17 July 2009

BloG Award!!




1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.

2) Pass the award to new other 15 blogs that you've newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.

~~
~Chenta Dyea~

02 July 2009

CINTA , KASIH, SAYANG??

HANYA mereka yang pernah melaluinya pasti menyatakan betapa indahnya meneroka dunia cinta.

Yang gagal pula barangkali serik untuk meneruskannya buat kali kedua. Namun kepada mereka yang suka memburu cinta, istilah tewas, kecewa, pedih atau terluka tiada dalam kamus hidup mereka.

Sayang, cinta, kasih, suka atau obses kepada seseorang adalah elemen yang tertera dalam dunia perkasihan. Anugerah cinta adalah nilai yang tidak terhitung kerana di dalamnya terkandung pelbagai perkara yang memungkinkan anda bertemu dengan pelbagai rencah dan ranjau berbisa sebelum akhirnya menemukan cinta sejati.

Mungkin perasaan sedemikian pernah atau sudah anda lalui tetapi bagi yang baru pertama kali berdepan dengan perasaan dianggap aneh itu, ia mungkin satu pengalaman sukar ditafsirkan.

Hayati makna yang terkandung dalam kata-kata menyukai, menyayangi, mencintai atau apa saja yang berkaitan dengannya sebagai panduan.

Saat kau menyukai seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.

Saat kau menyayangi seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.

Saat kau mencintai seseorang, kau akan melakukan apa saja untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.

Saat kau mencintai seseorang dan berada di sisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya.

‘Suka’ adalah saat dia menangis, kau akan berkata: “Sudahlah, jangan menangis.”

‘Sayang’ adalah saat dia menangis dan kau akan menangis bersamanya.

‘Cinta’ adalah saat dia menangis dan kau akan membiarkannya menangis di pangkuanmu sambil berkata: “Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama.”

‘Suka’ adalah saat kau melihatnya kau akan berkata: “Ia sangat tampan dan menawan.”

‘Sayang’ adalah saat kau melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.

‘Cinta’ adalah saat kau melihatnya, kau akan berkata: “Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.”

Di saat orang yang kau suka menyakitimu, kau akan marah dan tidak mahu lagi berbicara dengannya.

Di saat orang yang kau sayang menyakitimu, engkau akan menangis untuknya.

Di saat orang yang kau cintai menyakitimu, kau akan berkata: “Tak mengapa, dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan.”

Di saat kau suka padanya, kau akan ‘memaksanya’ untuk menyukaimu.

Di saat kau sayang padanya, kau akan membiarkannya memilih.

Di saat kau cinta padanya, kau akan selalu menantinya dengan setia dan tulus.

‘Suka’ adalah kau akan menemaninya apabila itu menguntungkan.

‘Sayang’ adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.

‘Suka’ adalah hal yang menuntut. ‘Sayang’ adalah hal memberi dan menerima.

Cinta adalah hal yang memberi dengan rela

- From: syakilayanti-

5 perkara



5 perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya :

1:wajah yang cantik

2: duit yang banyak

3:kesihatan yang baik

4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita

5:tidur yang nenyak tanpa ganguan.. senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.

kata nabi saw: “siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.” ‘sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat..

Jom ke Hospital kajang

11 MAY 2009- Saya & Yanna (adik) akan ke Hospital Kajang.. weee..1st time drive..sendiri. hehe. Kita pinjam kereta Arwah ayah.. iaitu Si Kecil comel..Encik Kelisa. Blog ni ditulis , saja nak menyematkan pengalaman kami untuk julung kalinya..ngehngehngeh.

OK, tentatif program..

Perjalanan kami bermula pada jam 7.40 am. Mula-mula, kita gi Hospital Kota - hantar ibu gi keje... Ibu kata hati-hati bawak kereta, dah sampai mana-mana telefon..setiap 2 jam berhenti.. ibu berpesan sebelum kami gerak

InsyaAllah, baik IBU..muah..muah..

Nervous ke Nervous.. of courselah nervous kan..

OK, bismillahirahmannirahim.. Kita menuju ke Johor, ikut jalan Kulai.. Hantam je lah

Kita masuk tol..then terus..sampai simpang kulai and cari lebuhraya. OK bila dah masuk lebuh raya, kira OK sikit kot.. jalan lurus.

1st perhentian, mestilah Restoran Jejantas..Tetiba lapar. Oh lupa, kami belum sarapan lagi, patutla perut nyanyi je.. OK jom kita Sarapan dulu. hihi. OK, yan, ni kita breakfast merangkap lunch tau.. cz jam pun dah kul 11 lebih. hehe.lepas makan, kita check minyak dannn.. JOM KE KAJANG!!

Alhamdulillah, perjalanan OK, Kami tiba di Kajang lebih kurang jam 12.50t/hari.. masuk dah area tu..kami punyalah pusing2…sempat sesat jugaklah.tak jumpa hospital..

Last-last, kami amik keputusan tanya pakcik tepi jalan. kitorg pun ikut direction sepertimana pakcik kat kedai tu..ish3.

Nak dijadikan satu pengalaman..lah..masa kami pusing-pusing Kajang makan angin (sesat sebenarnya).. Kitorg termasuk kat satu kawasan tu..tmpat dia sangatlah ..menakutkan..jalan tak bertar..dah macm tempat pelik dah cam kat dalam TV..hihi..

Eh, kau ni..berimaginasi pulak.. drive2..pastu..niat di hati nak patah balik..tapi..tak jdi..alang2 baik trus..jalan dah la sunyi..sampai lah..kami jumpa pkcik bwk lori..jual sayur..aku p r tanya..jalan nak ke hospital kajang..mengikut kata pakcik sayur tu..kamu jalan terus je sampai jumpa jalan besar..aku pon dengn lafaz bismillah..drive ag..jalan..memg ase cam tak selamat..sampai..nmpak kwsan prumahan..then jmpa jalan besar seperi dikata.. OK, jom p tanya orang lagi..

Akhirnya..perjlanan.. mencapai ke destinasi yang dituju..Alhamdulillah.. 

Setelah tiba, OK ada masa sebelum appointment Yana.. Call ibu, gitau kami dah sampai, lepastu kami pi solat zuhur..jam dah menunjukkan pukul 1.30pm. relaks sebentar. 


**sementara yana dating dengan doktor kat dalam, aku duk lah kat ruangan menunggu.

Temujanji tu sekejap je.. sebab dah booking kan.. 

OK, jom kita ke KOTA TINGGI, bandar bersejarah.

Aku drive trus balik ke rumah..tapi singgah lah sekejap perhentian..nak isi minyk and asar..

Penat..rase kejang kaki. ahaha. Dah lewat petang gak masa tu...singgah Maghrib jap.
Kami sampai jalan kulai hari pun dah gelap..aish takut plak rasa.. sepanjang pjalanan, kami berdua hanya diam sambil menumpukan prhatian pada pemanduan. 

Lebih kurang jam 8.30 pm..kami pon sampai di teratak ibunda di Kota Tinggi. wahhh…alhamdulillah..bersyukur rasanya.

Sekian.

KeSemPurNaaN

Jika kamu memancing ikan….
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu….
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ……..
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang…
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya….
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja….
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. …
Jika kamu menadah air biarlah berpada-pada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh….
cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..

Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…. Akhirnya ia dibuang….
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi….
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya….

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA….
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. …
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya….

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi…
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…..yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL..

Sekian bermadah pujangga..

Year End Gathering

Hari ini, aku cuti. Jadi, ada banyak masa untuk buat macam-macam, termasuk plan makan-makan. Plan simple je sebenarnya. Disebabkan aku ada m...