29 November 2010

PORTULACA GRANDIFLORA, [ROS JEPUN]


PORTULACA GRANDIFLORA, [ROS JEPUN]

animated


Mari mengenal spesis Rose.. rasanya semua perempuan sangat sukee kepada bunga rose.. tapi..kaum hadam adam.. jangan sangka semua perempuan suka pada bunga..sebenarnya ia bergantung kepada individu. Minat setiap orang adalah berbeza… cuba bayangkan jika perempuan mempunyai minat yang sama..erm.. susah..
just for u my dear..
 
Tak kisah lah apepun, tetapi hari ini saya nak berkongsi satu info tentang satu spesis Rose. Nampak tak gambar rose animated tu, ..yang 1st paragraph tu…ha~~ ceritenye camni.. saya tersangatlah suke akan picture tu, sebab ia nampak lawa dan menarik. So satu hari ni, sorang kawan saya tanya, itu bunga ape?
Saya cakaplah..bunga rose orange..mayyybee..hehe  (tak tau sebenarnya)..
Kenalan saya ni, kenaL mase form 3. Dia ni, rajin kot..dia bagi saya emel tentang bunga tu..and gambar sebenar.. wah!! Bersungguhnya sahabat saya nie… Happy lah rase, cz..rupenye bunge tu memang wujud..bukan hanya khayalan or cartoon.. Thanks a lots.. So sekarang saya nak gak berkongsi maklumat tu kat semua..

Jom Baca!!


Rose Oren

 Nama sebenar Bunga tu adalah : Ros Oren Portulaca Grandiflora atau Moss rose (atau Sun Plant) dalam bahasa Melayunya Ros Jepun.
Bunga nip own ade gak nama glamour, bukan korang je ade yer..erm, Nama lain cik ros ini ialah bunga kembang petang, bunga pukul sepuluh, rose moss, sun plant, japanese rose dan bunga gelang.
Ciri-ciri dia Ia sejenis pokok jenis lembut yang beranting. Ia mempunyai daun berwarna hijau yang kecil.
Ia boleh mencapai 6 in (15 cm) tinggi dan menjalar hingga sekaki (30.5 cm). Bunga yang berkembang seperti ros ini agak kecil dari bunga ros selebar seinci. Ia mempunyai warna yang cerah seperti pink, merah, kuning, putih, ungu dan oren. Yang istimewanya, ia berkembang pada waktu dhuha pagi dan menguncup sebelum asar. Paling cantiknya ialah pada pukul 10 pagi, dan oleh sebab itu ada yang mengelarnya bunga pukul sepuluh.. :-)
Asal : berasal dari Brazil Selatan yang beriklim panas, Uruguay dan Argentina Utara, ros jepun telah ditanam di merata dunia sebagai bunya yang disukai ramai.
Keperluan: Ros jepun boleh hidup subur di kawasan yang berpasir atau tanah yang lembap. Ia tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Ia boleh dibiakkan melalui keratan batang.
Cahaya: Memerlukan cahaya matahari yang terang untuk menguntum.

Kelembapan: Memerlukan air yang banyak tetapi boleh juga hidup di kawasan yang agak kering.

Yang tergolong dalam spesis yang sama

25 November 2010

Coretan Khamis

Di pagi Khamis..
(Restoran Mamak)

"mamak, gula-gula RM 1.00"...
"Ok" -->> dengan blur2..

- si mamak nie g dapur..
-"mesti diani tak paham"- (dalam hati)

gula pasir..amek!!
"beberapa minit kemudian.. nah, dia bawak gula pasir yang diletak dalam plastic..
"mamak, bukan gula pasir.. saya nak gula-gula..Gula Hacks
"ooo..gula hacks takde..sambil menggoyangkan tangannya

inilah hack..adess
"erm..ape2 la..
"gula-gula takde..

-aish..mamak nie. yang berderet gula tu ape dia..
- last2 dia bagi aku gula choclairs 6biji.., then pulangkan RM0.40..

dapatlah gula-gula nie..erm..boley lah..
huhu--macam2 lah..tak paham bahasa melayu barangkali..

p/s: cerita daripada seorang officemate

18 November 2010

Hari Raya Qurban @ Hari Raya AidilAdha - 2010

Assalammualaikum w.b.t.


17 November 2010 bersamaan 10 zulhijah.. di mana kita semua umat Islam menyambut Hari Raya Qurban. Hari ini berlaku di mana umat Islam akan melakukan ibadat korban... biasanya lembu dijadikan binatang paling kerap. Oleh yang demikian, waktu macam gini lah..ramai perantau-perantau kota mengambil kesempatan pulang ke kampung menyambut bersama kaum keluarga.


