Visitors

27 April 2010

Demam kepialu (typhoid fever)

Hari ni, 27 April 2010, aku state kan entry ni..cz nak berkongsi info..[tu pon sbb dak2 umah aku disahkan mengidap deMam Kepialu..]


*********************************


Demam kepialu (typhoid fever) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella spesis. Demam ini sering terjadi di daerah endemik di India, Asia Tenggara, Asia Timur, Timur Tengah, Afrika, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Demam kepialu hanya menyerang manusia dan ia dapat disebarkan melalui makanan atau air minuman yang telah tercemar dengan najis atau air kencing pesakit atau pembawa demam kepialu.


Tanda-tanda

Demam kepialu yang tidak diubati akan sembuh dalam masa 4 minggu. Pesakit akan mula menunjukkan tanda-tanda jangkitan beberapa hari (3 hingga 56 hari) setelah dijangkiti oleh bakteria yang telah disebutkan.

Tanda pertama yang muncul adalah demam dengan suhu yang tinggi. Suhu badan turun naik sekitar 39 atau 40 darjah Celcius. Selain itu, pesakit juga akan mengalami sakit kepala, sakit otot dan seluruh badan, penat, cirit birit, dan ruam akan timbul di kulit. Cair dan seperti sup kacang hijau adalah sifat khas bagi najis pesakit demam kepialu. Setelah berapa hari, cirit birit akan hilang dan pesakit berhenti terus dari membuang air besar.

Pesakit akan menjadi semakin lemah dari hari ke hari. Pada minggu ketiga, tahap kesedaran akan berkurang dan pesakit berada di dalam keadaan delirium. Ketika ini, pesakit seperti berada di dalam kekeliruan. Demam akan beransur-ansur surut padan minggu keempat.


Penyebab

Penyebab utama demam kepialu ialah bakteria Salmonella typhi. Demam kepialu dapat ditularkan melalui makanan atau air minuman yang telah dicemari oleh najis atau air kencing daripada orang yang telah dijangkiti penyakit ini. Lalat juga merupakan salah satu penular penyakit ini.



Diagnosis

Diagnosis dapat dibuat berdasarkan tanda-tanda penyakit yang telah disebutkan di atas dengan dibantu oleh beberapa maklumat seperti tempat pelancongan dan tempat makan yang baru dikunjungi sebelum sakit.

Beberapa pemeriksaan khusus juga perlu di buat. Biasanya sampel darah dan najis akan di ambil. Pemeriksaan bakteriologi dan serology akan di buat terhadap sampel yang telah di ambil.


Komplikasi

Pendarahan dan perforasi (perforation) usus dapat terjadi apabila demam kepialu tidak diubati dengan segera. Kedua-dua keadaan ini boleh menyebabkan kematian. Selain itu, penyakit ini dapat merebak dan menyebabkan jangkitan ke paru-paru, jantung, dan buah pinggang.


Rawatan

Antibiotik merupakan ubat utama dalam merawat demam kepialu. Pada suatu ketika dulu, ubat chloramphenicol digunakan sebagai ubat pilihan untuk merawat demam kepialu. Tetapi ubat tersebut tidak digunakan lagi kerana bakteria penyebab demam kepialu telah berevolusi dan tidak dapat dibunuh dengan chloramphenicol. Sekarang, ubat ciprofloxacin digunakan untuk merawat demam kepialu.

Selain itu pesakit juga harus minum air dengan banyak dan memakan makanan yang tinggi kalori untuk memberikan tenaga supaya badan cepat sihat.


Pencegahan

Demam kepialu dapat dicegah dengan mengamalkan cara hidup yang sihat.

  • Basuhlah tangan sebelum makan, elakkan makan di tempat yang kotor, jangan gunakan air dari sumber yang tidak dirawat, elakkan memakan makanan yang tidak dimasak, dan makanlah makanan yang masih panas.

  • Selain itu, suntikan vaksin juga dapat mencegah penyakit ini.

******************************

1 comment:

  1. Wah berinformasinya.. Demam kepialu ni memang bahaya

    ReplyDelete