.. plak tu tiMe hujan..PerrgHH.. Kacau pulak air teh O..sedap kan..
MaLam tu, kiterg pi Johor..p amik barang hantaran abang yang ditempah Lawa..grand gitu..
23/ 04/ 2010 hari ni, sabTu bersamaan ngan tarikh d' atas kami, n sdara mara menuju ke MAsJID BesaR Kempas, Johor di sana, lpas solat Zohor.. aBg ku akan melapazkan akad nikah bersama pilihan hati kak Hana Alhamdulillah ngan skali lafaz.. Majlis tamat lebey kurg jam 6.30pm Then, kiterg dijemput ke rumah kakak ipar ku.. ade sedikit jamuan makan tuk sdara mara makan.. soto , mee bandung & kuih muih..
24/04/2010 hari ni di Dewan Kempas, belangsung nye majlis Persandingan.. malam..berkumpul umah IbU..
1stly nak gtau yg..cerita di bawah ini tader kene mengena ngan yg hidup atau yg telah meninggal dunia.. sekadar berkongsi citer.. Uhm, ag stu info nie aku dapat dari box emel ku pagi tadi froM my frenz..
RAHSIA BOLA HITAM & BOLA PUTIH
& misti korang nak tau kan..ape kene r dua2 bola nie..adeq badik ker?? spupu ker? nak tau meh baca citer slanjutnye..
************************
Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak Kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh je.
Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan kaki.Pengasuhnya mengadu kepada bapanya..
"Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia Tak ada basikal...apa tuan tak segan?"
Lantas...... . si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal yang macam mana dan sianak cuma bagitau;
"Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan bola putih ..." Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola itam dan putih?"
"Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan ituje."
Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je. Maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu, yang paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.
************** Masa berlalu ***************
kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya disimpan di dlm stor..
Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada si bapa. Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi.
"anakku, kamu tak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu?
Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli kasut roda je...".
Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak.. Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut roda.
Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan papa?"
Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih.
****************************
Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang. Sekarang kawan2nya main permainan lain- main roller blade. Musim rollerblade melanda kwasan tempat tinggal nya.
Trend baru....
Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya. Lepas bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda, si bapa jadi malu sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat banyak, keluar negeri lagi tu......Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman.
Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru bersama secebis nota:
"Biar kamu tak malu".
Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. Nota tersebut berbunyi:
"Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih?
Saya lebih sukakannya."
"Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu.
Apalah istimewanya bola itam dan bola putih!!?
Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota sebegitu.... hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola putih untuk kesekian kalinya.
Benar, setelah mendapat bola hitam & bola putih tu, si anak tidak lagi mendesak bapanya.. Secebis nota juga ditinggalkan di ruang kerja si bapa...
"trima kasih byk2 papa kerana belikan saya bola hitam dan bola putih"
Masa berlalu....
****************************************
Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dengan bas, member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah.
Suatu hari, ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang olehmembernya dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat malu.
Anaknya bukan 4, bukan 3,.....2 pun tidak.
Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan anaknya! Maka ditawarkan Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak Cuma inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si bapa tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berbincang.
Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah pula dgn bola hitam dan bola putih semestinya!! . Tetapi si bapa masih kesal... Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan anak lelakinya bola hitam & bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknyabegitu memerlukan sebiji bola hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam & bola putih..
Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti. Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru. Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor je.
Sehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik motoooooor jeeeee.. Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak belikan bola hitam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri!
Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya. So,selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya kpd si bapa,
“kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih?”
Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2 tu...huh..sampai awek anak aku pun tanya...bila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang di tanya?. Si awek pun bagitau, anak lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!!
Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam & bola putih. Nak buat apa lagii..., fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek anakmya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya.
Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit bukau menaiki Ferrari untuk brsiar2. Yelah, anak muda kan , ketika tenang memandu si anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah dan terus accident!!!
Mereka segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polis tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai seatbelt, si awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat.
Si bapa tiba di Hospital.."macamman a doktor, anak saya?"
Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya... sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.."
Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya.
"Papa, maafkan saya..tidak berhati hati semasa memandu.." si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan dia....akrablah dua manusia itu beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saatpertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya... .
Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui tentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola putih"
"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk... sehingga keseorangan dan sering kesepian..maafkan papa, nak. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yangbaik."
Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,"tak mengapa papa, saya faham.. Cuma
saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam2..... saya cuma minta bola hitam dan bola putih je kan ?"
Si bapa rasa timing jawapan untuk persoalannya sudah tepat..,
"KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM & BOLA PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?"
(anda semua pun ingin tahu kan ...?)
Si anak menjawab dengan nada terputus putus kerana sudah tidak dapat bertahan dan masanya sudah hampir tiba....
"sebabnya ....saya.. saya.... saya....."
*hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal sebelum sempat memberitau bapanya tentang bola hitam & bola putih.
Tengok, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak tau....apalagi aku yang cuma memforward cerita, lagi la tak tau ape ape. MACAMMANA NI? Kecewa jugak nih.
Isk!Isk! Isk!........
P/S : Sorry aarr sebab forward ni kat korang. Ye lah...Takkan nak jadi korban sorang-sorang je kan ....
Assalammualaikum w.b.t. pembuka bicara. hehe~~ mybe entry aku untuk hidup aku. cz ni 1st time. Korang percaya tak??setiap ape yg berlaku pasti ade hikmah?? uhm..aku percaya..tapiii kadg2 tak pon..hehe. whatever lah kan..
Berbalik pada cerita, kesah nieh berlaku pada 31 March 2010 = ahad. Hari ni aku ade Xam kat UiTM. Xam tukk sume jawatan agaknye..aku & kengkawan seangkatan semestinya.. PUSTAKAWAN..
Kesahnye bermula, aku bertolak dari umah sewaku D'VISTA angkasa jam 7am. Kbetulan hari tu tader air, TAPI..mujur aku bangun seawal 5.30am..berdebar kot. Aku p UITM shah ALam naek bas RApid KL U80.. dalam menunggu bas..abg SyuQ pown sampai..so kami tunggu lah bas sesama..
Then biler bas sampai, aku jumpe plak ngan member mse p Exam M-TEST..rosa namenye..dia amik pemb. pendaftar.. so kite bertiga sesama naek bas menuju ke seksyen 2.
Sampai seksyen 2 aku, abg syuQ, & rosa tukar bas 603 agaknye..bas ni trus masuk Induk UiTM.. mse nek bas, rakan ku niza pon sampai.. so skrg kami berempat p ke Fakulti kejuruteraan Mekanikal. Ramai pustakawan2 yg aku jumpe..member2..dah cam reunion r plak..hehe.
Exam sepatutnye bermula jam 9am, tapi ntah ape cerrr.. exam start jam 9.20am.. tu baru masuk dewan.
*****
lebey kurang jaM 11.50am, xam tamat. Semua candidate berpusu2 kuar deWan dgn berbagai aGenDA. AKU?? uhm aku join A'A, Iela, Niza & hafiz..p makan kat PKNS..huhu.. lapo larr.
***
Nak dijadikan kesah, aku, niza n iela balik ke KL sentral menaiki KTM..dari Shah Alam.. Tetiba di JAlan templer train tu benti la.. lame r gak..macm2 crita kiterg bualkan..(nak tulis pjg sgt)huhu.
agaknya lame bangat..pnumpang pon ade yg kuar..panas..kot..memang pon.. pemandu KTM tu pon memberi arahan supaya sume penumpang kuar dari train utk mengelakkan kepanasan.. Tapi kami bertiga tak kuar..pon..dok berbual2..hehe. berkampung kiterg jap kat halan templer tu..hehe..hari minggu kan..
THE cONCLUSION HERE, kalo tak kerana ade exam UITM..aku tak jumpe kawan2.. semua ni ade hikmah nye