Lain pulak ceritaku tahun ini. Pada tahun ini aku tak balik ke kampung kerana perlu bekerja pada keesokan harinya. Malam sebelum tu, aku call ibu..konon nak tanya masak ape?? tabah tu..

Keesokan harinya, selepas subuh... dalam jam 8am, kedengaran sekali lagi takbir raya..aduhhh.. sayu dan syahdu terasa.. siap-siap lah pagi tu, walau tak beraya pown.. sekali lagi call ibu.. wah.. kali ini sungguh tragis.. sedey..so tak buley cakap phone lelama..kat ag kantoi.. huhu

Pagi tu ibu masak nasi impit, daging rusa n ayam kari..ahaha.. aku??pagi raya makan sandwich sardine..hoho..giler western.. tapi + ngan old Town White Coffee.. thumb up..lah.. dalam kul 11am tu aku p Mid Valley ngan dak umah..kami yang tinggal hanya 3 orang je.. ahaha..mam besar kan..

Balik dari Mid..kiterang masak memasak..lalala... then, makan2..berbual2..ala-ala luahan hati..ehem..tau je lah kalo insan bergelar wanita berkata-kata..-->>haip!! don't think negative ya.. tak baik..hehe..

Malam tengok cerita sebening kasih..sedey ooo..then last tido.. tamat sudah..uhm...
So..sekarang aku nak kongsi sedikit lah information/ maklumat... tentang:

Ibadah Qurban @ Hari Raya HAji @ Hari Raya Aidiladha
sumber info : http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidiladha
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.


Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.


Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.


Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.


Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. 


Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.


Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islama berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Hari Raya Aidiladha dalam hadis


  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:

Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.

So..dengan itu di sini ada pesanan dari VIP

03 November 2010

SEBENTUK CINCIN PERMATA SATU

Assalammualaikum..hai kawan-kawan..
Diam tak diam dah bulan November tau..hehe
busy2 pown sempat gak aku nak updated blog ye..huhu..jangan jeles..
sebenarnya... penulisan kali ni..saja nak berkongsi cerita daripada emel yang aku terima daripada seorang sahabat.. 

Untuk pengetahuan korang..cerita ni tak de kene mengena dengan orang yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.. yang tengah nazak pown tak de kene mengena..oK.. tak mo lah nanti ade kontrovesi..
ahaha.."ko ingat ko artis??"..

CheQ pown tak tau citer nie betul ataupon idak..hanya rekaan semata-mata..just copy and paste..hehe.. jujur seikhlasnye tau mengaku.. ok lah..banyak plak membebel..meh kite baca cerita nie.. wat memuhasabah diri..

******
cantik tak?? nanti saya pown nak pakai cincin camni..hehe


Kisahnye bermula....Waktu kecil-kecil dulu, anis sering cemburu pada ibu. Bukan cemburu kerana ibu lebih cantik atau menawan darinya. Tapi anis cemburu bila melihat ibu selalu membeli barang-barang keperluan dirinya yang pelbagai. Ibu selalu membeli baju-baju baru, yang kebanyakannya disimpan di dalam almari usangnya. Boleh dikatakan setiap bulan, ibu akan membeli kain ela baru untuk dibuat baju. Kadang-kadang ibu beli tanpa memberitahunya. Tahu-tahu, sudah tergantung di dalam almari. Pakaian ibu cantik-cantik dan sebagai anak yang sudah meningkat remaja (14 tahun) anis akui rasa cemburu setiap kali ibu menunjukkan pakaian barunya sedangkan waktu itu, jarang anis dibelikan persalinan yang baru.

Satu lagi yang membuat
anis sebal dengan sikap ibu ialah, ibu selalu membazir duit dengan membeli barang-barang kemas yang pelbagai bentuk. Cincinnya hampir semua jari ada tersisip. Rantai leher ada lima utas. Yang satu bergulung-gulung hingga ke dada. Yang satu lagi bulat-bulat bagai kepingan syiling lima puluh sen. Ibu sanggup berhutang hanya untuk mendapatkan rantai baru. Anis tidak tahu apa keperluan semua itu. Dia lihat jiran-jiran ibu juga begitu. Kerlipan emas sarat di leher, tangan dan jemari. Dia tidak tahu apakah itu satu pemandangan biasa atau keperluan bagi orang-orang yang seusia dengan ibu.

