29 June 2009

Satu Minggu Teringat Kampung

Assalammualaikum..

01 minggu di alam pekerjaan yang formal..so far so good. Budak2 rumah pun InsyaAllah..okies. haha. Bila staff satu rumah dengan students tempat kau kerja.. Kau Rasa? haha. It's OK, diorang pun satu umur dengan aku.. jadinya kita OK-OK aja.. anggap mereka as a friends.

Semalam adalah ahad pertama di perantauan.. Soo Boring.. ngade kan.. Macam lah sebelum ni tak pernah duk jauh dengan family.. huh!!.. tetiba teringat, kalau hari minggu kat kampung.. Breakfast satu family sesama; ibu saya masak sedap...; arwah ayah bawak tidur rumah atuk. (Al-fatihah untuk arwah)

Kampung sebelah arwah ayah, namanya TANJUNG SEDILI. OK, Tanjung sedili ni ada sedili besar dan sedili kecil.

Sedili Besar nunnn di seberang laut. Best tau, masa kecik-kecik dulu balik kampung, kami akan naik bot. Nama bot tu bot penambang. Kalau tak silap tambang dia RM0.50 seorang. Dari jeti nak ke seberang tak lah lama..yang lamanya tunggu bot sampai je..

Ini info tentang Tanjung Sedili, aku copy & paste tanpa edit daripada sumber bebas, iaitu WikiPedia

Tanjung Sedili ialah sebuah kawasan di daerah Kota TinggiJohorMalaysia. Terletak di muara Sungai Sedili di pinggir Laut China Selatan, kira-kira 40 kilometer dari Bandar Kota Tinggi, kawasan ini dibahagikan kepada tiga kawasan utama, iaitu Tanjung Sedili, Sedili Besar dan Sedili Kecil. 

Kampung ini juga ialah tanah kelahiran Sasterawan Negara Allahyarham Dato Dr Usman Awang, serta Allahyarhamah Rosiah Chik, penyanyi lagu asli negara yang terkenal.


Jeti nak ke Tanjung Sedili


Ini pula pemandangan daripada Jeti tadi. Ini semua bot nelayan. 

Daripada Jeti nak ke rumah atuk, kami jalan kaki.. Bila sampai di kawasan pokok buluh tu seram sikit. lagi bila waktu malam..memang pakat semua lari berjemaah..takut punya pasal. Padahal ada je, ibu dengan ayah. Kadang kami balik reramai..jadi takdelah istilah seram...


Notes: Gambar tu credit tu Pakcik Google, informer bebas

********************

Panjang pulak celotehnya.. OKlah, ahad-ahad kita basuh baju je lah..layan movie.. Petang nanti kita pi cari pisang goreng kat bawah blok..

Happy weekend :0


No comments:

Post a Comment

[COPY POST] Kecantikan adalah subjektif.

  Kecantikan pada setiap insan itu adalah subjektif. Bergantung kepada siapa yang menilainya. 😊😊😊😊😊 "Posting di bawah adalah nukil...