Yang sebetulnya,
anis kecil hati kerana ibu tidak pernah membelikan barang kemas walau sepasang anting-anting pun untuknya. Anis jadi sakit hati kerana kakak-kakaknya akan mendapat sekurang-kurangnya sebentuk cincin dari ibu. Biasanya cincin yang ibu rasakan sudah lama dipakai, ibu akan berikan kepada kakak, tetapi tidak dia. Ini membuatkannya betul-betul sakit hati.

"Mak ni, asyik beli rantai...jee. .. kan mak dah banyak rantai.."
anis membebel satu hari bila mak menunjukkan seutas rantai yang baru dibeli. Juga secara hutang.

"Tak apalah Anis, mak saja simpan banyak-banyak. Mana tahu, mungkin berguna satu hari nanti. Lagipun rantai ni ayah kamu dah janji lama nak belikan mak dulu..."
Anis muncung dengar mak jawab begitu.

"Asyik belikan mak....aje. Orang punya takde belikan pun..."
Anis mencebik. Seharusnya dia anak perempuan yang bongsu patut dilebihkan dalam segala hal. Tapi ibu tidak pernah bersikap begitu.

"Ibu belikan kak yah dan kak Ani cincin, tapi
Anis ibu tak belikan apa-apa pun..."

"
Anis kan masih sekolah. Kalau Anis nak pakai barang kemas, tunggu dah kerja esok."Begitu selalunya ibu membahasakan aku. Sakit hati aku.

Tambah sakit hati, bila saja Ayah dapat hasil kebun lebih, ibu menukar rantainya dengan yang lebih besar lagi. Ayah tidak pula marah. Pelik aku dengan sikap ayah.

Lama-lama
Anis jadi malas untuk melayan sakit hatiku lagi. Bila Anis terlihat cincin atau rantai baru dileher ibu, Anis hanya diam saja. Anis tidak mahu bertanya apa-apa. Sehinggalah Anis masuk ke asrama di bandar dan mengambil SPM. Setiap kali Anis pulang dari asrama, dia lihat ibu masih dengan hobinya mengumpul barang-barang kemas.

Bila
Anis mendapat tawaran belajar di universiti, dia tidak tahu sama ada ibu gembira atau sebaliknya. Kerana dalam keluarga belum pernah ada anak-anaknya yang berjaya belajar di universiti. Anis tidak kisah kalau ibu tidak berbangga dengan hasil usahanya kerana sedari kecil memang cita-citanya untuk ke universiti begitu kuat sekali. Kini hasratnya telah tercapai dan tiada apa lagi yang lebih menggembirakan selain kejayaan ini.. Anis sudah boleh hindarkan perasaan cemburu andai ibu lebih sayangkan kakak-kakaknya atau ibu lebih sering membelikan pakaian atau perhiasan untuk mereka berbanding Anis . Memang Anis bukanlah manja sangat dengan ibu kerana 3 tahun aku di asrama.

Sepanjang tempoh itu
Anis tidak kisah lagi kalau ibu tidak belikan langsung apa-apa untuknya. Anis tidak perlukan barang-barang kemas begitu dari ibu. Anis boleh beli sendiri bila sudah bekerja nanti. Yang penting  sudah buktikan yang Anis lebih bijak dari kakak yang lain.

Masuk tahun kedua pengajian,
Anis sering mengalami lemah badan dan pening-pening yang keterlaluan. Kadang-kadang Anis terpaksa ponteng kelas dan ini sedikit sebanyak memberi tekanan kepada pelajarannya. Anis tidak pernah mengadu pada sesiapa walau dengan ibu. Kerana Anis tidak pernah merasakan ibu akan memberi perhatian kepadanya. Sehinggalah Anis pitam sewaktu beratur mengambil makanan dan hanya tersedar bila merasakan genggaman di jemariku. Wajah ibu yang penuh garis-garis halus itu Anis tatap pilu dan terasa ada getaran dalam dadaku. Betapa Anis tidak pernah membelek wajah itu sungguh-sungguh sebelum ini. Dan baru aku sedari betapa berbezanya wajah ibu kini.

Anis cuba bersikap seperti biasa bila doktor memaklumkan akan keganjilan darahku yang menyebabkan ia tidak dapat mengalir senormal mungkin. Penyakitku belum diketahui, tetapi darahku harus dicuci. Anis juga harus menjalani pembedahan dibahagian buah pinggang. Sejak itu ibu mengunjungiku saban hari. Dia membawakan apa-apa saja yang dirasakan menjadi kegemaranku. Suatu hari, bila ibu bawakan aku lepat pisang makanan kegemaranku aku jadi begitu terharu lalu aku menangis teresak-esak. Tapi aku hanya menangis dalam diam-diam. Anis terlalu menghargainya tetapi aku tidak tahu bagaimana untuk meluahkan. Anis tidak mahu dia melihat seperti terlalu berharap akan kasih sayangnya.

Saban hari ibu menemani dan menyuapkanku makan, aku mula sedar betapa ibu juga menyayangiku, cuma mungkin dia tidak atau kurang menunjukkan perasaannya. Aku jadi malu kerana sering beranggapan ibu menyisihkanku. Beranggapan yang ibu tidak mengendahkanku semata-mata kerana dia tidak pernah membelikan apa-apa untukku. Setiap kali ibu ingin pulang, aku teringin sekali memeluk dan mencium pipi ibu, tetapi aku rasa janggal dan malu untuk melakukannya. Aku hanya mampu mencium tangan ibu seperti selalu.

Aku tidak mengharapkan ibu menemaniku setiap hari. Bukan kerana aku tidak suka, tetapi aku tidak mahu dia menghabiskan wang semata-mata untuk berulang alik dari rumah ke bandar. Pendapatan ayah bukanlah besar sangat. Tambahan adik lelaki masih belajar di menengah. Pembedahanku pula terpaksa ditangguhkan kerana kekurangan wang. Aku terpaksa mendahulukan wang biasiswaku tetapi ia masih tidak mencukupi.

Semalam, ibu tidak mengunjungiku. Hari ini juga tidak. Hanya Ayah yang terpacul tengahari itu dengan membawa khabar gembira. Wan g yang dikumpul telah mencukupi dah aku akan dibedah secepat mungkin. Bila aku bertanyakan ibu, Ayah menyatakan ibu tidak berapa sihat dan tidak dapat datang. Aku menunggu hari esok dengan sabar.

Pagi itu aku disorong ke bilik pembedahan. Aku tidak tahu berapa lama pembedahan tersebut. Bila tersedar aku melihat wajah ayah dan kedua kakakku di sebelah. Aku mencari wajah ibu tetapi tiada. Sedang wajah-wajah didepanku terlihat mendung dan muram. Aku tidak tahu apakah mereka tidak gembira melihat aku selamat dibedah.

"Mak mana, ayah?'Aku bersuara perlahan. "Kenapa mak tak datang?" Ayah tidak menjawab sebaliknya hanya memandangku dengan mata yang mula berkaca.

Setelah berkali-kali aku bertanya, Ayah memelukku erat sambil berbisik ditelinga. Aku terjelepuk dan tidak sedar diri selepas itu.

Kata ayah, ibu baru semalam disemadikan. Ibu tidak dapat diselamatkan setelah parah dilanggar motorsikal dari belakang. Aku tidak dapat menahan hiba bila ayah menyatakan, ibu baru saja beberapa langkah keluar dari sebuah kedai pajak apabila tubuhnya disambar motorsikal yang dipandu laju. Ibu dikejarkan ke hospital dan sempat menyerahkan bungkusan itu sebelum menghembuskan nafas.

Kata ibu, bungkusan itu untuk aku. Tanganku terketar-ketar saat membuka bungkusan kain perca itu. Terlihat sebentuk cincin halus yang bermata satu. Cincin itu untuk aku. Ibu telah menebus semula cincin itu untuk dihadiahkan kepadaku. Bila aku harus
menjalani pembedahan, dan wang yang terkumpul masih belum mencukupi, ibu telah menggadai semua barang-barang kemasnya hingga tiada satu yang tersisa. Hanya tinggal cincin itu untuk diberikan kepadaku. Ibu bercadang untuk memberikannya kepadaku bila aku sembuh nanti.

Akhirnya, ibu berikan juga aku sebentuk cincin. Bukankah itu yang selalu aku harapkan selama ini? Adakah ia telah dapat membayar segala rasa iri hatiku selama ini? Tiba-tiba aku rasa dunia ini begitu sepi. Aku rasa seperti telah ditinggalkan jauh oleh orang yang amat aku perlukan .Kenapa baru sekarang aku sedar segunung intan permata pun tidak akan mampu menandingi
kebahagian memiliki seorang ibu. Dan segunung intan permata juga tidak dapat membayar air mata seorang wanita yang telah melahirkan aku.
p/s: hargai dan sayangilah mereka selagi mereka masih ada..walau bagaimana pun sikap n hobi mereka..

[COPY POST] Kecantikan adalah subjektif.

  Kecantikan pada setiap insan itu adalah subjektif. Bergantung kepada siapa yang menilainya. 😊😊😊😊😊 "Posting di bawah adalah nukil...